Saturday, May 19, 2012

Previu final Piala FA

Final Piala FA 2012 istimewa kerana:

1. Adanya pasukan berstatus kelab mara ke final
2. Kelantan memburu gelaran sulung selepas dua kali kecewa - pada 2009 dan 2011
3. Jurulatih tempatan lawan jurulatih asing
4. Tiket RM40 free seating
5. Piala baru


Piala lama, 30 orang nak angkat piala ni


Piala baru


Bekas jurulatih Selangor yang memburu piala pertama. Namanya tiba-tiba menjadi sebutan pada 1998 apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melantik Ismail, bukannya K. Rajagobal (yang ketika itu jurulatih pasukan Liga Simpanan dan masih bekerja di PKNS), menggantikan Steve Wicks pada 4 Mei tahun itu. The Malay Mail melaporkan di muka belakang - Ismail siapa? Khabarnya keratan akhbar itu diletakkan dalam bingkai dan digantung di rumah ibu mertuanya sebagai mengingatkan Ismail, anak jati Kuala Kedah, mengenai cabaran mengurus pasukan bola sepak. Terbabit dalam pembangunan di Selangor sejak 1990. Bertahan enam bulan sebagai jurulatih Selangor yang terjerumus ke Premier 2 pada hujung 1998. Kembali sebagai pengarah kejurulatihan FAS sebelum berkelana ke Proton FC selama tujuh tahun, Ismail diberi kepercayaan membentuk skuad Sime Darby dari awal pada 2010. 

.

Dulu jaga MyTeam, sekarang bawa the Red Warriors. Hodak menjadi terkenal kerana dipilih membimbing MyTeam di sisi Serbegeth Singh pada 2006. Menggantikan Peter Butler yang mengkritik pengurusan KAFA.


Pengurusan Sime Darby pergi sendiri ke Liberia untuk memancing Wleh, tanpa merujuk atau melalui mana-mana ejen. Ini membawa hasil lumayan. Sekalipun Sengbah Kennedy dihantar pulang selepas didapati menghidap Hepatitis B, penggantinya Leandro Teofilo ligat mengawal jentera tengah.


Ismail dijangka membariskan Redzuan Harun,Shazlan Alias, Fairus Aziz, Es Lizuan Zahid Amir, Ariff Ismail, Leandro Teofilo, Syukur Saidin, Faiz Md Isa, Shoufiz Kusaini, Patrick Ronaldinho Wleh dan bekas pemain semi-pro, Yusof Zainal Abidin. Ketiadaan kapten Kamarul Afiq Kamaruddin, bekas pemain remaja kebangsaan, sedikit merencatkan perencanaan Sime Darby.


Hodak kemungkinan besar menyandar harapan kepada Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaluddin, Farisham Ismail, S. Subramaniam, Obinna Nwaneri, Shakir Shaari, Badri Radzi, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohammad, Mohamad Ghaddar. Namun jangan terkejut jika Rizal Fahmi Rosid, Nurul Azwan Roya dan S. Chanturu membintangi kesebelasan kerana Kelantan memiliki kekuatan keseluruhan yang sukar dinafikan.

K. Rajagobal, M. Karathu dan Irfan Bakti Abu Salim memilih Kelantan. Kalau pakar-pakar teknikal kita sudah memilih the Red Warriors, siapalah aku untuk melawan arus?

Kedua-dua pasukan mahu mencipta sejarah, Kelantan tidak pernah menjulang Piala FA manakala Sime Darby bertekad menurunkan nama mereka dalam lipatan sejarah sebagai kelab pertama tersenarai sebagai pemenang.

Saksikan pertarungan di antara Patrick "Ronaldinho" Wleh dengan kereta kebal TRW, Nwaneri, dan sama ada Redzuan Harun atau Wak yang berasal dari Johor, berupaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi jentera serangan paling tajam dalam arena tempatan.

Yang penting, biarlah penyokong dan hadirin selamat pergi dan selamat kembali ke destinasi masing-masing.

Bagi Sime Darby pula, mungkin pekerja mereka dari seluruh negara turun memberi sokongan.

Selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan!






5 comments:

Unknown said...

Kalau lihat pada tekanan...Sime Darby lebih rileks berbanding Kelantan....mungkin itu blh bantu cipta kejutan kpd Sime Darby

Anonymous said...

final game baru ni dah mcm
game semi final UCL Barca lwn
Chelsea...negetif game players
behind the ball..mmg betul2
tak syok nengok game mcm ni..
nengok sekejap pas tu terus
cari channel lain..membosan kan
cara sime darby main..bertahan
saja..bosan2..

Anonymous said...

1 - Bagus utk bola Malaysia bila stadium dipenuhi penonton w'pun tiket agak mahal

2 - Tak bagus bila final very very ugly. Sime Darby perlu berani pada penampilan pertama di game besar seperti ini dan tak perlu takut menyerang. Ronaldinho kiranya bernasib baik kerana sikunya terbang melayang tapi tak kena kad merah pung. Ghadar .... biasa - biasanya tak de yang istimewanya. Hebat dan tahniah Is Lizuan..dia bagus tapi kenkwan dia mengecewakan

3 - Tak masuk akal hampir 80% players cramp pada hujung saingan. Tengok UCL Final Bayern lawan Chelski..sampai 120 minit sampai penalti..smua steadi je...Apa korang buat ye????

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

saudara rizal....minta tolong bagi komen sedikit tentang live d =i astro yang selalu menayangkan aksi Lions XII......mengapa bleh terjadi perkara ini@ada s.thing d antara astro&s'pore? from ayie smart.....

Anonymous said...

Sy rasa corak permainan SD yg TERLALU bertahan telah membuatkan game menjadi hambar. Pemain Kelantan pun mati idea nk menembusi pertahanan SD yg most of the time 7,8 org dlm penalty box.
Mmg SD boleh dianggap berjaya hingga sampai ke tahap final, tp sy rasa jika diikuti oleh team lain, ia sesuatu yg tidak sihat.Pendek kata, jgn ikutlah tactical mcm tu sb nti jd trend & games jd hambar. Main la open play mcm game kelantan vs lion aritu.. semua terhibur