Thursday, May 24, 2012
Selamat berjaya Nazmi
Cukup teruja bila mendengar Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak dengan SC Beira-Mar. Baca pendapat aku di laman web stadiumastro di sini
Untuk memudahkan kehidupannya di bandar bergelar Venice Portugal itu, Nazmi harus ditemani sama ada bapanya atau seorang rakan sebaya. Elok juga kalau ada keluarga angkat dari Asia Tenggara di Aveiro.
Ketika di Strasbourg dulu, Akmal Rizal Rakhli ditemani Juzaili Samion. Ini keputusan FAM yang merasakan Akmal lebih cepat menyesuaikan diri di Perancis jika ada teman. Mereka juga beruntung kerana dipantau oleh Mohammad Zakaria, seorang usahawan Melayu di Strasbourg, dan pakar masakan, Wong Kok Thoong. Mohammad adalah sahabat karib Hassan Sulaiman, anggota jawatankuasa pembangunan bola sepak kebangsaan.
Di Eropah, simpati dan belas kasihan tiada dalam kamus hidup pemain profesional. Semua mahu cemerlang, semua mahu cari makan. Tentu sekali selepas ini ada akhbar yang mahu menjadikan Nazmi sebagai kolumnis tetap. Kalau di Indonesia, mereka akan mengirim pemberita ke sana.
Bacalah luahan Akmal. Penulis kolumnya di Berita Minggu dan the Sunday Mail ketika itu ialah - akulah. Haha. Waktu itu, aku mewujudkan kolum Par Avion (by airplane) atas persetujuan Pengarang Sunday Mail Sheila (Natarajan) Rahman. Kemudian aku pujuk Haji Razak Rafflis untuk beri ruang hampir satu muka dalam Berita Minggu untuk kolum Emel dari Strasbourg. Masa itu aku segan nak minta ruang daripada Hishamuddin Aun, pengarang sukan Berita Harian ketika itu (kini Datuk).
Antaranya:
ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar? Cuaca di bawah paras beku di Strasbourg benar-benar menguji ketabahan kami sebagai anak perantau. Bagi saya dan Juzaili, inilah keadaan paling sejuk pernah kami alami. Tangan kami rasa macam nak beku, apatah lagi kalau pegang pintu kereta.
Sudah tentu ia cukup berbeza dengan keadaan di tanah air. Inilah sebahagian daripada cabaran yang harus kami tangani kalau ingin mengecap kejayaan sebagai pemain bola sepak profesional di Eropah. Sejak kami datang semula ke sini kira-kira tiga minggu lalu, suhu paling tinggi hanyalah lima darjah selsius. Mujur kami diberi kelengkapan untuk menghadapi keadaan ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudahpun membekalkan kami dengan pakaian sejuk. Setibanya kami di sini, Oktober lalu, kelab Racing juga memberi kami beberapa pasang baju sejuk. Setiap kali kami melayari Internet, menghadiri kelas bahasa Perancis dan menjalani latihan, saya dan Juzaili kenalah berbungkus.
Ketika ini, kami menjalani latihan dengan Racing dan FR Haguenau. Kami sudah empat kali menjalani latihan dengan Haguenau yang banyak menekankan corak latihan tiga dan empat pemain sepasukan. Terletak kira-kira 25 kilometer ke utara Strasbourg, Haguenau adalah bandar kecil yang mempunyai 50,000 penduduk.
Menurut jurulatih Haguenau, Pierre Pleimelding, kami kemungkinan besar diberi peluang menampilkan aksi sulung minggu depan. Biarpun kelab ini bertaraf amatur, pemainnya berkemahiran tinggi baik dari segi taktikal mahupun teknikal.
Agak sukar juga untuk kami memikat perhatian jurulatih. Persaingan sengit dan sihat inilah yang mendorong kami untuk mempamerkan prestasi terbaik kami.
Kalau menjalani latihan di Strasbourg, kami menggunakan trem dan bas dari asrama CREPS untuk ke Stade de La Meinau. Dari CREPS ke Haguenau ibarat perjalanan dari Alor Star ke Jitra. Jadi kami terpaksa menumpang kereta seorang pemain kulit hitam, Karthe Djuiche. Djuiche seorang yang peramah. Dia banyak berkongsi pengalamannya dan tidak lokek menasihatkan kami mengenai kelab Haguenau.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit. Peluang berlatih dengan Racing dan Haguenau benar-benar membuka mata kami. Dari situ kami menyedari setiap pasukan tanpa mengira status, amat menitikberatkan kemahiran teknikal.
Sebab itu pelatih di sini kebanyakannya memiliki skil yang cukup tinggi. Falsafah bola sepak di sini ialah teknikal mengatasi fizikal. Tanpa kemampuan teknikal, seseorang pemain itu tidak boleh pergi jauh.
Umpamanya, latihan bersama Racing di bawah tunjuk ajar Yvon Pouliquen amat merangsang minda di samping mengasah kemahiran teknikal kami. Corak latihan ini amat kami nanti-nantikan. Setiap pemain diberi tempoh 25 minit untuk menghabiskan lapan hingga 10 ujian.
Antara ujian itu ialah sepak dari jarak jauh mesti kena palang, jatuhkan kon, masukkan bola ke dalam gelung, sepakan sudut menuju gawang dan tendangan dari tengah padang terus ke arah gol.
Biar saya jelaskan. Lazimnya kami bermula serentak. Mula-mula, setiap pemain diarah menyepak dari jarak 18 meter.
Sasarannya bukan gawang tetapi palang gol. Biasanya saya hanya dapat menemui sasaran selepas lima atau enam percubaan. Masalahnya, selagi seseorang itu tidak memenuhi syarat ujian itu, dia tidak dibenar melakukan ujian seterusnya. Bayangkan anda hanya mempunyai 25 minit untuk melengkapkan semua ujian terbabit.
Seterusnya, ujian menjatuhkan kon dari 20 meter. Sesuatu yang agak sukar kerana kon yang disediakan tidaklah sebesar mana. Kemudian, jurulatih meletakkan beberapa gelung di deretan yang sama. Dia akan menunjukkan satu gelung sebagai sasaran dan tugas kami ialah memastikan bola betul-betul jatuh ke gelung yang ditetapkan tanpa melantun.
Ini disusuli sepakan sudut inswinger yang terus menerjah gawang tanpa lantunan (ala Abdullah Ali, pakar sepakan sudut terus era 70 dan 80-an).
Diikuti dengan tendangan dari bulatan tengah yang mesti tepat ke gawang dan tendangan dari jarak 18 meter ke gol kecil yang diletakkan di bulatan tengah.
Secara peribadi, ujian paling sukar ialah menjaringkan gol dengan menjadikan spring sebagai pendinding. Spring ini diletakkan berdekatan gol kecil dan kami dikehendaki menujukan sepakan ke spring itu agar ia melantun masuk ke gawang.
Dalam masa tidak sampai 30 minit, setiap pemain harus menyempurnakan ujian ini. Sudah tentu ramai yang terkial-kial tetapi disebabkan masing-masing dilengkapi kemahiran tinggi, ia menjadi ujian yang memberangsangkan.
Biasanya pemain yang paling cepat menghabiskan ujian ialah pemain Brazil, Claudio Santos, sweeper Mourad Bar dan Pascal Johansen. Kalau bernasib baik, saya dan Juzaili jatuh di tempat keenam atau ketujuh. Kalau tidak, berbelas-belaslah. Jumpa lagi.
Kalau bulan Ramadan di sana, baca
STRASBOURG sebenarnya bandar unik yang menghubungkan Perancis dengan Jerman, Itali dan Switzerland. Jadi tidak hairanlah ramai pendatang beragama Islam, terutama keturunan Turki, bermastautin di bandar ini.
Kebanyakan bangsa Turki ini berhijrah dari negara asal mereka ke Perancis melalui Jerman yang bersempadan hanya lima minit dari Strasbourg. Penduduk Islam di Strasbourg dianggarkan seramai 60,000. Ini cukup menggembirakan saya dan Juzaili. Di Perancis mereka digelar Musulman atau Muslim.
Kami amat menanti kedatangan Ramadan dan teringin menikmati ibadah puasa di tempat orang sebagai perbandingan dengan keadaan di Malaysia. Alhamdulillah, kami dapat merasai nikmat berpuasa selama seminggu di sini. Secara keseluruhannya, Ramadan di sini seperti hari-hari biasa.
Cuma majlis berbuka puasa diadakan di Masjid Besar Strasbourg (Grand Mosquee de Strasbourg). Beberapa hari sebelum 1 Ramadan, saya dan Juzaili singgah di masjid bagi mendapatkan kalendar waktu solat sepanjang bulan ini.
Ia bagi memudahkan kami menyesuaikan dengan waktu latihan bersama kelab Racing de Strasbourg, Haguenau dan kelas bahasa Perancis di Sekolah Antarabangsa Lycee.
Pada hari pertama puasa, iaitu Rabu 8 November, kami berbuka puasa dengan sepotong kebab doner yang berharga 20 francs (kira-kira RM12) di sebuah kedai milik seorang keturunan Turki. Di tengah bandar Strasbourg ini, ada banyak kedai Turki dan Pakistan, jadi tidak ada masalah mencari juadah berbuka puasa.
Oleh kerana makan malam dihidangkan di CREPS, kami sekadar mengalas perut di kedai berkenaan. Lagi pun harganya agak mahal. Makan malam di kafeteria CREPS biasanya tepat jam 7 malam.
Apa yang memeranjatkan saya ialah cara masyarakat Strasbourg secara keseluruhannya menghormati ibadah puasa ini.
Sebut saja Ramadan, kebanyakan orang Perancis berkata mereka tahu umat Islam diwajibkan berpuasa. Umpamanya Prof Philippe Vuarand yang mengajar kami bahasa Perancis. Berusia dalam lingkungan 30-an, Vuarand kata dia kagum dengan kemampuan umat Islam berpuasa.
Beberapa pemain Racing dan Haguenau juga sudah maklum dengan Ramadan kerana kehadiran ratusan pemain beragama Islam yang mencari rezeki di Perancis, selain hakikat Islam agama kedua terbesar di Perancis.
Bintang Piala Dunia Perancis, Zinedine Yazid Zidane, umpamanya, berasal dari keluarga yang berhijrah dari Algeria pada awal 1960-an. Pada hari kedua, kami berbuka dengan lempeng yang disapu dengan Nutella. Bagi mereka yang biasa dengan keadaan di Perancis, makanan ini mudah didapati di tepi jalan.
Pada hari ketiga Ramadan yang juga hari Jumaat, kami memutuskan untuk berbuka di masjid. Masjid yang boleh memuatkan kira-kira 400 jemaah itu terletak di tengah bandar, kira-kira 20 minit dari CREPS. Berbekalkan pas perjalanan bulanan yang berharga 152 francs (RM89) ehsan kelab Racing, kami mudah menaiki bas atau trem untuk berulang-alik dari CREPS ke pusat bandar.
Tambang perjalanan sehala berharga 7 francs (RM4). Seawal 11.30 pagi, kami sudah tiba di masjid untuk solat Jumaat. Ketika itu masjid sudah hampir penuh kerana jemaah khusyuk mendengar ceramah Imam. Masjid ini ada dua Imam, seorang berbangsa Turki manakala seorang lagi berketurunan Algeria.
Jam 12.30 tengah hari, khutbah yang dijalankan dalam bahasa Arab pun dimulakan. Hampir satu jam kemudian, solat Jumaat disempurnakan. Sambil menanti waktu berbuka, kami singgah di kafe siber. Kira-kira 4.15 petang, kami menuju semula ke masjid. Kami lihat kurma dihidangkan di atas meja dalam masjid. Air mineral pula disediakan di sekeliling masjid.
Namun jemaah tidak ramai. Barangkali mereka lebih gemar berbuka di rumah masing-masing. Selesai berbuka, kami menunaikan solat Maghrib. Agak malang kami tidak sempat menunaikan solat sunat Terawih secara berjemaah kerana kami menjalani latihan dengan Haguenau pada sebelah malam.
Keesokannya pada Sabtu, Mohammad Zakaria, usahawan yang sudah lama menetap di Strasbourg, menjemput kami berbuka puasa di rumahnya. Dia menjamu kami nasi, ayam goreng, ayam masak kicap dan telur masak lemak. Yang kelakarnya, isterinya Anny Hawah dan anaknya Emilie, Lokman Hakim dan Theo Ardani hanya makan nasi dengan ayam goreng.
Mereka pelik melihat kami makan dengan berselera. Maklumlah masakan yang disediakan betul-betul menepati cita rasa Melayu. Pada Rabu lalu, saya dan Juzaili berlepas dari Strasbourg ke Frankfurt (Lapangan Terbang Strasbourg hanya menyediakan penerbangan domestik) untuk pulang ke tanah air. Kami tiba di KLIA Khamis lalu dan saya terus berlepas ke Kedah beberapa jam kemudian untuk melepas rindu kepada keluarga. Selamat menjalani ibadah sepanjang Ramadan. Jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Tak leh baca bila font warna hijau terang..sakit mata..
Tak leh baca bila font warna hijau terang..sakit mata..
kesudahan selepas itu?dorg trus balik main kt Malaysia kn?
berapa lama deme tu bertahan di france?
Tajuk nazmi,ceritanya akmal rizal la pulak...
fuzzlee and family, sekadar berkongsi masalah dan cabaran akmal di perancis dan saya cadangkan agar keluarga nazmi menemaninya menyesuaikan diri di portugal nanti.
harap sentiasa berfikir secara kritikal dlm perkara2 yg mencabar. Agar dpt berada dua langkah ke hadapan.
Dlm dunia yg rakus dan zalim ini...sesuatu perkara mudah di lupai umum apabila kita tak mampu meninggalkan kesan dlm usaha kita.
Mampukah, pemikiran konservatif atasi kapitalis dan sosialis?
Mengimbangi perkara diatas adalah amat penting untuk berdikari.
Semoga saudara berjaya dlm menghadapinya.
maaf ya aku nak cakap skit....
klau aku la seorang ejen daripada indonesia or thailand ke.....belum tentu lg aku berminat dgn nazmi ni....!!di portugal tu terlalu banyak pemain yg "muda yg lebih bagus daripada nazmi"........bagaimana sebuah kelab divisyen satu portugal boleh berminat......!!
sudah tentu ini atas kerjasama FAM...yg cuba menutup "kebangangan" FAM itu....!!
selama bertahun2,,,,hampir 50 juta setahun dibelanjakan.....tiada hasil yg memberansangkan......ranking negara tak naik2 juga.....!!!walaupun ada kelab luar kepunyaan rakyat malaysia....namun ranking yg menjadi penghalang......!!!
tak mustahil jika FAM yg membayar kepada kelab luar untuk menempatkan pemain negara kesana....dikala lagu "FAM BANGSAT" lantang dinyanyikan oleh "ultras malaysia".....!!
secara positifnya pemergian nazmi kesana memberi semangat kepada pemain-pemain lain...jadi tak payah lah kita buat spekulasi yg kita sendiri tak tahu.
anon 7.24,
mmg la kamu tu kan ajen indogsial. dengki la tu.
btul...mmg la,,,pemain lain akn berfikir tak perlu berusaha lebih...ckup main sperti nazmi faiz kita da blh main kt eropah....KAT MANA KEBAIKANNYA.....!!lpas tu timbul pulak spekulasi gji smpi 300 ribu sebulan.....!!SAPE NAK BAGI?...!! khawarij....rizal hasyim....atbar...HMMM...sme je 3 ekor ni....da kena suap dgn FAM KE...HILANG RESPECT AKU kt rizal hasyim ni....dlu dia berkobar2 cri slah FAM.....skrg dia ngn bos dia la penyokong paling kuat....macam HARAM....PUIiiiiii...
yg KEBAIKANNYA cuma NAZMI dpt menimba ilmu disana....!!dia kesana utk belajar......!!tp bkn bermakna kesilapan FAM selama ni dpt dimaafkn oleh kerana berjaya menempatkn nAZMI ke portugal......bayamgkn hampir 50 juta setahun......apa yg mereka buat dgn duit tu....suap menyuapkah sesama mereka......!!!!!tp bkan ejen dr indognesia tu....disana pn sama juga teruk...apa yg aku rsa adalah FAM lah punca kemerosotan bolasepak malaysia selama ni.....malaysia tak layak duduk ri ranking sekarang dgn belanja yg besar setiap tahun....!!sepatutnya dari pergantungan dato basri lgi adalah pengajaran untuk FAM.....ini tdak,, dikatakn tan sri annuar musa yg ptut mengambil pengajaran....jika begitu bila nya FAM akn berubah??...BODOHNYA la RIZAL hasyim dan sekutunya ni....tan sri dah berkorban dan rela digantung,,,,sepatutnya time ni la kita sama2 menyokong pembuburan FAM.....dan menentang pergantunga tu.....ini tdak,, disokongnya pergantungan dlm masa sama inginkan perubahan....MUSTAHIL ini akan berlaku....
"Kemudian aku pujuk Haji Razak Rafflis untuk beri ruang hampir satu muka dalam Berita Minggu untuk kolum Emel dari Strasbourg." - resultnya dpt ke x? sure dpt kan? xyah pujuk pun xpe kot..hehe
Post a Comment