Ah, Rexy Mainaky, individu yang cukup aku benci tapi segan satu ketika dulu. Setiap kali Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang dan kemudian Soon Kit-Yap Kim Hock beradu kekuatan dengan Rexy-Ricky Subagja, 90 peratus kebarangkalian pasangan Indonesia itu muncul pemenang. Tapi dua kali aku jadi penonton tepi gelanggang ketika Ricky-Rexy tewas - pada final Piala Thomas Mei 1992 di Stadium Negara dan final Sukan SEA Chiangmai Disember 1995.
Siapa di kalangan penonton di Stadium Negara yang tidak melompat tatkala return Rexy terkena net yang menghadiahkan Piala Thomas kepada Malaysia? Aku antara yang berpeluh mencari bahan berita sesudah kejayaan gemilang itu...
Dari pusat media, dengan Hishamuddin Aun dan Lukman Salleh sibuk mengetuk story masing-masing, aku mengetuk story dengan cukup happy selepas Soon Kit-Kim Hock mengutip pingat emas beregu menewaskan Ricky-Rexy di Chiangmai, tapi itupun bukan dapat ranking points pun...
Hadirnya Rexy selaku jurulatih Malaysia pada Julai 2005 disambut kelompok wartawan dengan nada optimis. Aku antara wajah yang Rexy kenal, maklumlah selalu meliput badminton dari Piala Thomas 1994, Sukan SEA Chiangmai 1995, Sukan SEA Jakarta 1997, pra-Piala Thomas di Manila 1998 hingga Piala Thomas di Hong Kong pada 1998.
Lebih setahun di Malaysia, Rexy membentuk gandingan baru, menggandingkan Koo Kien Keat, anak muda yang satu sekolah dengan Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan di St Michael's Ipoh, dengan Tan Boon Heong, anak tukang kayu dari Kampung Akar Peluru, Alor Star. Muncul naib juara Terbuka Jepun pada Oktober 2006, disusuli kejayaan menggondol emas di Sukan Asia di Doha dua bulan kemudian.
Aku jadi saksi tangisan Rexy di perkampungan sukan di Doha...hanya beberapa hari sebelum Koo-Tan dinobat selaku bintang baru dunia badminton...Entah kenapa Rexy mahu resign tiba-tiba. Terkejut Kim Hock dan Datuk Zolkples Embong...aku pun tulis untuk Malay Mail...
CHAMPIONS are a rare breed. They are normally driven by a desire uncommon among mere mortals like you, maybe and me, certainly.
Rexy Mainaky belongs to this exalted company of true winners. A proud former world champion of his chosen sport, badminton, the men's doubles to be exact.
A career spanning more than a decade, alongside baby-face Ricky Subagja, now a TV analyst, churned out four World Cup titles, a World Championship gold medal and an Olympic gold medal. Very few can match such acclaim.
I used to hate their guts, their cocksure demeanour and their ability to beat our best, among them Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock, almost at their own will. I harboured this thought for a long time, ever since I covered the nation's Thomas Cup win as a rookie reporter with Berita Harian at Stadium Negara in 1992.
Rexy who hails from Ternate, Indonesia, retired six years ago. Since then he has become one of the game's respected coaches. His last port of call before touching down in Kuala Lumpur was England.
When he came to Malaysia more than a year ago reportedly with an attractive package valued at more than RM15,000 a month, there were suggestions that he could transform our pool of doubles players into world-beaters. He too shared the sentiments. After all we were told he had turned down a lucrative offer to coach a club in England.
There is little indication of progress, however. One wonders why ... Yesterday, a group of Malaysians journalists discovered why.
Before we knew what was going on at the International Zone of the Athletes' Village, he was in tears. The father of two, one half of one of the most feared doubles pairs in the history of badminton, was almost inconsolable.
Rexy, just two years older than me, was a dejected figure.
While chief coach Yap Kim Hock (we share the same birthday) was put on the firing line after the dismal defeat to the South Koreans in the semi-finals of the team event, Rexy could not hide his feelings. Lee Chong Wei (above), seated beside Kim Hock, appeared flabbergasted.
It was not hard to sense Rexy's frustration. When the microphone was handed to him by both the crews of TV3 and RTM news team, Rexy tried to calm himself for a few seconds but then handed it to Chong Wei instead.
Chong Wei took his turn to answer our queries, on what led to his defeat to Lee Hyun-il two nights ago, to allow Rexy to regain his composure.
Then it was back to Rexy. He vented out his bottled-up frustration. The simmering tension reached a point of no return.
Accusing his charges of insubordination, Rexy wanted to call it quits. He has had enough.
His 15 months in Kuala Lumpur, in his own words, have been wasted. The likes of Lim Woon Fui-Fairuzizuan Tazari and Koo Kien Keat-Tan Boon Heong became the subject of his criticism.
His ego was bruised. His pride certainly dented. His boys failed to follow his instruction. He had no control of his boys. His boys did not trust him.
For Rexy, there was no point of staying on. Then a few people, Kim Hock and Datuk Zolkples Embong included, told him to focus on the Asian Games. Talk business later.
In the event of a mutiny, the captain has to jump ship.
Now what happens to the ship? Is the ship heading nowhere? Or is it sinking?
Sejarah seolah-olah berulang, apabila Rexy dilucutkan tugas daripada membimbing Koo-Tan baru-baru ini, mendorong aku membuat temu janji dengan Rexy di Sri Hartamas. Tapi pertemuan itu sebelum Vivian Hoo-Woon Khe Mei muncul juara Terbuka Indonesia, kehadiran Yoo Yong Sung dan isu gaji Rexy.
Soalan LC: Apa khabar, Rexy?
RM: Bagus...
LC: Bagaimana sekarang, tiada lagi bimbing Koo-Tan?
RM: Saya terima, ini sebahagian daripada tugas.
LC: Saya baca laporan akhbar Rexy program latihan bukan punca tapi Dr Ramlan pertahan anak buah, saya ada bertemu Datuk Dr Ramlan (Ketua Pengarah ISN) dan dia mengatakan Rexy mengeluarkan Koo-Tan daripada latihan ISN?
RM: Saya sebenarnya tidak begitu selesa dengan kehadiran seorang individu tetapi saya tidak mahu kisah ini diperbesarkan. Dulu menjelang Sukan Asia 2006 hingga Sukan Olimpik 2008, program latihan ketangkasan dan kecergasan dikendalikan Sean Sturgess, tidak ada masalah. Koo-Tan mengamalkan corak serangan pantas. Kalau dulu 3 jam di court, 2 jam bikin fizikal. Ini tidak termasuk skipping dan jogging.
LC: Adakah Rexy suarakan masalah dalam mesyuarat jawatankuasa kejurulatihan dan latihan BAM?
RM: Sudah tentu.
LC: Apakah ada usaha-usaha secara halus dibuat pihak tertentu untuk menyingkir Rexy daripada menjaga beregu lelaki?
RM: Mungkin tapi saya tidak mahu komen lanjut.
LC: Pelik bukan, Rexy diganti oleh seorang jurulatih yang tidak merasakan debar dan getar perlawanan peringkat tertinggi, sedangkan Rexy bekas juara dunia dan Olimpik?
RM: No komen.
LC: Apakah kecergasan Koo-Tan merosot?
RM: Saya bagi contoh, jika anda bisa memukul shuttle ketika ia berada di ketinggian sebegini berbanding ketika ia sudah hampir di lantai, bukankan ia memberi anda lebih banyak opsyen? Ketangkasan dan kepantasan adalah kuncinya.
LC: Bagaimana anda melihat tugas membimbing beregu wanita?
RM: Satu cabaran menarik. Saya mahu ada yang layak ke temasya Olimpik di London!
Bersambung...
8 comments:
hrp rexy dpt teruskan tugasannya wp dh turun pangkat. kalau rexy dpt bawa bergu wanita kendaliannya ke olimpik atau menjadi 1 bergu wanita yg terbaik dunia mcmana lak respons BAM.
Rexy seorang yang sangat relistik dan profesional dalam menjalankan tugasnya. Baca saja jawapan dia kepada semua soalan. Nampak seperti dia sangat mengutamakan prestasi pemain.
Mungkin persatuan sudah buat kesilapan besar dengan membelakangkan jurulatih yang amat arif tentang bagaimana untukk menjadi juara sebenar. Nampaknya mereka lebih percaya kepada sepasang pemain besar kepala yang pada fikiran saya tidak ada harapan untuk menang pingat emas OLIMPIK. Cuma Rexy saja yang mampu memberikan sedikit harapan kepada mereka untuk berjaya membawa pulang pingat emas OLIMPIK.
selagi mama ada campurtangan politk dalam persatuan....Malaysia akan tetap kempunan meraih pingat emas...kalau tak percaya....tengoklah dato lee chong wei....tak kemana pun...silap silap pingat perak pun tak dapat pada olimpik 2012 ni....
Salam, Coach Rexy sebenarnya merupakan coach yg paling sesuai untuk mengendalikan ganda putra malaysia. Namun apa yg berlaku seperti telah diatur dan ianya nampak tak ubah seperti drama sinetron dimana sekarang merupakan episod yg ke - 150 dari 300 episod dalam hidup Rexy Mainaky. Jika ada sesiapa yg pernah bertemu malah berbual akan berasa bangga dengan semangat Patriotiknya...(dia ni asal mana???)-dalam hati. kuat sungguh kecintaannya pada Malaysia...Selepas Dato Bun...kini giliran Coach Rexy..lepas ni siapa ya? yg lebih menghairankan, bagaimana kita yg hanya pemain biasa sanggup mengetepikan seorang pemain lagenda yg dah buktikan kemampuan beliau sebagai jurulatih yg disegani. Sebenarnya dah byk kali kita mcm ni...dari era Pak Kai xiang, han jian mahupun yang yang. Agak saya lah jika di planet lain - contoh planet marikh ada coach yg bagus mahu BAM sambar kot..haa3.Nama2 yg disebut tu dah habis hebat sebenarnya....yg masalah adalah pemain, pemain dan pemain.Mula2 ubah Coach Rexy atas alasan Pang lebih sesuai (dalam keadaan-nak buang air besar baru nak buat jamban)...kemudian dtg pulak yoo yoong sung-si kidal dari korea..yg ketika bermain dulu cukup lemah bila berdepan dgn Rexy..dtg utk melatih bergu Superstars. Keesokkan hari pula media kata jejaka korea ni hanya membantu Pang...haa3..lawak perkara ini jika diselidiki dgn teliti..tapi x per la...ini merupakan hukum BAM-mereka lebih pandai dlm merencanakan serba-serbi termasuk alasan yg mantap bila kita berputih mata di sukan olimpik nanti...renungkan lah.
Loose Cannon support Rexy nampak.. We thought LC no more want to write abt badminton???
BTW, Rexy shld be sacked for his part time outside :)
Aku x salahkan Rexy, tp salahkn BAM n Player...BAM terlampau manjakan player, n player pulak dh naek lemak...
Lear form the expert!!!in this case, kita kena refer kt China.Memang xdunafikan, diorg mempunyai penduduk melebihi Malaysia. Namu macam mana cara diorang melatih jaguh n memberi motivasi untuk player berjaya?? Semesetinya persatuan diorang tidak bagi muka kt player, n semua player bersaing untuk merebut tempat.
kemah kemim...
Dear Rizal
Kenapa walaupun Lee Chong Wei, tidak menang didalam kejohanan badminton kebelakangan ini termasuk 2 Kali kalah Kepada Cheng long 2 Kali, tidak Ada kritik Dan komen termasuk wartawan , terhadap performance. Lee Chong Wei.
Kalau dulu kononnya lee Chong Wei memerlukan jurulatih baru, menyebabkan Misbun Sidek diketepikan sehingga beliau meletak jawatan. Sekarang ini kenapa tiada komen atau kritikan termasuk Dari wartawan akhbar? Adakah dulu kononnya lee Chong Wei memerlukan jurulatih baru, adalah perancangan halus Semata mata ingin mrngetepikan Misbun , Dan melantik jurulatih baru yg mereka inginkan. Apakah pencapaian jurulatih yg menggantikan Misbun ? Ada proven track records ?
Kenapa wartawan sukan tak komen apa2 dgn pencapaian lee Chong Wei kebelakangan ini? Kenapa tak tulis, "lee Chong Wei perlu jurulatih baru" .
BAM, apa Dah jadi? Wartawan kena Tanya, bukan ikut BAM kata , kalau BAM kata good, Chong bermain bagus walaupun tak menang. Berbeza dgn sebelum ini, kalau tak menang Misbun kena tekan.
Begitu juga dgn kes Rexy, telah diketepikan. Apakah pencapaian pengganti Rexy? Dah improve ka double pair dibawah jurulatih baru? Kalau tak, kena soal BAM , what happened . Wartawan sukan, where r u?
Apa pun Misbun Dan Rexy berjaya diketepikan , sekarang Kira tak Ada issue lagi, semua ok, everything is alright now. We must be kidding. Nak ketepi jururatih Semata mata, bukan nak improvekan players, players tak menang2, nampak makin teruk Ada laa.
Kalah 1st round dn diikuti dgn 2nd round! Congratz koo-tan..Ni lah IMPROVEMENTS yg anda semua nk sgt kan!
Kalau mcm ni la prestasi, jgn ckp pasal EMAS olimpik 2012, tak kalah 1st round kt sana nnti pon dh dikira BERTUAH tau tak!
BAM sdg menuju ke arah kehancuran.BAM lepas ni akan senasib dgn FAM,PHM dn PSM yg hancur disebabkan politik dlaman!
Post a Comment