Sunday, July 12, 2009

Persoalan yang tiada jawapannya

Agak lama aku tidak menulis kolum Garis Tepi di akhbar Kosmo! Adakah nama-nama seperti Wan Kuzain Kamal, Haziq Zikri Elias dan Tam Sheng Tsung satu hari kelak berupaya mengubat rindu kita terhadap kehebatan Supermokh? Bagaimana jika Supermokh merintis jalan ke luar negara dahulu? Aku ambil contoh dua pemain sebaya arwah Mokhtar, iaitu Cha Bum Keun dan Yasuhiko Okudera, yang mewarnai Bundesliga pada lewat 70-an dan awal hingga pertengahan 80-an. Klik di sini

4 comments:

al-brangi Online said...

Salam,
Saya masih ingat pengurus pasukan England B, selepas perlawanan persahabatan dengan Malaysia berkata, pemain no.3 dan no. 10 bila-bila masa layak di Liga Inggeris. (Pemain no.3 ditujukan kpd Chin Aun dan no.10 kepada 'SuperMokh'.)

Gol 'SuperMokh' di malam itu betul-betul menakjubkan. Membawa bola dari setengah padang, menggelecek Viv Anderson disebelah kiri dan 'cut ke kanan dan menggelecek beberapa pemain lagi dan terus meledakkan tendangan kilat melepasi Joe Corrigan untuk gol penyamaan.

rizal hashim said...

Tuan Al-Brangi,

saya berpeluang bercakap dengan Bobby Robson pada 2003, beliau masih ingat gol itu...

Anonymous said...

Dear all.

I think yesterday players were comfortable playing their game here in Malaysia. If they have gone , they be a Icon like players in korea and Japan.

That is my view and i played with the players concern during that time.
bye

Naz said...

Saya ada terjumpa artikel dari NST tahun 80-an. Dikhabarkan selain mendapat tawaran di England, arwah Mokhtar juga pernah mendapat tawaran ke menyertai kelab Iran dan tawaran menjadi pemain pro di Hong Kong.