Thursday, October 20, 2011

Aku pilih Terengganu

Selepas Terengganu menewaskan Kelantan 5-3 secara agregat, Irfan Bakti Abu Salim marah-marah dengan penganalisis (ikut DBP penganalisis, bukan penganalisa) sukan seperti dilaporkan Nadi Arena 801. Aku rasa dia marah jugak kat aku, kerana memilih Kelantan mara ke separuh akhir Piala Malaysia sekalipun Terengganu mendahului 3-1 pada pusingan pertama di Kuala Terengganu. Apabila Akbar Sahari menanyakan siapa mara ke separuh akhir kepada  ahli panel Kafe Sukan di 801, B. Satiananthan jawab, Kelantan, sama dengan bekas pengadil Ismail Yaacub dan aku, manakala Asan Ahmad, pengarang sukan Kosmo, pilih Terengganu. Aku ingat Kelantan ada kekuatan di gelanggang sendiri untuk bangkit.

Aku pun sms Irfan, "Rilek la Hj, jangan marah-marah penganalisis pilih kelate! Haha. Kawan pilih Terengganu Piala FA Hj tak cakap apapun! Haha. Tapi aku tak kecik hati, biasalah, adat penulis bola sepak dan pengkritik sukan, kita meramalkan, Tuhan menentukan. Bumi mana tidak ditimpa hujan. Tapi tentunya ramai masih ingat, dalam rancangan Kafe Sukan di Kota Baru yang disiar secara langsung, aku memilih Terengganu untuk menang Piala FA. Dikelilingi penyokong Kelantan. Dari awal Piala Malaysia pula, aku ramal Kelantan lawan Terengganu dalam final. Apapun, aku suspek Terengganu lawan Negeri Sembilan final nanti, dan Irfan sekali lagi meraikan kemenangan akhirnya. Terengganu senyum sokmo...Tapi padang di Shah Alam macam tak sesuai aje!



Kenal Irfan sejak awal 90-an...dia suka kutuk aku masa aku meliput team Olimpik 1995-96...ada satu ketika aku kena boikot dek team Claude Le Roy...waktu yang cukup seronok ketika itu...


Coach Azraai, aku pinjam gambar lama dia lalu ada yang dimuat naik ke dalam blog...baru-baru ini aku pulangkan, selepas Negeri Sembilan menewaskan Sime Darby di Seremban...seorang yang cukup tenang dan tidak meninggi suara...nampaknya pendekatan lembut Azraai sesuai untuk NS...Azraai juga antara yang aku temui di sisi arwah Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil beberapa bulan sebelum DAB meninggal dunia.


Pada 1994-95, aku kerap ditugaskan oleh Hishamuddin Aun (sekarang Datuk), pengarang sukan BH ketika itu, untuk meliput Pahang...team aristokrat...masa tu Yunus Alif coach, bertukar ganti dengan Tajuddin Nor...selalu ke Kuantan naik kapal terbang...sekejap Khairul Azman Mohamed pick-up, sekejap Azmi Ibrahim pelari pecut hantar...ataupun Azaruddin Aziz...apabila Pahang kalah 4-0 pada final 1994, aku turut merasakan kekecewaan Yunus tewas kepada Singapura, kemudian pada 1995 sekali lagi kecundang, kepada Selangor pulak...seronok cover Pahang pasal ada Alan Davidson, Igor Shkvyrin, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh...

P Maniam pulak aku cover masa Malaysia bawah bimbingan Ken Worden, tapi aku penyendal aje, maklumlah senior-senior macam Badrulhisham Othman, Saodi Mat Atar, Norbakti Alias dan Ahmad Khawari Isa pakar bola...aku dapat chance pun pasal buat untuk Jaguh...

Apapun, kita ucapkan selamat berjaya kepada keempat-empat jurulatih dan team masing-masing...referee bikin bagus eh! Penonton jangan gaduh tau...tak baik...kalah menang adat permainan...

29 comments:

Unknown said...

rizal,
FINAL:- setuju Terengganu vs NS
JUARA:- DEN TOTAP PILIH NS

Rilek la Rizal.. said...

1.Irfan Bakti semestinya marah ( tapi Irfan Bakti tidaklah marah sangat.. )sbb komen dari penganalisa sukan melunturkan semangat anak buahnya untuk perlawanan pusingan kedua suku akhir Peteh vs Gomo....

2. Itulah Jurulatih yang berwibawa dan mempunyai keyakinan yg tinggi terhadap anak buahnya....


SORRY TUKAR TOPIC SIKIT BAHAGIAN INI (di bawah)




3. Rajagobal patut belajar sesuatu dari Irfan Bakti dan bukan hanya meletakkan Piala Asia 2015 sebagai matlamat peribadinya atau mungkin sebagai alasan untuk mengekalkan dirinya sebagai jurulatih Malaysia...

4. Rajagobal tidak mahu mengakui kelemahan Malaysia setelah menerima kekalahan kepada musuh tradisi seperti kelayakan Piala Dunia Malaysia vs S'pura...sebagaimana beliau pernah berkata 'kita tidak kalah cuma kita tidak lyk ke pusingan yg kedua'...

are_rain said...

Saya setuju dgn pendapat abg Rizal, sy juga memilih Ganu ke final menentang NS9..saya menonton rancangan tu & mendengar komen Irfan spls perlawanan menentang Kelantan, mmg jelas dia mcm terkilan sikit kot dgn komen2 ahli2 panel mlm tu....apa2pun saya rasa ganu mampu menjuarai PM kali tp Azraai mempunyai akal utk menindakkan hasrat Irfan..

are_rain said...

Saya setuju dgn pendpt abg Rizal, saya memilih Ganu vs NS9 dlm final nanti. Mmg betul Irfan nmpk terkilan dgn komen2 & pilihan ahli panel pd mlm tu, dr komen slps perlawanan suku akhir, namun kini saya rasa dia mampu menjulang Ganu dlm final nanti tp harus diingat Azraai punyai akal utk menidakkan hasrat Irfan & anak2 buah, sama2 kita nantikan!!!

izan said...

setuju juga...Terengganu vs N9....tapi pilihan Izan N9...pada pandangan Izan, dua2 team mmg bagus setakat ni, 'Ganu ada kepantasan dan ketepatan sekaligus...N9 ada byk pemain yg berpengalaman...Izan rasa N9 boleh menang kalau ada antara peranan utama 'Ganu tak bermain dgn baik...pandangan Izan je la...

Qazwsx said...

tp Raja 'Ego' xnk turunkan ashari shamsudin bila skuad Malaysia main.asrarudin,muslim ahamad,fakhri yg main truk tu la di bagi main selalu.bygkan klu ashari back up safee dan mat yo.meletup tu!!tengah kena tukar la amr rohidan tu dgn player lain.

harimau luka akan bangkit said...

YAKIN untuk MISI 33 SELANGOR 33,

DAN penting untuk MRH & pembaca blog ini saya mahu promosikan BUKU ,

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

khas UNTUK bacaan ,rujukan buat peminat/Pengkritik,wartawan BOLASEPAK Malaysia. Untuk maklumat lanjut

http://sokernet.blogspot.com/2011/10/cerita-malaysia-tidak-ke-piala-dunia.html

sekian, sokong tranformasi bolasepak Malaysia

harimau luka akan bangkit said...

MISI 33.

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Abdul Sokernet Khamis, Oktober 20, 2011Abdul Sokernet, Siapa Dulu Kata Lucius Power La Entry Dia Mantap La Lucius Dewa Sokernet La Kalau Tak Beli Buku Ni Tak Guna Jugak



p/s: Cukup 100 orang kata nak beli, baru buku ini akan diterbitkan. Sekian, harap maklum. Majulah sirap untuk negara. -> tak kelakar.


http://sokernet.blogspot.com/2011/10/cerita-malaysia-tidak-ke-piala-dunia.html

kueh bakar said...

trg juara.hehehe.

sepattnya rajagopal ambik marzuki masa main dengan singapore.singapore taktik dia simple jer.long ball.hantar pada striker.

marzuki vs hai-o. hai-o memang seorang penanduk semlajadi.walaupun melompat berada di udara, dia masih boleh memomentumkan kepala untuk menandk.mcm kluvert.jika ada statistik, mngkin dia penyerang yg paling byk score gol menerusi tandukan.

dan marzuki, memang terer clear bola di udara.jadi pertembngan marzki dan hai-o memang menarik.

trg main serangan laju dengan trio-manaf-hadi-ashaari.joseph kalang dan faruqi kuasai tengah.dan pemain trg pnya stamina tinggi.

tgk final piala fa. kelantan sering melewatkan permainan.ramai krem. dan trg masa lawan kelntan sukuakhir tiada lengah2kan masa. masih steady.

apapun.trg jangan over confident.selangor tetap bahaya.

lampu limpah shah alam memang terbaik.tiada bayang kelihatan.tapi padang menyedihkan.

zulomar said...

Memang padang di Stadium Shah Alam tak sesuai utk menganjurkan perlawanan akhir kejohanan yg berprestij seperti Piala Malaysia. Kalau dibuat juga akan merencatkan kemeriahan & rentak permainan. Sepatutnya diadakan di Stadium Bukit Jalil (sekarang trek bukannya padang yg sedang dibaikpulih). Lepas ni K.Rajagopal boleh panggil Abdul Manaf Mamat utk bermain bersama Safee Sali sebagai penyerang menggantikan Norshahrul @ Mat Yo yg merosot & menunjukkan sifat negatif semasa perlawanan termasuk malas mengejar bola, tak dapat mengawal emosi serta melakukan kekasaran. Saya tabik Safee yg sentiasa berusaha dlm perlawanan & punyai sikap yg bagus. Sebab tu dia layak bermain di luar negara

Anonymous said...

Final Trengganu Vs N Sembilan.

Hisyam Hussain said...

So far nampak Tganu yg konsisten. Final Tganu v N.S. Pertembungan dua coach pakar tektikal tempur dalam pusingan kalah mati. Rajagopal patut belajar dari mereka ini. Masih tertanya2 mengapa dulu Rajagopal yg terpilih sedangkan Azrai Khor lebih hebat resumenya?

ariffin_Bdr Baru Bangi said...

sesiapa pun yg dijemput sebagai penganalisis sukan jemputan ke studio TV tidak salah untuk buat ramalan, itu hak peribadi.

yang salahnya apabila pengacara cum pengendali di studio TV atau pengulas sukan yg ditugaskan oleh mana-mana stesen TV buat ramalan atau memperkecilkan sesebuah pasukan tanpa fakta.

mereka sepatutnya mengawal emosi dan tidak 'bias' walaupun melibatkan pasukan negeri atau favouritenya kerana mereka sepatutnya meraikan penonton diluar sana yg menyokong pelbagai pasukan...be proffessionallah bro.

bola itu bulat kata orang.....apa-apa pun boleh berlaku. sejarah membuktikan sekitar tahun 70-80an apabila 1st leg selagor menang 4-1 dgn perak di selangor dan 2nd leg perak menang 4-1 di ipoh.

tapi kali ini oleh kerana terengganu menang away dgn 2-0 maka saya ambik terengganu masuk final.

N9 tak perlu risau kerana T-Team amat tertekan dgn deficit yg terlalu besar.

ikut hati (bukan ramalan tau) Terengganu vs N9 di final.

amat setuju bukan di stadium shah alam, padang not up to standard.

rasa2nya tahun ini adalah tahun terengganu.

Anonymous said...

Sape2 yang nk komen psl padang ni better hati2 sikit. Cakap siang pandang2. Nanti ada yang kena denda ngn FAM macam Abe Ya...

FAM sila denda sape2 yang komen psl pemilihan padang utk FInal PM...

Amacam? Ada bran?

mimya said...

Komen utk selangor...lupakan sebentar misi 33...fokus misi 3-0 dulu...baru pikir nak jd juara.

Utk Terengganu...the best team this season...mantap di setiap bahagian.

Utk n9...rata2 pemain sudah merasai bahang final piala malaysia. dan hampir semua pemain dah bermain dlm final piala malaysia 2 tahun berturut2...so kalau org tanya gua n9 ada chance jd juara x?...of course jwpnnya "YA".

On Irfan bakti...layak bergelar jurulatih terbaik musim ini.namun ada kedengaran suara2 penyokong TRW meminta irfan bakti menabur bakti di negeri kelahirannya pula musim depan....any comment x coach?

On rajagobal....malas gua nak layan...

cheik tiote said...

stuju dgn Rizal venue final mcm tak sesuai...seandainya selangor have no 'interest' in final

cheik tiote said...

stuju dgn Rizal venue final kurang sesuai...seandainya Selangor tidak beraksi di final

akureformasi said...

Sebelum Piala Malaysia bermula saya dah predict, Piala Malaysia tahun ini bukan milik Kelantan mahupun Selangor..Saya menjangkakan sama ada Kedah atau Terengganu akan memenanginya..
Dan seperti kita lihat hari ini prediction saya hampir tepat apabila Kelantan telah tewas dan Selangor kelihatan agak terumbang-ambing di saat ini.. Moga2 pasukan jangkaan saya ini akan memenanginya.. All The Best Tganu..!!

p/s : Team negeri sendiri tak qualify pun Piala Malaysia. Kalah ngan Sime Darby.. T_T

Anonymous said...

APA YANG KAU CUBA NAK KATA NI BEB? YANG KAU NI PANDAI BUAT RAMALAN? FOOTBALL EXPERT? SHEBBY SINGH?
BERDASARKAN RESULT FIRST LEG TU HASBULAH HASAN PUN TAU TERENGGANU AKAN MASUK FINAL. APA DA...
KORANG YANG LAIN NI BOLEH LAYAN PULAK MAMAT NI.

P/S KAFE SUKAN BERSAMA LEONG MUN YEE TEMPOH HARI BENAR2 MENUNJUKKAN TAHAP TIDAK PROFESSIONAL SUKAN DI MALAYSIA. DARI MANAGEMENT, ATHLETE, PENGADIL SAMPAI KE PENGACARA SUKAN SEMUANYA HAMPEH. CERITA PASAL DIVING DAN ANALISIS TAKDE PASTU TANYA SOALAN BODOH "AWAK NI ADA BOYFRIEND KE?". "AWAK SHOPPING KAT OVERSEA TAK?". HAHAHA! INGAT MELODI KOT? TERANG2 NAMPAK LU DENGAN MEMBER LU YANG TERUK TU TAK FOKUS DENGAN TUGAS SEBAB INTIMIDATED BY HER LOOK. SHE WERE NERVOUS BUT U GUYS ARE WORSE!

Anonymous said...

Agak kecewa bila Kelantan kandas.

Secara umum, saya setuju dengan "juri Nadi Arena" malam itu.

Ini kerana atas dari luar padang, Kelantan ada kelebihan dalam skil berbanding Terengganu.

Di dalam padang, pertandingan sebenar adalah antara Irfan dan Karathu.

Irfan guna kelebihan pemain yang purata fizikalnya tinggi-tinggi dengan corak bertahan dan counter attack melalui long pass.

Karathu mahu pemain main laju tapi mengekalkan serangan pada tempat tertumpunya bilangan pemain Terengganu iaitu di bahagian tengah.

Sebab itu counter attack Terengganu berhasil.

Sebab itu serangan Kelantan sering bertemu tembok.

Kini saya sokong Terengganu sebab saya suka hasil kerja Irfan Bakti.

p/s Rizal, kenapa ulasan, PR atau promo skuad bola negara dah makin berkurang, terutama sejak kalah dengan Australia? Takkan game di Vietnam tak penting? Kita peminat nak jugak ambik momentum sebelum tiba sukan SEA.

Sebab bila tak banyak peminat tahu, tak banyak boleh komen; gitu ke?

Kamarul

arMOVErs said...

hehe x byk pun sikit mesti Coach Irfan bengang sbb dlm episod ari tuh majoriti pilih Kelantan.. bg sy mmg Kelantan ada xtra kelebihan sbb main tmpt sdiri tp T'ganu bkn calang2 pasukan, ramai player2 bagus.. mereka dh buktikan di liga & final Piala FA kemampuan mereka.. setelah ketinggalan 2 gol di T'ganu sy yakin susah Kelantan nk mng semula game tuh.. NS plak wat kejutan setelah lemau di liga tp mantap di Piala M'sia.. sememangnya NS & T'ganu team yg plg lyk ke final.. tahniah! tp venue final yg katanya di Std S.Alam mcm x sesuai.. mmg bole sumbat ramai fans tp kualiti padangnya menyedihkan tak spt dulu.. kualiti padang Std Paroi jauh lebih baik w/pun tak sebesar Std S.Alam.. peace ya'll :D

Anonymous said...

Salam,

Tak tahu nak tulis kat mana saya kasi note kast sinilah. Offtopic sikit, boleh komen tak pasal tiket final Piala Malaysia yang mahal tu? Kami penyokong2 bola terdiri pelbagai peringkat umur dan latarbelakang. Camna nak bawak famili kalo sampai Rm50 sekeping tiket? Sungguh cekik darah!

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Bro,

I dont see any wrong by making prediction in favour of Kelantan. there are good team but thats football..the beautiful game..you never know..who will win..how many red card..hahaha...

Terengganu is very technical team, apart from that..very balance team from A to Z (Kelantan a good team but emo)..no primadona is the terengganu team thats for sure..Irfan is the best technician in town at this moment...(put aside RajaGobal laaa...dia legend..hehehe)

The Final...(my prediction)

Terenganu 3 - Negeri Sembilan 0

Scorer - Ashaari Shamsuddin 2 goals
Kalang Tie 1 goal..

N9 got a lot to proof this time around..the twin may be back but there are not 100% fit..the rest..just an average team players but if Kunalan n the capitano Shukor can lead then it might be different game but shukor at the final will be very bz taking care of the turtles midfield lead by kalang tie so no room to move forward..compare to the turtles, every department is solid at this moment...no red card for final as no Kelantan in the final hahaha...
My money with the turtles...

For this MSL season..
Team of the season...Kelantan
Coach of the season ...Irfan Bakti
Goalkeeper of the season...Apek
defender of the season..Subra
Midfield of the Season...S Kunalan
Striker of the season...Ashari
Fan of the year...TRW
Most improve team...Felda United
MVP....Ashaari Shamsudin

p/s : Blogger sukan of the year? ..hahahaha...kena suggest ni kat 100plus

Zul" Miura" Amizan

Anak Kemamang said...

Yang tentunya 2 N9 - 0 T'gganu

peteh dan jang terkilan said...

Jelaslah FAM mengambil kesempatan di atas keghairahan penyokong peteh dan jang untuk menyaksikan Final Piala Malaysia 2011 dengan menaikkan harga tiket.... MAU UNTUNG BANYAK!!!....

Inikah hadiah yg diberikan kepada penyokong setia peteh dan jang selama ini.....

harga tiket untuk tempat duduk granstand dan tempat duduk terbuka mengapa harus sama sedangkan keselesaannya berbeza....


sebagai menghargai kesetiaan penyokong dan peminat selama ini adalah baik....

FAM kekalkan harga lama tiket Piala Malaysia 2011

zam said...

Walaupun aku penyokong tegar Selangor dan team aku tak masuk final, aku bersimpati pada penyokong NS dan Terengganu.Manakan tidak, ada ke patut harga tiket final Piala Malaysia RM50...mahal giler...Kesianlah pada penyokong yg datang dari jauh dengan kos pengangkutan, makanan dll lagi ditambah pulak dengan harga tiket yg tak masuk akal.Tahniah pada FAM kerana dengan secara tidak langsung berjaya mematikan minat penonton untuk datang untuk ke stadium.Pesanan saya pada penonton, PULAUKAN FINAL PIALA MALAYSIA 2011 biar padan muka FAM yang syok sendiri.Selamat berjuang untuk NS dan Terengganu

harimau luka akan bangkit said...

http://klhawk.blogspot.com/ SELAMATkan persatuan bola sepak KL, siapa yang berminat boleh menjadi penaja Kepada KLFA musim depan,jika tidak dapat menaja,BOLEH DERMA ,x nak derma boleh BERI IDEA,,,jengok blog jangan lupa klik di iklan. ADA IDEA boleh post idea anda di blog berikut

harimau luka akan bangkit said...

cadangan kepada Tan Sri Annuar Musa kami mencadangkan " 2011 TRW MODERN FOOTBALL MARKETING SYMPOSIUM"perlu diANJURKAN oleh KFA di kota bahru kelantan,DEMI menyelamatkan KELAB KELAB kancah bola sepak MALAYSIA, , yakin dengan kemampuan KFA untul menarik penaja seperti Happy.. Anda Jawab Kami Bayar! , 100PLUS Malaysia SportsPlanet Malaysia , Astro Arena Saluran 801, Sime Darby FC, Sime Darby,demi menjayakan forum pertama seumpama ini di KELANTAN, FORUM ini perlu menjemput tokoh pemasaran seperti Marketing Power,TOKOH pengiklanan,CEO KELAB bola sepak di sekitar ASIA+EROPAH jika mampu,jemput speaker speaker yang bertauliah untuk membentangkan ISU mengenai pemasaran bola sepak.kerana SABAN TAHUN isu KEWANGAN +penarikan kelab kelab dari bertanding LIGA Bolasepak Malaysia . Kelantan The Red Warriors [2011] , Bagaimana KFA dari kelab bolasepak yang pernah Menghadapi masalah kewangan Hingga menejadi kelab bolasepak diLIGA MALAYSIA yang tersohor,dan TSAM,perlu menjadi salah seorang speaker di forum ini,SEKIAN sila like page harimau malaya .com HMC.maaf jika mengganu pihak lain unutk cadangan ini.

deannmamat said...

Trengganu main taktik kotor.awas nogori