Wednesday, May 9, 2012
Al-Fatihah buat Kol Jimmy
Allahyarham Kol Jamaluddin Samir, lebih mesra digelar Kol Jimmy, meninggal dunia Isnin lalu. Allahyarham seperti ratusan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) yang bekerja di sebalik tabir. Kadang-kadang kalau bernasib baik, dapatlah sedikit liputan media.
Sepanjang kerjaya aku di Berita Harian dan the Malay Mail, aku selalu membuat liputan di MSN. Dari MSN di Stadium Negara hinggalah ia berpindah ke bangunan yang tersergam di Bukit Jalil. ISN dari Stadium Kampung Baru hinggalah ia kini bersebelahan MSN.
Kedudukan MSN menjadi kunci kekuatan kontinjen apabila Malaysia terpilih menjadi hos Sukan Komanwel 1998. Usaha meletakkan batu asas untuk pelbagai sukan bermula pada 1993 dengan kewujudan program Jaya'98, macam Road to London sekaranglah.
Pada 1994 bahagian persiapan Komanwel diketuai oleh Azemi Awang Chik tetapi kemudian diambil alih Azizan Zainol Abidin. Boleh dikatakan setiap hari aku tunjuk muka dekat MSN pasal nak cari story.
Disebabkan MSN menjadi badan penyelaras yang menjalin kerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan semua persatuan, jawatan pengurus projek diwujudkan. Biasanya pengurus projek (kemudian diubah jadi pegawai penyelaras atau di MSN dikenali sebagai LO, liaison officer) tahu semua benda yang berlaku - daripada program latihan dalam dan luar negara hinggalah kerenah pegawai dan atlet.
Kol Jimmy antara pengurus projek yang dilantik. Sukan di bawah pemantauannya tinju dan angkat berat, tak silap aku. Adalah lumrah apabila seorang pegawai penyelaras itu menunjukkan kesungguhan, diiringi fakta, statistik dan daya kepimpinan, mereka dilantik menjadi pengurus mana-mana tugasan di luar negara.
Ketika Sapok Biki mengutip pingat emas tinju di Sukan Komanwel 1998, Allahyarham menjadi pengurus pasukan. Allahyarham tidak lokek senyuman dan setiap kali kalau nampak kelibat aku di MSN, Allahyarham mesti ajak bersembang.
Keberkesanan tugasnya menjadikan usaha melanjutkan kontrak Kol Jimmy daripada pengurus projek kepada pegawai penyelaras mudah.
Kepada Allahyarham Kol Jimmy, anda antara wira-wira yang tidak didendang.
Moga rohmu tenang di sana.
Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Rest In Peace Kol. Your ontribution is appreciated.
Inna lillah dan Al Fatihah. Tak kenal tapi sebagai umat Islam, 2 hadiah ini ikhlas untuk Allahyarham
ZAR
al-fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan amal ibadat diterimaNYA.
Amin.
rizal
dia pegawai penyelaras tinju sahaja masa mula-mulanya menggantikan Lt Kol(b) Maskan Katan, ini kerana pada masa tu Allahyarham Mej Jen Dato Johan Hew Abdullah tak ngam dengan Maskan. Selapas beberapa ketika baru di bagi Sukan Angkat Berat untuk seketika sementara En Abu Hanafah masuk ke MSN
Al Fatihah, seorang lagi kenalan dan rakan sepejabat telah pergi buat selamanya. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang berikan.
Post a Comment