Friday, October 30, 2009

Kutip dana buat Yahya, kata PakMat

Dari kiri - Shukor Salleh, Isa Bakar, Yahya Jusoh, Abdah Aliff, R. Arumugam, Soh Chin Aun, M. Vaithilingam - Pestabola Merdeka 1976.

Yahya kini lumpuh

Malaysia mln Myanmar (ketika itu Burma). Genap 29 tahun 13 hari yang lampau. Pestabola Merdeka 1980. Stadium Merdeka.

Kedudukan 2-2. Dalam satu serangan balas yang dilancarkan secara kilat, Malaysia menggegar jaring lawan. Gol kemenangan disempurnakan Yahya Jusoh selepas membuat overlap sejauh 50 meter.

Hebat! Aku melompat! Belumpun akil baligh!

Kecil, pantas dan rajin, Yahya berupaya beraksi di kedua-dua penjuru, sama ada selaku bek kanan atau bek kiri. Saiznya mirip Jamal Nasir Ismail, kini Datuk.

Media dan masyarakat dikejutkan dengan berita Yahya diserang penyakit lumpuh. Aku menerima kiriman emel daripada Pak Mat (http://tatak-tatak.blogspot.com) yang mencadangkan agar kita mewujudkan tabung untuk membantu mengurangkan beban Yahya. Aku setuju. Terima kasih Pak Mat.


Laporan Harian Metro.

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Yahya Jusoh, 57, lumpuh sejak dua minggu lalu akibat mengalami sakit tulang leher sejak awal Ramadan lalu dan hanya terlantar di rumah.

Akibat penyakit itu, Yahya tidak lagi mampu berjalan, sebaliknya hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Yahya satu ketika dulu begitu digeruni penyerang pasukan lawan di atas padang berikutan kawalan baik di benteng pertahanan, tetapi kini terpaksa dibantu isterinya, Normah Alias, 56, dan anak ketiga, Hazim Yatimi, 22, untuk bergerak.

Pesara Majlis Perbandaran Kuala Terengganu itu sebelum ini pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Terengganu dan pasukan belia.

“Saya pada mulanya berasa kebas pada tangan sebelum menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada hari pertama Ramadan lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia masih boleh berjalan dan memandu kereta walaupun tidak mampu menggerakkan kedua-dua kaki dan tangan sejak 10 Oktober lalu.

“Saya sudah berubat dengan pelbagai cara termasuk rawatan tradisional di merata tempat termasuk Kelantan dan Pahang, tetapi masih belum pulih,” katanya.

Katanya, sebaik mengetahui dia lumpuh, ramai bekas rakan sepasukan dalam skuad Terengganu dan kebangsaan termasuk Zulkifli Hamzah, Zubir Ibrahim, Nasir Jalil dan Othman Mat Kia ada berkunjung ke rumahnya.

Yahya mula mewakili negara pada 1971 bersama Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun dan arwah Datuk Mokhtar Dahari serta pernah memenangi pingat emas untuk negara pada Sukan Sea.

“Saya mula mewakili Terengganu dalam Kejohanan Piala Razak pada 1970 sebelum mewakili pasukan negeri setahun kemudian hingga bersara pada 1985,” katanya.

Katanya, dia mula mewakili negara pada 1975 hingga 1981 dan menyertai banyak pertandingan seperti King’s Cup di Thailand, Indonesia, Sukan Olimpik, Sukan Asia serta Sukan Sea.

Menurutnya, pemain sekarang beruntung kerana menerima bayaran gaji mahal hingga mencecah RM10,000 sebulan berbanding dulu cuma dibayar RM5 sehari.

“Namun, semangat pemain dulu cukup hebat kerana mereka bermati-matian untuk negara hingga disegani pasukan lawan termasuk Korea Selatan dan Thailand,” katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Bro mana yakeb or is that set up for glamourising mutaz,betul betul penyamun.

Anonymous said...

Salam. Kita perlu bantu Pak Ya krn sumbangannya cukup besar. Yakeb & Towkay ada datang menziarah. Kalau Yakeb tak derma tu kena tanya DATUK PADUKA. Tapi saya kecewa kerana ada sesetengah wartawan tak tau apa posisi Pak Ya, contoh dari Kosmo!. Dia tu main BEK KIRI bukan bek kanan. Bek Kanan masa tu mulik Jamal Nasir Ismail!! Tolong buat penyelidikan dahulu la. Apa pun insya allah saya sedia menghulur bantuan kepada Pak Ya. Wassalam

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

ini lah sekarang yang kita perlu ingatkan pemain-pemain yang ada beringaht pada masa badan kuat, insuran dan keperluan hidup perlu di sediakan lebih awal, bukan kereta yang canggih-canggih dan berpoya sana sini di utamakan.

Pemain sekarang gaji rm10k tapi kalau tanya insuran semua tak ada, rumah tak ada yang ada hanya girlfriendssss dan kereta besar dan hujung minggu clubbing je itu yang mereka tahu.

bila dah sakit dan masalah terus terkam badan sukan kebangsaan untuk bantuan.

tapi bagi saudara kita yahya jusoh kita perlu bayar balik akan apa yang telah beliau curahkan selama ini kerana disiplin dan semangatnya perlu kita hayati.

INGAT JANGAN TAK INGAT

anak tuk batin kuntum

Unknown said...

..salam lc..terima kasih tidak terhingga..you think you can ferret out his bank a/c no so that like-minded ppl can quietly donate?

al-brangi Online said...

salam,

klu x silap saya, pembabitan awalnya dgn pasukan senior Terengganu (sebelum itu wakil piala burnley/razak)ialah di sayap kanan yg memakai jersey no.7.

pada awal pembabitannya dgn pasukan malaysia ialah di posisi right-back. Lepas tu dia injured. Dato' Jamal Nasir mengisi tempatnya dan dgn prestasi ketika itu seolah-olah nampak semacam right-back sudah jadi milik Jamal.

apabila yahya pulih, beliau dicuba di posisi left-back dan terus jadi miliknya.

actually yahaya ni jenis versatile. beliau boleh bermain di midfield.

beliau seperti abangnya harun jusuh segi saiz dan kelincahannya.

by the way abg sangat setuju dengan kutipan dana untuk yahya.

tq

Hakim Amir said...

salam bro rizal,

dah gi shopping neck ties? hehe jangan mare...

anyway, can I know if u're aware of latest updates regarding the condition of Yahya Jusoh.. thanks rizal