Thursday, October 15, 2009

Azraai ke Wisma FAM

Mohd Azraai Khor Abdullah bukan lagi bergelar jurulatih Kedah.

Jurulatih Kenari sejak 2004 itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah tengah hari tadi. Berita peletakan jawatan Azraai disiarkan di Info Sukan TV1 tadi.

Azraai dijangka memulakan tugas selaku ketua jurulatih pasukan Harimau Muda dalam Liga Super musim depan.

Difahamkan Azraai yang dilantik oleh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil pada 2004 menggantikan Miradinha, enggan meneruskan khidmat di Alor Star selepas pengalaman pahit dengan pengurusan KFA yang disifatkan tidak memberi kerjasama dan tidak profesional.

Perbezaan politik di antara Perbadanan Stadium dan pengurusan KFA juga mengakibatkan urusan penyenggaraan padang terabai sehingga mengakibatkan kecederaan pemain.

Apabila Azraai mengenal pasti jentera serangan sebagai kelemahan utama pasukan menjelang Piala Malaysia, dia turut menyenaraikan beberapa pemain untuk dipinjam.

Satu daripadanya Haris Safwan Kamal yang menelefon menyatakan minat menyarung jersi Kedah.

Malangnya KFA tidak memberi kerjasama. Kesudahannya era kegemilangan treble dua musim berturut-turut dengan khidmat tenaga import berakhir dengan peletakan jawatan Azraai tadi.

Azraai enggan mengulas, sekadar menyebut mahu bertemu loose cannon kelak.

14 comments:

Wan Fakhrul Wan Bakar said...

dah agak dah... azraai akan jadi coach harimau muda (skuad B-21) utk liga super 2010

sbb ong kim swee akan stay bwk bdk2 b-18 dan akan jadi coach harimau belum ada nama (skuad B-19) utk liga perdana 2010

KakiBola said...

selamat maju jaya kepada coach azraai dalam menempuh pengalaman baru di kelana jaya.

Hakim Amir said...

kirim salam to Coach Azrai..he has done so much for football in Kedah...

jasnishafie@yahoo.com said...

Selamat jadi orang KL untuk Azrai.
Eloklah tu beralih angin kalau apa yang dirancang untuk kekuatan pasukan Kenari tidak dipedulikan. Saya memang sudah lama mendengar mengenai Azrai yang dianaktirikan oleh pengurusan Kedah, tapi dia tetap tega berdepan arus perjuangan.
Apapun, Azrai tetap melangkah hebat keluar dari Stadium Darul Aman sebagai antara tenaga penting di balik tabir kejayaan `double-treble' Hijau Kuning.
Penyokong Kedah menghargai jasa dan kehebatan Azrai. Selamat Maju Jaya di Kelana Jaya. Free nanti kita pekena teh tarik depan Wisma FAM. .....RIzal Hashim belanja...

Anonymous said...

Saya berpendapat Azrai tak perlu letak jawatan. Dia perlu berani berdepan KFA terutama Presiden atau DYMM Sultan sendiri untuk terus membimbing Kedah. Luahkan yang terbuku!! Jika tiada kepastian barulah angkat kaki. Azrai mungkin dikatakan 'pengecut' kerana hanya mahu bersama Kedah ketika pasukan di atas, tetapi enggan mengemudi kapal yang bergelora. Masa ada trio import kenapa menang bergaya tetapi tanpa mereka Kedah kecundang? Persoalan itu pasti akan menghantui beliau. Saya bukan anak Kedah tetapi cukup seronok melihat perkembangan pasukan ini. Azrai mungkin belum tahu atau perlu lebih tahu hidup di Wisma FAM sebelum bersedia menjadi coach B21 atau yang sewaktu dengannya. Kalau nak berjumpa dgn Loose Cannon pun abis kuat Sdr LC akan cerita lebih pengalamannya di FAM. Namun...itulah pandangan 'humble' saya. Tak salah juga jika Azrai nak ke Kelana Jaya mencari 'cabaran' baru. Moga-moga berjaya. Wassalam Maaf Zahir Batin

XABI ALONSO
LARKIN

perfectwater75 said...

Salam,

Tidak adil pihak tertentu dipersalahkan atas perbezaan politik selepas Kedah gagal meneruskan kecemerlangan mereka seperti tahun lalu. Harus diingat faktor utama ialah Kedah tidak berjaya melahirkan penyerang yang benar-benar mampu meledakkan seberapa banyak jaringan untuk pasukan selepas kehilangan tonggak import mereka. Jika ditinjau semangat penyokong rasanya tak pernah berubah sama seperti waktu kegemilangan mereka awal tahun 90-an.

Kenapa bila tewas, mahu sahaja disebut pelbagai isu berkaitan politik dan tidak menjurus betul-betul kepada kelemahan dan pengakuan bahawa Azraai hanya hebat dengan TRIO IMPORT yang hebat dan tepat pembeliannya sahaja dan bukan kerana hebat dan tepat pengendalian pasukannya. Hakikatnya Kedah memang gagal menyediakan pelapis yang benar-benar berkualiti untuk menggantikan TRIO yang 'hilang' itu.

Bagi saya secara peribadi sudah hilang penghormatan kepada Azraai apabila tidak menerima kekalahan dirinya dalam erti kata yang sebenar. Saya bersutuju dengan pendapat xabi alonso larkin yang menyatakan

"Saya berpendapat Azrai tak perlu letak jawatan. Dia perlu berani berdepan KFA terutama Presiden atau DYMM Sultan sendiri untuk terus membimbing Kedah. Luahkan yang terbuku!! Jika tiada kepastian barulah angkat kaki. Azrai mungkin dikatakan 'pengecut' kerana hanya mahu bersama Kedah ketika pasukan di atas, tetapi enggan mengemudi kapal yang bergelora. Masa ada trio import kenapa menang bergaya tetapi tanpa mereka Kedah kecundang? Persoalan itu pasti akan menghantui beliau."

Fikir-fikirkanlah...Jangan bila di atas langsung tak kurangkan genggaman tangan tetapi bila kecundang, bukan setakat genggaman tangan sahaja dilepaskan, habis semua yang boleh digenggam dilepaskan..

Kepada Rizal,

rasanya tak perlu menyatakan isu berkaitan politik kerana BOLASEPAK negara sudah lama bergelumang tahi dengan politik yang kotor. Lihat di Perlis, walaupun PFA tidak bergantung kepada kerajaan negeri untuk bernafas, adakah ia juga boleh dianggap sebagai politik? Apakah menjadi kesalahan jika kita menjurus kepada hakikat yang sebenarnya untuk meletakkan penghormatan diri kita di tempat yang benar sahaja.

thx!

mAtroCk said...

KEPADA Azraai selamat mendayung di Lautan Kelana Jaya yang sungguh ganas ombak samuderanya. Pastinya Azraai sudah menyediakan bahtera yang kukuh supaya tidak mudah tersadai di gigian pantai apabila dipukul ombak kelak.....

Di samping itu juga, Azraai seharusnya tidak menempelak bekas majikannya dengan pelbagai isu. Sepatutnya Azraai harus bersyukur dan berterima kasih kepada KFA kerana telah melonjakkan namanya sebagai salah seorang pengemudi pasukan yang amat berjaya. KFA juga telah memberikan sedikit rezeki dengan izin tuhan kepada Azraai. Berterima kasihlah kepada KFA!

Gagal hari ini bukan bermakna kecundang esok hari.

Anonymous said...

salam..coach bukannya xpandai nk develope player..kedah antara negeri yg banyak melahirkan pemain2 muda berkualiti seperti kyrel,badrol bakhtiar,bunyamin,sabree abu,shakir ali..tapi benda tu semua mengambil masa..xkan lepas trio import xdk terus ada player baru yg nk bagi impak yg sama..sedarlah sikit yg kejayaan pasukan2 lain sperti slangor dan kelantan bukannya semua dari player anak jati mereka..mereka jugak membeli player2 luar dari negeri lain utk memperkuatkan pasukan..begitu juga dengan kedah yg ingin menjalankan urusan jual beli pemain(perkara biasa dlm bola sepak)..tapi jika pengurusan xmemberi kerjasama kepada coach mcm mana nk berjaya team tu..bak kata coach, kalo diberi kangkong utk dimasak, mestilah sayur kangkong yg mampu dimasaknya..xkan bagi kangkong hasilnya akan jadi spegeti plak..renung2kanlah..

tahniah utk coach..satu keputusan yg tepat..semoga berjaya di sana..
"biar jasa jadi kenangan"

Anonymous said...

tepuk air didulang
tepercik ke muka sendiri

jenis manusia yang akan menyalahkan orang lain saja untuk menutup kelemahan sendiri

Useriez said...

gud luck to azrai..
terima kasih atas pengorbanan anda..

p/s: player kedah hujung season ni pasti akan angkat kaki jugak..

Anonymous said...

apa nak heran oii...sama-sama tengok je lah prestasi harimau muda nanti. kalau prestasi merundum nak salahkan apa pulak...masa menentukan..satu musim sekejap je tu..

Anonymous said...

Biarlah Azraai cuba nasib di Kelana Jaya. Tapi kena ingat Azraai, falsafah di Wisma FAM: sabut yang pada hakikatnya sentiasa timbul bila di atas air akan tenggelam manakala batu pula sentiasa timbul.
itulah unik dan peliknya FAM

Anonymous said...

interesting move.


for the world. for the game.

West Star Corporation said...

selagi jeneral pencen tu ada kat FAM, makin banyak lah "casualties" disana. azraai kena pandai memainkan peranan kerana gelora ombak di FAM amat sukar diramal bahkan lebih bahaya dari ombak-ombak di KFA.azraai harus berhati-hati dan sentiasa menumpukan pada bolasepak dan jgn pedulikan politik yang kotor di FAM. jangan percaya dengan sesiapa pun di FAM kecuali diri anda sendiri. prebet-prebet jeneral pencen akan sentiasa pasang telinga dan repot apa jua yang mereka lihat dan dengar.