Tuesday, May 1, 2012

Awang Selamat perli Zol

Biasanya orang yang kuat kerja tak banyak bercakap. Lainlah macam aku, kerja memang bercakap dan kritik hahaha. Nak kongsi sedikit pendapat...tahu tak kolum Awang Selamat ada perli bos MSN, Zol Embong? Lama nak tulis ni tapi tak sempat pasal sibuk...


Di bawah tajuk Alahai Zolkples...di sini


Kalaulah Zol ikut cara bos lama dia, Mazlan, senang...Mazlan ni suka menulis...bukan saja kertas kerja, cadangan, strategi dan laporan Kabinet, tetapi juga kolum untuk media...Ini kolum Mazlan Ahmad menulis, dalam Dunia Sukan terbitan Utusan Melayu (1986)


Hah, ini kolum dia Pendapat Saya dalam Utusan Malaysia hari ini...mengajak kita berfikir, kenapa dulu tiada laporan kenapa pasukan hoki negara sekadar dapat pingat perak, bukan emas di Sukan Asia di Guangzhou 2010 dan juga kenapa tiada yang membimbing Nur Suryani Taibi agar merancang keluarga menjelang Sukan Olimpik...kenapa banyak jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Menteri Belia dan Sukan tapi macam tak de fungsi...tajam dan ada isi. Sebab itu Mazlan menulis untuk Metro Ahad (selalu beri aku idea angle berita), The Malay Mail, the New Straits Times..jadi, selepas mengikuti tulisan Mazlan, aku sedar banyak program MSN dibangunkan hasil cetusan idea dia bersama beberapa individu sebagai pelaksana...timbul idea fokus kepada lumba basikal trek (dulu basikal asyik fokus lebuh raya), acara terjun sebagai disiplin ke Olimpik dan pusat latihan angkat berat di Kuala Rompin...cuba Menteri tanya berapa kertas kerja, kertas strategik dan kertas cadangan yang Zol sendiri tulis...kalau adapun tak sebanyak dia ke luar negara, asal Menteri ke overseas, dia pun ikut...mentang-mentang KP dan mentang-mentang Menteri rakan sekampung...

Kaji pula apa Awang Selamat tulis mengenai Mazlan di sini.

Dalam program Dengan Izin dengan Ahmad Shabery Cheek, dia kata dia nak letak jawatan kalau kontinjen negara gagal raih pingat di Sukan Olimpik di London. Kontrak Zol sebagai KP pula, sambung ke tak sambung? Pasal KP ada kontrak dua tahun. Dulu Zol naik jadi KP pun ramai yang tolong fight untuk dia, masa tu kalau ada orang ingat dia nangis ketika kena pressure Azalina Othman Said di Sukan SEA Korat...fuh...banyak lagi aku boleh tulis nihhh...tapi takut kena complain dan kena marah...heheh


26 comments:

Anonymous said...

bro rizal,

zolkpeles tak sempat mau tulis sebab banyak jalan....itu sebab dia kata takde masa. dalam banyak hal dia suka publisiti nombor satu jugak... itu shabery or razali ajak jalan dia akan priority jalan n mesyuarat boleh tangguh coz tidak penting.jalan jugak penting ooo.... saya benci sangat sama itu. zolkpeles laaa....muka xtau malu... awang salamat pun boleh cakap sama zolkpeles banyak teruk...fikir-fikir kan lah........

Haresh Deol said...

"..tapi takut kena complain dan kena marah...heheh"

Once again..HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA!

Anonymous said...

tak menang pingat emas kat Olimpik takapa jgn ada pegawai yang letak jawatan, rugi sukan Malaysia. Para pegawai sukan kita bertaraf dunia!

Anonymous said...

Karim Ibrahim boleh la. Kenapa takut bila kritik Datuk Lee Chong Wei. Mesti takut kena singkir macam pengerusi yakeb. tau pun. ingat berani macam mana?

Anonymous said...

Zol is the clown for Malaysian sports.. :)

ex-MSN said...

Raja lawak dulu, kini dan selama-lamanya....

Anonymous said...

Masing2 ada kelebihan dan masing2 ada kejayaan. Jangan bandingkan sangat. Yang penting kejayaan pasukan negara di temasya. Jika kita mengenang kisah silam kita akan berada di era itu tampa berubah.

Ex msn

Anonymous said...

Are the daggers out ? It's not that I don't luv Caesar but I luv Rome more! Ha! Ha! Ha! Funny how old happenIngs are recycled!

Anonymous said...

Rizal dengar sekarang KP ......sisihkan Shapawi ....mungkin kerna Shapawi bagus......

Anonymous said...

Anon. 314am.....betul kah? Patutlah mcm2 kisah lama (Dato Zol sedih) Di kitar semula. Pihak media sudah mula kan peranan; pasti Dato Zol tak lupa; zaman Dato Ramlan jadi KP; sehingga terpaksa pisahkan MSN & ISN. Lawak betul... Atau pun hukum karma?

Anonymous said...

Mula doh!!!!

rizal hashim said...

ex-msn 7.48pm,

kenangan silam tidak bermaksud kita terperangkap dalam era itu.

saya melontar persoalan, apakah wajar seorang Ketua Pengarah kerjanya berjalan saja dan diberi restu dan lesen besar oleh YB Menteri?

Banding pula dengan KP yang kerjanya memerah otak dan menulis, merancang

Sudah tahu Suryani kahwin, tidak adakah pegawai persatuan yang fikir? kalau sudah tahu persatuan tak fikir, tugas siapa untuk fikir bagi mereka?

pegawai kerajaan la, tapi kalau pegawai kerajaan sibuk pergi overseas dan tidak fikir jalan penyelesaian, siapa harus buat?

MENTERI? KSU? WARTAWAN?

Anonymous said...

C'mon Bro...tak kan pakai kondom KP MSN atau ISN kena mengajar!....I thought yuo had more brains !

Anonymous said...

C'mon bro! Tak kan pakai kondom/buat kolam ats pusat pun Dato KP MSN atau ISN kena mengajar? Nak jadikan status Dato Zol sebagai bujang sebagai isu? Fight fair lah bro ! But too much expect from a so called journo..... yang lemah kita taji ........

Anonymous said...

KP memerah otak dan menulis.........joke of the year! Harap membaca sebelum menulis! Taksonomi peningkatan perkembangan kognitif harus dijadikan pedoman.......

rizal hashim said...

anon 3.16am dan 3.18am, ada ke aku sebut status bujang?

lu pakai otak la bro, bentang fakta dan sejarah la bro..

posting ini berdasarkan fakta...

KP MSN kaki jalan...

tak caya? check la berapa trip dia pergi sejak Shabery jadi menteri...

itu tidak perlu belajar di universiti untuk check la bro...

kenapa KP perlu ke luar negara selalu?

bukankah kerjanya membangunkan sukan negara?

berapa ribu kali mahu buat lawatan sambil belajar atau menemani menteri????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

mungkin kalau tak sibuk teman Menteri kesayangan, bolehlah ada time sikit nak bincang tanya persatuan dan atlet macam mana cara terbaik nak siap siaga...

tolong tunjuk bukti ada kertas kerja tak yang KP buat?

kalau ada meh saya siarkan di sini...anytime bro!

ada faham?

rizal hashim said...

yang lemah kita taji?

eh bukankah Zol Embong Ketua Pengarah, yang paling power dalam sukan dekat Malaysia?

lebih power daripada Menteri, KSU dan kawasan sekitarnya...

yang lemah kita cover, yang power kita tala...

Anonymous said...

Aik marah!! Jgn emo bro.

Anonymous said...

Bro ne dah jadi personal

Anonymous said...

Adakah semua masalah akan selesai jika Shapawi menjadi KP MSN?

Anonymous said...

Aku tahulah u ni orang Mazlan. Tapi aku tengok dulu masa dia KP..sama jugak. Sekarang dah pencen nak hentam KP baru yang hanya ikut cara2 dia dulu..tapi cuma ekstrem sikit. Bagi I , 2x5 5x2..samaje!!,

rizal hashim said...

anon 1.36am,

ada ke saya sebut nama Shapawi?

saya pertikai etika kerja KP...sebagai penjawat awam, dia bertanggungjawab menyusun program elit, bukan berjalan ke sana ke mari...

rizal hashim said...

anon 2.50am,

kalaupun saya orang mazlan, sekurang-kurangnya kita tahu etika kerja dia.

satu lagi, awang selamat dan ramai reporter yang jadi orang mazlan. apasal buku top manager tu ada nama mazlan? yang tulis tu orang mazlan?

mazlan sudah letak satu penanda aras yang tinggi.

penggantinya tak tercapai kot...


kalau zol hebat sangat, bagitau saya apa dia sudah bikin selain ikut menteri ke luar negara, gaduh sama Karim KOM, kutuk Chong Wei tak datang anugerah, lepas tu salahkan media pasal pressure dia hahahahahahha

Anonymous said...

wahhh...makin hangat ni...lain orang, lain cara kerja beb...tak penah lg pemimpin baru stail kerja sama dgn pemimpin lama...mcm Tun M dgn Pak Lah dgn najib...
Aku setuju Zol punya management slacking skit kalau nak banding dgn mazlan...tp not that bad la rizal..

Pasal karim tak payah cerita kat sini la kot....never ending story tuuu..
LCW patut kena tegur apa....reporters pun tau kan mcm mana dgn stail dia skrg...

Anonymous said...

Anon 7.26

Setuju dengan pandangan saudara. Masing-masing punya cara dan gaya tersendiri. Masing-masing telah mencapai kejayaan mengikut tahap zaman masing-masing.

Sukan negara kita Perlu sokongan dari semua pihak bukan setakat komen yang kurang enak di dengar.

Let the manager manage

Anonymous said...

sokong Zol memang KP terbaik terutamanya masa Azlina jadi menteri!