Perak mengecewakan Kelantan 2-0 pada final Piala Malaysia di Stadium Merdeka pada Julai 1970.
Kelantan cukup disegani ketika itu. Bayangkan barisan tengah dianggotai dua pemain kecil tapi licik, Hamzah Hussein dan Wan Zawawi Wan Yusoff manakala Mahadi Yusof, Nik Leh Nik Man dan Dali Omar mengepalai jentera serangan. Pada usia 18 tahun, Wan Hassan Ibrahim menjadi tonggak pertahanan.
Dali tampil dengan rekod yang dicemburui kawan dan ditakuti lawan. Daripada 28 gol yang dicetak oleh Kelantan, 21 daripadanya hasil sentuhan tajam Dali. Atas padang licin, Dali menggegar palang pada minit ke-30 manakala Wan Zawawi gagal menyempurnakan empat peluang keemasan.
Berbeza pula dengan Baharin Khamis. Dia menjadi pemusnah impian Kelantan dengan dua gol selang dua minit. Antara pemain Perak ketika itu ialah Wong Kam Fook, V. Krishnasamy, Rahim Abdullah dan M. Karathu.
Itu cerita lama. Kita fast forward hampir empat dekad kemudian, Kelantan 2009 disifatkan selaku Manchester City Malaysia kerana berjaya menarik minat pemain berstatus bintang.
Bergelar Red Warriors, Kelantan mempunyai misi yang terbuku di hati. Kerap merasakan dianak tiri oleh FAM, kemenangan Sabtu ini pasti mengubat duka akibat digantung daripada beraksi di depan penyokong sendiri di gelanggang yang satu ketika dulu boleh dikatakan setiap bulan menjadi persinggahanku.
Hishamuddin Aun, ketika itu pengarang sukan Berita Harian, selalu menghantar aku ke negeri tanah rendah sekebun bunga untuk meliput pasukan bimbingan Mahadi Yusof.
Tarian Alex Freeman, kekentalan Edward Aboegye dan kegarangan Isahaq Debrah yang dibancuh bersama bakat tempatan seperti sweeper, Zahasmi Ismail dan penjaring terbanyak musim 1994, Hashim Mustapha, mengangkat Kelantan sebagai antara pasukan pilihan. Aku seronok bukan kepalang berulang dari Hotel Perdana ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Rupa-rupanya, semua itu hanyalah lakaran di atas kertas sedang permukaan rumput mencoretkan cerita berbeza.
Aku bercadang ke Stadium Nasional Sabtu ini. Aku jangka stadium akan dipenuhi penyokong kedua-dua pasukan, dengan jumlah penonton mencecah 60,000. Sudah lama aku tidak merasakan kemeriahan sedemikian. Demam bola melanda Kelantan nampaknya dan antara pencetus ini sudah tentu Tan Sri Annuar Musa.
Namun aku ramal Selangor menang tipis dan bersetuju dengan pendapat Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd Amin, Amri Yahyah berpotensi muncul wira. Sebenarnya barisan Selangor memiliki ramai match-winner, antaranya Safee Sali, Amri, D. Surendran, R. Surendren, Amirulhadi Zainal dan Hardi Jaafar.
Satu faktor yang dijangka memihak kepada Selangor ialah pengalaman pemainnya. Kelantan lebih dahagakan kejayaan tapi jika pemainnya gagal mengawal tekanan beraksi dalam final, tidak mustahil Gergasi Merah merebut kesempatan.
Apapun aku kagum dengan anak buah Peter Butler.
"Selangor memiliki pemain kualitas, tapi kita tidak ada sebarang rencana mengawal mereka. Pemain saya menaiki hurdle (overcame a hurdle) di Seremban dan bersemangat untuk final," kata Butler dengan telo Indonnya.
Indra Putra Mahayuddin adalah pemain yang lengkap, serba boleh sama ada dari tengah, penjuru kanan dan kiri atau selaku penggempur utama. Saksikan sepakan percuma Badri Radzi dan umpanan lintang Nor Farhan Mohammad.
Maaf rakan-rakan di kelate.net, pasukan Cik Siti Wan Kembang akan bergaya gemalai namun terus-terusan kempunan gelaran kerana akan bungkam di kaki Gergasi Merah.
Apapun, aku berdoa tiada insiden yang mencemar imej bola sepak kita.
17 comments:
dear Loosee Cannon.... kelantan shud winss.....ha ha h aha
salam... bro.... aku raser... kelantan kasi menang... sebab aku sokonng indra putra.... pasal anak aku pon putra gak......
Setelah 39 tahun kempunan merasai bahang perlawanan akhir, akhirnya impian jutaan rakyat Kelantan tertumpu kepada perlawanan akhir Piala FA sabtu ini.
Tulisan saudara Rizal, saya kira adil dalam membuat penilaian pada perlawanan akhir ini. Walaupun diakhir ruangan ini, saudara Rizal memilih selangor sebagai juara Piala FA 2009 tetapi saya meneka bahawa Kelantan mampu menjadi juara baru kali ini.
Saya kira dipihak penyokong Kelantan sendiri turut teruja menyaksikan perlawanan akhir ini. Khabarnya tiket di Kota Bharu laris seperti goreng pisang panas.
Ratusan bukan puluhan bas sewa khas yang akan bertolak dari Kota Bharu pada hari Jumaat malam sabtu ini. Bas dari Terengganu, Pahang dan Thailand terpaksa disewa untuk ke Bukit Jalil. Tentunya flight ke KL turut fully hujung minggu ini.
Yang datang dengan kenderaan persendirian itu memang tidak terbilang agaknya.
Itu cerita tentang fan kelantan yang dijangka mencecah 40,000 orang di stadium nasional bukit jalil sabtu ini.
Diatas padang, bagi saya kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara. Walaupun Selangor gah dengan empat kali kejuaraan tropi Piala FA, tetapi bagi Kelantan melihat itu bukan satu halangan yang mereka mahu bergelar juara.
Sejarah tetap sejarah. Sejarah menyaksikan Selangor bergelar juara Piala FA sebanyak empat kali manakala Kelantan pula tidak pernah mendakap piala apatah lagi merasai bahang suasana perlawanan akhir.
Tentu suasana kali ini amat berbeza berbanding dua perlawanan Liga Super yang dihadapi oleh kedua-dua pasukan baru-baru ini.
Bagi saya, pasukan yang mampu menyerap tekanan, memperolehi gol awal dan kurang melakukan mistake pasti mampu berpotensi bergelar juara.
Sehingga kini bagi saya, tiada tekanan dikedua-dua pihak. Kelantan turun sebagai underdog manakala Selangor juga berhak turun tanpa sebarang tekanan.
Saya tentunya mengharapkan pasukan Kelantan mempamerkan mutu permainan sepertimana ketika bertemu Selangor pada 11hb April 2009 untuk pentas akhir ini.
Apapun dalam membicarakan persembahan menarik daripada kedua-dua pasukan, kita juga berharap semoga penyokong kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Adat bertanding, akan ada yang menang dan kalah.
Dan sabtu ini akan ada pasukan yang menang dan yang kalah. jadi kita terima keputusan seadaanya. Ini lah bola sepak.
"Perlawanan Bersih, Penonton Kasih "
jumpa di stadium nasional bukit jalil kerana saya akan membuat liputan untuk kelate.net
Bagi canlah kat Kelate mene sekali skalo...phemene besih, penoton kaseh
klate mene 2-1
Salam Tuan,
Dalam sejarah bolasepak Malaysia Kelantan pernah menjadi juara kebangsaan Bawah 12-Tahun, B-14, B-15, B-18, B-21, dan B-23.
Malangnya bila tiba pertandingan seperti Piala Malaysia yang tiada had umur Kelantan masih belum mampu bergelar juara.
Apakah mungkin tahun ini setelah era "tipu umur" lama berlalu Kelantan mampu bergelar juara?
Ini tidak mustahil apatah lagi kini Kelantan juga telah gunapakai formula era lama yang menyaksikan hanya Selangor yang menguasai bolasepak tempatan.
Gergasi Merah atau Pahlawan Merah?
Sudah pasti Mambang Merah ......
phisically selangor is a better team with a much fitter and stronger players. Supporters wise, selangor cannot match kelantanese spirit of kelate menang samo. think the result would be selangor 3 and kelantan 1. if the match goes to overtime, think kelantan has a good shoot to hold the trophy
Aku juga teringin sgt nak tengok perlawanan yang dijangka hebat dan menarik ini. Tapi apa kan daya, aku tiada sesiapa, walaupun aku pernah 21 tahun mengabdikan diri membantu FAM.....Sekarang aku dilayan lebih hina dari seorang peminta sedekah.
sebagai peminat bolasepak saya sokong kelantan akan menang dalam perlawanan akhir ni sebab kita tengok kebangkitan the red warrior sangat membangakan dan juga tahap disiplin pemain juga dah ber ubah tak macam zaman lewat 70 an sehingga awal 90an yang mana semuanya kaki prap bila dalam game tapi sekarang semua clean
caya la kelantan pee weet
mintak tok guru turun sekali lagi meriah
sdra rizal,
biarlah kelantan menang. kita doakan kelantan menang.
Hambo KL
Indra Putra pemain yg serba lengkap.... hmmmmm..agak2ler nak tulis pun Tuan Ybhg. Kalau dia serba lengakap then Khairul Anuar pun tidak kurangnya. Zaquan & Zafuan pun seadil2nya diletak pada level yg sama.
Moral: Agak2ler tulis. Kalau depa2ni sesungguh2nya "serba" lengkap, Maysia tidakler berada di tangga FIFA urrrmmmm... SERATUS ENAMPULOH? Saya amat berharap orang di Kelana Jaya dan pemain2 "serba" lengkap Maysia membaca komen ini. Jgn anggap sebagai kutukan. Cabaran la.
Nota: Tak makan malam dgn Minister Rais hari tu?
sory guys lambat join ts forum, tapi nak muntah bila penulis gob-blog & xperience mcm owner blog ni tulis ada pemain kat Malaya skrg serba lengkap. Betul la Abe KJ tu tulis, agak-agak ler..Kelantan thn ni ada potensi nak jd juara tp main sunguh-sunguh weh, jange ikut napsu peruk mu..
Salam dr Dubai..& tahniah pd yg jd campione
50-50...extratime...penalties...a classic final. Congratulations Kelantan, Selangor and Malaysia.
Stay cool.
For the Game. For the World.
kelantan 2 selangor 0...ismadi manap
aku kecewa, team yg bagus tapi kalah.
nasib baik Manchester United mengubati keciwa aku dengan kemenangan 4-2 keatas Tottenham Hotspurs
what a great final...great fans...great teams...congrats to all...we have lift off !
Now for the National team.
For the Game. For the World.
Tahniah kepada skuad Merah Kuning dan "cuba lagi" kepada skuad Kelantan. Ulasan saya yg bukan expert dan tdak banyak pengalaman ialah betapa Final (showpiece? Classic? Hampeh?) pada Sabtu malam yg lalu menggambarkan betapa tangga 160++ Fifa adalah justified dan tidak perlu dipertikaikan.
Perjalanan kita masih jauh dan semuga jurulatih baru negara dapat memberi sinar serta nafas baru.
Apa2 pun saya ingin menyusun jari dan mohon maaf pada Tuan Rizal yg sesungguhnya mahir dan berpengalaman luas dalam sukan bolasepak ini. Sekarang saya faham. Bila beliau mengesahkan betapa siPolan dan siPolan ini adalah pemain yg LENGKAP, maka ianya adalah dalam konteks MALAYSIA BOLEH sahaja. Ianya tidaklah bertujuan perbandingan mungkin dgn Michael Carrick, Paul Scholes, Kaka, Eto'o atau nama2 lain yg mudah sahaja keluar dari mulut ramai sungguhpun bukan kelahiran MALAYSIA BOLEH. Jutaan Maaf dari saya.
Final Piala FA ini juga meyerlahkan betapa pemain2 serba dan kurang lengkap MALAYSIA masih gagal mengatur 5 "passing" yg baik berbanding dgn contohnya perlawanan ManU dgn Spurs pada pagi Ahad. Jelas sungguh LENGKAP di MALAYSIA mempunyai maksud yg berlainan di England atau di Sepanyol.
Bilamana Tuan Rizal menggunakan ungkapan "maestro", "brains", "explosive" dll maka wajiblah kita memahami konteks serta siapakah penerima sebenar gelaran2 tersebut.
Post a Comment