Wednesday, April 8, 2009
Tahniah Azizul
Tidak lama dahulu, aku perasan seorang anak muda yang sopan menyelitkan dirinya di kalangan reporter-reporter otai ketika sidang akhbar K. Rajagopal. Tidak silap aku Kejohanan Asia Bawah 20 di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Suaranya lembut dan cara bertanya juga berhemah. Itulah dia Azizul Fahmi Ahmad Zabidi yang diisytihar sebagai pemenang pertama Anugerah Wartawan Muda A Samad Ismail pada malam anugerah Malam Wartawan-Institut Akhbar Malaysia Petronas kelmarin. Artikel Azizul bertajuk Pembunuh Bola Sepak Negara mengimbas cara-cara tiga individu - Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Datuk Mohd Aini Taib - bertindak sesudah mensyaki pemain mereka terbabit dalam gejala menjual permainan. Aku dengar khabar malam itu juga Azizul pulang ke kampung halaman untuk mengundi di Bukit Gantang. Eloklah tu. Juga ku ucapkan tahniah kepada Pengarang Berita Utusan Malaysia, Noraini Razak, atas kemenangan beliau. Kali terakhir aku jumpa dia di Zoo Negara. Tahniah juga kepada wartawan Berita Harian, Jalal Ali Ab Rahim, kerana memenangi anugerah Kajai, gelaran yang diidam-idamkan semua makhluk bergelar wartawan (di Malaysialah) serta team Malay Mail. Baca di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment