Aku cukup benci dengan apa yang berlaku dalam Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Namanya pun sudah amatur, maka tingkah-laku, etika dan mutu kerja pun amaturlah.
Apabila aku dipelawa menjadi panelis Isu Semasa di TV1 dua minggu lalu di sisi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, aku menyentuh dua sukan secara khusus, iaitu bola sepak dan olahraga.
Bola sepak kerana menjadi ikutan ramai manakala olahraga adalah asas kepada semua jenis sukan. Malangnya kedua-duanya terperangkap dalam kemelut, kalau tidak dari segi prestasi, kemelut kepemimpinan.
Aku menegaskan KOAM tidak menangani tuduhan mencabul pegawai seranta di Taiwan tahun lalu dengan telus. Kini pegawai yang dituduh dilantik menganggotai jawatankuasa kejurulatihan dan pembangunan KOAM yang dipengerusikan oleh bekas kakitangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Karim Ibrahim. Pegawai itu akan secara terus mempunyai pengaruh terhadap program latihan KOAM.
Roslinda Samsu mengugut akan bersara jika keadaan ini dibiarkan berterusan. Berani kerana benar. Aku salute orang macam Roslinda. Dia bukan saja beraksi dalam satu acara teknikal yang memerlukan keberanian, malah anak jati Kedah ini berani bersuara pada saat orang lain diam menikus! Malang sekali kebajikan atlit seperti Roslinda yang mengharum nama negara di peringkat Asia, Komanwel dan Olimpik diabaikan. Kepada presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim, undurlah diri dan biarkan Karim Ibrahim menjadi presiden!
Sila baca di sini dan klik di sini.
8 comments:
Sdra Rizal,
Datuk Shahidan Kassim selama ini barangkali menggunakan pengaruh dan wang menerajui KOAM.
Cukuplah tu dan berpada-padalah. Lepaskan saja kerusi presiden KOAM.
Datuk dah banyak sangat kerusi persatuan sukan yang dikepalai.
Tapi jangan pula pilih sdra Karim
mengambil tempat Datuk Shahidan. KOAM tidak terbawa oleh sdra Karim
sebagai pemimpin nombor satu.
Cari yang lebih baik, lebih bertanggungjawab. Itu satu amanah. Majulah sukan untuk negara!
Salam,
Wan Nana
Karim jadi Presiden?? Bawak mengucap la bro? Mulut kata nahi nahi hati kata amma amma..KOAM memang la teramat malang...
Abang Rizal yang dihormati,
Adik amat bersetuju dengan pendapat abang supaya Dato' Shahidan Kassim berundur sebagai presiden KOAM. Kita perlukan seorang presiden yang pro aktif, berdisplin dan tidak mempolitikkan sukan serta individu yang tertib dan berhemah yang bencikan pencabulan hak asasi manusia lebih lebih lagi pencabulan terhadap susuk tubuh wanita. Dari pandangan peribadi adik, mungkin nama KOAM perlu diubah agar lebih komersial dan trampil. Terserahlah pada abang rizal untuk mencipta nama baru bagi KOAM. Kita tidak perlu seorang ahli politik atau menteri seperti Shahidan Kassim Baba untuk menerajui KOAM. Sekiranya Sultan Perlis sendiri memilih Menteri Besar yang baru dan menolak Shahidan Kassim Baba, maka wajarlah juga kita sepakat untuk menolak Shahidan Kassim Baba ke tepi padang. Cukuplah masa Shahidan Kassim Baba sebagai menteri KOAM, saranan adik kembalilah ke Perlis dan tumpukan perhatian kepada keluarga dan rakyat serta negeri Perlis khususnya. Akhir kata adik ingin mengucapkan berbanyak TQ kepada abang Rizal kerana memberi peluang kepada adik untuk mengtekskan keluhan adik yang begitu patriotik terhadap sukan negara.
Sekian wassalam.
Adik Jack
what do you expect from Shahidan anyway?
Get him to iron out problems at PFA. bayar EPF player dulu la!
If such small problem at state level pun x leh kaotim, camne nak memimpin persatuan negara spt KOAM?
Money politics mesti dihapuskan 100%.
murid tua
Koam dgn fam sama saja tak ada semangat untuk nak naikkan sukan negara kalau dah yang pegang jawatan tu hanya ada agenda tersendiri dan terlalu banyak aktiviti hisab menghisab
Hentikan lah semua sampai air mata darah pun tak akan maju
Dpd- hisab
bro,
Shahidan kassim memang patut lepaskan je KOAM ada satu lagi Persatuan Kabbadi Malaysia yg dia jaga - yang tu org lain ok :)
tapi bro pasal kata KJ tak bole salahkan kat FAM saya kurang setuju la bro, kita imbau kembali ke tahun 2004,yang sebenarnya tahun KJ campur tangan dalam FAM bukan 2007 mcm yg bro tulis..:) ,
2004 - 120 , 2009 - 158 ,
2014 - 196?
Ranking Malaysia dari FIFA ,
2009 158
2008 156
2007 159
2006 152
2005 123
2004 120
2003 116
2002 128
2001 111
2000 107
1999 117
1998 113
1997 87
1996 96
1995 106
1994 89
1993 79
bila Pak Lah berkuasa mutlak pada 2004 apa terjadi kepada landscape bolasepak tempatan?
2004 - Liga Malaysia secara tiba-tibanya ditukar kepada Malaysia Super League , apa kurangnya liga Premier yang digantikan? ada penulis sukan yang mempertikaikan langkah FAM ini?- tiada -
struktur baru liga Malaysia dengan adanya MSL ini - MSL akan bertumpu kepada Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL),kununnya sebagai syarikat yang menjaga sudut komersial Liga MSL , dari penajaan, pengiklanan dan seterusnya . Apa yang ada pada syarikat ini sehingga menjadi kemudi penting untuk bolasepak Malaysia .
Tetapi anda akan tersenyum jika ketahui siapa di sebalik syarikat ini?
"The Chairman and a member of the Board of Directors is YB Khairy Jamaluddin. Also on the board of directors is FAM General Secretary, Dato’ Azzuddin Ahmad."
Bila Dunhill tidak lagi menjadi partner buat bola Malaysia sewajarnya syarikat yg dikepalai Khairy Jembalang ini menyusun lebih baik penyaluran duit dari TM,Genting,Nike,MSN,MAS, Sime Darby dll ke Persatuan Bola negeri, sebelum kehadiran Khairy ke kancah bola Malaysia, pernah dengar pasukan negeri begitu bermasalah seperti sekarang?
Bila Syaitan menjadi teman - nantikan saja kemusnahannya.
Bolasepak Malaysia akan terus Hancur Berderai jika dibiarkan Khairy Jembalang & Co. mengkambin-hitamkan Tuanku kununnya untuk memulihkan FAM.
Membiarkan KJ & Co. di dalam FAM adalah kesalahan kepada cucu-cicit kita jika ditanya ,Pernahke Malaysia layak ke Olimpik ? lawak la atuk aku ni ( di kala itu ranking Malaysia yang ke 200 mungkin ).
saya juga berharap Saudara Rizal antara yang punya daya penggerak sebagai bekas penulis yang punya network yg baik agar mengepalai kempen Selamatkan Bolasepak Malaysia .
kita mulakan dgn buang politician dari FAM. SEMUA!!
Ikhlas -
Coretan khalayak
Johor Bahru
http://coretankhalayak.blogspot.com/2009/01/bola-malaysia-2008-pecah-2009-hancur.html
http://coretankhalayak.blogspot.com/2009/01/bola-malaysia-2008-pecah-2009-hancur.html
aku sokong coretan khalayak
1. remove politicians
2. Rizal jd kepala kempen
3. boikot MSL sampai politicians berundur
biras jack
no politicians in sports! buat kempen tu bro...sure ada perubahan. jadi penyakit bila depa ni pegang sports...dia buat mcm parti politik...
Post a Comment