Tuesday, April 28, 2009

"Report card" final Piala FA

Unit berkuda bersiap siaga kira-kira jam 6.30 petang

Dari meja media

Gelanggang dipenuhi merah...

...dan kuning

Kesebelasan permulaan K. Devan

Team kuning dapat RM15,000 seorang, manakala yang merah bakal ke Old Trafford Ogos depan

kalau penyokong Kelantan nak ke Old Trafford, sediakan RM5,000

Hos Wisel Penamat di TV1 malam itu, Izuan Mohd Nor dan Harmi Taazim Mohamad

...bersama tetamu Azman Eusoff dan loose cannon

Maaf kerana lambat mengemas kini blog ini. Belum terlambat mengucapkan syabas kepada Selangor atas kemenangan tempoh hari, manakala Kelantan harus belajar menjadikan kekalahan sebagai satu pengajaran dan bangkit mengucup kegemilangan.

Reviu yang tidak seberapa ini:

Penganjuran - Aku berikan A kepada semua pihak terbabit, antaranya FAM, pihak berkuasa seperti polis, Rela, Kompleks Sukan Negara dan semua yang menjayakannya.

Suasana - Aku berikan A kepada penyokong Kelantan khasnya kerana berduyun-duyun memenuhi Stadium Nasional. Penyokong Selangor pula sudah biasa dengan keadaan ini tapi syabas juga kepada mereka kerana menyumbang kepada satu "atmosphere" yang luar biasa.

Pengadil - Subkhiddin Mohd Salleh, aku doakan agar cita-citamu mengibar Jalur Gemilang di Piala Dunia tahun depan dimakbulkan. Selepas 30 minit baru guru ini melayangkan kad kuning, biarpun sebelum itu beberapa "tackle" keras dilakukan. Subkhiddin mengawal permainan dengan tenang, kemas dan kelasss. Aku berikan dia A.

Game - alamak, ini yang kurang sedap. Banyak umpanan kurang tepat dilakukan, manakala kukira paling banyak siri hantaran tepat disempurnakan lapan kali sebelum dirampas atau dipatahkan pihak lawan. Acapkali kedua-dua pasukan melakukan route one agar cepat ke kotak lawan. C
Man of the match - Amri Yahyah licik sepanjang permainan dan siapa sangka dia mampu merebahkan badannya untuk menanduk bola ke gawang pada masa tambahan, namun Hardi Jaafar menyempurnakan fungsi di posisi Makelele, mengejar Indra Putra Mahayuddin dan sentiasa membantu pertahanan. Kalau Kelantan ditakdir juara, gelaran harus singgah di bahu penjaga gawangnya, Shahrizan Ismail. Hardi A, Amri B+.
Pemain paling malang - Indra Putra Mahayuddin melihat percubaan pada separuh masa pertama singgah di palang dan dua jam kemudian, penaltinya pula mencium palang. Dari segi effort, kuberi B+.
Kesudahannya, bola sepak Malaysia masih bernafas tetapi ikut team tertentu.

20 comments:

Mat Boring said...

Zal, ni yang dinamakan menang sorak kampung tergadai.

Dua pasukan terbaik bertarung 120 minit tapi kalau inilah mutu yang dipamerkan oleh the top two, maka amat sedih dan malang bagi bolasepak Malaysia.

Tiada kualiti langsung, menghampa dan memboringkan bagi satu perlawanan akhir.

Impian Malaysia untuk memperbaiki ranking FIFA akan hanya tinggal impian.

Mat Boring said...

Zal, ni yang dinamakan menang sorak kampung tergadai.

Dua pasukan terbaik bertarung 120 minit tapi kalau inilah mutu yang dipamerkan oleh the top two, maka amat sedih dan malang bagi bolasepak Malaysia.

Tiada kualiti langsung, menghampa dan memboringkan bagi satu perlawanan akhir.

Impian Malaysia untuk memperbaiki ranking FIFA akan hanya tinggal impian.

Mat Boring said...

Zal, ni yang dinamakan menang sorak kampung tergadai.

Dua pasukan terbaik bertarung 120 minit tapi kalau inilah mutu yang dipamerkan oleh the top two, maka amat sedih dan malang bagi bolasepak Malaysia.

Tiada kualiti langsung, menghampa dan memboringkan bagi satu perlawanan akhir.

Impian Malaysia untuk memperbaiki ranking FIFA akan hanya tinggal impian.

Penonton Grand Stand said...

Aku juga bersetuju memberi A kepada FAM atau lebih tepat lagi kepada Unit Pertandingan FAM.

Aku juga bersetuju Subkidin layak diberi A atas kawalan permainan yang amat cemerlang.

Namun begitu, tidak seperti Unit Pertandingan, aku agak keberatan untuk memberi A kepada Unit Pengadil FAM secara keseluruhannya kerana beberapa keputusan yang dibuat oleh penjaga garisan di sebelah sana agak meragukan.

Mungkin unit pengadil terlepas pandang bahawa sepatutnya, penjaga garisan yang lebih berpengalaman patut dipilih kerana suasana perlawanan akhir ini agak berbeza dan memerlukan ketenangan dan kekuatan mental yang tinggi.

nyamuk said...

Mat Boring, apa la lu hantar sampai 3 kali? mabok ka? hehehehe

Penonton grand stand, gua setuju dgn lu. Dari segi pengajuran, bagi la ke FAM. Memang ada class dan mengkagumkan.

Gua juga bersependapat dgn lu budak sabah yang yang linesman malam tu gabra. Tak offside, dia angkat offside. Bila offside, dia tak angkat pulak. Unit pengadil FAM harus berhati-hati pada masa-masa akan datang.

Bercakap pasal unit pengadil ni, dulu, kini dan selamanya tidak akan habis.

Yang terbaru, penulis menerima maklumat betapa jadual perlantikan pengadil dan penilai pengadil bagi bulan Mei 2009 menampakkan ketidaktelusan unit pengadil.

Dalam kegawatan dan kekurangan dana, FAM melalui unit pengadil menghantar Penilai pengadil Kasim bacha (melaka) ke Kedah, Nik Ahmad Kelantan ke Johor, Chek Mod Terengganu ke penang dan KL, Adnan Jamil KL ke perlis.

Bukan kah ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi? Tidak ada orang lain yang lebih hampir ke?

Untuk pengadil pula, seperti biasa, askar-askar dan mereka yang datang dari KL, Kelantan, Melaka dan Terengganu masih mendahului carta pelantikan.

itu la FAM!

GombakRock said...

brader Rizal...
sebagai seorang penulis sukan yg tersohor, boleh saya tahu pandangan brader tentang kapten Kelantan Badri Radzi??
walaupun saya hardcore merah kuning, saya tertarik dengan permainan beliau...

rizal hashim said...

GombakRock,

Badri atau Piya seorang dead-ball specialist, musim lalu banyak score menerusi free-kick tapi musim ini dia banyak beri peluang kepada Indra. Senjata utamanya hantaran kemas dan through ballnya. Tapi kadangkala seorang pemain itu diukur menerusi apa yang dia buat ketika bola bukan dalam possessionnya. Saya harap Piya dipanggil untuk centralised training oleh Rajagobal. Satu kekurangannya kekuatan fizikal.

Anti Mata Duitan said...

Saudara Nyamuk,
Memang sesuai anda bubuh nickname 'nyamuk'. Sekurang-kurangnya orang akan tahu siapa anda sebenar - seekor nyamuk yang tak ada kerja lain - cuma menghisap darah orang dan mengira game orang.

Anda juga mungkin nyamuk aedes yang cukup berbahaya dan boleh membunuh rakan.

Dari pernyataan anda, dapat disimpulkan bahawa, anda meletakkan wang ringgit pada tahap yang paling atas dan bukan berniat untuk membantu pengadil.

Anda mungkin termimpi-mimpi dan tergila-gila untuk 'pergi' jauh-jauh supaya dapat menikmati elaun yang lebih tinggi.

Secara peribadi, saya rasa langkah itu tidak tepat. Dekat atau jauh tidak penting. Apa yang perlu diberi perhatian ialah penilai-penilai yang berpengalaman itu harus dan perlu diberi tanggungjawab untuk menilai seberapa kerap yang boleh terutama terhadap pengadil-pengadil muda yang berpotensi.

Adalah lebih bermanfaat seandainya pergi 'dekat-dekat' tetapi berjaya mencurah pengalaman kpd dua-tiga orang pengadil berbanding 'jauh-jauh' tetapi hanya sekali.

Di tangan penilai-penilai inilah letaknya halatuju pengadil-pengadil muda tersebut. Di akhir musim, mereka inilah yang akan menentukan sama ada seseorang pengadil itu layak untuk dinaikkan pangkat atau dilantik sebagai pengadil FIFA.

Kepada nyamuk, sila berkhidmat dengan jujur dan jangan mementingkang wang ringgit. Jika perlu, anda harus menukar nickname anda kepada ULAR.

john said...

bro

aku syok permainan final fa cup , cuba lu perhatikan ada ketikanya stadium senyap sebab mereka memberikan perhatian pada perlawann.

Sebagai half kelantan, aku puji semangat juang mereka dan disiplin permainan yang mereka tunjukkan. kalau di selitkan satu pemain pertahanan yg kental dan pemain tengah yg kreatif aku rasa kelantan boleh gi jauh.

Aku juga teruja bila tengok stadium malam tu begitu meriah sekali dengan warna merah dan kuning. Kalau dapat semua stadium macam tu aku bangga dan bersyukur

JOHN

Anonymous said...

Nyamuk...nyamuk,

Kerja kau tak ada lain...dok kira game orang (baik Ref atau RA)
Tugas RA membantu... pergi jauh ke ..dekat ke adalah untuk menilai adik-adik Ref. Adik-adik Ref jemu juga asyik orang yang sama nilainya dan nadanya hampir sama .. kalau adapun mungkin baik atau ada yang kurang.Cuba thinking POSITIVE.. u should help other Ref..not PHD..come on bro.
Mereka yang dapat pergi jauh (Ref) sekurang-kurang dapat ceritakan kepada kawan, adik-adik,sanak saudara,girl friend.bla.bla.bla..
Jika tahun depan registered tap apa..kalau tidak ..KEMPUNAN.

Unknown said...

Final blum cukup mantap, biasa je game tu. 120 minit main ada 2 gol je pas2 ada team menang penalti, mcm final wurld cup France-Itali pulak.. :) Anyway tahniah pada semua yang menjayakan final malam tersebut dr luar hinggalah ke dlm padang. Utk team Kelantan kena look forward la main baik lagi bukan main ganas lagi utk layak ke final M'sia Cup pulak..

Lebah said...

Wahai nyamuk si penghisap darah,

Kalau dah dalam kepala tu hanya fulus yang diutamakan, tidak hairanlah benda-benda macam ni timbul.

Individu-individu yang kau sebut tu AJK Pengadil. Biarlah dia orang buat kerja depa dan kau toksah gatal mulut nak mengacau. Apa jua yang terjadi kepada repri, depa yang kena bertanggungjawab nanti. Kau tu tak terlibat. Dah masyuuk tu, diam-diam la.....

Sampai bila kau nak insaf?

Anonymous said...

KEMELUT repri ni nampaknya tak habis-habis. Semuanya gila kuasa dan mata duitan!

semut said...

Nyamuk, kau ni patutnya dapat selsema babi baru padan muka kau. Kerja lain tadak ka? Asyik kira game orang jer.

Adnan Jamil pi perlis, kau melalak. Tapi Kroni kau Halim dari perlis dtg ke Kl, Mael Yakop dari KL ke perlis kau tak bising pun.
ya?

Sah kau ni kroni yang tak sedar diri dan muka tak malu. Dalam kepala kau hanya kira duit jer...

merang - moderator kelate.net said...

Lewat tapi belum terlambat.

Tahniah kepada Selangor kerana muncul juara Piala FA edisi ke-19. Juga tahniah kepada saudara rizal kerana menepati ramalan - memilih Selangor juara kali ini sambil telahan saya bahawa Kelantan harus muncul sebagai juara baru tersasar kali ini.

Apapun, bagi saya kekalahan Kelantan disifatkan sebagai kekalahan bermaruah. Mereka memaksa Selangor menerima keputusan seri tanpa jaringan selama 90 minit permainan.

Masa tambahan, mereka mencuri perhatian melalui gol seawal minit ke-92 sebelum Selangor memadamkan kegembiraan penyokong Kelantan berselang lapan minit kemudian.

Bagi saya, Kelantan sepatutnya muncul sebagai pemenang dalam 90 minit permainan terlebih dahulu lagi. Tetapi hanya nasib yang tidak menyebelahi mereka sehingga penentuan juara terpaksa ditentukan melalui sepakan maut 'penalti'.

Terima kasih kepada Subkhidin Haji Salleh kerana menjalankan tugas dengan baik. Biarpun ramai yang mempertikaikan, tetapi dari sudut positif saya melihat dia telah menjalankan tugas sebagai seorang pengadil dengan baik.

Untuk mengadili sesuatu perlawanan akhir yg mana penontonnya mencecah hampir 80,000 orang tentunya pengadil berpengalaman seperti Subkhidin amat diperlukan.

Juga keterujaan bahawa buat kali pertama dalam edisi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil mampu menarik penonton seramai 80,000. Tidak salah untuk saya katakan bahawa penyokong Kelantan mendominasikan peratusan kehadiran pada malam itu dengan anggaran hampir 50,000 orang.
Juga penyokong Selangor yang juga turut sporting pada malam tersebut. Maka tidak terjadinya insiden yang tidak diingini berlaku.

Harus ada keyakinan bahawa Kelantan pasti bangkit dalam pemburuan salah satu piala yang dipertandingkan selepas ini. Piala Liga Super ataupun Piala Malaysia....impian Kelantan setelah kempunan mendakap piala semenjak 88 tahun yang lalu.

Kelantan pasti bangkit sebagai kuasa baru bola sepak Malaysia.


salam
mazram
moderator kelate.net

Pomen Motor said...

NYAMUK,
SUDAH-sudah la tu. Tak payah la kau asyik tukang kira games orang. Nampak sangat kau ni hanya mementingkan ganjaran. Cuba la bekerja secara ikhlas. Letakkan wang ringgit di tempat paling bawah sekali. Tolong bagi tau kroni-kroni kau yang dah senja tu... Malu kat budak-budak.

Anti Mata duitan, saya bersetuju dengan anda sepatutnya AJK Pengadil lebih kerap diberi tanggungjawab untuk membimbing pengadil muda yang berpotensi kerana pada akhirnya, merekalah yang akan membuat keputusan sama ada menaikkan atau menurunkan pangkat pengadil kelak.

Jika perlu, mereka ini perlu 'mengekori' kemana pengadil-pengadil tersebut pergi tak kira dekat atau jauh.

Saya kira mereka tidak kisah dekat atau jauh kerana mereka bukanlah terdiri daripada orang-orang yang seperti nyamuk.

anon 11.08Am, susah kalau orang-orang seperti nyamuk ni hanya mengira poket sendiri. Saya juga bersetuju, dekat atau jauh bukan menjadi persoalan. Yang lebih penting, niat seseorang itu.

Lebah, kkita boleh mengagak sapa dia nyamuk ni. Orang ni dari dulu, kini dan selamanya akan mengacau saja kerja dia. Jangan dilayan!

Semut, begitu la resam dunia. gajah depan mata tak nampak. Begitulah perangai manusia-manusia materialistik. Tidak pernah berpuas hati dan tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.

Peminat Bolasepak said...

Bro, your review one of the best for that game. Satu lagi review yang menarik hati saya: FA CUP FINAL 2009 : Penalty Thriller

rizal hashim said...

Mazram,

Terima kasih. Saya percaya Kelantan boleh bangkit dengan cemerlang.

Peminat bola sepak,

Terima kasih. Reviu selangorfanatik.com lebih hebat dengan gambar yang menarik.

LINESMAN said...

Terima kasih saudara Rizal. Review ni pun padat, dan tepat dlm bentuk point form. Kami sudah letak link ke blog saudara rizal dalam blog kami.

http://selangorfanatik.com/

Anonymous said...

harap subkhidin ke world cup, bawa image referee malaysia kesana.. yer la. manusia bila kita buat kerja bagus owang agungkan, bil kita tersilap owang cerca, cuba owang yang cerca berada di tempt owang yang kena cerca dan lakukan tugas owang kena cerca..