Sekalipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selalu kena hentam, bola sepak tempatan dikendalikan mengikut standard operating procedure dan garis panduan yang cukup jelas, menyentuh aspek penganjuran, keadaan padang, keselamatan, perpindahan pemain mahupun kaedah dan tindakan-tindakan disiplin terhadap pengamalnya. Hoki pula bagaimana?
Kalau FAM ada produk bernama Liga M, Gabungan Hoki Malaysia ada Liga Hoki Malaysia (MHL), tetapi perjalanan MHL tidak berpandukan kepada SOP seperti di FAM.
Wajar atau tidak jika pemain dikehendaki lulus ujian kecergasan sebelum dibenarkan bermain dalam liga, macam lesen untuk pemain bola sepak? Ini sekali gus dapat meningkatkan mutu permainan, bukan?
Kaedah perpindahan pemain dari satu kelab ke kelab lain, macam mana?
Kalau pasukan kebangsaan ada tugasan, liga dihentikan?
Kalau nak ikut Belanda, susah kerana Hoodfklasse (liga teratas) ada 12 pasukan, kalau divisyen dua digelar Overgangsklasse ada 24 pasukan. Biasanya enam minggu sebelum liga bermula, sudah dibuat persiapan. Di sana ada 250 kelab, lebih 200,000 pemain dan lebih 1,000 padang tiruan. Tapi hoki di Belanda hanya dapat siaran TV lima minit seminggu, berbanding MHL beberapa jam sehari di Astro Arena 801, termasuk program temu bual Flik!
17 comments:
sistem pengurusan MHF cakap lebih tapi bila sampai masanya tak laksanakannya...MHF banyak politik...
salam, bro. ada benda betul ada benda kena tgk dulu sebelum cakap.
kita nak bercakap pasal SOP yang FAM buat, liga bolasepak kita standard sgt ker? sekejap super league ada 10 team, then naik 13 team pastu tah apa lagi tah perubahan ikut sesuka ati..PKNS mng liga perdana tapi tak sure naik ke tak super league? tgk diorang amek adiah pun nampak tak enjoy, muka tak sure.. hehe. SOP? jurulatih bercakap pasal pengadil kena gantung 6bln dan denda? haha, hukuman paling kelakar yang aku pernah dgr la bro. kalau 2,3 game ke takpe gak.. pengadil memang akan jadik topik perbualan kat mana2 pun d dunia bro. tak payah la sampai 6bln. dah tu takde sapa nak komen pasal pengadil, sapa nak improve kan dorg? SOP?
hoki kena ikut bola? fine, apesal lak tak boleh.. kita mulakan dengan kewangan. berapa bola dapat berapa hoki dapat dr gomen? memang kami tau dari azali lagi bola adalah sukan yg paling femes kat dunia. but then, berapa ranking bola kita, berapa ranking hoki kita? wajar ke duit bola dan hoki tak seimbang begitu?
kami takde strong financial untuk running league ataupun youth development dgn lebih baik. cuba kamu research berapa banyak stdm hoki di negara kita dan berapa banyak talent hoki yg kita ada? tak seimbang.. awak berkata di holland ada 250 kelab, berapa banyak stdm hoki mereka ada? yg kita ada pun takde sapa nak tolong repair karpet or maintenance... sedih kan? last2 terbengkalai..
saya yakin remaja yang involve dalam hoki sangat ramai tapi ke mana arah tuju diorg lepas umur 21 thn.. kita biasa nya terlupa nak link kan development dan dewasa.. kebanyakan sukan pun camtu gak macam olahraga. sebab apa jadik camni? sukan kita kat m'sia yg terbesar sukan apa? SUKMA. tapi ada kategori umur. so org2 yg berumur nak main apa? abis.. hoki pun tak lari.. banyak kejohanan masa remaja yg paling besar MJHL. tapi kan bagus klu ada link antara junior league dgn MHL. sekarang dah ramai jugak junior masuk natinal league which is good for the sports, but mana pergi talent2 yga lain kalau tak dapat masuk league? abis....
bro, daripada compare pasal hoki dan bola, baik bro tolong bangkitkan isu2 seperti yg saya bicarakan. bangkitkan dan tolong majukan lagi system hoki di negara kita. kat malaysia ni susah sukan kita nak ke hadapan, kenapa? yang berduit bukan nya atlit, tapi yang di keliling nya.. (tak semua coz ada yg keluar duit ikhlas untuk atlit2 nya tanpa bantuan gomen or sponsor) semua nak mengait keuntungan, kat holland banyak stadium sebab cost utk buat stdm hoki tak tinggi compare kat m'sia mark up sana mark up sini.. renung2 kan.. sekadar berkongsi apa yg ada dalam ati..tq.
Yang baik drp FAM boleh jadikan teladan...yang buruk tu make sure jadikanlah sempadan yer...jgn ikut je FAM memkhinzir buta...no. 147 ranking dunia tu....
Suruh tengku dolah letak jwtn dua2 persatuan confirm bola sepak n hoki meningkat. Klau kau berani ckp mcm tu dlm kafe sukan atau dengan izin, kau mmg the best ever wartawan sukan dlm negaralah bro!
1-Budak-budak sekolah yang main hoki sekarang ni tak nampak game ni boleh pergi jauh sebab:
a-Liga Hoki Malaysia hanya untuk permain-pemain "elite" saja
b-Local Professional player tak banyak (asik-asik orang yang sama)
c-MHF seakan dah puas hati dengan Malaysia team walaupun diperingkat dunia tak ada pun yang boleh dibanggakan.
2-Saya ada jugak main hoki masa sekolah dulu, taklah terror sangat setakat MSSD saja, tapi saya tak nampak sebab munasabah untuk saya galakan permainan ini pada anak saya sekarang.
Takde orang laen ke yg lebih berwibawa jd presiden? Bola? Hoki? Orang yang sama menerajui dua sukan ini, yang aku rase dua2 sukan tidak banyak berlaku peningkatan.
Sudahlah....cukuplah...resignlah...
kemahkemim....
Salam bro Rizal,
Cadangan sy adalah penyertaan adalah dr persatuan hoki negeri macam bolasepak. Kerana kita dapat lihat, semangat kenegerian lebih tinggi berbanding semangat untuk kelab esspecialy kelab dr syarikat tertentu mcm Sapura, maybank, tnb n etc.
berapa ramai pekerja setiap syarikat tersebut memberi sokongan kpd pasukan hoki diorang? n spt sy, walaupun sy meminati sukan hoki, but then I dont which club yang I patut sokong and why do I need to support them because im not working with them.
Lihat bolasepak, setiap rakyat negeri masing memberi sokongan kpd pasukan bola diorang...
kemahkemim...
amcm sukan nak maju
PERsatuan dan MEDIA perlu bantu promosi liga hoki malaysia,pasukan yang bertanding dalam liga hoki malaysia xder sense of belonging untuk setiap ,korangbacalah lah ni,,
http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html
CONFIRM x lepas nak buat wawancara naib presiden fam dan presiden hoki,,,KITA BUAT CARA Lain,,ART OF WAR BEB,,
saudara rizal hashim PANDAI LAH padailah nak buat isu dalam astro areana,kafe sukan & dengan izin bincangkan isu KEMANA HALA TUJU LIGA MALAYSIA,,ramai dah bagi infor yang bagus,,rahap bro buang ego sendiri sikit,,*sekian IDEA orang lain pun best jugak..tidak semestiya idea kkita jer yang penting,ada kkala kita terima pakai idea oorang lain pun bagus*
ok bro kritik habis habisan sukan sukan di malaysia,BAGUS KER BRO,,KEARAH TRANFORMSI bola sepak Malaysia, LIGA BOLA SEPAK Malaysia bagus= pasukan bola sepak Malaysia pun bagus,
SKOKONGLAH PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN
BRO APA CADANGAN BRO untuk mantapkan liga BOLA SEPAK MALAYSIA.
Pengurusan FAM tak berkesan dari dulu.Kalau betul bagus,indicatornya adalah status bolasepak Malaysia dah sama taraf dengan Jepun, Korea dan Australia. Terbukti FAM tak bagus.
LOUD AND CLEAR !!!!
mmg wajar hoki kena ikut bola...
tp ada masanya bola juga perlu ikut hoki....
contohnya dr segi perlawanan kompetitif peringkat antarabangsa...
FAM kena berusaha ke arah peningkatan ranking bola sepak Malaysia.... terkini ranking kita jatuh lg ke tangga 151...
lebih buruk berbanding Nepal & Bangladesh...
dr segi pertandingan dalaman di Malysia sewajarnya Hoki kena ikut Bola.... tp berapa ramai rakyat Malaysia yg nk main hoki?
CIKGU SAFUAN
hoki ikut bola?.. hoki ada olympian..bola ada apa? hoki ada juniors league.. bola ada apa? hoki ada world ranking.. bola ada apa? hoki ada world tour.. bola ada apa? hoki malaysia ada nama di sukan dunia..bola ada apa? cakap pasal fitness.. hoki ada rolling system..ambil advantage dari itu.. buat apa mau fitness top level macam nicole.. dia main seorang.. pikir sebelum cakap.. pernah main hoki ke, abang rizal??
Jangan ikut cara pentadbiran FAM sudahla sebab kali ni mesyuarat Kongres pecah rekod nak ujung tahun tak de meeting.
Rasanya nyer inilah pengurusan yang terburuk dan tak siapa berani tegur termasuk yang sewaktu dengannya.
bola malaysia kononnya ada standard..standard kepala ko!! hoki yang kononnya tak standard tu pon bleh jd naib johan sukan ASIA..bola la yg kena ikut hoki.bola baru menang sekali ASEAN dah bising macam menang piala dunia..
jangan terlalu buyers. kita minta pendapat individu yang lebih pakar dalam bidang hoki untuk bercakap kekurangan yang terdapat dalam penganjuran liga hoki negara kita, kalau kita lihat sebenarnya pengerusi PHM sebenarnya lebih meminati sukan bola sepak berbanding hoki, jadi bagi saya ini semua bermula dari atas. leadership shows attitude. sepatutnya PHM mempunyai pengerusi seperti Sultan Azlan yang diketahui memang meminati sukan hoki dan kalau kita lihat beliau masih lagi turun ke stadium untuk meyaksikan perlawanan hoki tetapi pengerusi PHM sendiri hilang ke mana?
Post a Comment