Baca kisah Halim Napi dan penyokong Kelantan di sini dan di sini
Bola sepak adalah sukan yang penuh sentimen dan emosi. Usah ia dibiar menjadi luar kawalan. Ini aku tuturkan dalam rancangan Wisel Penamat yang dihos oleh Hafizal Hamad dan Norismadi Abdul Manap Ahad lalu. Seorang lagi tetamu bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali.
Ini bukan kes sulung membabitkan Halim.
Baru bulan lalu dia digantung dua perlawanan kerana mengasari lawan.
Pada 1997, dia digantung seumur hidup oleh FAM kerana mengancam menyerang pengadil S Selearajan dalam perlawanan di antara Kelantan dan Perak.
Tiga tahun terdahulu, Halim bertindak ala kung-fu (Eric Cantona kemudian meniru aksi yang hampir sama terhadap Matthew Simmons pada awal 1995) menerajang dari belakang pemain import Selangor, Zsolt Bucs dan digantung permainan selama semusim dan denda RM5,000 oleh FAM.
Kini Kelantan FA (Kafa) mengambil tindakan tepat menggantung serta-merta bekas penjaga gol kebangsaan ini sesudah dia didapati bertindak balas dan menumbuk pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Dua tahun lalu Halim tekad meninggalkan bola sepak, mengheret Kafa ke mahkamah atas tuntutan gaji tertunggak sambil menumpu perhatian kepada kerjaya barunya sebagai penternak lembu!
Pada usia 38 tahun, Halim tidak mungkin kembali ke arena bola sepak. Dia seharusnya belajar menternak minda.
Juga kepada puak-puak yang gedebe, jangan rosakkan nama baik peminat jati Kelantan. Keadaan bercelaru di luar stadium apabila sebuah kenderaan polis diterbalikkan sebelum dibakar selain cermin beberapa kereta dipecahkan oleh sekumpulan penonton yang kurang berpuas hati. Aku difahamkan mereka kelompok Mat Rempit berusia 18-25 tahun. Katanya polis turut dipukul. Pening Tan Sri Annuar Musa hendak menjawab!
Singgah di kelate.net dan ini dipaparkan
DISCLAIMER
Adalah dimaklumkan pihak Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan ( http://www.kelate.net ) ingin membuat penafian bahawa tidak terlibat langsung dalam sebarang kejadian rusuhan penyokong di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kalangan forumers Kelate.Net sememangnya tidak terlibat dalam kejadian yang disifatkan antara terburuk dalam bola sepak Kelantan. Pihak Kelate.Net merakamkan kekecewaan berganda di atas tindakan sebahagian kecil penyokong fanatik Kelantan di atas insiden tersebut. Jelas, ini bukanlah budaya penyokong bola sepak Kelantan yang selama ini kita war-warkan sebagai penyokong setia Kelantan. Dalam pada masa yang sama pihak Kelate.Net berharap insiden sedemikian rupa tidak lagi berlaku masa akan datang dalam lanskap bola sepak Kelantan kerana ianya jelas mencalar maruah negeri Kelantan.
39 comments:
Masalah dgn Kelantan ni 'tak boleh kalah' kalau kalah orang lain yang salah .....
FAM perlu gantung pasukan kelantan. Sukma gaduh ... futsal gaduh ..... mereka ni elok main wau aje.
Gantung pasukan kelantan 5 tahun atau sampai mereka ni tau bahawa kalah atau menang adalah adat bertanding.
Kalau stadium sendiri dia buat camni bayangkan kalau gi stadium pasukan lain dan mereka kalah. Di shah alam adalah contoh terbaik.
Kalau FAM kesian pun dengan kelantan ni denda 5 tahun stadium kosong ....
KELATE!! KELATE!!
Saya diberitahu Halim Napi menunjukan sikap 'gangsterisme' nya throughout the match - tapi referee berani bagi kad kuning aje..Bagi aje 2-3 kad merah...
FAM kena bertindak...jangan tunggu meeting 2-3 minggu lepas bulan penuh atau hari Sabtu yang jatuh pada tarikh dan bulan ganjil or some weird procedure to setup a meeting...at least KAFA dah bertindak...
saudara rizal
boleh tak sampaikan pesanan sy kpd pihak penerbitan Wisel Penamat/Gelangang d 1 kat RTM 1
sbg pengemar sukan, kadangkala x larat nk tunggu siaran yg berkeudara jam 12.30 dan 1.30 ini..lebih2 lagi jika esok nya kerja
jadi minta jasa baik rizal utk meyampaikan pesanan peminat kpd pihak RTM supaya kalau boleh..siaran sukan jgn terlalu lewat ke udara
p/s : best layan wisel penamat
Menggantung seseorang atau sesebuah pasukan memang mudah. Panggil mengadap, kelentong lebih kurang sikit dan jatuhkan hukuman gantung. Mudah bunyinya.
Tetapi apakah masalah akan selesai? Adilkah hukumuan itu kepada pemain-pemain Kelantan yang berbakat dan yang tidak terbabit?
Pihak berwajib yakni FAM perlu mencari jalan penyelesaian. Annuar Musa juga harus bertanggung jawab dan patut dipersalahkan kerana kes sebelum ini, beliau menuduh pengadil sokri nor dan pihak polis yang menjadi punca.
Kali ni siapa puncanya Nuar?
Tok Selampit
Kok Lanas
INSIDEN di Kelantan merupakan kemuncak kepada segala rasa dendam peminat fanatik Kelantan yang 'hanya menunggu' masa untuk membuat kacau kerana tidak berpuas hati dengan langkah FAM memotong 3 mata ketika bertemu KL Plus dulu.
FAM juga harus bertanggung jawab terhadap keganasan ini. Dulu lepaskan Selangor tanpa sebarang hukuman.
Kemudian kes Kelantan lwn N. Sembilan dalam saingan liga super pada 31 mac 2009 masih belum diambil tindakan.
Kedua-dua peristiwa di atas seolah-olah 'menghalalkan' keganasan bolasepak bermaharalela.
Anti Perusuh
SELEPAS ini peminat bolasepak akan menjauhkan diri dari datang menyaksikan bolasepak ala FAM ini kerana takut dibakar hidup-hidup
FAM lembek. Patutnya dah hukum Kelantan ekoran kes sebelum ini. Tapi sampai la ni tiada sebarang tindakan pun...
Penternak lembu tu pernah bersumpah tidak akan benarkan anak cucu dia main untuk Kelantan....
Gembala lembu tu kena gantung seumur hidup dulu Zaman Dato' Paul Mony sebagai S/U Agung. Chairman DB pulak Dato' Zaman Khan.
Sekarang punya SU dan Chairman DB leh caya ke?
Ternak minda? Hehehehe. bukan ternak minda, sepatutnya lembu di kelantan 'ternak halim' supaya dia lebih patuh macam lembu tu jugak.
fam harus menerima tangungjawab ini. selepas beberapa kali dia melakukan kesilapan, halim masih diterima masuk dalam liga.
amat berbahaya orang seperti ini dibiarkan berkeliaran di atas padang. dia boleh bertindak di luar dugaan pada bila-bila masa.
sekali buat salah mungkin boleh diterima sebagai 'tidak sengaja'. kali kedua mungkin boleh dianggap 'terlalu emosi' tapi kalu ketiga, keempat dan seterusnya, ia membawa pengertian pemain ini 'gila'
orang gila tidak boleh dibiar berkeliaran, kerana tindakannyanya diluar jankaan semua.
kalu fam tidak menganbil tindakan keras ke atas kelantan dan halim khususnya, bermakna suma pegawai dalam fam harus di'tanjung rambutankan' kalau tidak di 'ISAkan'
Heysel, Hillsborough, Bradford City and Ivory Coast...This Saturday is meeting day.
For the Game. For the World.
kamaruddin Abdullah Orang kelantan. Kali ni mesti yang salah pihak bomba sebab lambat datang padam api. hahahahaha
Titik hitam buat bola sepak malaysia , namun ini bukanlah gambaran sebenar semangat kesukanan yang sudah dipupuk berpuluh tahun di malaysia , penggantungan halim napi sememangnya wajar , namun penggantungan terhadap pasukan kelantan bukan penyelesaian terbaik , jika dilihat rentetan masalah yg membabitkan penyokong kelantan , nyatanya kelantan memerlukan seorang tokoh besar yg boleh dihormati kalangan penyokongnya , tindakan annuar musa menyalahkan pihak lain di dalam insiden terdahulu bukan teladan yang baik buat penyokong , namun pujian buat penyokong kelantan atas kesungguhan penyokong kelantan yg diterjemah melalui kehadiran mereka ke stadium, tok guru nik aziz mungkin boleh membantu untuk mengendurkan ketegangan ini atas kapasiti sbg mb dan peribadi beliau yg amat dhormati di kelantan
Halim mmg x pro... tp si Aidil pun satu hal.. dah tau mamt tuh cmtu duk kata yg bukan2... Halim mmg dah warning Aidil masa main.. tnggu masa nk abis jer... aku salah seorang saksi insiden smalam...
nk gantung pasukan Kelantan??? x wajarrrr...
spt kata saudara Rizal ianya dicetuskan oleh sekumpulan "TENUK"... mmg ramai "PENYOKONG" Kelantan di tempat kejadian.. tp mereka sekadar menonton...
ramai yg ada di tmpat kejadian smalam aku boleh katakan 90% dari mereka terkejut dngan kebakaran trak polis tuh... mnggeleng kepala melihat gelagat2 pemusnah bola sepak kelantan khususnya.. dari tinjauan aku ramai yg x percaya trak itu dibakar... bila aku tnya sorang brother nih "asap aper tuh??" suara dia seakan-akan sebak mngatakan "trak polis dibakar"!!!!!
@pEaCE@
PENIPU
jgn bagi lwn bola kat ngeri kelate ,samseng taik kucing ,tempat sendiri berani la kau
Bagi pihak Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan www.kelate.net dan sebahagian besar penyokong kelantan sendiri sebenarnya mengutuk keras diatas tindakan tidak bertamadun sebahagian kecil penyokong fanatik kelantan.
Pihak kami menzahirkan kekecewaan yang sukar untuk digambarkan berkenaan dengan insiden rusuhan tersebut.
Amat malang bagi peminat & penyokong bola sepak Kelantan sendiri kerana selepas ini akan berhadapan dengan hukuman yang keras oleh pihak FAM.
Ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga sesuai diungkapkan buat penyokong kelantan sendiri. Laporan media elektronik menyatakan rusuhan terjadi kerana kekalahan kepada Negeri Sembilan sebenarnya tidak tepat.
Daripada insiden Halim Napi memukul pemain Negeri Sembilan yang bagi pandangan saya secara peribadi tidaklah 100% menyebabkan rusuhan ini terjadi....maka tercetus pula diluar perkarangan stadium dimana pihak polis telah bertindak menangkap & membelasah seorang lekaki( sesuai dikatakan remaja )angkara melemparkan mercun.
Rentetan kejadian ini menimbulkan kemarahan sebahagian besar para penyokong yang masih berada diperkarangan stadium lalu tercetusnya insiden menyerang anggota keselamatan tersebut.
Maka tercetus lah kejadian membakar kenderaan polis, motosikal dan beberapa kenderaan awam termasuklah merosakkan kenderaan Presiden dan Timbalan Presiden KAFA.
Mungkin ada ruang untuk dipersoalkan mengenai kelewatan Pasukan Simpanan Persekutuan bertindak lebih awal menanggani kejadian daripada lebih buruk berlaku.
Apapun yang terjadi telah terjadi. Kun Faya Kun. Maka peminat & penyokong bola sepak Kelantan selepas ini harus belajar menerima hukuman di atas kesalahan sendiri. Tidak harus untuk meletakkan kesalahan dibahu pihak lain seperti KAFA, pasukan keselamatan dan sebagainya kerana kita (penyokong) sebenarnya gagal mengawal emosi dan displin dalam menonton perlawanan tersebut. Salam moderator kelate.net
Akum semua....
Tak tau nak kata apa lagi.....insiden di Kota Bahru membawa kita seolah-olah berada di colombia atau pun peru.......langsung tak bertamadun.........sukan is sukan....kalau semua nak menang sapa yang nak kalah.satu lagi faktor yang boleh diambil kira,mungkin juga ada dikalangan penonton di stadium tu mengambil benda2 yang mungkin mengkhayalkan....etc....ganja,tuak atau sebagainya....
tapi pada penyokong2 yang terlibat.....bawa2 la bertaubat
BERITA harian melaporkan sebagai berkata,pihak CPO Kelantan telah mengesyorkan supaya perlawanan yang melibatkan Kelantan diadakan di luar Kota Bharu buat sementara waktu. Langkah ini adalah atas sebab-sebab faktor keselamatan.
FAM pula kalau boleh mahukan supaya dimainkan di KB juga. FAM ni tak serik-serik. Nasihat polis pun tanak ikut.
Kita bukan anti Kelantan, tapi kita kena ikut nasihat polis sebab mereka lebih arif tentang aspek keselamatan. Kalau cakap polis pun FAM dah tak mau nak dengar, nak dengar ckp sapa lagi?*&^%$@
SEMUA pihak menuding jari ke arah Halim Napi sebagai pencetus kepada segala punca hura-hara di Kelantan.
Tetapi kita lupa bahawa ada pihak lain yang sengaja mengapi-apikan penonton.
Individu berkenaan secara halus telah mengajak penonton supaya memusuhi pengadil dan juga pihak polis.
Badan induk sendiri turut gagal untuk bertindak pantas apabila insiden pertama dalam saingan Liga Super tidak diambil apa-apa tindakan.
Sikap Halim memang kita tak boleh terima. Tapi Sikap Annuar Musa dan FAM sendiri macam mana?
Siam Boxer
Tumpat
ha ha ha
Ini di katakan pada FAM kuman kat seberang laut nampak dengan jelas dan nyata tapi kuman kat celah kuku sendiri tak nampak so kena pakai kanta pembesar.
Sebagai salah seorang warga kelantan izinkan saya berbicara dan memberikan pandangan saya secara pribadi ini:
1) Kesalahan pertama sapa yang menyebabkan peristiwa kelantan di potong matanya akibat stadium yang tak sempurna (perlawanan pertama Kelantan Lwn KL Plus) MC punya report lain dan FAM buat statement pun lain, so dah nampak kelang kelibut atas peristiwa ini. Mana stand FAM sebagai badan induk bolasepak negara, bukankah semua MC yang bertugas perlu memeriksa stadium perlawanan pada tengahari hari perlawanan tersebut, dan adakah ianya di jalankan atau tidak ?
Sikap FAM adakah ianya sepeuhnya profesional atau separuh atau tak ada langsung.
2)Bila penyokong datang buat demostrasi di FAM apa tindakkan susulan FAM.
3) Adakah mana-mana pegawai FAM mengambil kira sebagai pemantau di setiap perlawanan yang di anggap penting.
4) Adakah perlantikan pegawai perlawanan di teliti terlebih dahulu perlawanannya supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Contohnya : Pasukan selangor , Kelantan, negeri sembilan dan perlis dalam perlumbaan untuk berada di atas kumpulan, persoalannya adakah pegawai yg di lantik untuk mengadili perlawanan yang membabitkan antara pasukan ini di teliti akan kemampuannya atau main hantam sahaja.
5) Pandangan saya FAM perlu di persalahkan dan juga pemain yang tak profesional pun perlu di persalahkan kerana sikap FAM telah mengujudkan satu provokasi kepada peminat untuk membenci akan keputusan FAM dan juga yang sama waktu dengan nya
Cuba kita imbas kembali kejadian tahun 1979 ( perlawanan antara kelantan dan singapura) satu stadium sultan mohamad pagar nya roboh sebab pemain singapura samad ali pitche dah tampar kamarudin mohd noor (kalau tak silap saya) ini akibat pengadil kurang berkemampuan mengendalikan perlawanan tersebut>
bagi saya pasukan kelantan sudah berada di dalam disiplin yang tinggi semenjak cikgu jan mengendalikan pasukan sehinggalah kini oleh peter butler, kelantan sekarang tak macam dulu sure pihak lawan takut nak main kat kelantan, tapi bagi saya Halim juga perlu di persalahkan dengan sepenuhnya serta juga zakuan yang telah memprovokasi halim, dua dua tak profesional
So FAM apa lagi halim gantung seumur hidup
Kawea gi dulu
NASIK dah jadi bubur baru nak bertindak ke wahai orang-rang Kelana Jaya. Sepatutnya proaktif la sikit beb....
Saya adalah salah seorang pemain di padang sewaktu insiden...tolong jangan salahkan sesiapa tanpa usul periksa dahulu.....
Halim itu ada temper tetapi waktu training dia bagi komitmen seratus peratus dan tak pernah berang.....nie mesti ada yang provoke...same seperti Zidane tanduk Grosso waktu final world cup dulu...
Halim ada cita-cita untuk jadi penjaga gol nombor satu malaysia dan kembali wakili mlaysia....dia masih tangkas dan mampu membaca permainan....tolong jangan buat anggapan salah dan gantung dia seumur hidup...
dia ada family dan anak-anak yang masih bersekolah....gaji yang tinggi tahun ini dan minat utk main buatnya kembali ke kancah liga M....
Mungkin FAM dapat serapkan dia sebagai coach goalkeeper utk Malaysia...
pemain Kelate...
tengok dulu ceritanya macam mana... malam tu aidil duk provoke halim gegila... asal nampak muka halim, dia buat isyarat ngata halim orang gila...
rasanya dua beradik tu gaduh ngan shukor adan, pasal shukor tau cemana gilanya halim tu... duk provoke dia macam tu... memang cari gaduh la...
tapi tak kena hapa la kan... macam materazi provok zidane dulu la...
pasal penonton... sapa suruh polis main sesukahati sepak budak... dah orang bagitau bukan budak tu yang baling-baling botol kena polis tu... langsung disepak jugak...
tu yang membawak keluar stadium tu...
polis pun tembak gas ikut suka derang je... kena kepala budak yang takde kaitan pun... yang duk ikut orang tua derang meniaga kat luar tuh...
Bro,
==============================
DISCLAIMER
Adalah dimaklumkan pihak Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan ( http://www.kelate.net ) ingin membuat penafian bahawa tidak terlibat langsung dalam sebarang kejadian rusuhan penyokong di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
-----------------------------------
So, mereka menafikan bahawa tidak terlibat????????
Kapada peminat Kelantan,
Jangan risau sebab FAM tak kan berani hukum kita lagi. FAM dah silap besar masa potong 3 mata tempo hari. Lawan Selangor di Bukit Jalil tu FAM cuma nak berlakun sekejap. Selepas ni dia akan benarkan main di KB semula
JAdi, jika kita tengok bola di KB ni, jangan la buat hal lagi. Jaga displin dan terima apa jua keputusan pengadil.
Hidup Kelantan.....
Awang
Kota Bharu
Salam,
penyokong kelantan bukan semua giler macam tuhh... 95 % adalah orang waras dan tak terlibat dalam kejadian malam tuh..
Yang semua menuduh dan menghina penyokong kelantan satu je diorang dapat : "Dosa" yang boleh menyebabkan mereka tercari-cari dengan sapa mereka nak mintak maaf sebab tuduh yang bukan-bukan di akhirat nanti.
Saya orang kelantan; walaupun pahit terpaksa menonton game kat stadium lain, tapi kalau itu yang terbaik , nak buat macam mana. Kitorang akan penuhkan stadium jugak semata-mata nak sokong kelantan.
Halim Napi : setuju beliau di gantung ; tapi takde la sampai nak hina dia.. kalau satu jari menuduh baik ternak lembu, then 4 jari lagi menuding pada diri ...
FAM ; koya lebih .... semua yang terjadi bukan sebab malam tu saja ; tapi benda ni dah membengkak sejak game lawan KL PLUS lagi..
Buat Penyokong Kelantan;
AYUH KITA SOKONG DI BUKIT JALIL PULAK.... UNTUK LAWAN SELANGOR NIH... BIAR SATU MALAYSIA DAPAT TENGOK YANG PENYOKONG KELANTAN LEBIH RAMAI DARI PENONTON selangor ...
BUAT PEMAIN KELANTAN;
LET'S ROCK ... DAN MARI TERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SUDAH...
Ya Allah, jadikanlah bumi Kelantan Bumi Bertuah, tempat persinggahan bagi orang-orang yang diredhai engkau Ya Rabbul Allamin...
AMIIIINNNN
Mana boleh mereka tak terlibat ...
sebagi penyokong memang diaorang terlibat.
' MESTI MAIN DI STADIUM KOSONG HINGGA HABIS MUSIM '
kah kah kah lawak giler setiausha aging fam
hukuman yang dikenakan hanya minimum ......
abis tu buat bagi masa nak rayu lagi ...............
kah kah kah ...............
penyokong-penyokong kelate, esok kita serang std nasional bukit jalil
mengapa main di bukit jalil????????
sebab orang yang terlibat membuat keputusan adalah lembaga pengarah stadium bukit jalil ???????????
hah hah ..................
SPRM ...... tolong siasat
selangor dulu terlepas kerana langkah-langkah keselamatan mencukupi.
tapi lain lak kat kelantan...
apa kah langkah yang sewajarnya tidak diambil???
sudah tentu kafa menyediakan semuanya
tapi kerana malan double standart.. inilah jadinya ....
kalau mengikut salah satu laporan media ........ pengerusi lembaga tatatertib sendi pegi lihat game, sendiri buat laporan, sendiri dengar balik dan sendiri ambil tindakan ...... mana punye peraturan dia orang pakai
Apasal selangor tak kena denda dulu masa Selangor vs Kelantan? Kalau kira, selangor pun gagal mengawal keselamatan penonton kat Stadium Shah Alam. Ni dinamakan double standard.
Kalau penyokong kelantan nak mengamuk sebab kekalahan pasukan mereka 1-0 dgn N.sembilan, habis aje wisel penamat & Halim tumbuk "Laki Rita", pastinya pagar stadium dah roboh. Kekecohan luar stadium hanya berlaku sejam selepas perlawanan tamat. mesti ada unsur lain yang mem"provoke" penyokong Kelantan.
Nak salahkan KAFA? Kafa telah menjalankan tugas yang baik menjaga keselamatan semasa perlawanan & didalam stadium. Tugas menjaga keselamatan diluar stadium, sepatutnya tugas polis. Takkan sampai kat luar stadium dan dijalanraya pun KAFA kena bertanggungjawab. Kalau macam tu, dendalah Kedah FA sebab dulu2, ada penyokong Kedah mati accident semasa pulang ke Kedah selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia (Tahun dah lupa).
Kes di kelantan sepatutnya menjadi ikhtibar kepada FAM untuk meningkatkan kualiti keselamatan di semua Stadium di Malaysia. Masih banyak stadium yang terdedah kepada tragedi yang akan berlaku bila-bila masa.
Di Rome pun, pernah penyokong pihak lawan mati kena tikam oleh penyokong Roma, rusuhan di Napoli & Milan. Ada FIFA, UEFA atau Persatuan Bolasepak Itali gantung stadium Roma berbulan2?
Malas la nak cerita panjang2. FAM kan dengan dunia dia sendiri. Ditegurkan, kena gantung. Tak tegurkan, buat kerja ikut sedap dia org aje.
Bukan double standard tapi kat selangor dulu pun kelantan gila yang buat jadi macam zaman batu.
Penyokong yang tak de adat ni susah skit yang jaga.
Kalau kat KB ada dua kumpulan penyokong mungkin lah susah nak jaga ni semua kelate pun gaduh gak.
Lepas tu salahkan halim napi, polis, FRU dan FAM ..... ni wei kalau semua lepas kalah game terus balik rumah buat gasing ke atau buat wau ke ... tak kan ada rusuhan . Otak pakai lah
Betul tuuuu .. aku ni orang johor, kelantan ni memang kaki gaduh ... betul kat sukma dia bergaduh di perak dan kedah, semasa futsal ari tu kat tv dorang kejar pemain negeri mana ntah ari tu siap baling kerusi lagi .. bukan tu aje masa aku kat UiTM dulu pun Kelantan ngan Johor gaduh besar. UiTM kan ramai kelantan.
Tapi mek kelantan baik-baik dan lawa gak sume... hehehheh sebab bini aku warga kelantan .... JANGAN MARAH !!!!!!.
Aku ingat ye semua org kelantan kena kawin ngan negeri lain supaya boleh kurangkan skit panas baran tu. hehheheheheh
FAM takut kat Selangor sebab kalau denda Selangor, Azzudin pasti jatuh tersungkur....
Matsilau,
Lu cakap mana stadium org Klate xpenuh kt Semenanjung nie.? Kalo rase hebat sangat lu kuar lar stadium jgn asik dok tgk Siaran Langsung @ berita kt TV jer nanti tau saper yg samseng taik kucing sebenarnya.! Lu xder 'telor' ker.?
Buat semua peminat bolasepak d M'sia sori larr FAM nk haramkan penyertaan Kelantan dlm bolasepak d M'sia, mmg xakan berlaku "CONFIRM"..
My reason:
1) Setiap kali game yg melibatkan Kelantan kantung FAM betul2 masyuk bb penyokong mmg support gegila & stadium sentiasa penuh.
P/S: FAM pun bisnes gak rugi lar kalo nk tolak rezeki macam nie coz penyokong negeri len xseberapa harapkan final baru nak penuh..abis xkan sepanjang musim FAM nak bergantung jumlah kutipan tiket pd perlawanan final sahaja.? Fikir2lah..jgn melenting xtentu pasal dulu nk 'reject' Kelantan, sendiri xsupport nk cakap banyak lagi..
2) Dengan adanya team Kelantan bolasepak di M'sia seolah2 hidup & xsunyi wlpun byk kontroversi kerana ini secara xlangsung telah "MEMPROMOSIKAN" kepada yg xminat bola tempatan.Boleh kata setiap perlawanan yg melibatkan Kelantan mmg jd perhatian.
3) Selagi Kelantan salah satu negeri d M'sia adalah mustahil nk dikeluarkan kecuali Kelantan bubar utk buat negara sendiri, hahaha..
Kesimpulannya suara2 sumbang yg nak merejectkan Kelantan dr arena bolasepak negara adalah khayal.!
Mat Kilau,
Mung nie nok makey menyepak nie..ore supo mung nih lar hok provok ore Klate jd ganah, suko mengapi2 tp mung sdri penakut nok berhadapae ngan fan Klate..Kalu d S'jung nie mung sebut jah mano stadium meme fan Klate akey g janji game Klate comey jah..
Kelantan Supporter Said..
Post a Comment