Monday, August 24, 2009

Consigned to history

This centrespread, unfortunately, will never see the light of day. It is a painstaking process as one tries to capture the history behind Manchester United's tour of Malaysia since 1981. Notice from top left, K. Kanagarajah as the only Malaysian to score against United before Amri Yahyah's double strike in July 2009, the Red Devils of 1995 that lifted the Glamoir Cup and Lee Sharpe escaping from Ismail Ibrahim's marking and Akmal Rizal Ahmad Rakhli in top form, plus of course the sight of Bunyamin Umar being chased by Michael Owen (bottom left)!

17 comments:

Anonymous said...

abang rizal,

saya ni pengunjung setia blog abang.

Nak minta tolong, kalau boleh paksa, abang paksalah pihak yang berkenaan sebab mereka makan gaji.. kalau tak makan gaji buta le mereka.

saya tengok dalam laman sesawang fam, masih terdapat nama allahyarham mohd nazri abdullah dalam ahli majlis dan pengerusi jk pengadil....

tidorkah mereka di sana tu sehingga tak mampu nak updated atau perbaiki laman sesawang sendiri.

mohon maaf, andainya kasar bahasa tapi tindakan seharus telah diambil sejak lama dulu.

salam ramadhan dan selamat berpuasa.

Anonymous said...

Bukan nama NAzri saja yang masih ada, tapi jadual perlawanan persabahatan Malaysia pun masih ada. Tak guna salahkan pegawai media atau pegawai IT.... SU Agung tu yang patut letak jawatan atau tak perlu sambung kontrak yang tamat September ini.....DIa boss sekretariat FAM dan dia harus bertanggung jawab dalam dalam banyak perkara yang tidak diuruskan dengan betul kebelakangan ini...

Anonymous said...

dua komen diatas saya betul-betul sokong. laman sesawang FAM ternyata gagal...either pegawai it kat sana tido @ mungkin pegawai media terlepas pandang perkara penting macam ni.
tapi yang nyata laman sesawang FAM gagal memberi informasi terkini ttg bola sepak malaysia.
liga dah habis dah...piala malaysia nak start bulan depan. tapi profile team pun tarak.

pada PC selepas undian piala malaysia baru-baru ini, ada seorang wartawan senior sukan mengutarakan ttg betapa pentingnya ujudnya laman sesawang bagi setiap FA negeri. Sepatutnya FAM kena jadi contoh.

nak confirm lagi...hanya ada dua laman sesawang FA negeri je sekarang iaitu Selangor dan Kelantan.

lebih baik tgk laman sesawang kelab-kelab penyokong negeri di malaysia daripada tgk laman FAM yang hidup segan mati tak mahu.

Anonymous said...

Macam mana nak update sesawang sebab baru semalam hantar surat berhenti, so malas nak jaga dah

ramai yang datang dan ramai yang pergi kenapa lah yang satu ni tak pergi-pergi

Anak Tok Batin Kuntum

Bulan Puasa Tak Baik Mengutuk said...

SS Dhaliwal, Rizal Hashim...FAM media mantap...lepas tu....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!

Bob said...

Nama Haji Saifuddin yang dah berhenti berbulan-bulan pun masih ada dalam web....

Apa mende le ?

Jadual Piala Malaysia pun tak boleh nak masukkan dalam web ke?

Pemalas punya manusia!!!!!!!!!

Geramnya aku!!!!!!

Ambil je le askar semua? Kan senang kerja kau......

Bob
Sungai Way

Wak Kitul said...

Tak kan benda-benda macam tu suma kita nak ajar pada FAM. Kalau acam tu, lebih baik kita je yang jadi SU Agung.

Heran la dgn FAM ni. Yang tak betul tak ditegur atau tak diperbetulkan tapi yang betul pulak selalu dipersoalkan. Inilah akibatnya kalau kita terlalu ego dan anggap orang lain semua salah dan kita saja yang betul.......

Anonymous said...

hoi puasa la anggota badan pun puasa sebab tu tak gerak sesawang

ATBK

surat 1 said...

SURAT TERBUKA KEPADA FAM.


KEBELAKANGAN ini banyak teguran dan kritikan dilemparkan terhadap apa yang diperkatakan sebagai kepincangan pentadbiran dan urustadbir yang tidak cekap di Jabatan pengadil FAM.

Paling terbaru, FAM melalui surat pekelilingnya kepada semua FA Negeri bertarikh 25 Ogos 2009 memaklumkan bahawa, Seminar Penilai Pengadil (RA) untuk Piala Malaysia akan diadakan pada 28-30 Ogos 2009 ini di Wisma FAM.

Dari maklum balas yang diterima, kebanyakan penilai pengadil kurang bersetuju dengan tarikh seminar tersebut kerana diadakan pada bulan puasa. Belum pernah kedengaran, mana-mana organisasi mahupun persatuan sukan menganjurkan kursus atau seminar pada bulan puasa.

Jika tidak mempunyai tarikh lain, ia tidak boleh dijadikan alasan. FAM mempunyai 21 hari dalam bulan Ogos ini sebelum tibanya ramadhan. Mengapa tiada perancangan dibuat?

Jika pengadil Piala Malaysia boleh berseminar pada 1 dan 2 Ogos 2009, mengapa RA tidak dilibatkan sama?

Pentabiran Jabatan Pengadil FAM tidak sensitif terhadap RA yang beragama islam. Sepatutnya mereka boleh berfikir dan menggunakan akal fikiran yang logik sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kepincangan pentadbiran Jabatan Pengadil FAM ini sebenarnya bermula apabila FAM melantik Ketua Jabatan yang baru pada Oktober tahun lepas.

Ianya bermula dengan kes pengadil yang tiada lesen telah dilantik mengadili perlawanan Piala Bardhan akhir tahun lepas.

Ini diikuti dengan pelantikan Match Commisionner warga Singapura dalam Liga M tanpa kebenaran Majlis dan EXCO FAM terlebih dahulu.

Insiden ini membuatkan Kol Kamaruddin pantas membuat kenyataan akhbar (berita Harian 17 feb. 2009) untuk mempertahankan tindakannya sambil memperlekeh-lekehkan Jawatankuasa Pengadil sendiri. Anehnya, tindakan Kamaruddin ini tidak diambil apa-apa tindakan oleh FAM.

.... bersambung

surat 2 said...

Surat 2 Kepada FAM

Sebenarnya, sebelum kes itu lagi telah berjaya dihidu dan dikesan akan beberapa kelemahan yang amat ketara yang telah dilakukan oleh Jabatan Pengadil FAM.

Antaranya (sekadar mengambil beberapa contoh):-
- 18.1.09 Piala Presiden Proton lwn K. Lumpur; MC tidak hadir kerana tidak mendapat jadual pelantikan. Begitu juga perlawanan antara P.Pinang lwn Perlis terpaksa diadili oleh Shokri Nor, juga dari Pulau pinang kerana pengadil dari Perak tidak hadir.

-12.2.09 Piala Presiden Johor lwn Perlis, telah diadili oleh Zulkifli Md. Zain juga dari Johor kerana pengadil dari Melaka tidak hadir.

-19.2.09 Piala Presiden kelantan lwn PKNS terpaksa dimulakan agak lewat (5.40 ptg) kerana kesilapan jadual yang diedarkan kepada pengadil berkenaan menyatakan perlawanan tersebut dimainkan pada keesokan harinya (20.2.09)

Pada tarikh yang sama juga, salah seorang pegawai perlawanan terpaksa dipanggil pada saat-saat akhir pada perlawanan SSBJ lwn ATM di Bukit Jalil.

Tidak sabar dengan kemelut yang melanda itu, kira-kira 70 orang pengadil kebangsaan menandatangani petisyen melahirkan rasa kurang senang dengan apa yang berlaku (lihat NST 26 Februari 2009).

Ini diikuti dengan penemuan kira-kira 74% atau 73 daripada 98 responden dlm sebuah blog, mahukan supaya Ketua Jabatan pengadil dipecat.

Tidak cukup dengan isu-isu di atas, seorang pengadil yang gagal dalam ujian kecergasan telah dilantik untuk mengadili perlawanan Liga Super Kelantan - P. Pinang pada 21 Mac 2009 dan KM Naza-Perlis 31 Mac 2009.

Jadual Piala Presiden bulan April 2009 pula memperlihatkan kelemahan yang ketara apabila ada pengadil yang dilantik untuk mengadili perlawanan yang melibatkan negerinya sendiri. Contohnya:-

12.4.09 Melaka -Proton Selangor, Pengadil Mohd Azha Khalid dari Selangor.
16.4.09 Perlis - Pulau Pinang, Khalid Md. Noh dari Pulau Pinang
30.4.09 Shahzan Muda - Proton FC, Jalil Khalid dari Selangor

Pada perlawanan Piala FAM, Uitm lwn Penjara Melaka pada 26 Julai 2009 di Uitm Shah Alam, pegawai keempat terpaksa 'dikutip' dari kalangan orang awam yang hadir kerana ketiadaan pegawai sebenar.

Isu tuntutan ‘mileage’ bagi peserta seminar Instruktor di Ipoh dan seminar pengadil di lumut pada 1 dan 2 Ogos 2009 juga dikhabarkan agak panas kerana tidak mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan terlebih dahulu.

Isu kes pengadil yang gagal ujian kecergasan sekali lagi timbul pada perlawanan persabahatan Malaysia menetang Kenya dan China pada 12 dan 15 Ogos 2009.

Apa yang menariknya, segala salahlaku ini tidak diambil tindakan oleh sekretariat FAM. Apakah individu berkenaan terlalu KEBAL atau FAM sendiri yang BEBAL?

Anonymous said...

Si Kamaruddin tu memang la takde masalah sebab rumah dia kat Sg. Besi. Macam mana RA dari luar Lembah Kelang yang tidur di WISMA FAM boleh dan dapat beribadah dengan selesa?

Inilah akibatnya kalau menggunakan kuasa yang berlebihan....

Anonymous said...

perkataan yang paling sesuai

SEMUA BEBAL

anak tok batin kuntum

Anonymous said...

SENARAI nama RA Piala Malaysia pun seperti yang dijangkakan, diboloti oleh kroni-kroni.

Apa la nak jadi dengan Jabatan Pengadil FAM ni....

Anonymous said...

mengenai kes pengadil ni, nampak gaya cikgu tak dapat ler ke South Afrika tahun depan, jika gayanya macam ini.

kesian said...

Wahai Penilai Pengadil sekelian,

Bulan Ramadhan ni sepatutnya perbanyakkan amal ibadat dan bukannya melopong dengar kolonel bersara tu berceramah pasal bola.

Kami amat bersimpati dan sedih, terutama kepada yang bermusafir dan dikehendaki menginap di Wisma FAM. Tidak dapat nak gambarkan bagaimana anda hanya berbuka puasa di kedai mamak depan tu.

Yang lebih tragis, mampukah anda bangun jam 3 atau 4 pagi untuk bersahur ke kedai mamak sekali lagi?

Inilah akibatnya jika otak dan akal fikiran yang ada pada mereka yang berkenaan di FAM itu tidak digunakan dengan sebaik mungkin.....

Anonymous said...

Encik Kesian,

Kerana mempunyai otak & fikiran kelas D itulah orang-orang FAM untuk entah kali yang ke berapa, telah melantik Badul Hisham Kalam (Askar) mengadili piala MCFA antara N.Sembilan lwn Johor di UNITEN Bangi 30 Ogos 2009 ini.

FAM tak simpan rekod ke yang Badrul ni gagal fitness test awal bulan ni?

Huru hara betul la FAM ni....

wak karno said...

Dengan syarat yang gagal fitness tu askar or kroni kamceng... Jangan risau la. Tanggung beres dan bisa diatur pak....bisa mimpin tengah padang lagi gitu pak.