Thursday, May 17, 2012

Rosli Hussein - blogger Kepala Bola

Kalau Hasnizam Uzir bekas pemain kebangsaan yang pertama menulis blog di sini , kita juga harus menyambut kehadiran bekas penolong setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke dalam dunia blog. Bekas pemain Kelantan, Kuala Lumpur dan kebangsaan, Rosli Hussein, yang kini menjadi pengulas di Astro Arena, menggelarkan blognya Kepala Bola! Klik di sini untuk catatan sulungnya. Rosli adalah antara atlet pintar yang mendahului zamannya...iaitu intelligent di padang dan di luar gelanggang, sebagaimana Abdullah Ali, pakar banana kick 80-an. Tapi amaran buat Rosli, bila menulis blog, risikonya kita harus bersedia bercanggah pendapat...selain menyambut baik pandangan yang bernas, anda harus menerima komen-komen kurang ilmiah, bersifat peribadi dan boleh dikatakan bodoh tanpa fakta dan hujah bernas...apakah anda bersedia? hahahahah







4 comments:

Haresh Deol said...

Welcome to the club sir..

simple said...

hebat..boleh kongsi ilmu bola sama2..

mimya said...

bagus lah...cuma sbg bekas pemain bolasepak diharap dia boleh beri content yg lebih teknikal dan taktikal...bukan sekadar tulisan2 biasa spt wartawan...negara kita amat kekurangan blog2 sebegini.slmt maju jaya.

zul said...

Jom Main Bola Di Stadium Astro DI SINI