Ramai yang menuduh aku "bodek" bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, sejurus aku mengimbas detik-detik di Chiangmai'95 dalam blog ini. Pada aku simple, aku tidak pernah membodek orang yang sekarang ini sedang berkuasa! Kajilah rekod tulisan aku...
Aku menayang semula detik-detik 1995 dalam mentalku dan dikongsi dalam blog ini bertujuan menghidupkan kenangan manis ketika di meja sukan Berita Harian.
Apabila aku berjinak-jinak dalam dunia blog ini, sekalipun aku tidak memberi pujian melangit kepada Hishamuddin yang berada di puncak kuasa sehingga baru-baru ini. Sekadar menyebut namanya adalah.
Ingatan aku terhadap hari-hari awal pemerintahannya di meja sukan BH pada April 1994 masih segar. Mana mungkin tidak, Hishamuddin cop aku orang Zian. Disebabkan persepsinya, story-story aku tidak dipakai. Kalau dipakaipun, sekadar lead dalam. Tidak pernah menghiasi muka belakang.
Ada satu story basikal yang aku ingat tersimpan dalam tray...
"Bila Hisham ni nak pakai story aku nih...takkan story basikal ni tak boleh pakai dalam. Dia kan penulis basikal dulu, binipun bekas pelumba!" getus hatiku.
Aku memanggilnya Encik Hisham, berbanding Zian yang aku gelar Bos. Kedua-duanya aku hormat kerana reputasi mereka.
Disebabkan story aku tidak dipakai, aku mula resah. Aku meminta pandangan senior. Nasir Ahmad, penyunting meja sukan dan bekas Pengarang Dunia Sukan terbitan Utusan Malaysia, sekadar menyebut mutiara kata ini: "Sabar, hero Hindustan akhirnya akan menang jua..."
Bersambung...
5 comments:
Hero berdarah Indonesia pun akan menang juga...:)
rizal,
saudara patut rasa bangga dikaitkan sebagai orang zian.
yang saya tahu zian ni tak semudah itu untuk dibawa kawan dan lawan.
hishamuddin dulu-dulu pun, terutama mula-mula menyertai bh sukan dari bernama, orang zian juga.
zian dan hishamuddin rapat.kedua-duanya hormat-mengormati tapi dek kuasa
menimbulkan syak wasangka dan fitnah. ada kawan-kawan sendiri bubuh racun.
Raja Asli
Ipoh
Nasir Ahmad is a very wise person. A good friend.
....tapi saya rasa bro ni bukan hero hindustan. tapi hero tamil yang selalu kena buli. heheheh
saudara Rizal , saya minta izin untuk copy gambar Mokhtar Dahari dari blog awak ke forum cari
Post a Comment