Tuesday, May 15, 2012

Anugerah Arena...satu anugerah

Tidak lama dahulu, Astro Arena menganjurkan Anugerah Astro Arena 2012.


Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang


Bersama Cik Zila dari KPT, Afizal Abu Othman, bekas pemain tenis negara dan kini Pengarah Pusat Sukan UniMAP. Kanan sekali, Rosli Hussein, bekas penolong setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bekas pemain kebangsaan, main untuk Kelantan dan Kuala Lumpur. Juga pernah main American football ketika menuntut di Amerika Syarikat. Kini antara pengulas bola sepak tetap di Astro Arena. Bekas pensyarah Universiti Malaya yang kini jadi orang kuat Dale Carnegie Malaysia yang mendidik dan melatih profesional. Baca di sini


Dengan dua pelumba ARRC, Azlan Shah Kamaruzaman dan Zamri Baba serta mat rempit Aprilia, Akbar Sahari


Ray (kanan) atau nama sebenar Shah Reza Mohd Shah, satu-satunya hos Astro Arena yang ada billboard. Wajahnya terpampang di merata tempat. Ray adalah deejay EraFM 103.3, bikin kecoh pagi-pagi Johara Pagi Era. Dia juga hos Mingguan Arena Junior dan Grandstand Ahad, selalu diletakkan dengan aku. Mengapit Effa (nama sebenar Nurhalifah Ghani), hos Usik, rancangan berunsur gosip yang bersiaran setiap Ahad selepas Nadi Arena. Satu program yang membawa elemen menarik dan berbeza, lebih berunsur peribadi dan gosip.


Sekaki Berdansa, bukan Sehati Berdansa


Penerbit Kirk kata "Rizal aku nak kau buat pose Dengan Izin"..."eh tak mau la aku. ini live malu la...tapi dup dap dup dap, buat juga. Teruja naik pentas dengan Krill, suara yang selalu kita dengar di SinarFM



Kali kedua berganding bahu dengan Krill. Dengan Azmin Azram Aziz sebelum final Piala Malaysia 2010


Menyampaikan anugerah blog pilihan kepada Muhammad Aiman Aminul Abdullah


Baca senarai pemenang di sini

Baca perspektif kumpulan penyokong No 1 negara, Famemas di sini

Akhbar Harian Metro dipilih meja sukan terpilih di sini

Bagaimana pula hala tuju anugerah ini?

Apakah ia harus kekal terbuka kepada pengundi atas talian atau haruskah anugerah ini diangkat martabatnya melampaui anugerah popular?

Jika popular yang menjadi pilihan, tidak mustahil bola sepak, badminton dan hoki saban tahun akan mendominasi kategori berpasukan lelaki mahupun jurulatih.

Apakah pencapaian di peringkat Asia Tenggara buat bola sepak boleh dianggap wajar dinobat selaku pemenang di saat memanah dan terjun lebih bertaraf dunia?

Mahu jadi anugerah paling unggul atau majlis yang melengkapkan jadual tahunan di samping Anugerah Sukan Negara, Anugerah Olimpian dan Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)?

Ini keputusan yang harus diambil pengurusan tertinggi Astro Arena.


3 comments:

Anonymous said...

Bro - nampaknya bolasepak menang kat Asia Tenggara dah jadi macam menang World Cup. Sukan lain walaupun kurang popular tapi ada ranking kat dunia - apa cerita?

Anonymous said...

BODEK!

Soccer Pool said...

Malaysia sports are a great history. Every people one desire mainly make a good sports men. But this time not make a good player only betting time.....