Misbun Sidek - melatih dua juara Seluruh England dan dua pemenang pingat Sukan Olimpik - ditunjuk jalan keluar (atau suasana mendorong dia membawa diri).
Rexy Mainaky - selaku juara Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia serta melatih juara Seluruh England, naib juara dunia dan juara Sukan Asia - ditunjuk jalan keluar.
Yoo Yong Sung - dua kali menang pingat perak temasya Olimpik - ditunjuk jalan keluar.
Selepas tiga individu itu, siapa agaknya menjadi mangsa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seterusnya?
Khabarnya, ada tiga individu paling berkuasa dalam BAM sekarang ini - seorang pegawai, dua lagi jurulatih.
Modus operandi - bincang dengan pemain, beli jiwa mereka, hasut sikit-sikit...tikam belakang jurulatih lain.
Tahniah Rosman Razak menggantikan Rexy tetapi awas - Rosman sudah masuk kandang harimau.
Gagal sedikit dan anda akan ditunjuk jalan keluar.
Sekarang kita tengok - Rashid Sidek atau Rosman yang ditunjuk jalan keluar selepas ini.
Pegawai pula? Mereka ada one-way ticket...untuk kekal di BAM dan tak boleh keluar-keluar.
15 comments:
Malang untuk sukan badminton negara..
macam2...susah nak jangka..
SAMA MACAM STRATEGI KAT MSN....TTP KALI NI HASUT PEMBERITA......JATUHKAN PEGAWAI ATASAN....2006 KEMBALI DAH........
Anon 11.44pm,
Ingat pemberita bodoh sangat ke?
ya Zol Embong terbabit dalam menjatuhkan pegawai atasan MSN 2006, itu saya boleh sahkan...
Salam Bro.
susur galur BAM, mana nak ubah. susah. manakan jurulatih yang pandai bodek mula2 rexy kemudian Sam Sung..tak taulah bro. entah2 lepas olimpik ada yang nak cantas Presiden kot...bukan boleh percaya mungkin ada yang nak jadi brutus kot. strategi haaprak untuk skuad wanita, single pun tak ada double adalah sikit tapi sekarang tanpa coach. ngapa su satu pulau tak hentak meja tanya..atau unit presbasi tinggi buat yang terbaik? selain cakap lepas perlawanan saja lepas tu balik takuk lama. pegi melancung ke sana sini pandai macam akan mereka yang habiskan beras mau pi London nanti. study tour, hang pasti ramai pegawai dari atlet pi London kelak. suruh bayar sendiri tak boleh duit penaja, MSN diguna.dulu pi beijing apa kalian belajar? 4 tahun lepas ada LCW baru munculkah? pii dah cakap X serupa bikin. politik je lebih..
smpi bila sukan kite nak maju? klau begini caranye....
Assalumualaikum Rizal dan semua kalian penulis yang budiman.
Lumrah alam kalau seorang itu nampak tak pandai putar belit dianggap lemah, tak agresif.Tak a leaf from the ways of Nabi Muhammad (peace be upon Him)follow the right part no matter what the challenges are..BAM kini selesa dari segi kewangan, jadi takkanlah nak habiskan duit di London. 5 kali duit malaysia bro.Macam Peminat sukan tanahair cakap, para pegawai2, SU nak buat study apa? habiskan duit rakyat je pandai. Mengapa tak simpan duit macam OCM. Tengoklah macam mana Dato Siah jaga duit. Sorrylah bro, ramai dah cakap, berbuih mulut hang. mungkin peristiwa diAthens perlu berulang lagi bagi BAM baru tau, lupa daratanlah mereka mi.sayang main politik no. satu. Cantas mencantas pucuk pemimpin itu lumrah tapi janganlah atas sebab gila kuasa.penting sukan tanahair. Sekian
komentar sukan dibalik tabir
Apa, Dato Zol nak jatuhkan pegawai atasan.tak perlulah kita bersandiwara. Dari dulu memang antara bos ISN dan bos MSN tak boleh duduk semeja untuk berbincang. orang lama dalam sukan taulah ceritanya. Tapi jangan sampai bertindak secara tidak pro. sama sama nak majukan sukan cilexlah brothers, dahlah bahang kemelesetan ekonomi dah mula dirasai. gunalah segala kepakaran mendapatkan yang terbaik dalam keadaan ekonomi baik. jangan nanti ayam terlepas tangan berbau tahi..semuaa dah terlambat..
dengar kata CEO ISN telah diarah mengosongkan jawatannya. adakah gara-gara macam yang dikatakan oleh Anon 11.44pm. betulkah CEO ISN juga disingkatkan umurnya sebagai KP MSN? betulkah jurulatih dan atlet olahraga hantar memorandum desak buang Karim Ibrahim as part of the scheme?
Entri yg mnarik. Apabila jaguh dan lagenda badminton diketepikan, siapa bakal mengganti mereka? Nk harapkan pegawai (spt yg dikatakan Rizal) ke mana agaknya sumbangan mereka? Pandai ke mrk melatih?
Kes ini dh macam FAM. Adakah Rizal berani mneyentuh FAM (orang kebal dlm FAM) spt mana BAM disentuh (utk isu ini)?
aku org BAM. aku heran kenapa ketua MSN menyuruh BAM review kontrak Rexy bila BAM sambung kontrak dia. apabila BAM lepaskan Rexy dia bising tuduh BAM tak tau buat keje.
apabila BAM lepaskan jurulatih bergu korea dia pun bising juga. aku heran apa yang dia mahu?
Bro - tak payah pening pasal badminton, pengurusan BAM bertaraf dunia sebab itu kita lahirkan pemain elit yang sentiasa jadi juara dunia & olimpik. Negara lain kena belajar dari BAM cara mengurus
BAM terbaik kat dunia dalam acara badminton - tak lama lagi China akan hantar pegawai mereka utk belajar dengan BAM utk lahirkan jaguhan dunia
Info yg diperolehi dari sumber dalaman BAM...Kenny Goh, Chin Chai dan Kim Her adalah dalang yang memporak-perandakan sistem kejurulatihan. Bekas pemain ternama dunia yang pernah menjadi jurulatih dalam BAM tidak bersetuju dengan sistem ini yang dianggap BODOH dan ambil keputusan berundur dari BAM. Misbun, Rexy dan Yong Sung...nantikan Hendrawan akan menyusul tak lama lagi. BAM sombong padahal pemain yang dlm senarai 10 terbaik dunia cuma LCW sahaja! Itu pun LCW sampai ke kemuncak dan stabil disitu disebabkan tunjuk ajar Misbun semata-mata. Koon Kiet-Boon Heong pernah menjadi pasangan digeruni selepas dapat tunjuk ajar Rexy tapi disebabkan masalah disiplin besar kepala, mereka telah jatuh tersembam ke bumi..padan muka pun! So, BAM kena diBERSIHkan daripada dalang2 yang hanya duduk didalam BAM untuk bersandiwara tapi tak tau apa sebenarnya yang diperlukan untuk melahirkan pemain bertaraf dunia. Bayangkan kalau lah tempat Chin Chai tu, Datuk Misbun yang duduk dan Rexy atau Razif dijadikan ketua jurulatih...pasti MANTAP sebab diorang tahu ape yang perlu utk melahirkan juara dunia! Role Rashid Sidek sebagai Ketua Jurulatih sekarang ni pun boleh dikatakan kosong! beliau di dalam tu lebih kurang mcm puppet jer. So sesiapa claim yang BAM tu bagus dan berbagai...tak payah tipu sebab rakyat sekarang celik dan tau apa yg sebenarnye berlaku. Dari orang nak belajar ngan BAM, baik diorang belajar dengan Jepun atau Thailand macamana diorang sekarang Develope team negara memasing. Jepun pun dah tewaskan Indonesia dalam Thomas Cup baru-baru ni...Malaysia BOLEH ke?? Piala Axiata yang lepas sudah membuktikan...malu tengok badminton malaysia sekarang, thanx to BAM!!
Lepas nie player melayu pulak akan keluar sebab Kenny goh, chin chai n Kim her adalah dalang segalanye..Kalu xpercaya tengok la perkembangan player melayu kita..yang Ada dalam BAM pon sudah diletakan sebagai 'sparing partner'..tournament tak dihantar macam maner nak meningkat???sedangkan kejohanan remaja Asia diorang sumbang pingat..masuk skuad senior trus dimatikan karier diorang...minta bro rizal selidik kes tersebut
Post a Comment