Pintu masuk akademi yang menyambut tetamu
Tetamu kehormat majlis, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, cukup kagum dengan kemudahan di akademi itu, yang juga disebut ringkas sebagai FUFA.
"Kalaulah ada 13 lagi akademi sebegini atas inisiatif pihak swasta seperti Frenz United, tentu usaha mencungkil bakat di peringkat akar umbi lebih mudah. Ini adalah satu set-up yang cukup profesional," kata Azzuddin.
Lihat kemudahan yang disediakan.
Asrama pemain
Bilik mentelaah
Bilik media, ada Internet
Sambil mengangkat besi, Cristiano Ronaldo jadi inspirasi
Gelanggang serba guna jadi tempat pelancaran Piala Frenz
Dari kiri presiden Frenz United FC, Noor Ihsan Abdul Hamid, Pengarah Pendidikan, Sopiah Suid (dulu pernah kerja di NSTP), Azzuddin, Setiausaha PBNP, Fuzzemi Ibrahim dan Pengarah Teknikal Frenz United, Omar Ali
Pemilik Frenz United, Rashid Maidin...muda lagi
Undian dilakukan oleh Timbalan Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud, dengan Ong Kim Swee pilih pasukan dari balang
Turut hadir pada majlis pelancaran itu bekas kapten pasukan negara Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Kamarulzaman Yusof. "Wah, hebat kemudahan kat sini," kata Zainal kepada aku.
Pemain FUFA teruja bertemu Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat dan Irfan Fazail
Tanggungjawab memberi bimbingan secara teknikal kepada 50 pemain berusia 13-14 tahun di FUFA digalas Omar Ali, bekas jurulatih akademi Selangor dan UiTM Shah Alam. Dia dibantu Ahmad Fairuz Yunus dan beberapa bekas pemain. Fairuz adalah anak kepada Allahyarham Yunus Tasman, nama besar dalam kejurulatih bola sepak di Selangor dan Kuala Lumpur pada 70-an dan 80-an
FUFA bersedia menghadapi Piala Frenz
Sungguh bertuah 50 remaja dari seluruh negara yang duduk sebumbung belajar bola di FUFA sambil menerima biasiswa dari Tingkatan 1 hingga 5, bernilai RM80,000. Bersekolah di SM Saleha, sebuah sekolah asrama swasta di Genting Highlands. Mereka dipilih selepas melalui satu proses pemilihan selepas kejohanan MSSM di Pulau Pinang tahun lalu. Ada empat pemain sudahpun dilepaskan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
12 comments:
power..power
LC Rizal,
Idea bagus - sepatutnya dah lama wujud. Yang bimbang nya berapa lama kah boleh bertahan? moga kekal selagi bola bulat bergolek!
TC
ini tentu ada bayaran outstation atau lain. kalai tidak haji fuad tak datang.
Teringin nk tgk condition padang bola dkt sana. Xde dlm gambar.
inisiatif menarik dari pihak swasta..
jangan nanti permilihan pemain yang bakal diserap masuk ke akademi ni dikaburi oleh faktor kroni..
harap bakat diutamakan..
in sports its all about being positive. But at the same time, being or getting involved in developing talent at grass-root level is something very crucial and important.
The term called technical in football should be understood well.
People should be selected very carefully to run such facilities. One must have the wisdom and the knowledge required not only to understand the game but also the societies current mentality.
in sports its all about being positive. But at the same time, being or getting involved in developing talent at grass-root level is something very crucial and important.
The term called technical in football should be understood well.
People should be selected very carefully to run such facilities. One must have the wisdom and the knowledge required not only to understand the game but also the societies current mentality.
To stay updated, please visit:
www.frenzunited.com.my
and/or
www.facebook.com/FrenzUnited
www.youtube.com/FrenzUnitedFC
MAJULAH FRENZ!
Harap sumber kewangannya lestari
baru balik dari sana,memng menakjubkan....kemudahan serta para pelatihnya bakal menunjukkan FU boleh melahirkan cabaran besar dlm arena bolasepak antarabangsa sbg wakil negara...keep it up Frenz...Glory..
mcmana nak kontek sekiranya ingin membuat klinik bola di frenz united ni yee..
mcmana nk buat klinik bola sepak bersama frenz united...
Post a Comment