Thursday, April 2, 2009

Surat terbuka buat Tiger

Datuk Ibrahim Yahaya (berdiri tiga dari kanan) dan Hambali A Latif (berdiri dua dari kanan) antara skuad Berita Harian dalam kejohanan antara media lebih sedekad yang lampau. Loose cannon yang ketika itu berkhidmat di bawah Tiger di meja berita, berdiri tiga dari kiri.

Ke hadapan Datuk Tiger,

Terlebih dahulu izinkan saya menghulurkan salam tahniah atas pelantikan Datuk selaku Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran. Datuk barangkali wartawan pertama diangkat mengisi jawatan yang cukup penting ini.

Saya percaya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke-63 kepada Datuk dan seluruh warga kerja RTM, khususnya kepada rakan-rakan di unit berita dan program sukan.

Bagi saya yang sempat membesar ketika waktu siaran televisyen hitam putih yang sekadar memakan masa tujuh jam, RTM tidak saya abaikan.

Bagaimana mungkin saya lupa siri Combat, Dr Kildare, Hawaii Five 0, Charlie's Angels, Cabutan Toto yang dikendalikan oleh Ho Kwai Leng dan Lai Joo Lian, Cumi dan Ciki, Parlimen kanak-kanak yang dihos oleh pelawak Jamal Mohammad, Bintang RTM yang melahirkan Sudirman dan Jamal Abdillah dengan mulutnya yang senget ketika mendendangkan Senandung Semalam. Saya dan generasi saya serta yang terdahulu membesar dengan nilai-nilai murni yang dipancar menerusi RTM.

Apalagi membincangkan rancangan sukan terbitan RTM. Perlawanan bola sepak dalam dan luar negara, sama ada disiarkan secara langsung atau rakaman, rancangan mingguan Arena Sukan di RTM1 dan di corong radio mengajar saya menghargai dunia sukan.

Nama-nama pengulas radio seperti Rahim Razali, Dzulkarnain Hassan, Aziz Ibrahim, Hussein Ibrahim, Abdullah Hasim, Rahim Mohammad dan Jahaya Mahmud, meniti di bibir peminat sukan dan menjadi halwa telinga peminat dari luar bandar mahupun kota Kuala Lumpur. Mereka juga serba boleh dalam mengendalikan siaran langsung di kaca TV.

Biarpun diasak dengan kemunculan TV3 pada 1984 dan Astro pada 1996, saya sentiasa memantau perkembangan RTM, apatah lagi saya kerap dijemput oleh rakan-rakan seperti Hafizal Hamad dan Norismadi Abdul Manap menjadi tetamu di stesen kerajaan ini sejak 2006.

Dipendekkan cerita, Datuk, saya meminta jasa baik Datuk menimbang mengembalikan rancangan Arena Sukan untuk pendengar radio, tidak kiralah menerusi Klasik.fm, muzik.fm mahupun KL.fm secara terus-menerus. Kalau dahulu kebanyakan kita mendapat keputusan mutakhir perlawanan bola sepak tempatan menerusi rancangan yang disiarkan sekitar jam 10.00 malam, kini tiada lagi. Agaknya tumpuan lebih berpusat kepada keputusan terkini menerusi crawler-crawler di TV.

Selain Jaguh Futsal dan Super Soccer Star yang kesudahannya dimenangi Amir Saidin, saya meminta pihak Datuk menimbang memperbanyakkan rancangan sukan sebagai usaha membudayakan semula sukan dan bola sepak di kalangan rakyat marhaen.

Selaku hos penyiar Liga M, RTM perlu sama-sama memikul tanggungjawab mempromosi bola sepak. Rancangan Sebelum Wisel pada jam 7.0 malam saya kira tidak sesuai manakala rating Wisel Penamat mungkin lebih baik jika disiarkan lebih awal. Saya juga ingin menyaran agar RTM mewujudkan satu rancangan berbentuk majalah dengan interviu lebih mendalam terhadap profil dan personaliti sukan dan bola sepak untuk menarik semula penonton.

Saya juga teringin menonton sedutan-sedutan jaringan-jaringan pasukan kebangsaan pada prime time setiap kali Malaysia bersiap menghadapi perlawanan antarabangsa bagi meniup semangat pemain dan penonton agar sesekali memberi sokongan kepada team kita.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada unit program kerana menyiarkan semula perlawanan-perlawanan zaman 70-an dan 80-an dalam rancangan Sekilas Liga Malaysia setiap Khamis. Ia setidak-tidaknya menunjukkan kepada generasi hari ini bahawa Malaysia satu ketika dahulu disegani di peringkat Asia.

Maaf jika ada terlanjur bahasa, Datuk.

Hingga bertemu lagi,

Wassalam.

13 comments:

Anonymous said...

sopan santun betul loose cannon

cc pencen said...

Tahniah bro,
Anda mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak di kampung dulu. Masa tu memang TV takde. Nak tengok road to wembley kena pi tenggek kat tangga umah jiran sebelah. Skrg anak-anak dah ada tv kat bilik masing-masing. itula beza kita dan anak-anak skrg.

Jam tu saya tak kenal MU dan Chelsea. Yang saya ingat cuma Darby County, Leeds United, Queens Park Rangers, Aston Villa, Coventry City dan Southhampton.

RTM juga diminati kerana siri Six Millions Dollar Man, Hulk gergasi hijau,

Pengulas sukan tersohor yang saya kagumi ialah karim Mohamad. Jamaluddin Alias juga apa kurangnya.

Arena sukan jam 10.00 malam memang ditunggu-tunggu. Tapi skrg dah takde ke? ermmm tak perasan pulak...

Sebelum wisel memang waktunya tak ngam. Yang aktif bermain, waktu tu masih kat padang atau dalam perjalanan nak balik umah. Yang pencen macam saya, bersiap-siap nak ke surau.

Wisel penamat langsung tak pernah saya tengok. Tua-tua macam ni mana larat nak berjaga macam burung hantu.

cc pencen

Anonymous said...

mengapa pemain lain suma fokus pada kamera tapi yang berdiri tiga dari kiri tu tunduk je?

Dia ni aku agak bukan pemain tapi tukang kumpul jersi je kot. tu sebab malu nak amek gambar....

mambang said...

Salam Tuan,

Tepat sekali. RTM seharusnya siarkan kembali rancang Arena Sukan demi pembangunan sukan negara khususnya melalui sukan akar umbi.

Malang sungguh di dalam media utama mengeloh akan kelesuan sukan di peringkat akar umbi, mereka juga langsung tidak berminat untuk memberikan liputan demi mempromosi aktiviti serta usaha sukan di peringkat tersebut.

Masih teringat lagi di zaman sekolah dahulu setiap malam Selasa liputan liga Pulau Pinang dengan Waterfall Rangers, Ramblers FC, Mughibul Ahzan dan KG Makam.

Malam Rabu berita mengenai Kilat Ipoh, KIA, Manjoi United dan Kacang Puteh Sellers Association dari Ipoh.

Khamis pula lapuran dari Melaka mengenai Pakat Melaka, Kubu United serta BEFA.

Begitulah jadual hidup ketika itu setiap malam jam 10.

Namun hidup bukan sekitar bolasepak tempatan sahaja. Tidak ketinggalan juga bolasepak Inggeris dan Scottish. Waktu pagi jam 6 dari BBC lapuran mengenai Workinton Town, Scunthorpe United, Dumbarton, Cowdenbeath dsbg .....


- Mambang Merah -

mams said...

Tahniah kerana mencadangkan perkara-perkara yang saya fikir amat wajar untuk diberi perhatian oleh bos baru ini. Saya sokong saranan sdr.

orang lama said...

KEMANA perginya kelab-kelab handalan ini?

Negeri Sembilan dengan NSIA, Pahang- Kuantan FA, Johor- Muar FA, Selangor -MCIS, KL- Check Point, Perlis- JKR perlis, Kelantan- JKR Kelantan, Kedah- JKR Kedah, Penang- PPC.

Kelab ini berkubur kerana di peringkat negeri pun, kalau ada liga pun hidup segan mati tak mahu. Sesetengah negeri langsung takde liga.

rizal hashim said...

Anon 9.45am,

Bukankah santun sebahagian budaya kita?

CC Pencen,

saya terlupa arwah Karim Mohammad dan Jamaluddin Alias (tak silap saya lagu Undilah Kita Semua tu nyanyian dia bukan, anaknya pun dulu satu sekolah dengan saya)...terima kasih

Anon 10.52am,

Memang loose cannon setakat posing dengan kayu hoki, lepas tu dia menghilang...kumpul baju pun dia suruh budak lain...

Mambang merah,

Benar, siaran BBC juga sentiasa dinanti-nanti. Masih ingat lagu Road to Wembley?

KakiBola said...

Agak sukar sekarang ni nak siarkan berita sukan kerana setiap ruang waktu siaran utama hanya akan dipenuhi dengan berita politik yang jauh lebih penting untuk disajikan kepada para penonton dan pendengar demi survival politikus-politikus daripada menghidangkan berita sukan yang pencapaiannya tak seberapa.
Generasi muda sekarang jadi tak menentu gara-gara sajian berita seumpama ini yang tidak membimbing mereka ke arah kebaikan dan pembentukan jatidiri yang positif. Maka hiburan lah yang menjadi sandaran mereka dan terhasilnya generasi muda yang tak berdisiplin. Andai berita sukan diketengahkan, saya yakin, lebih ramai anak muda kita akan menanam semangat ingin berjaya dalam sukan dan bakal terhasil lebih ramai ahli sukan yang berwawasan dan pembentukan generasi muda yang berjaya. Wallahualam

Anonymous said...

RTM sudah ketinggalan dengan astro dan TV3. Penonton sudah lari dari tv1 dan tv2. Sekarang sudah ada banyak rancangan lain dan pilihan terlalu banyak. Channel radio juga dah banyak, jadi cabaran RTM cukup hebat. Rancangan sukan adalah satu gelanggang terbaik untuk RTM kembangkan agar dapat mengatasi lawan mereka. TV3 tidak ada rancangan sukan kecuali scoreboard yang bincang isu secara ringan, astro tidak ada local sports kecuali ESPN dalam bentuk berita tapi Bernama TV setiap hari ada berita sukan 30 minit jam 11.30mlm. Jam berapa berita sukan RTM? 1.30pm...15 minit, malam kadang-kadang ada kadang-kadang takda...

x-tv3

mambang said...

Tuan,

Lagu Road To Wembley? Bukan lagu sahaja, penaja rancangannya tahun 1978 pun masih saya ingat ... Thian Tin Industries - Pengeluar Kuaci Cap Helang!!

- Mambang Merah -

Anonymous said...

RTM REHAT TIDOR MAKAN, SELAGI TAK UBAH CARA PEMIKIRAN, SUSAH NAK MAJU, TUKARLAH KETUA PENGARAH MACAM MANA PUN...KALAU YANG TENGOK GAME BOLA GAMBAR GOL DOK ULANG BANYAK KALI APA LA

- kelas 70 -

Anonymous said...

Sdr Kelas 70, RTM dah berubah tak tengok tv ke?? Kena paham gak dia org ni 75% masih mentaliti penjawat awam (orang gomen) than masuk bebudak yg bnyak idea pastinya dia org ckp tu mentaliti punk & hip hop..Sama mcm mana2 kementerian, masuk menteri baru musti tukar stail of management punya, so RTM tak terlepas la. Menteri, Timbalan Menteri, KSU, TKSU, KP dll tak minat sukan jadinya dapat la slot 7 malam, 12.30 malam 1.30 pagi dsb, nasib baik dapat slot kalau dak..lu pikir la sendiri. Heran bin ajaib RTM launch saluran digital tapi bermula dengan lagu2 & video klip retro, Sukan dijangka 2012 tupun kalau budak Sabri Chik ni belum ditukar ke tempat lain..by the time 2012 silap2 aribulan saluran digital ni pun entah ke mana & slauran lain dah pakai HD (hi defination daa) mcm kat Japan, Korea, UK dan some parts of Europe..

X-RTM

helmy said...

Salam Bro Rizal..
Being a sports writer since those days, I understand the experience that u have throughout these years..
Everybody , and Anybody, can it be business or government has a vision for changes..that is if the party concern or concerns wants to change it..
Being into sports stadium management ,everybody has its flaws..
Government servants come and go...Business people once they come they don't want to go..
Now , the basic point of it is that..for. Business entity, the company or agency will have to strive ahead for better viewing results and ratings, which will eventually be the best among the best..
The Bod is not appointed, they slog to get in with their investments and eventually demand to get the shareholders returns from the staffing..
Their Policy : we pay u to get quality work, and if not off u go..and that is where quality comes in..I pay u for your quality of work..and all the best there is will be either offered or head hunted to do a better job..
That is Astro, Maxis, or even tv3'...
How many of those superb sports casters were head hunted and offered to join big private organizations and mind u..u were one of the experience sports writers that has joined the private organization...
There is a lot said than can be done..
Even managing the stadium was a big headache with a lot of red tapes being used...
Now coming back to Rtm...where r the experts..where r the bloggers, where r the sports casters..
Answer : there r all in private organizations, which recognizes their talents, skills and even their suggestions..
so my humble comment to a very experience sports writer..
RTM will be RTM...they have their own agenda..so no matter who takes over RTM, the policy will never change..it is a one truly one Malaysian tv station , who caters for all walks of life pertaining to their propaganda ..
GOVT Agencies ~ capital expenditure...given by the GOVT..
PRIVATE Agencies : capital expenditure ...the ratings, performance, coverage , exposure, advertisements..

All of all..RTM is more of a licensing agency under the guidance of MCMC...

Just my humble opinion...

Helmyiium...