Tuesday, May 8, 2012

Majlis Bodek Malaysia

Ada beberapa cara untuk menangani orang yang kuat bodek. Misalnya, katakanlah ada satu kelompok manusia hendak bagi Anugerah Blogger Paling Handsome kepada aku pasal ada udang di sebalik batu, aku akan tolak mentah-mentah atas alasan "gigi aku jarang, kulit pun gelap dan ramai lagi yang hemsem hemsem".

Tapi kalau aku Perdana Menteri atau isteri Perdana Menteri, macam mana nak tolak ek?

Majlis Belia Malaysia (MBM) satu ketika dahulu diterajui individu seperti Datuk Saifuddin Abdullah. Ada tokoh, hebat berbicara, berwajah tenang, ada karisma. Tetapi apabila MBM memilih Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Tokoh Industri Sukan 2012, persepsi dan reaksi negatif tercetus.

Benar, Rosmah penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan Malaysia (YAKEB). Benar Rosmah sumber inspirasi Lee Chong Wei. Benar Rosmah peminat badminton.

Tapi industri sukan bukan sekadar menyokong dari segi moral. Bahkan ia lebih besar daripada itu.

Umpamanya, seorang usahawan yang ada buat pakaian sukan atas titik peluh sendiri, seorang bekas pemain yang menjadi jutawan hasil mendapat hak siaran televisyen untuk Piala Dunia...



Presiden MBM, Maliki Mohd Rapiee, menyerahkan trofi Anugerah Tokoh Industri Sukan kepada Rosmah. Shabery pula yang dok perhati tersengeh. Apakah Shabery berkenan, apa pula Bahagian SIY kata? SIY, bahagian Tahun Industri Sukan atau Sports Industry Year yang diwujudkan...

Komponen industri sukan ada pelbagai. Hak siaran TV, sains sukan, industri golf yang digemari Menteri dan Ketua Pengarah, sports tourism, industri bola sepak yang membabitkan pemasaran, pengiklanan, hak siaran, hak komersil, pendapatan daripada penjualan barangan berkaitan bola sepak, tajaan atau endorsement adalah antara penjana industri sukan.

Agaknya Rosmah segan nak tolak anugerah, MBM pula janganlah bubuh mana-mana pemimpin dalam situasi sedemikian, kelak MBM pula nanti orang kata Majlis Bodek Malaysia...

Jangan marah iya...

Lupa, tahniah kepada KP MSN Datuk Zolkples Embong...dapat anugerah jugak!


10 comments:

Anonymous said...

"katakanlah ada satu kelompok manusia hendak bagi Anugerah Blogger Paling Handsome kepada aku pasal ada udang di sebalik batu, aku akan tolak mentah-mentah atas alasan "gigi aku jarang, kulit pun gelap dan ramai lagi yang hemsem hemsem"."


Tau takpe

XD

sori meang x boleh tahan

Wahni Rizal said...

bodek membodek dah jadi semacam budaya di Malaysia..kita TUKAR!!!

Anonymous said...

ko macam 'adik' ahmad said lah.
tapi kalau nak rasa best skit, ko abg kepada kamal adli.

Anonymous said...

saya cadangkan lebih baik anugerah itu xpayah pertandingkan lagi dah.
kira rosmah punya seumur hidup.

Anonymous said...

tak relevan langsung anugerah ni... kipas je lebih...

Mazri Afandi said...

thanx bang sbb memberitau perkara sebenar kepada mereka2 yg tidak tau atau sengaja wat tatau...sesungguhnya she is not FIT at all to take the award.terselah modal membodek MBM

Anonymous said...

"Benar Rosmah sumber inspirasi Lee Chong Wei"

Benar DLCW terbayangkan Rosmah sebelum masuk gelanggang badminton?

Anonymous said...

MBM sebenarnya memberi ilham kepada banyak pihak untuk menyediakan pelbagai lagi anugerah kepada Rosmah yang sebenarnya 'sumber inspirasi' kepada belia, beliawanis, olahragawan dan olahragawati negara. MBM juga memperingatkan KP MSN agar segera menyenaraikan Rosmah untuk anugerah tokoh sukan pada Malam Anugerah Sukan Negara akan datang atas sumbangan besar beliau. Tahniah kpd 'Datuk' Presiden MBM..

Anonymous said...

Saya sokong RM terima anugerah tokoh sukan 2012. Pasal kalau takde dia, mana boleh DLCW menang pingat emas Olimpik pertama Malaysia di London nanti. Jantan harapla !

Anonymous said...

ape celop anugerah industri sukan tapi bhg industri sukan kbs tak tahu menahu pun. MBM ni macam bawak pukat tunda. Segala macam program nak sapu tanpa objektif yang jelas...tapi takpelah...program kena jalan...PRU dah nak dekat....tapi kalu tak dapat jadi winnable candidate...jangan mare ye