Syabas kepada Mohd Dharma Abdullah selaku jurulatih, pengurus Mirnawan Nawawi, penolong jurulatih Nor Azlan Bakar dan K. Gobinathan kerana menjadikan impian yang gagal direalisasikan oleh generasi terdahulu satu kenyataan. (sila lihat statistik di bawah).
Malaysia juga ada dua permata yang harus digilap dan diurus dengan penuh berhati-hati.
Anak jati Kelantan, Faizal Saari, penjaring terbanyak kejohanan dan sudah disebut-sebut sebagai bintang dalam pembikinan sejak terpilih ke edisi di Hyderabad pada 2008, harus mewarisi mahkota bintang negara tidak lama lagi.
Penjaga gol, Hazrul Faiz Ahmad Sobri yang dinobat selaku Pemain Terbaik Kejohanan, harus bekerja keras dalam meneruskan tradisi Peter van Huizen, Ho Koh Chye, Khairuddin Zainal, Zain Azraai, Ahmad Fadzil Zainal Abidin, Ahmad Suffian, Paul Lopez, Roslan Jamaluddin, Nasihin Nubli Ibrahim dan S. Kumar selaku penjaga gawang negara yang unggul.
REKOD PENYERTAAN MALAYSIA DALAM PIALA ASIA REMAJA
1987 (Karachi) - Keempat
1992 (Kuala Lumpur) - Naib juara (antara pemain Mirnawan, Maninderjit Singh, Jaafar Veloo, Calvin Fernandez, Brian Jayhan Siva, Perry Khoo, A. Arulselvaraj, Chairil Anwar Aziz). Jurulatih C. Paramalingam.
(Piala Dunia Remaja 1993 di Terrassa, Sepanyol - 11 daripada 12 pasukan)
1996 (Singapura) - Kelima (S. Kuhan, Nasihin Nubli Ibrahim, Razak Saidin, M. Kaliswaran). Jurulatih Stephen Van Huizen
(Tak layak ke Piala Dunia Remaja di Milton Keynes 1997)
2000 (Kuala Lumpur) - Ketiga (S. Kumar, Madzli Ikmar, Amin Rahim, Redzuan Ponirin, Suhaimi Ibrahim, Chua Boon Huat, Keevan Raj, Logan Raj, Jiwa Mohan). Jurulatih Yahya Atan
(Piala Dunia Remaja 2001 di Hobart, Tasmania - No 12)
2004 (Karachi) - Keempat (Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil, Zulkifli Rejab, Sukri Mutalib, Ismail Abu, Shahrun Nabil). Jurulatih Sarjit Singh
(Hanya layak ke Piala Dunia Remaja 2005 di Rotterdam, Belanda selepas AHF merayu kepada FIH untuk satu tiket lebih - akhirnya menduduki tangga ke-10)
2008 (Hyderabad) - Kelima (Faizal Saari, Ahmad Kazamirul Nasruddin). Jurulatih V. Muraleedharan
(Piala Dunia Remaja 2009 di Johor Bahru/Singapura - No 12)
2012 (Melaka) - Juara
(Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi?
Apapun, syabas sekali lagi kepada pasukan projek 2013!
Akbar dengan piala, Dharma, kapten Muhd Nor Faaez Ibrahim atau Petak, Mirnawan dan aku selepas rakaman Kafe Sukan. Seronok Dharma dan Mirnawan the Boss bikin sejarah di laman kelahiran mereka sendiri
11 comments:
rasa2 laa...kalu players yg ada nie sekadar main kat MHL xkemana gak budak2 tue...apapun tahniah coz dpt gak anak malaysia jd juara hoki selain dr seagame...
Tahniah kepada MHF; kepada pasukan pengurusan; jurulatih Dan pemain2 ... TAHNIAH! Sasarkan pencapaian terbaik Di Piala Dunia!
Nota: duk tunggu kenyaatan : kejayaan ini adalah hasil perancangan $&@ ;! Mesti nak tumpang
Congrats MHC...
syabas & tahniah - harapan kepada MHF utk menguruskan squad ini dgn profesional utk mencapai kejayaan
harus belajar daripada kejayaan. Bukan setakat kritik bila kalah dan buat post mortem tak tentu hala.
satu sebab yang nyata pada pendapat saya...samalah macam skuad muda bolasepak negara bawah rajagobal dan OKS. Perbezaan ketara pada fitness dan speed. Skuad terdahulu mungkin kaya dengan skill....indian dribble lah...and so on so forth....now is the time of modern sports...where speed, agility and fitness triumph.
Kalau super fit, confidence akan bertambah dan mental akan jadi kuat.
Aku harap player berani merantau bermain di liga luar, Autralia misalnya..TAHNIAH!
Bro,
Mana 'live' telecast dr stesen2 tempatan? busuk sgt ke samopai takde coverage?
Hr tu menteri komunikasi ada umum, mulai bulan MEi dah takde lagi monopoli oleh stesen tv atas program sukan cam piala dunia, EPL dll. Mana 'LIVE' telecast FA cup liverpool vs Chelsea? mana live EPL las tmatches? Tolong ingatkna menteri tu siki bro!!
Mungkin dah tua agaknya, samapai terlupa apa yg di sendiri cakap dalam bahasa bodeknya itu!!
Tahniah abang black
bang rizal tak tulis pasal bola lagi? ada apa-2 ke.... kok2 si jeneral ikat mulut kot? tulislahpasak suami, emak, anak dan anak sedara keja kat fam....takut?
salam Ramadhan bro rizal, wanna ask u, who was the ex national keeper who also switched to play football for the state team? was it ahmad suffian or ahmad fadzil ?
Post a Comment