Penyokong kedua-dua pasukan mahu pulau final.
Dari satu perspektif, duit daripada jualan tiket akan disalurkan semula kepada kedua-dua pasukan. Dapat baliklah dekat team dan pemain. Anggap macam itulah.
Dari sudut lain, mungkin tidak ramai di Bongek dan Setiu mampu beli tiket berharga sedemikian. Dengan harga barangan asas melambung naik, kita tidak harus rakus menaikkan harga tiket. Sesekali nak datang ke Shah Alam, harga tiket bas, minyak kereta, tiket lagi...aduh...
Cadangan, untuk musim depan, harga tiket final ditentukan awal-awal, jadi kalau sesiapa hendak buat bantahan, boleh buat awal. Takut kalau PKNS lawan Felda United, ada ramai ke sanggup turun stadium? Mungkin harga murah sikit kot!
Kali terakhir final diadakan di Shah Alam, Negeri Sembilan tewas...Perak menang 2-0, hasil jaringan Khalid Jamlus dan V. Saravanan. Shukor Adan, Azman Adnan, Effendy Malek, Khairul Anuar Baharum, K. Rajan, Ching Hong Aik dan Wong Sai Kong antara penggerak pasukan Negeri Sembilan ketika itu.
Ramai menganggap Terengganu pilihan. Mengapa tidak? Dengan rekod 88 jaringan dan kalah hanya tujuh kali sepanjang musim, diketuai tiga serangkai penyerang yang pintar mencuri ruang, Terengganu tampil di padang berlopak Shah Alam selaku pilihan.
Belakang dari kiri, Sharbinee, Abdul Hadi, Ashaari, Mazuki, Helmi Remeli, Mazlizam
Depan dari kiri, Reesyafiq, Faruqi, Abdul Manaf, Zubir dan Joseph. Gambar myduniasukan
Sharbinee Allawee Ramli - tangkas di peringkat tempatan tetapi cemas di pentas antarabangsa, Sharbinee sukar ditewaskan pada hari terbaiknya.
Mazlizam Mohamad - dua kali tampil menentang Manchester United memakai jersi biru Malaysia pada 2009, selepas itu Mazlizam sepi daripada arena antarabangsa. Konsisten dan mampu beraksi di kanan atau tengah pertahanan. Disenaraikan semula menjalani latihan pusat skuad kebangsaan.
Mazuki Yusof - Allan Harris dulu panggil dia Tony Adams, pasal dia memang tak ingat sangat nama pemain...sekalipun tidak tangkas memusingkan badan, Mazuki memiliki ketenangan dan daya kepemimpinan mengawal kubu.
Faizal Muhammad - tercedera lama dan digugurkan daripada skuad kebangsaan dan Harimau Muda, Faizal adalah pemain yang mementingkan asas-asas bercorak bertahan. Pernah jadi anak didik Azraai Khor Abdullah di Slovakia.
Zubir Azmi - pengalaman dibuli penyerang Jepun dalam pra-Olimpik dan mengawal Daniel Sturridge harus mengajar Zubir mempertahankan ruang kiri Sang Penyu.
Reesyafiq Alwi - asal Sarawak tapi merantau sudah lama, Reesyafiq kental mengawal jentera tengah Terengganu sambil melindungi Mazuki dan rakan-rakan.
Joseph Kallang Tie - lincah dan memiliki kaki kiri berbisa, Joseph nadi kreatif anak buah Irfan Bakti Abu Salim.
Ahmad Nordin Alias/Ismail Faruqi Asha'ari - Jika Nordin muncul wira Piala FA hasil kerajinannya, Faruqi mengambil sepakan sudut, tendangan penjuru dan sepakan percuma kerana sentuhan kemasnya. Irfan gelar dia Wan Zawawi...
Abdul Manaf Mamat - Kenapa sepanjang 2010 dan 2011 nama Abdul Manaf digugurkan daripada senarai pelatih Wisma FAM? Entah, aku bukan pakar.
Abdul Hadi Yahaya - topscorer Liga Super tapi tandus jaringan dalam Piala Malaysia. Asal pandai decoy, cukup buat Terengganu.
Ashaari Samsuddin - mata akan tertumpu pada Saha, anak jati Marang...kaki kiri dan kanan hidup, bijak curi ruang...sama ada Aliff Shamsuddin atau Qhairul Anwar Roslaini di bek kanan harus kerja keras dengan Shahurain Abu Samah untuk tutup ruang.
Ashaari adalah pemain pertama aku highlight sebagai personaliti bola sepak tempatan dalam Rembat Kosmo pada 2010...
Jurulatih: Irfan Bakti Abu Salim - bekas anggota tentera, pernah jadi penolong jurulatih Claude Le Roy dan Wan Jamak Hassan. Melatih Negeri Sembilan pada 1999. Juara Piala FA sama Pulau Pinang dan Terengganu. Memburu Piala Malaysia pertama!
Haji Irfan dan Azmin Azram Aziz luar Masjid Bulat, Seksyen 14 PJ...
Negeri Sembilan
Farizal Marlias/Farizal Harun - Sekalipun Farizal Marlias lebih berpengalaman, Azraai mungkin pilih Farizal Harun. Dua-dua Farizal boleh harap.
Qhairul Anwar Roslaini - bek kanan steady, tak payah style.
Norhafiz Zamani Misbah - Bersama Irwan, Mazuki, Shukor dan Hairuddin, Zamani anggota skuad Sukan SEA yang kutip pingat perak pada 2001 - kali pertama temasya dwitahunan itu dibataskan kepada pemain Bawah 23 tahun. Soh Chin Aun pernah mengagumi corak permainan anak kelahiran Melaka ini.
Aidil Zafuan Abdul Radzak - Kalau bola atas, Aidil senang pintas. Kadangkala cenderung buat kesilapan asas.
Irwan Fadzli Idrus - Azraai bubuh Irwan AKA Botak di tengah tapi diagonal ballnya bahaya, akan tuju kepada Hairuddin di far post. Mungkin mula di bek kiri. Azraai kata paling konsisten.
Shukor Adan - final ketujuhnya, Shukor rileks dalam game, rileks bila score gol. Anak Melaka yang tidak segan menyatakan pendapatnya. Dulu striker zaman Ron Smith pada 2000, cipta nama sebagai jeneral tengah zaman Allan Harris tapi Wan Jamak Hassan bubuh dia di tengah benteng.
Abdul Halim Zainal - rupa dah macam abangnya Faizal Zainal, setiausaha eksekutif PBNS, tapi mujur main sopan sikit. Kalau ikut abangnya Angah (Khairil) lagi jadi lori hantu, tapi Halim pantas dan kemas. Pernah jadi geng Asraruddin Putra Omar dan Khairul Fahmi Che Mat dalam Champions Youth Cup (CYC) pada 2007. Kalau bukan dia, Idris Karim, pemain paling veteran selepas Khairul Anuar Baharum dan Ching Hong Aik..pada usia 35 tahun, Idris awet muda...masih bertenaga, tapi kena score la, jangan jadi macam last year, depan gol miss!
Derih dengan aku selepas Negeri Sembilan menang ke atas Sime Darby di Seremban baru-baru ini
S. Kunanlan - aset buat NS dan Azraai, boleh main bek kiri, flank kiri, flank kanan, hanya perlu tajamkan sentuhan gol, macam lencongan ketika lawan T-Team. Bekas pelari rentas desa dari Semenyih yang tak kenal erti penat.
Shahurain Abu Samah - akhirnya nama Shahurain tersenarai dalam skuad kebangsaan, hasil ledakan enam gol dalam Piala Malaysia...walaupun ada orang kata dia kurang football instincts, yang penting dia ada goalscoring instincts...
Hairuddin Omar - zaman aku cover dulu, hantaran dari benteng ditanduk oleh Hairuddin untuk dikejar Nizaruddin Yusof, Indra Putra Mahayuddin dan Akmal Rizal Rakhli...boom, gol! Kini Hairuddin sendiri penyumbang gol. Pakar tandukan dan kuat betis, itu sebab dia boleh hang in the air macam Fandi Ahmad dan Bambang Pamungkas.
Firdaus Azizul - Rajin, laju tapi kurang pengalaman, yang penting sikap betul! Zaquan Adha Abdul Radzak pula dijangka masuk sebagai penyerang simpanan...laju dan mendapat semula keyakinan.
Jurulatih: Azraai Khor Abdullah, anggota skuad negara Piala Asia 1976, bekas perancang tengah Kedah, imejnya tercalar selepas digantung tidak bertali oleh FAM gara-gara kes di Slovakia...motivasinya membersihkan namanya sekali gus membuktikan kejayaan treble Kedah pada 2007-2008 bukan kerana nasib.
Rumusan: Sejak Azraai ambil alih daripada Wan Jamak, NS lebih rileks dan menuju kemuncak prestasi pada penghujung musim. Pattern of play NS berteraskan kekuatan Hairuddin. Jika Terengganu dapat memastikan asakan NS dipatahkan dari awal agar bola tak sampai Hairuddin, Irfan harus menguntum senyum. Shahurain dan Kunanlan akan didekati oleh Joseph, Reesyafiq dan Mazlizam serta Zubir setiap kali NS menyusup ke attacking third. Irfan juga sedar Shahurain dan Qhairul atau Aliff tidak akan bebas overlap kerana ruang yang ada akan diguna sepenuhnya Ashaari dan rakan-rakan. Soalnya, adakah Terengganu akan bimbang pattern NS atau Terengganu akan biarkan NS yang risau?
Ramalan: Terengganu menang tipis
21 comments:
saya pilih n9 menang
Tertunggu tunggu apakah taktik coach2 nie. Taktik yg mana satu akan menjadi.
Hujan lebat lagi Shah Alam mlm nie. Harap mlm esok padang stadium tak jadi bendang.
Good luck utk kedua2 pasukan. May the best team win.
Tiket Mahal no problem, ada yg akan sponsor. Patutnya PLUS pun bagi discount. Lagi la hebat.
Kata org FAM "Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain".
Fakta:
-byrn pihak stadium mungkin lebih kurang std bukit jalil sblm2 ni.
-byrn keselamatan mungkin x byk berubah melainkan FAM tempah lebih byk FRU la...
-yg beberapa faktor lain tu...apakah faktor2 nya?jeng jeng jeng....
aku menjadi kesian dgn sukan bolasepak di Malaysia...
Perlukah FAM wang lebihan daripada jualan tiket final Piala Malaysia 2011???? Kerajaan, Astro, dan banyak lagi telah menaja FAM dalam pelbagai program spt program pembangunan , pertandingan dalaman dan luar negeri. Kenapa perah duit rakyat ( penyokong / pengamal bolasepak ) yang memastikan Malaysia masih ada harapan untuk melangkau balik ke pentas bolasepak antarabangsa. Unit pemasaran FAM-MSL apakah peranan mereka selama ini. Ada tak usaha dari MSL untuk mendapatkan dana / tajaan yang sepatutnya supaya pada diakhirnya rakyat/penyokong BS tidak perlu dibebankan dengan bayaran tiket yang agak tidak "reasonable". FAM perlu siasat peranan MSL sebelum memutuskan formula untuk menetapkan harga tiket. Hanya diperingkat kritikal seperti suku akhir / separuh akhir dan akhir didapati harga tiket akan melonjak mengikut citarasa Persatuan Negeri/ FAM. Tak ada planning, ikut perasaan sahaja. FAM dan MSL harus memikul tanggung jawab terhadap halaju Bolasepak Profesional di Malaysia. Berkaitan dengan Final P. Malaysia saya memilih Terengganu ( a team which is very close to my heart ) . Ramalan saya 3-1 memihak kepada Terengganu.
Drpd : Orang Lama
Ramalan yg baek, tapi bagi saya semuanye ditentukan pengalaman.
lupa nak buat ramalan.so gua meramalkan terengganu lawan n9, tp yg menang nnt adalah FAM sbb jual tiket mahal tp stadium penuh jg maaa....
tak patut naik mendadak sampai macam tu. perbezaannya terlalu ketara!! tambahan kualitti padang yang sangat teruk - memang tak patut!!
terbantut operator kilang,store keeper, student ipt, budak-budak sekolah nak pergi tengok final. (kebanyakan yang pergi stadium adalah golongan bawah paras miskin - rm1500)
Mengikut standart liga yg di keluarkn oleh AFC,liga M ni gred D....liga indon dan thai gred A...tapi tiket murah gile banding dgn liga kita...kalau liga kita berkualiti dan ranking malaysia pun x terok sgt aku yakin peminat x merungut sb berbaloi...ini dh la liga M gred D...xde pemain import...padang mcm haram jadah....ranking pun makin terok dh 151 buat masa ni...x malu ke FAM ni???
Diharapkan perlawanana pada hari sabtu ini akan berlangsung dengan baik dan best,,Secara jujurnya Perlawanan yang paling best skali pada musim ini adalah perlawanan antara KELANTAN DAN TERANGGANU di Kota Bharu..Best Ever game that have I watch...harap pada esok hari game pun akan menarik macm game di KB..Saya Harap Joseph Kalang menjadi pemusnah pada esok hari...:) DAVID SILVA MALAYSIA tuuuuu...Hope Coach Raja boleh try gandingkan dia dengan Safiq nd Badri (PIYA) di barisan Midfield negera..I choose Terangganu will win 2-0 ..:)
Hope Joseph Kalang akan menjadi pemusnah pada game esok..Coach Raja perlu gandingkan Joseph,safiq nd Badri di barisan tengah negara..Diharapkan game esok mcm Game suku akhir di KB..best sangat game tu..Terbaik..Pilihan..Ganu menang 2-0
Bagi saya, FAM sombong bila keluar kenyataan dengan nada tidak mahu berkompromi tentang soal tiket.
Soal sumber kewangan, FAM tidak patut lihat pada perlawanan kemuncak sahaja.
1. Bagi sumber kewangan dari tiket, FAM kena cari inisiatif penuhkan stadium sepanjang musim.
Kualiti permainan kena senantiasa jaga. Ini tidak, turun naik. Ungkapan "pemain si anu tidak bermain dengan potensi penuh" adalah ungkapan yang kita biasa dengar dari pengulas sukan.
Kata nak profesional, "macam" Rajagopal.
Hubungan pasukan dengan peminat kena jaga. Tetapi selalunya, peminat kena pandai-pandai sendiri.
Jika peminat dijaga, produk cenderamata dan sebagainya juga boleh jadi sumber pendapatan sampingan.
2.Sudah tiba masa stadium dimiliki pasukan. Tidak perlu stadium gah sebenarnya. Masa Malaysia lawan kelab di Slovakia, kita boleh tengok saiz stadium dia macam mana.
Malahan, jika stadium pasukan yang punya, iklan dipadang, di dalam dan luar stadium akan jadi sumber pendapatan pasukan.
3.Hak penyiaran siapa punya? Selama ini, ASTRO bayar hak penyiaran kepada siapa?
Jika hak penyiaran pasukan punya (sebab stadium dimiliki pasukan) maka pendapatan dari iklan "udara" juga patut ada.
Selepas game BPL, kita tengok pengurus ditemu ramah dengan latar belakang sponsor-sponsor. Kita? Samada berlatar belakangkan padang ataupun tempat duduk penonton.
Akhir kata, kelab gergasi dunia seperti MU, Barcelona dan lain-lain mengharapkan jualan tiket, geran badan induk, penaja langsung selain wang hadiah semata-mata ke untuk menjadi pendapatan kelab?
Oh ya, Terengganu 1, N9 0
Kamarul
lagi bagus tak usah pergi ke stadium..terloncat2,berpeluh2,memenatkan.balik rumah rasa lapar pulak..lebih baik duduk depan television..
Perlawanan persahabatan antara Selangor dan Boca Juniors pada Januari 1982. Selangor tewas dengan jaringan 1-2. Entah berapa ringgit la tiket masuk stadium masa tu....
lebih suka sekiranya pasukan yg telah bermain dgn cemerlang, menarik dan mempamerkan permainan yg lebih bersih di peringkat suku akhir & separuh akhir memenangi Piala Malaysia 2011 sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan mereka kpd kecemerlangan bolasepak.
Buat FAM,..usahlah bersuka lebih sbb berjaya memperbudakkan Jang n Peteh dek kerana Ringgit Malaysia...
Selalunya jika ramai org meramalkan terengganu juara,itu satu semangat kepada pemain-pemain Negeri Sembilan sebab mereka pastinya mahu mengatakan bahawa ramalan-ramalan penganalisa adalah SALAH...
TETAPI saya tetap memilih Terengganu...
Terengganu 3-1 Negeri Sembilan
(Abdul Hadi Hatrick)-(Firdaus gol untuk Negeri Sembilan)
itulah yg termampu nak wat guane.
Sape yang kalah malam ini, sekurang-kurangnya boleh salahkan padang.
tiket mahal! peminat tetap datang. Bukannya setiap minggu,setahun sekali je. kadang 2 bukan minat sangat pun, datang kerana ramai kawan2 yang ajak. tak datangkan jadi lain pulak.
Ns 2 trengganu 0.tregganu cuma nasib jer ke final.main taktik kotor lepas ti jumpa team lemah selangor.hidup nogori
tahniah N9.
anti-climax bagi terengganu mencapai peak ketika berjumpa kelantan dan selangor.
padang hanya nampak cantik pada surface...mustahil dalam masa seminggu akar boleh tumbuh dgn cepat.
sarbinee fumble.
ashaari usualself, teruja bila dapat bola dan kaki kiri ajaibnya.
shaurain tidak menyerlah kali ini, orang lama juga jadi hero.
haerd luck terengganu
aku tabik springg dengan hairuddin omar..| nak tengok pemain muda kebangsaan lakukan gol yang penuh bergaya pula untuk kenangan sepanjang zaman mereka..
mmg jeles tgk fans NS memenuhi highway PLUS utk ke Shah Alam smlm, hanya 1 sbb kenapa sy x berada dlm konvoi tsebut..saya x mahu bg duit sy kpd FAM TAMAK! sy boikot final smlm w/pun tiket sudah turun harga slps subsidi PBNS.. sesuka hati naikkan harga tiket kemudian bg alasan2 yg hanya mampu ditelan oleh bdk2 sek rendah.. langsung xnak btolak ansur, x syg masa dpn bolasepak tempatan, bunuh semangat Piala Malaysia.. Presiden PBNS secara terang mengatakan tiada pihak drpd PBNS yg menjd wakil & bsetuju dgn harga tiket TAMAK tsebut.. FAM putar belit! kenapa harus jg dibuat di padang Std S.Alam?? memalukan! FAM jatuhkan maruah diri sdiri.. tahniah FAM! berjuta tahniah NS selaku juara br Piala Malaysia & tahniah jd kpd Tranung kerana menjd pencabar terbaik musim ini.. jgn jdkan Sharbinee kambing hitam, attacking Tranung harus usaha utk tmbh gol kerana ini game Final & mcm2 bole blaku.. kelihatan Tranung agak rilek slps mereka score.. semoga bolasepak tempatan akan semakin meriah musim dpn w/pun dgn kemasukan player2 import.. akhir kata boooooooo FAM!
yang aku pelik,rengking dunia jatuh tp harga tiket naik...
Post a Comment