Saturday, October 17, 2009

What they say about Nicol...




SIARAN MEDIA

BIOGRAFI

Nama : Nicol Ann David
Tarikh Lahir : 26 Ogos 1983
Tempat Lahir : Pulau Pinang
Ahli Keluarga : Bapa – Desmond David, Ibu – Ann Marie David
Lianne Marie, Cheryl Therese (Kakak)
Pendidikan : Sekolah Menengah Convent Green Lane, P.Pinang.
7A Penilaian Menengah Rendah (PMR)
7A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Mula Bermain : Sejak berusia 5 tahun
Kekuatan : Pukulan Tangan Kanan
Jurulatih : Ee Phoeh Hoon
Ahmad Malek
Richard Glenfield
Liz Irving
Kelab : Squash City Amsterdam, Belanda
Anugerah : PMN, PJK, DSPN – Pulau Pinang
AMN, KMN, DB - Kebangsaan

SIRI kejayaan Datuk Nicol Ann David selaku penakluk dunia skuasy menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa.

Bagi Kerajaan Malaysia, sebagai membalas jasa Nicol selaku duta sukan negara yang ulung, gelanggang utama Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil akan dinamakan sempena dengan nama anak kelahiran Pulau Mutiara itu pada Selasa ini.

Umum bagaimanapun jarang dimaklumkan dengan kegiatan Nicol di sebalik raket, bola dan pakaian skuasynya.

“Nicol merupakan pelajar yang mempunyai motivasi amat tinggi, dia juga mempuyai kelebihan kekuatan minda yang kuat serta amat fokus ketika di dalam kelas,” demikan menurut Puan Balkis Mohd Isa, Guru Besar Sekolah Convent Green Lane Pulau Pinang.

Nicol, anak kepada jurutera yang juga bekas penjaga gol Pulau Pinang, Desmond David dan guru pesara, Ann Marie, adalah seorang anak yang hiper-aktif.

“Ibu bapa saya terpaksa mencari jalan mengisi masa yang terluang kerana saya hiper-aktif ketika kecil. Selain bermain skuasy, saya berjinak-jinak dengan banyak sukan lain. Saya sentiasa mahu bersaing dengan kakak-kakak saya – Liane dan Cheryl,” demikian menurut Nicol.

"Dia amat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Selain skuasy, Nicol aktif dalam olahraga, bola tampar dan renang, ini membuatkan sekolah menjadikan Nicol sebagai ikon untuk memotivasikan para pelajar lain,” jelas Puan Yon Zanariah, Guru Ko-Kurikulum.

"Nicol tidak suka membuang masa, menyedari masanya amat terhad di sekolah, dia tetap membawa buku-buku pelajarannya ke tempat latihan atau pun pertandingan, itulah sebahagian rahsia kecemerlangannya dalam akedemik,” terang Puan Lee Bee Hong, Guru Sains.

"Dia merupakan individu memiliki nilai-nilai diri yang amat postif, bersikap rendah diri, menghormati orang lain dan tidak sombong atas popularitinya, suka berkawan,” jelas Hooi Meng Sooi, Guru Ekonomi Asas.

Dalam mengejar impian, Nicol berjauhan dengan keluarga. Pada 2003, dia memutuskan berkampung di Amsterdam di bawah bimbingan Liv Irving.

Rutin hariannya kini sejajar dengan kedudukan Nicol selaku pemain No 1 dunia.

“Saya menjalani latihan dua kali sehari, dari dua hingga empat jam selama enam hari seminggu. Ini mengehadkan waktu riadah saya,” ujar Nicol.

Jika tidak mengeluarkan peluh di gelanggang, Nicol selesa mendengar muzik dengan iMacnya selain menonton televisyen dan ketika di perantauan Nicol pasti merindui makanan kegemarannya, kueh tiow goreng, yang dia gemari sejak di bangku sekolah lagi.

Nicol yang menanam hasrat mengikut jejak langkah bapanya selaku jurutera satu ketika dahulu, juga meminati seni reka.

Dia gemar melukis, terutama ketika menanti giliran di gelanggang.

Satu hari nanti, ratu skuasy negara ini memasang impian menyempurnakan aktiviti lasak seperti bungee jumping dan payung terjun (sky diving).

2 comments:

AJ said...

Satu contoh klasik yang menunjukkan kebijaksanaan adalah mutu manusia.....

Untuk menjdai atlit yang baik anda perlukan kebijaksanaan bukan sekadar bakat yang ada.Kalau ada bakat tak dekebijaksanaan,tak mungkin boleh kekal di persada antarabangsa dengan begitu mudah dan lama.

Bapanya seorang jurutera dan bekas pemain bola sepak.Nicol sendiri menunjukkan potensi bahawa sikap dan pembawaan diri yan betul akan memberi pulngan yang lumayan.

Bukannya dengan cara asyik nak tunjuk gah dengan cara publisiti murahan,disiplin diri yang lemah dan mentaliti lemah.

Dunai bukan lagi pentas yang tak mampu dicapai,dunia malin kecil kenapa kita tak cuba capai dan takluk?

Suatu inisiatif yang baik menamakan pusat sukan dengan nama atlit tempatan.Teruskan mencari atlit yang seterusnya......

Azam

Unknown said...

..a pearl of the orient..