Monday, October 31, 2011

Matematik tiket dan ramalan bekas player

Dari segi permainan, bekas pemain skuad Olimpik negara, Hasnizam Uzir, memilih Negeri Sembilan untuk menang final Piala Malaysia. Baca blog Aku Bekas Player di sini.

Dari segi harga tiket, baca perkiraan budak Ultra Sel yang pergi ke tengah Senayan pada final Piala AFF di sini dan blog matematik Haresh Deol di sini.

Dari segi drama final, ada gangguan misteri membelit Sang Penyu, kata Irfan Bakti Abu Salam dalam Utusan Malaysia hari ini.

8 comments:

Anonymous said...

Rizal nmpknya memilih Terengganu ye..salah pilihan tu..kalaulah saya dpt jumpa blk pakcik yg saya jumpa waktu kenduri tghari sebelum final tu, yg juga memilih Terengganu..hahaha..Hobin Jang Hobin!

Izan said...

sekadar berkongsi...mak Izan punya ramalan lg menarik...siapa yg pakai pakaian yg cerah warnanya...akan menang!!! hahahah...kepercayaan orang dulu2...tapi saya memang awal2 lagi memilih N9 juara...mereka ada pengalaman (rata2 telah melalui final 3 tahun berturut2), disiplin dan ketenangan yg saya percaya dtg dr jurulatih mereka sendiri...Terengganu apa kurangnya. Saya awal2 lg berpendapat, Terengganu boleh tewas jika barisan belakang buat 'kesilapan' kecil. tahniahlah kepada N9, anda layak menjuarai Piala Malaysia. Buat Terengganu, kalian janganlah terlalu kecewa kerana hakikatnya belum tiba masa untuk anda mendakap piala ini...

mimya said...

korang kira la guna formula matematik yg complicated mcm mana pun...pendapat aku tetap sama - harga RM50 TIDAK MUNASABAH.

Alasan2 kenaikan (sekiranya benar apa yg dilaporkan) tidak ada yg lain melainkan hanya memikirkan keuntungan dan sikap ingin mengambil peluang sahaja.

Sesuatu yg perlu FAM kena ingati, hidup ini bagaikan roda...sekejap diatas sekejap kita di bwh.jika ramai org merasa tertindas dgn tindakan ini...tunggulah akibatnya nnt.

Peringatan utk diri aku dan korang semua jg....jgn menindas org lain dan ambik hak org lain...Chiow!!!!

Anonymous said...

Salam saudara Rizal, just to tell you that saya rasa 'budak Ultra Sel yang pergi ke tengah Senayan pada final Piala AFF" yang dinyatakan in your post today ada namanya ataupun nama blognya. Saya rasa adalah lebih manis kalau saudara Rizal nyatakan sepertimana nama sahabat saudara Haresh Deol. Terima kasih.

rizal hashim said...

apa nak sensitif sangat anon, budak Ultra Sel bukan bertujuan merendahkan dia, saya dulu tulis pasal alfadli dalam Rembat Kosmo!, tidak ada orang lain tulis pun...

Katyusha said...

Kenapa ntah bro, saya merasakan, sudah tiba masanya pucuk pimpinan FAM diganti, daripada 'kerabat kayangan' hinggalah ke level executive. Sepatutnya jawatan kosong di FAM diiklankan seperti mana kerjaya-kerjaya lain di M'sia. Baru ada kompetetif. Selagi royal dan politician masih ada dalam FAM, selagi tulah FAM tak berubah. Typical royal and politician yang langsung tak boleh dikritik.

MuzafarQutuz said...

FAM? Selagi FAM diterajui oleh kelompok diraja dan ahli politik, selagi itulah bolasepak kita tidak akan maju. SEpatutnya sebarang jawatan kosong di FAM diiklankan seperti mana kerjaya-kerjaya lain. Barulah ada persaingan yang mantap serta percambahan pemikiran yang kritis. Kelompok kerabat diraja dgn golongan ahli politik ini adalah golongan yang tidak boleh dikritik. Well ya know what I mean..

Anonymous said...

Pada sesapa yg dok tempik pimpinan FAM kena tukar, maka akan sentiasa menunggu mcm tunggu buah yg tak gugur. Pemilihan presiden ialah pilihan ahli gabungan,
Rizal tlg bagi tau siapakah antara ahli gabungan yg nak promote diri sendiri utk calonkan diri jadi presiden FAM. Mungkin Presiden KAFA calon kan presiden PAFA atau FAS utk jadi calon presiden FAM. Atau Mungkin S/A FAM calonkan diri sendiri jadi presiden. Atau mungkin Rizal sendiri buat PR dptkan sokongan ahli2 gabungan yg lain so buleh jugak cuba lawan pemilihan presiden FAM.
Nampaknya kena tunggu la. Mungkin berlaku masa zaman eagle eye dah ganti referee dan robot yg main bola, bukan manusia lagi.

Dari Stadium Datuk Sheikh Ahmad.