Monday, October 10, 2011

Topik hangat Kafe Sukan di 801

Aku sebenarnya malas nak tulis pasal bola sepak dan team Malaysia, maklumlah, tak layak nak menulis atau beri komentar. Yang layak menulis barangkali yang ada lesen A dan yang bawa team muncul juara saja. Sebab itu aku tak menulis satu patah pun apabila Malaysia kena taji dengan Australia, sampai Holger Osieck yang pernah aku temui tidak lama dulu, macam tergelak (ikut kata Eric Samuel dari the Star di sini).

Tapi penerbit Rozaini dan rakan-rakan di Nadi Arena memutuskan topik dalam Kafe Sukan secara langsung esok jam 8.30 malam membincangkan bola sepak - suku akhir Piala Malaysia, mutu pengadilan dan masa depan bola sepak Malaysia...ouch! Tetamunya B. Satiananthan "M League is not football" dan bekas pengadil Ismail Yaacob.

Mengimbas sedikit cadangan ringkas akukertas kerja Everton dikaji semulakasihan pengadilkisah tiga anak Melaka dan nama-nama pengadil dulu. Baca juga kolum ku di laman web Astro Arena, arena.my siapa pewaris baju hitam Subkhiddin



 Mana-mana coach di Malaysia yang hebat dan bertaraf dunia yang boleh namakan pemain sebelah kiri yang sedang diperhatikan oleh Nik Ahmad Yakub ini aku bayar RM200...

61 comments:

Tengku Firmino said...

abas saad ke alliester edwards ntah..huhu

Avineshwaran Taharumalengam said...

the officiating for the Selangor vs Perak game was poor..If we have referees like this, how are we gonna improve the league..As for the Malaysia team, the squad selection was just out and the 5-0 thrashing was enough to prove me right..I'm not being arrogant, but the feeling was already there..K.Rajagopal needs to diversify himself...He is the coach and he should know better..But losing abysmally against the Aussies..He needs to do some serious soul searching!! =) and the player in that pic..he looks like Willy Sagnol..France's former right back..=)...I think so..hehehe

seli said...

alister edward masa main team johor rasenye

Anonymous said...

alister edward masa main team johor rasenye

mdfaizal said...

Ulasan coach Rajagobal berkenaan kekalahan Malaysia amat mengecewakan. Kami kecewa bukan hanya kerana semata mata tewas kpd Australia, tetapi kecewa dengan cara bagaimana Malaysia bermain lalu tewas dan dibelasah. Jika kalah melawan dengan 3-4 percubaan berbahaya pasti kami gembira kerana mampu memberikan sedikit tentangan.

Malah contoh diberikan, Uzbekistan kalah 6-0 kpd Australia juga sukar diterima. Mengapa beliau tak ambil contoh Thailand cuma kalah 2-1 kpd Australia semasa perlawanan pertama kelayakan piala dunia? Kenapa tak ambil contoh Vietnam cuma kalah 1-0 kepada Jepun dlm perlawanan persahabatan jumaat lalu?

Dzulhelmi said...

pergh...tough question bro. but give me a try...is it david evans from sarawak? kalau salah dan susah sangat kasi klu sikit...

anyway for tomorrow's program pls give your sincere opinion about our ref and malaysian football..forget about being critisise..gd luck bro :)

Anonymous said...

Bro suku akhir Piala Malaysia cukup rancak bukan setakat gol....tapi layangan kad merah ada 6, 5 dalam perlawanan Terengganu vs Kelantan..emm cukup menarik diperbincangkan.

saxo said...

bixente lizarazu ke tu

Anonymous said...

Mutu pengadilan game Suku akhir piala malaysia malam td memang teruk dan mengecewakan...bayangkan 5 kad merah di Terengganu dan 1 kad merah di Selangor menjadikan 6 kad merah keseluruhannya.

-suji bilang-

The writer said...

Willy Sagnol

Anonymous said...

Masa depan bola sepak Malaysia akan terus merundum jikalau FAM x membuat inisiatif yang bagos untuk membangunkan bolasepak negara. Sebagai contoh FAM bole menambahbaikan stadium2 dan di seluruh Malaysia.FAM juga sepatutnya menaikkan taraf liga kita yang membolehkan kite masuk ke AFC Champions League , dengan cara ni pasukan2 ni dapat pengalaman berguna menentang kelab dari luar rantau negara

mdfaizal said...

Selain tu bila bro rizal nak hentam Presiden FAM dalam rancangan Dengan Izin? hehe
Buat entry suruh dia letak jawatan!!!

Unknown said...

UNTUK MENCAPAI MUTU TERBAIK , BOLA SEPAK PERLUKAN KONSISTENSI. SELEPAS AFF SUZUKI CUP, ITU YANG TIDAK KELIHATAN DIPAMERKAN OLEH BINTANG - BINTANG GLAMOUR HARIMAU MALAYA. CENTRE BACK "TERTIDUR" KETIKA BERMAIN TERSERLAH KETIKA BERTEMU TAIWAN, SINGAPURA DAN TERKINI KETIKA BERTEMU AUSSIE.

"KING RAJA" HARUS MENCARI JALAN UNTUK MELATIH PEMAIN KEKAL FOKUS DAN KONSISTEN SEPANJANG TAHUN.

Imran Nang said...

macam peranchis 98 je ...

Matt Ahmad said...

i think thats willy sagnol of france (i'm not a coach though)

ahmad

KAMARUDDIN BIN MAMAT said...

terlalu byk kelemahan yg dapat dilihat dalam perlawanan persahabatan tempoh hari. basic bola sepak pun x lulus. susah2lah gini.
bglah 10 tahun lagi, kalau basic pun x lepas. pasukan kita tak ke mana. hantarlah berlatih diluar negara sekali pun, yg basic tetap penting.
sepatutnya pasukan malaysia bawah 12, 15, 17 tahun yg dibawa berlatih diluar negara dan lakukann sbyk mungkin pendedahan, bukannya yg dah berumur...
belum masuk lagi taktikal..

arMOVErs said...

kita mampu bmain lbh baik ketika lwn Aussie tp hakikatnya kanggaru sudah belasah harimau.. bg sy slh 1 silapnya coach slh letak pemain di posisi yg sepatutnya.. ada pemain2 yg sudah byk kali diberi peluang b'aksi di pentas a'bangsa tp x perform, maybe si polan cuma cukup bagus utk liga kita shj.. skrg utk mengesahkan bolasepak kita ada kemajuan kita WAJIB mempertahankan pingat emas sukan SEA & title AFF Cup.. jd king di ASEAN ini dulu br pikir ke ASIA..

Anonymous said...

Saya dapati Songkhla FC yang lawan Kelsntsn (friendly) baru-baru ini ada 7 pemain import. Ada yang dari Jepun, Korea dan Brazil.

Memang pemain import itu bukan 1st class tapi mereka berikan "game-play" pada tahap yang lebih tinggi. Begitulah seriusnya mereka dalam menaikkan taraf bolasepak Thailand umumnya dan dalam mengejar status dalam liga AFC.

Songkhla FC kini dalam ranking ke 4 liga utama Thailand.

Kita? Usah kata aspek teknikal, ketidak-mampuan bermain 90 minit pun masih ada dalam Liga Super.

Saya cadangkan Liga Super dikecilkan kepada 8 hingga 12 pasukan sahaja. Biar benar-benar pasukan yang super dan elit sahaja yang bermain. Dengan ini, pemain dapat bermain dalam liga dan tidak terikat 100% dengan pasukan kebangsaan. Ini lebih menjimatkan, sesuai dimusim gawat ini.

Maka ada fasiliti untuk pemain import dan eksport, coach local dan luar, penglibatan langsung korporat yang lebih bersih politik, geran lebih besar bagi setiap pasukan dari dana pembangunan sukan negara, malah pengkomersialan kelab peminat yang lebih baik.

Satu lagi, askar ada ditawarkan program latihan pada hujung karier untuk berniaga.

Kenapa tidak pemain bolasepak? Contohnya tawaran diploma pendidikan dengan pengkhususan kejurulatihan bolasepak peringkat sekolah rendah dan menengah (sekolah kebangsaan dan bukan terhad pada sekolah sukan sahaja).

Win-win. Pemain tak putus income walaupun putus tangan malah ada pencen lagi. Budak sekolah dapat cikgu yang ada pengalaman dalam competetive football.

Ketiga, kenapa produk sekolah sukan saiz badannya average malaysian? apa jadi dengan sains sukan? Selain Norshahrul Idlan dan Shafiq Rahim ada berapa kerat saja lagi produk sekolah sukan. Memang pengambilan pelajarnya tak ramai ke? Atau sudah hilang ke mana?

Mohon topik akan datang Kafe Sukan "Dimanakah mereka : Graduan sekolah sukan".

Kamarul

Anonymous said...

https://www.facebook.com/pages/Revolusi-Harimau-MalayaHMC/210993882300674

Anonymous said...

https://www.facebook.com/pages/Revolusi-Harimau-MalayaHMC/210993882300674

sepit kunyit said...

j cole masa dgn chelsea...hahaha

Anonymous said...

Salam Bro RIzal,

Sememangnya telah lama sy utarakan isu ini untuk dibicarakan. Mutu pengadilan adalah amat penting dalam menentukan kerancakan suatu permainan. Telah banyak contoh2 yang berlaku namun di'tong sampah'kan oleh FAM. Apa inisiatif FAM?

"pengadil adalah manusia yang tidak lari dari melakukan kesalahan"...kalo hanaya jawapan utama kepada permsalaha ini, maka HANCUR lah bolasepak Malaysia. Sememnagnya kita manusia tidak lari dalam melakukan kesilapan, tetapi adakah kita hanya berdiam diri tanpa melakukan inisiatif dalam memepertingkatkan n mengelakkan masalah ini.

Ramai jurulatih yang hanya memendam rasa kerana tidak mahu periuk nasi mereka ditabur pasir oleh FAM. Kalo ditegur, denda akan dikenakan. COntoh terbaru, Wan Jamak Hassan yang menunggu tindakan rakus oleh FAM yang sedang enak diselimuti duit sponsor yang banyak dalam kantung mereka.

Sedarlah...berubahlah wahai FAM...lakukan sesuatu terhadap pengadil...

Kemahkemim yang kecewa....

Anonymous said...

Setuju dengan the writers. Willy Sagnol. -Kapten-

Naim Sa'ari said...

kalau nak dibincangkan topik pengadil tapi kalau tiada penyelesai. sampai bila xkn habis topik pengadil ini. jadi kita perlu lihat dari perspektif pengurusan FAM. ramai peminat bola sepak sekarang yang memandang rendah dan serong kredebiliti pengurusan FAM. lakukan transformasi bagi menaikkan mutu bola sepak Malaysia. keputusan pengadil akan mempengaruhi setiap perlawanan. tambahan lagi perlawanan yang dijangka sengit. tapi jika kritikan yang dilemparkan kepada pengadil oleh coach pasukan...haaa tunggu la habuan nya sama ada digantung atau didenda....atau kedua duanya sekali....FAM oh FAM...

cantona said...

setuju dgn the writer willy sagnol.. back kanan france.. masa world cup 98 dia reserved lilian thuram 1st eleven dgn desaily, blanc, lizarazu keeper barthez..

Anonymous said...

setuju dgn the writer willy sagnol.. back kanan france.. masa world cup 98 dia reserved lilian thuram 1st eleven dgn desaily, blanc, lizarazu keeper barthez..

Anonymous said...

w.sagnol from france - dari penjual daging kulim

Anonymous said...

willy sagnol from france - dari penjual daging kulim

mimya said...

Kenapa jemput Sathia?...dia mesti cover2 punye sbb dah nak bersiap sedia jd coach ATM next season.sakit tuu kutuk FAM kena 6 bulan gantung.

jemput lah wan jamak...dia kan bengang giler dgn pengadil masa kedah seri 1-1 dgn perak haritu.baru la best dgr.

mimya said...

masa depan bola m'sia - improve lah liga tempatan.FAM kena usaha la cari jalan nak attract pemain terbaik dtg main sini.

lagi satu...kita ada team muda yang tergolong dlm 12 terbaik Asia.kalu FAM mcm sekarang, silap2 bila depa ni dah jd senior bukan makin naik ke no 11,10,9 dsb tp menurun ke tahap lg bawah.bdk2 drp team harimau muda ni, FAM kena hantar lah ke liga2 luar.xyah yg glamer2 sgt pun, liga portugal, norway, slovakia pun jd lah.Agent2 FAM kena la usaha sket, takkan nak hire Jerry McGuire kot baru boleh....

Anonymous said...

World Youth Cup 1997, Kuching, Sarawak. Group B, France 0-3 Brazil. Captain France Willy Sagnol.

Zal, bak mai 200

-myi-

Anonymous said...

Bro, boleh utarakan topik presiden fam dan timbalan sila letak jawatan. Atau topik kepimpinan anak beranak menghancurkn bola sepak negara.

Klau kau boleh buat topik tu tahun dpn boleh menang anugerah pulitzer. Takpun noble prize.

Kitorang penyokong bola sepak negara dh muak dgn kepimpinan anak beranak ni!

Klau kau anak jantan baca komen aku ni dlm kafe sukan atau rancgn dengan izin

Anonymous said...

X sabar nak tggu discussion malam nie.Prestasi Pasukan Anak Emas Rajagopal Malaysia makin merudum sejurus perlawanan dgn kalah dgn Taiwan. Reputasi selaku juara Asia Tenggara sudah boleh dipertikaikan..Peluang ke Asian Cup Makin Tipis jika ranking makin menurun untuk proses draw nanti..Apa Perancangan untuk perlawanan kompetitif antarabangsa Ragapobal untuk Asian Cup Qualifying sesudah kalah tanpa melawan pada Aussie..?.Saya dapat merasakan Malaysia akan gagal mempertahankan Piala AFF dgn prestasi semasa yg mana tidak termasuk dalam objektif Rajagopal ke Asian Cup selepas Indonesia Singapura & Thailand beraksi dgn kompetitif dlm third round qualifying.

-Valo

Anonymous said...

Hi Semua,

Saya minta semua peminat HM bersabar. Ini adalah perancangan jangka panjang saya dalam mencari pemain terbaik mengisi pasukan HM. Sebab itu saya cuba lakukan TRY & ERROR dulu.Yang mana okey, saya akan mantain.

Selain itu, saya amat berharap tidak ada isu ANAK EMAS. Saya memang memerhatikan kesemua pemain dalam liga. Saya selaku Coach, adalah hak saya untuk memilih pemain mana yang saya rasa sesuai dengan taktikal saya. Perlu diingat sekali lagi ini adalah untuk jangka panjang. Target kita adala Piala Asia 2015.

Kalah 0-5 kpd Aussie,sy rase semua pemain bermain dengan amat baek sekali. Kalo tak baik, sudah tentu Aussie score 10-15 biji.

Bersabarlah Malaysia.

Ikhlas..RAJAGOPAL.





p/s: skrip jawapan King...kah..kah..kah...

I Am Legend said...

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html

Harap bro Rizal baca nukilan bro Lucius dan bantu ketengahkan ke pihak berwajib macam FAM atau Kementerian Sukan.

Rasa kalau korang berdua work together bola Malaysia mungkin dapat kita pertingkatkan!

Anonymous said...

Semua pandai kritik je. Kira OK la tu. Takat main bola petang2 gaji 30k-50k sebulan. Bukan gaji 50k seminggu.
Lagi pun duit bukannya banyak, semusim buleh belanja 10-20 juta. Lain la kalau dpt billion utk bolasepak malaysia.
Lagi pun peringkat sekolah sukan terlampau banyak. Kalau dah pandai dpt 10A1 SPM takkan mak pak dia nak bagi main bola. Baik jadi doktor. Yg mana2 kurang pandai tu tak dak semangat & displin nak pi lebih jauh ataupun tersekat sebab pilih kasih. (aku agak saja la). Jadi yg tinggai tu sekerat dua kerat main la utk malaysia. Patutnya kalau satu bedge tu ada 200 org budak at least dlm masa 3-4 taun spls grad 40-50% main Liga M.
So bro rizal cari statistik utk sukan bola nie ambik bedge Shafiq Rahim dr seluruh sek sukan malaysia berapa % yg main liga M, berapa % main utk Malaysia.
The number's will tell you what will happen for the next 2-3 years. See if Coach Raja can fulfill our/his dream.MZM

saxo said...

ketidakpuasan terhadap org ke 23 dlm padang berlaku di mana2 liga/ pertandingan bolasepak. kat BPL pun mutu pengadilan dipertikaikan malah dihentam oleh penganalisis2 bolasepak & coaches sana.

kt sini setakat penyokong je boleh bersuara dlm blog, FB dsbnya. coaches x boleh hentam mutu pengadilan secara terbuka kerana terikat dgn kod etika peraturan pertandingan. gitu gak x manis kot utk penganalisis bolasepak kita memperdebatkan mutu pengadilan sesuatu perlawanan secara umum.

anti FAM said...

jemput bekas reff fifa saudara NIK AHMAD YAAKUB..... bro rizal wat 1 rancangan bincang pasal mutu pengadilan malaysia yg semakin teruk..

Anonymous said...

Msia memerlukan pengarah teknikal dan jurulatih yang berwibawa untuk pergi lebih jauh.
Semua persatuan negeri kena profesional lagi segi pentadbiran, pembayaran gaji, padang dan stadium yang baik termasuk kelengkapan latihan. Jangan dok pi training padang, rumput, bola semua tak ada kualiti.
Jurulatih msia ni kena banyak belajar daripada negara eropah bagaimana melatih pasukan dan mengurus. Jgnlah pilih kasih tu lah perangai coach malaysia(from experiance).
Pemain kena displin dan profesional, kualiti kena tunjuk.ini sakit hati tengok bola msia control, passing, finishing all hancur. Training every day passing pun lembab dan kelam kabut.

pojak said...

Dalam banyak-banyak perkara bangang dalam bola sepak Malaysia,tiada satu pun yang lebih bangang daripada format liga di Malaysia yang mana pasukan negeri menyertai liga.Ini juga antara faktor utama kenapa bola sepak di Malaysia tidak berkembang.Kenapa ianya bangang?sebab fungsi utama persatuan bola sepak negeri lebih luas daripada sekadar untuk menguruskan sebuah pasukan negeri.. FA negeri sepatut...nya berperanan untuk mengurus tadbir sukan bolasepak negeri masing-masing.Ini sebab kenapa pembangunan dari akar umbi kat Malaysia ni tidak efektif kerana persatuan bola sepak negeri lebih menumpukan kepada pengurusan pasukan negeri berbanding fungsi utama mereka,membangunkan bolasepak peringkat negeri dan menjadi badan bertanggungjawab dalam menganjurkan liga atau kejohanan bolasepak peringkat negeri bagi mencungkil bakat-bakat baru.Lagi teruk,Presiden persatuan bola sepak negeri kebiasaannya Menteri Besar negeri tersebut sekaligus ia melibatkan politik apabila pucuk pimpinan bertukar tangan dalam pilihan raya.Takke celaru jadi macam tu?

Jika proses penukaran dari pasukan negeri ke kelab,Selangor boleh ditukar ke Shah Alam United misalnya,Kelantan ke Kota Bharu FC,Kedah ke ALor Star FC dan lain-lain negeri semua pengurusan ditukar kepada kelab dan dengan kerjasama syarikat-syarikat besar atau taikun-taikun yang sudi membeli dan membiayai pasukan-pasukan ini.Dengan ini persatuan bola sepak negeri dapat menumpukan kepada aspek pembangunan dan insfrastruktur bola sepak di negeri-negerti tersebut.Bukan mustahil kerana liga di Indonesia,Singapura dan Thailand pun disertai pasukan kelab,bukan negeri.Jika diurus dengan tersusun,percayalah,pemilik akan dapat pulangan dan keuntungan semula.Penaja-penaja juga boleh memberi tajaan dan nama mereka akan terpapar di jersi pemain.

Sayangnya,bola sepak sebagai satu cabang perniagaan seperti diamalkan di Jepun tidak diaplikasikan dalam arena bola sepak di negara kita.Tetapi pujian harus diberikan kepada Tan Sri Annuar Musa melihat cara dia mentadbir bola sepak Kelantan.Bermula dari diberi tugas sebagai presiden KAFA,Kelantan dengan jenama The Red Warriors(dahulu dikenali kijang emas) berjaya menjadi satu brand yang boleh terjual di pasaran.Beg,Topi,Baju,Mafla,Stiker dan banyak lagi hasil produk Red Warriors yang terjual.Bagaimana ini boleh terjadi?jawapannya ialah Annuar Musa sendiri telah banyak pergi melawat kelab-kelab di eropah untuk belajar selok-belok pentadbiran dan pembangunan mereka.Hasilnya,Kelantan di bawah Anuar Musa menubuhkan ARMY,akademi bola sepak KAFA untuk mencungkil bakat sejak dari akar umbi.Tapi,tetap ada konflik politik dalam masa pengurusannya contohnya seperti penganugerahan 'penyokong nombor satu Kelantan' kepada seorang anak kelahiran negeri Pahang yang langsung tidak pernah ke stadium Kota Bharu atas dasar politik yang menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan.Nampak?last-last tetap ada unsur politik.Kalau pasukan itu adalah Machang FC dan hak milik Anuar Musa,tentu tidak ada siapa nak marah jika sekalipun Annuar Musa menganugerahkan gelaran penyokong nombor satu Machang FC itu kepada Ahkak Pinky,isteri anak kelahiran Pahang tadi.

copy dari

http://bolatalk.blogspot.com/2011/09/mari-belajar-fakta-dan-sejarah-jepun.html

copy prt liga je..nak bca lebih g link tu

Anonymous said...

Hi semua,

kepada peminat harimau malaya, kalau team saya kalah pun, PRESIDEN FAM dah kawtim sama saya yang jawatan saya akan kekal sekurang kurangnya pusingan kelayakan piala asia.apa ada hal..sedap woo makan gaji buta..lama pulak tuh..fuh nikmat nikmat..

saya yg suka makan gaji buta,

KING 'GAJI BUTA' RAJAGOPAL

p:s keh keh keh!

Anonymous said...

Kafe Sukan? Malam tadi? Aku tengok Forum Perdana Ehwal Islam lagi bagus!

Sukan di Malaysia khususnya bolasepak merudum sebab 3 perkara:

1) Kepimpinan bercampur aduk politik dan kerabata
2) Sistem pembangunan yang pincang dan tangkap muat
3) Penulis atau wartawan sukan yang hanya berdegar dalam surat khabar atau depan kamera tapi tidak menyumbang kepada penambahbaikan sukan itu sendiri

Tell me, what has Rizal Hashim done to bring our voice to the power that be?

I'd rather Sembang Kosong at Mamak than watching pointless Kafe Sukan

Anonymous said...

sekarang aku nak tanya

mana pergi akademi yang sultan bola nak buat di pahang tu??

ada sesapa tau dah sejauhmana?
dlu kan jadi isu kenapa wat kat pahang..takde benchmark lgsung

Unknown said...

Banyak perkara dan idea yang dah di kemukakan... tindakan?.lagi 2 tahun ke 3 ke.. kalau tindakan takde, tak kemana jugak le bolasepak di Malaysia ni. Satu tindakan yang betul diambil oleh FAM adalah dengan format kemasukan pemain import dalam LM. Memang kena pada masanya. Kita kena bermain bersama, berlatih bersama dan belajar dari player2 import tersebut. Body challange pun kita dah kalah masa lawan Australia tempoh hari...dengan kemasukan pemain import sedikit sebanyak akan memberi pengalaman yang baik untuk pemain tempatan dan mengadaptasi serta menyesuaikan diri dengan pemain yang berbadan besar dan lincah.Lebih ramai pemain import aku rasa lebih bagus la... sebab akan memberi persaigan yg sihat antara pemain tempatan didalam kesebelasan utama pasukan. Hanya player yg betul2 tough dan skill patut diturunkan, baru la penonton dapat disajikan dengan permainan yang berkualiti.Apa pun.. ini hanya lah pendapat aku saja.

Unknown said...

KITA BACA BLOG NI,bukan blog aku,,aku tolong sebarkan benda baik.

http://anakmemberontak.blogspot.com/

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -1-
Assalamu'alaikum,

B.Sathianathan berkata kita perlu ada liga bagi peringkat umur U-12, U-15 & U-18 di setiap daerah-daerah di Malaysia ini supaya pemain-pemain mempunyai peluang dan ruang untuk mempersembahkan bakat mereka dah mempertajamkan teknik dan permainan mereka. Dia berkata sebagai contoh pemain-pemain remaja Jepun apabila berumur 20 tahun sudah bermain dalam lebih kurang 200-300 perlawanan kompetitif kerana mereka mempunyai liga-liga kecil yang dapat memberikan perlawanan kepada pemain-pemain muda ini namun di Malaysia berbeza, pemain-pemain kita yang berumur 20 tahun hanya bermain lebih kurang 30-40 perlawanan kompetitif kerana kurangnya liga-liga sebagai tempat untuk mereka beraksi.

Editor dari Kosmo juga sependapat dengan Sathianathan dalam hal ini. Sathia juga berkata lagi yang di Malaysia hanya Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja yang melahirkan pemain sedangkan negeri-negeri tidak ada akademi yang berbuat begitu. Jadi kumpulan pemain yang ada kualiti untuk mewakili negara hanya dari kumpulan yang berasal dari Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja.

Bekas pengadil Ismail Yaacob pula memberitahu bahawa pengadil yang mengadili perlawanan Liga-M hanya mendapat bayaran RM150/perlawanan dan bayaran hanya akan dapat selepas 5-6 bulan "claim" dibuat. Dia juga berkata, pengadil terpaksa membelanjakan wang sendiri dahulu jika perlu ke lokasi yang jauh untuk melaksanakan tugasan mengadili sesebuah perlawanan, paling kurang kos sebanyak RM300 perlu didahulukan dengan duit sendiri.

ada sambungan..

...

Unknown said...

Dari apa yang aku jelaskan di atas, dapat disimpulkan bahawa kemerosotan bolasepak Malaysia adalah berpunca dari pengurusan yang lemah dan tidak efektif serta tiada visi dan misi untuk membangun dan memajukan bolasepak negara. Jadi FAM sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini.

Maka aku nak cakap kat sini, daripada korang "LIKE" page "Kami Mahu K.Rajagobal Letak Jawatan" dan komen-komen panjang lebar pasal taktikal, pemilihan pemain dsbnya, lebih baik anda "LIKE" page "Presiden FAM Sila Letak Jawatan" di Facebook.

Selama 27 tahun kita hanya melihat bolasepak Malaysia makin merosot dan tiada kemajuan, jadi seharusnya itulah perkara pertama yang harus kita pastikan berlaku sebelum kita boleh berbicara soal bagaimana hendak memajukan bolasepak Malaysia dan masa depannya. Selagi perkara ini tidak berlaku, maka selagi itu bolasepak kita akan berada pada tahap ini seperti apa yang berlaku dalam 27 tahun ini. Zaman gelap bolasepak Malaysia.

Jika ada sayangkan dan cintakan bolasepak Malaysia dan ingin melihat kita maju dan pergi jauh dalam dunia bolasepak, maka aku rasa perkara pertama yang harus berlaku ialah dengan Presiden FAM melepaskan jawatan terlebih dahulu, supaya idea baru dapat meresap dan terlaksana.

Sekadar tulisan dan pendapat.

-terima kasih penulis ,ramai lag iyang tidak faham diluar sana siapa yang sepatutnya letak jawatan,,,

sokong penulisan RIZAL HAShim dan http://anakmemberontak.blogspot.com/... ada semua dan SELURUH RAKYAT MALAYSIA
teruskan mengkritik secara konstruktif kepada FAM.

Unknown said...

kalau boleh semua rakyat MALAYSIA yang ada FB terbaca dan Faham ,UNTUK MENARIK PERHATIAN SEMUA PIHAK , DAN BERMULAH LAH GELOMBANG reformasi/tranfomasi/revolusi bola sepak malaysia.

http://anakmemberontak.blogspot.com/2011/10/presiden-fam-sila-letak-jawatan-1.html?showComment=1318402175170#c3252600669956617776

Anonymous said...

BARANGKALI saya tersilap dengar bila ada yang memuji kehebatan Liga Super yang diperkenalkan musim lalu. Melalui liga baru yang menghimpunkan lapan pasukan elit, terbaik antara terbaik, akan menjurus kepada peningkatan mutu bola sepak dan kualiti pemain kita. Indahnya bahasa bila memuji. Umpama manisnya bila tersenyum dan bertentang mata. Berat mulut untuk menyapa. Cuma yang sumbangnya bila pujian itu tidak beralas. Tiada fakta untuk menyokong. Lihat sahaja Pahang. Juara Liga Super 2004. Gahnya merai kejayaan seperti lagaknya sudah menjulang Piala Dunia. Sayang sekali hebatnya Pahang bagai embun di hujung daun. Tidak kekal,tiada berbekas. Soalnya, bagaimana pasukan terbaik Malaysia ini boleh tersingkir lebih awal dalam saingan Piala FA 2005 kepada wakil Liga Perdana, Selangor daripada kelompok pasukan kelas dua. Tidak lucukah? Itu belum lagi cerita kegagalan mereka di kempen Piala AFC. Diikat oleh sebuah kelab dari Maldives, yang barisan pemain majoritinya ke laut sebagai nelayan. Bola sepak hanyalah sebagai sambilan. Saya suka mengambil contoh Pahang bukan kerana Presiden dan TimbalanPresidennya dari Pahang. Tetapi lebih kepada penampilan pasukan itu sendiri yang dilabelkan sebagai 'Real Madrid' Malaysia. Dengan 'kuasa wang' yang ada, Pahang berjaya memiliki majoriti pemain dan bekas pemain skuad kebangsaan, ditambah sentuhan idola ramai, Zainal Abidin Hassan selaku pengendali pasukan. Berdasarkan apa yang dimiliki Pahang, mereka pada bila-bila masa boleh mengambilalih peranan skuad kebangsaan. Boleh bertukar jersi padabila-bila masa. Tetapi masalahnya, Pahang dan skuad kebangsaan serupa sahaja. Segunung janji diberi, dua gunung dikhianati. Saya tidak menepuk dahi bila mengetahui kekalahan kedua Malaysia kepada Singapura di Stadium Bandaraya, kelmarin. Untuk apa dahi saya sakit dengan tindakan yang tidak berbaloi. Saya cukup masak dengan cerita skuad kebangsaan, juga hubungan dingin dengan pegawai-pegawai di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Tidak kurang juga dengan beberapa primadona di tengah padang. Tulisan saya dikatakan melampau. Tidak patriotik. Mendoakan Malaysia kalah agar menjadi modal untuk saya menghentam FAM. Begitulah label yang diberikan kepada saya. Cuma saya terkilan, tiada seorang pun yang mahu bertanya mengapa saya memilih untuk mengkritik. Apa faedahnya menjadi penulis yang dibenci. Saya tidak mahu ulas tindakan Bertalan Bicskei yang meluru ke padang menolak pemain Singapura, Razaleigh Khaik. Memalukan Malaysia. Mujur perlawanan itu di Pulau Pinang, bukan di Singapura. Saya rasa mungkin dia tidak akan selamat melepasi garisan sempadan Tambak Johor. Jurulatih apa yang telah memanggil lebih 50 pemain sejak mengambilalih tugas, tetapi sehingga hari ini masih gagal membentuk struktur tetap skuad kebangsaan. Kebetulan kolum ini saya tulis ketika Datuk Seri Dr Ibrahim Saad,Setiausaha Agung baru FAM, menjadi tetamu rancangan Scoreboard, TV3. Saya hanya tersenyum mendengar pandangan, pendapat dan jawapannya kepada soalan-soalan pemanggil. Akhir sekali saya mahu buat sedikit perbandingan. Lihatlah laporan-laporan yang ditulis mengenai FAM dan skuad kebangsaan sekarang, kebanyakannya berbentuk positif, bukan? Apakah tulisan seumpama ini banyak membantu menghasilkan sebuah pasukan kebangsaan yang benar-benar kebal?
sahaii

MAIN WAYANG said...

Rcgan Kafe Sukan mlm tadi..kurang umphh!! sikit ( ..tak ada cili ) ..lebih2 lagi saudara Rizal dah tak nak ulas banyak dah...

Realitinya..sesiapa jua ada hak memberi pendapat selagi ianya bergelar peminat..apatah lagi kalau ianya wartawan sukan krn wartawan lebih dekat dgn peminat, pemain dan pengurusan. Jadi wartawan lebih memahami sesuatu isu. Nak dikatakan bhw yg terlibat secara langsung dgn bolasepak spt pemain, jurulatih atau pengurusan saja yg layak bercakap mengenai bolasepak...rasanya bolasepak malaysia tak akan ke mana....mengejar bayang2...

Tanpa peminat/penyokong/penonton..tak adalah stadium. Mungkin bolasepak cuma dimainkan di padang sekolah saja ( jimat belanja ).Kalau dlm industri pembuatan..pekilang / pengeluar mengeluarkan belanja melakukan soal -selidik terhadap pengguna/ pembeli berkenaan cara menambahbaik produk mereka agar kehendak pengguna dpt dipenuhi. Begitulah juga halnya dgn bolasepak..peminat adalah pengguna kerana mereka membayar harga tiket...sekurang2nya harga tiket sama nilainya dgn kepuasan menonton ( enjoyed )yg mereka dapat. Bertuahnya FAM..krn tidak payah mengeluarkan belanja bertanyakan peminat berkaitan bolasepak..krn adanya blog sukan spt Loose Cannon dll....komen2 / pendapat..dari peminat//penyokong / wartawan sukan boleh diperolehi secara percuma....percuma...percuma !!!!

HSKAMAL said...

kalaulah supermokh masih hidup dan menjadi jurulatih, aku percaya bola kita akan ada halatuju.
Kita perlukan nama2 besar yg pernah bermain atau pun melatih diperingkat olimpik dan asia yg boleh menjadi jurulatih dan faham perananya.
Bukan seperti DRG, sebelum permainan dgn australia, dia mengaku kalah. Buat komen tentang betapa hebatnya passukan lawan.
Pemain2 australia pulak, semuanya bukan pemain utama..kalaulah pemain utama mereka beraksi - malaysia koyak..

kalau DRG masih tak sedar diri tentang peranan beliau dlm kejurulatihan, aku minta dia letak jawatan dan kita cari jurulatih dari luar untuk menggalas cabaran.

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Bro Rizal & Semua gang MSLC,

Wow..semangat betoi hangpa semua..ni yg aku bangga dengan geng2 kat dlm blog MSLC (bro rizal tauke rumah ni)..kalau kita semau bersatu mcm ni aku rasa memang kita blh & patut maju. Apa yg aku nampak kat sni, kita semua x ada hidden agenda. Apa yg kita pikiaq cuma nak majukan bola kat msia. Puak2 kat FAM lain, depa dok pikiaq poket ngan projek. Sama saja FA negeri2.

Aku faham perasaan hangpa semua, tp cuba kita releks sat..pekena teh n roti canai sekeping..mcm mana kita (geng MSLC) ni nak majukan bolasepak kat msia..kita tunjuk kat puak2 FAM n FA negeri betapa besarnya fan's power! Tak payah nak gulingkan ketua2 FAM tu..xkan happen punya la..apa yg aku maksudkan kat sni..minta pendapat n bantuan geng2 semua..kita dengan kuasa pengguna..BUY UP A DEFULT club kat Msia..set up our own comittee, structuring, marketing..n run the show dgn kuasa kita sbg share holder. Benda mcm ni dah lama kat europe, Japan. Club gergasi barcelona adalah contoh terbaik..depa panggil benda ni..CLUB OWED by FANS..ada berani? Kita start dari liga negeri, pastu liga FAM, premier n then MSL. Bunyi mcm org x sekolah ja aku ckp.Tp kalo org jepun n europe blh buat, awat kita takut..tangan sama ada 2, nyawa sama ja ada 1..mai kita pakat sam2 jdkan benda ni satu fenomena. Baik kita dok sepakat meja bulat bincang. X payah pikiaq pasai si gobal @ FAM.
Lagi satu, ada member sound sempoi kat bro rizal n wartawan, dia kata apa sumbangan wartawan kat bola msia. Kita x tau, depa ada keja depa..yg kita dok tanya tu..apa plak sumbangan kita..enuff said..meh kita pakat ramai2 buat konsortium kat semua negeri, bikin club..insyaallah 5 tahun kita akn tuai hasil..
Tuan Tanah bro rizal tlg komen @ blh usurkan dlm blog so kita blh bersatu demi bol Msia..

P/S ; atok nakamura n nakata pon sedih dulu tgk msia klhkan jepon, tp depa bersatu n move foward. So apa lg..kita pon jom pi depan

Zul " cintai sungai kita" Miura

Unknown said...

Saudara Rizal hashim Malaysian Sports' Loose Cannon (RHMSLC)

Unknown said...

Malaysian Sports' Loose Cannon SAUDRA RIZAL HASHIM (MSLCMRH )..

pedulikan kutukan yang tidak membina, teruskan mengkritik FAM,siapa lagi yang ada passion untuk bola sepak Malaysia..fikirkanlah..saudara digalakkan terus mengkritik,bukan FAM yang bayar gaji anda,dan FAM SEPATUTNYA berterimakasih ,kerana terus memberi perhatian untu perkermbangan bola sepak,---terusklan bantu kami peminat bola sepak MALAYSIA yang berharap FAM berubah,ada PELAN TRANFORMASI jika tiada individu berpengaruh didalam arus media perdana,agak sukar untuk kita melihat WAJAH BARU didalam pengurusan FAM.

jika setiap minggu pun sudara menuis tentang bola sepak MALAYSIA saya tidak bosan,kritikan ada pedas dan konstruktif.

terus....

MFM said...

Satu Gambar terbaik bro......bnyk pengertiannya tu disebalik gmbr...kata org gmbar boleh menceritakn seribu perkataan...kemana perginya Profesional bdn pentadbir bolasepak negara yg katanya "profesional"...jika dulu ( zaman amatur dan semi pro) dr segi pengadil pun kita tidak ketandusan pengadil yg berwibawa hinggakn boleh mengadili perlawanan penting dan ada yg terpilih ke piala dunia (walaupun pasukan malaysia x pernah layak)dan piala dunia yg lepas pun subkhidin terpilih (wlaupun tidak pernah mengadili perlwnanan)..tp sekurng-kurngnya ada wakil/rkyat malaysia yg terlibat secara langsung dngn kejohanan paling berpretij di atas planet ini kerana jika nak hrapkn pasukn Malysia..lmbat lg la jika mcm ini...tp selepas subkhidin bersara,pngadil yg btl2 berwibawa seakan ketandusan dan jika kita menonton perlwnan Liga M kita tidak akan mengenali nama pengadil jika kita diperkenalkan..berbeza jika kita menonton EPL (sbg contoh) yg mempunyai pngadil bertaraf dunia spt Howard webb,mike dean dan ramai lg..jika mereka mengadili perlawann sy rasa x perlu diperkenalkan.Itu baru dikatakan profesional sbb mereka menekankan kepada semua aspek.Apakah akan jadi jika perlawanan berkelas dunia diadili pengadil yg tidak berkualiti?

Anonymous said...

mentality nak keep possesion ball xda langsung...taw nak attack jew....keeper je form baik ....yg lain hampeh...dari mahali jasuli be amek sabree abu...asrarudin be amik azmi muslim...midfield pon xda yg boleh keep possesion lame...

Anonymous said...

(gk - khairul fahmi
df ^subramaniam,azizi matrose,
marzuki yusuf,khairi
zainuddin
rb^ sabree mat
abu,daudsu,hazrul
lb^ azmi muslim,asrarudin

Anonymous said...

Jangan sampai penyokong dah tak percaya kepada Pasukan Harimau...Rajagopal jgn buat byk alasan..

Azmi said...

Brazil v France (result 3:0)
Venue: Stadium Sarawak
Date: 17 June 1997

Its either Willy Sagnol or Daniel Moreira...
But I'll go for Sagnol... What a game that was Rizal... In Kuching pulak tu. We saw Quintana, Riquelme, Aimar, Henry, Benni McCarthy, Junaid Hartley (who played for Sarawak in the mid 2000s), Damien Duff, and the incredible Adailton (his career never took off in Europe though).

Good times Rizal.

HESTIQ SDN. BHD said...

Kafe sukan, tolong jangan lupakan orang lama. tak ada yang lama, tak ada yang baru..nak tahu orang lama yang dimaksudkan bukalah "Harimau Malaya Dollah Don" di komputer anda. kasihan dia, bagilah sedikit penghargaan.

HESTIQ SDN. BHD said...

Kafe sukan, tolong jangan lupakan orang yang lama. tak ada yang lama, tak ada orang baru. Nak tahu orang yang dimaksudkan ialah "harimau malaya dollah don" di komputer anda. kasihani lah dia, bagilah sedikit perhargaan.

Anonymous said...

permainan malaysia liga super atau
kebangsaan sama jer takkan kemana mana....