Kamaruddin di depan Batu Burok Beach Resort miliknya. Gambar Bernama
"Aku pernah bertumbuk dengan orang, kau tahu!"
Mereka yang mengenali Allahyarham Kamaruddin Maidin tidak akan terkejut dengan ugutan-ugutan sedemikian. Bagi mereka, itulah tabiat Kamaruddin. Arwah seorang yang intense dan kata-katanya cukup berbisa.
Lebih 10 tahun aku menanggung bisa mulutnya. Aku pun boleh tahan juga, sebab itu aku digelar loose cannon. Dalam olahraga, arwahlah loose cannon. Tidak hairan apabila buku bertemu ruas, sparks fly. Bahkan arwah pernah mengugut menyaman aku.
Satu hari, aku dipanggil menghadap Ahmad A Talib, ketika itu Pengarang Kumpulan New Straits Times, pada 2000. "Ah, I'm in trouble yet again!"
Kamaruddin mengadu kepada Ahmad bahawa aku tidak menulis his side of the story apabila aku mendedahkan Persatuan Olahraga Amatur Terengganu menggantung Kamaruddin selaku setiausaha.
Dia menjelaskan langsung tidak dimaklumkan mengenai penggantungan itu, malah mendakwa ia melanggar perlembagaan POAT. Aku mempertahankan story aku, berasaskan kenyataan presiden POAT, Datuk Othman Daud, yang datang sendiri ke Balai Berita untuk memberi bukti.

Namun Ahmad mengarahkan aku membuat story Kamaruddin. Akupun akur.
Di antara 1999 dan 2003, ketika Kamaruddin menerajui jawatankuasa latihan KOAM manakala adik iparnya Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad selaku pengerusi jawatankuasa pembangunan, hidup mereka kerap diganggu tulisan aku.
Banyak keputusan-keputusan mereka yang aku pertikaikan. Namun tidak lama sesudah dia tersingkir daripada percaturan politik KOAM, aku dan Kamaruddin made peace.
Akibat terlalu banyak merokok (sejak di bangku sekolah, katanya), Kamaruddin menghidap penyakit paru-paru. Aku pernah terserempak dengan arwah di Hospital Pakar Ampang Puteri ketika Intan menunggu temujanji dengan Dr Fauziah. Kami bersalaman dan bercerita ringkas mengenai perkembangan olahraga.
Selaku pasangan suami isteri dari sukan olahraga, Kamaruddin dan Rajemah melahirkan keturunan yang giat bersukan.
Anak sulung mereka, Kamarezal yang meninggal dunia pada 1998, aktif dalam pelbagai acara sebelum menceburi bidang lakonan.
Kamarezmie kini mengendalikan restoran mereka Warung Pak Maidin yang mempunyai beberapa cawangan, manakala Kamarezmai satu ketika dahulu kusangka bakal mewarisi takhta Nur Herman Majid selaku jaguh lari berpagar.

Sayang sekali Imai yang menjuarai acara 110m di Sukma 1998 dengan catatan 14.50s, tidak memenuhi potensinya. Aku sendiri menjadi saksi kepada kecekapan Imai melangkau setiap pagar, contoh tulen kepada pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Kamarenzi yang mengendalikan perniagaan keluarga termasuk Batu Burok Beach Resort pula adalah menantu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Halim.
Pembabitan Kamaruddin sehingga mewakili negara di Sukan Olimpik di Rome 1960 (olahraga diwakili oleh tiga remaja belasan tahun - Kamaruddin, Shahrudin Mohd Ali dan M. Jegathesan) bermula secara tidak sengaja. Dia lebih berminat dengan ragbi tetapi Tom Rossandich, jurulatih olahraga dari Amerika Syarikat, mengenal pasti bakatnya dalam acara lompatan.
Kamaruddin membuka mata lawan dan kawan dengan memenangi pingat emas Sukan SEAP empat kali berturut-turut. Sehingga kini hanya empat atlit Malaysia - Kamaruddin, Hanapiah Nasir, Mohd Zaki Sadri dan Syahrul Amri Suhaimi - yang berjaya menggondol emas acara lompat jauh.
Perginya seorang jagoan tengah hari tadi ditangisi sanak saudara dan rakan taulan. Baktinya terhadap negara harus dikenang. Salam takziah kepada Rajemah sekeluarga. Al-Fatihah. Baca di sini

6 comments:
Sebulan lalu, aku sempat hubungi Allahyarham untuk minta komen mengenai Pembangunan Olahraga KOAM.
Allahyarham sempat usik aku..
"Kita jumpa lah, banyak benda boleh diceritakan," kata Allahyarham ketika itu.
Betullah kata bro Rizal, Allahyarham kalau cakap memang tak ada 'lapik2'. Tapi tak salah, kerana Allahyarham tahu asam garam sebagai Atlet, Pemimpin Sukan, Persatuan Sukan dan Politik Sukan..
Takziah buat keluarga Ibu Rajemah Sheikh Ahmad. Al-Fatihah
Rizal see where was mumtaz when he was ailing N they claim they represent sportsman.
ini lah lumrah kita dalan sukan bila kita di puncak banyak sanjungan dan tahniah yang kita terima
Tapi bila kita kat bawah sapa yang ada cuma beberapa perkara yang kita bawa
doa anak yang soleh sembahyang kita, ilmu kita dan sedekah kita
jangan kita harapkan bantuan bila kita sakit sebab setiap bantuan itu ada SEBABNYA YANG TERSENDIRI
ini lah di namakan perjalanan hidup ahli sukan MALAYSIA
Inalillah..and al Fatihah ...
Sdra,
Arwah Kamarudin begitu passionate (bersemangat) apabila berbicara mengenai sukan. Dia boleh menceritakan perspektifnya dengan semangat yang berapi-api. Ada yang senang dengan kata-katanya, tetapi tak sesiapapun boleh melarang arwah menyuarakan pendapatnya. Arwah berpegang kepada perinsipnya. Dia mempunyai semangat waja dalam menghadapi cabaran hidup. Berkat kegigihannya, arwah dapat mengusahakan hotelnya di tengah-tengah Kuala Terengganu sehingga menjadi salah satu resort yang popular di situ.
Moga2 rohnya dirahmati Allah. Takziah saya sekeluarga kepada Rajemah dan semua ahli keluarga.
aat - pahit manis
Al-Fatihah.....
Masa 1st batch SSBJ intake...arwah pernah datang sekolah...nak setelkan hal olahraga sekolah lahh...tah mcm mana ...boleh bertengkar dengan Zambri ( gimnastik )...fuh..kecoh time tu..lepas tu baru semua org tahu...bapak kama ( kamarezmai )rupanya gangster....heheheh...mcm gangster...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman....
Post a Comment