Friday, April 10, 2009

Fungsi JKPS

Kolum Dari Garis Tepi ini disiarkan Rabu lalu, sebelum Kabinet baru diumumkan oleh Perdana Menteri. Baca di sini

4 comments:

Unknown said...

Salam Tuan,

Apa pun peranan JKPS saya harap mereka yang berkenaan mula beri tumpuan/sokongan kepada mereka yang pada hari ini tidak jemu menggerakkan sukan di peringkat akar umbi.

Sungguh pun aktiviti pembangunan dan juga penglibatan secara riadah kelihatan lesu di peringkat tersebut sebenarnya kalau diperhatikan ianya masih lagi berjalan pesat.

Kita mungkin mempunyai tanggapan sedemikian kerana sekian lama persatuan-persatuan sukan banyak yang telah lepas tangan dalam aspek ini khususnya soal pembangunan.

Media terlalu menumpukan berita luar negara dan berita negatif mengenai prestasi serta pentadbiran sukan dalam negara. Tidak ada penekanan terhadap aktiviti di peringkat akar umbi.

Pihak kerajaan pula lebih menumpukan kepada persatuan-persatuan sukan dan agensi berkaitan yang bertanggung jawab terhadap sukan prestasi tinggi dan juga terhadap acara-acara berprofil tinggi.

Percayalah "kekosongan" ekoran hilang tanggung jawab persatuan sukan, tumpuan terpilih pihak media serta penekanan tertentu pihak berkuasa telah diisi sendiri oleh rakyat di peringkat akar umbi.

Kita harap kerajaan baru hari ini serta media dan lain-lain pihak berkepentingan turun sama-sama ke akar umbi yang sesungguhnya selama ini tidak sepi pun.

-Mambang Merah-

Anonymous said...

Mambang

Memang betul, saya pikir kadangkala media kita taksub menceritakan yang buruk-buruk aje tapi nilai positif yang tersemai di akar umbi tidak diberi perhatian yang sewajarnya. tentunya aktiviti dan riadah sukan cukup semarak cumanya tidak diberi publisiti meluas.

KakiBola said...

Saya sokong dan setuju dengan komen mambang tentang hal ehwal pembangunan sukan negara. Sumbangan pembangunan di peringkat akar umbi oleh kumpulan-kumpulan tak berpersatuan, tak berkepentingan dan tak pandai buat duit. JKPS hanya tentang "dollar & cents" - tak masyuk tak nak ambil pusing.
Tentang media, kakibola partly setuju betapa media tempatan perlu beri lebih tempat dan perhatian terhadap sukan tempatan dari terus menerus hanya menyanjung dan meletakkan sukan luar negara mengatasi kepentingan sukan dalam negara.

bola-kempis.blogspot.com

jemiro said...

saya setuju dengan pendapat mambang, "Media terlalu menumpukan berita luar negara dan berita negatif mengenai prestasi serta pentadbiran sukan dalam negara."