Saturday, August 15, 2009
Tahniah Khawari, terima kasih Bakar
Wartawan sukan Ahmad Khawari Isa beberapa jam yang lalu tampil selaku presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) sesudah pemegang jawatan, Abu Bakar Atan dari TV3 menarik diri daripada perebutan kerusi panas itu.
Abu Bakar membuat kejutan apabila mengumumkan penarikan dirinya dalam ucapan aluan presiden sempena mesyuarat agung luar biasa SAM di Wisma OCM, lantas memberi laluan kepada Khawari untuk menyusuri jalan yang pernah ditempuhi oleh antara lain Rahim Razali, Zainuddin Bendahara, Fauzi Omar, Shaukei Kahar dan Mustakim Aminuddin.
Dalam perebutan tiga penjuru untuk dua kerusi naib presiden, pengarang sukan Kosmo! Asan Ahmad dan wartawan sukan the Star, Eric Dudley Samuel, terpilih. Wakil RTM, Ahmad Alimi Wan Mahmood, tewas satu undi kepada Eric.
Dalam mesyuarat pemilihan yang dipengerusikan oleh Rosmanizam Abdullah yang juga penolong bendahari Majlis Olimpik Malaysia (MOM), menang tanpa bertanding bagi jawatan masing-masing ialah Ibrahim Abu Bakar (timbalan presiden), Rahim Lajis (setiausaha) dan lima anggota exco.
Aku ingin ucapkan tahniah kepada Khawari dan terima kasih kepada Bakar atas usaha-usahanya menerajui SAM selama lima tahun.
Keputusan Bakar menarik diri mengejutkan pemerhati. Dalam ucapan penangguhan selaku presiden baru, Khawari meminta rakan-rakan dan ahli SAM agar bergabung tenaga meramaikan ahli dan sama-sama menyumbang idea untuk memastikan persatuan itu berada di kedudukan lebih kukuh.
Presiden baru dan bekas presiden - kedua-duanya sahabat yang sudahku kenali hampir dua dekad.
Aku masih ingat pada lewat 1991 apabila aku singgah di meja sukan Berita Harian selepas menghabiskan sesi latihan bersama PETSIV. Bakar sedang mengetuk story. Aku menjeling monitor dan kelihatan senarai pemain yang memenangi pingat kemenangan Piala Malaysia.
Sambil bersembang, aku menyatakannya aku berminat dengan sukan. Dia bertanya pada aku berapa kali Mokhtar Dahari memenangi Piala Malaysia, aku menjawab tujuh atau lapan kali...kali terakhir 1986, final di Stadium Merdeka yang aku tonton ditemani arwah Ayah.
Sejak itu aku semacam ada bonding dengan Bakar. Dia seorang penulis bola sepak yang gah, disegani kawan, dihormati lawan. Bakar cukup rapat dan mesra dengan bintang-bintang bola sepak Kuala Lumpur khususnya. Bahkan Fandi Ahmad dan Malek Awab hadir majlis persandingannya dulu.
Apabila dia berhijrah ke TV3, aku kehilangan seorang mentor. Bakar pernah menasihatkan aku agar jangan dibawa arus...barangkali sebagai peringatan agar tidak terbawa-bawa dengan agenda pihak tertentu dalam menulis berita sukan.
Pada 1994, aku dikirim ke Jakarta menemani Norbakti Alias dan Razali Yahya membuat liputan Piala Thomas buat Berita Harian. Bakar bersama TV3 ketika itu. Pada final di Istora Senayan, rusuhan yang berlaku cukup mendebarkan. Sekumpulan wartawan dan pemain Malaysia ketika itu berlindung dalam kawasan bilik persalinan sesudah tewas 3-0. Ini akan kuceritakan kemudian.
Pada 2000, aku dipelawa Bakar untuk menjadi penyambut tetamu majlis persandingannya di Bandar Sri Damansara. Aku turut membawa jurulatih penjaga gol kebangsaan ketika itu, Mandiaty Fall, yang hadir dengan jubah Senegalnya.
Begitupun kepemimpinan Bakar dalam SAM banyak dugaannya. Dia kurang gemar dengan beberapa siri tulisan aku yang seolah-olah mempertikaikan kewibawaannya.
Pada penghujungnya, aku tabik kepada Bakar. He was magnanimous in withdrawing from the race.
Dalam ucapannya, Bakar berkata sebagai seorang ahli SAM yang naik dari bawah, dia berasa perubahan dalam pucuk pimpinan SAM bermula pada lewat 90-an apabila aktiviti SAM mendapat sambutan dingin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Selamat bertugas Ahmad Khawari Isa dan setinggi penghargaan ucapan terima kasih buat Abu Bakar Atan.
Tahniah diucapkan kepada Khawari serta barisan exco SAM baru dan lama...moga-mogahan mereka akan terus bekerja untuk kesenambungan berita sukan yg lebih mantap untuk semua lapisan masyarakat Malaysia.
TUNGGU sambungan crita kat indon... jgn lama2
masa untuk bekerja...rapatkan semula barisan, mantapkan persatuan.
Tabik kpd Bakar & tahniah kpd Kawari. Tp dimaklumkan ada suara-suara sumbang selepas undian & keputusan diumumkan. Sudah-sudah lah tu...SAM perlu kembali kepada perjuangan asal & asas iaitu peramaikan ahli-ahlinya.
XABI ALONSON
LARKIN
Xabi Alonson, saya cadangkan mereka yang bercakap-cakap kat belakang ni sumbanglah idea, berdebat dalam forum secara ilmiah dan berhemah. Kalau ada teguran, tegur dengan ikhlas, bukan disebabkan kepentingan peribadi. Saya sudah muak dengan jenis manusia yang berkepentingan peribadi. Susah nak cari orang yang tak da vested interests. Susah sangat...
salam..hi rizal hashim,im ur fan in wisel penamat..suka komen n idea bernas bro..hrp bro trus bjuang demi wacana sukan tanahair ni..yusuf RK@rockapak.org
RIZAL
SAM pun ada hantam belakang kah?
Ramai pengecut dan ramai yang iri hati
Kalau dapat jawatan boleh kaya tak macam jadi ketua Pemuda ke Ketua bahagian ke YB ke, Menteri Ke.
Dizaman ni nak cari orang ikhlas memang susah.
Well, that's Malaysian sports, even the sports writers compete for things off the field
Today, reporters are in bad light due to certain someone who 'misunderstood" the meaning of 'ultr vires" and anopther who said he didn't know who the "lion of Jelutong" is
BAG OF BONES
Seremban
sdra rizal,
u bolehlah bantu khawari presiden baru SAM, kawan baik u tu sama-sama dulu di BH.
khawari boleh ambil u dalam ajk SAM yang dilantik n setidak-tidaknya sebagai wakil blogger sukan.
Megat Tam
Megat Tam,
Sebagai ahli biasa, kita boleh bantu tanpa perlu pegang jawatan. Zaman serba canggih ini kita hanya perlu emel idea menerusi sms dan emel. Masalah utama ialah memastikan sama ada ahli dan pemegang jawatan boleh bekerja secara sukarela tanpa meminta balasan! Mengenai barisan exco, saya sarankan agar saudara Khawari lantik mereka yang boleh mewakili semua media utama termasuk dari China Press dan akhbar tamil serta bahasa Inggeris. Jangan terlalu ramai pula wakil RTM.
setuju dgn idea LC...wakil media lain pun kena lantik sama duduk dlm exco SAM baru nie..
baru la 1Malaysia dlm SAM..
Bagus cadangan dan idea Saudara Rizal ttg idea utk masukkan wakil dari media bahasa lain dlm barisan exco SAM..inilah masanya kalau inginkan perubahan besar secara gradual utk peredaran maklumat dan pengetahuan sukan..selain itu, libatkan juga pengacara2 berita sukan yg berbahasa Cina dan India..walaupun mungkin susah nak bermula tetapi kita semua harus bermula dr skrg..beri peluang kpd semua org dan paling penting jgn pentingkan diri sendiri dan kroni kalau sayangkan sukan..
Kalau boleh juga, link kan dgn mana-mana website atau blog yg berkaitan sukan agar info dpt tersebar secara menyeluruh dan sekata..tidaklah nnt akan ada berita yg berbeza atau ketinggalan..
zaman zkrg zaman canggih, semua orang perlukan info terkini dr sumber yg boleh dipercayai..harap semua orang ada rasa lebih tanggungjawab kalau sayangkan sukan, integriti dan negara..
harus bermula dr skrg..
Ahmad Khawari Isa will take SAM to a new level... the campaign at Jamal restaurant, opposite humpty-dumpty FAM worked...hehehe
Sdr Kawawi,
Tahniah kerana menang percuma dan diberi jaringan 3-0 kerana Burn tak jadi nak celen anda.
Harap2 anda dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan telus dan bertanggung jawab. Jangan sesekali menggunakan kuasa veto anda dalam membuat keputusan.
Penyakit org kita, bila dah berkuasa, dia saja yang betul, dia saja yg pandai, dia saja yang perfect. Pandangan org lain takmo pakai.
Kuasa yang ada tak bleh bawak ke kubur. Jangan contohi pe'el satu dua pentadbir sukan negara kita.
Ingat tu Kawawi.....
Penangkap Lebah
Pekan Rabu, Alor Setar
Setuju sangat jika semua wakil pelbagai arus media ada dalam ajk baru SAM. So Mr. Prseident bila nak umum kabinet baru? BTW cakap belakang ni akan ada sehingga kiamat la Bro..
XABI ALONSO
LARKIN
ehhhh Rizal kau tak pegang apa-apa jawatan ke? kenalah ada. bila keluar tv, bertambahlah sikit wibawa yang ada. Takde lah penyokong LFC tutup tv bila tengok kau ada... hihihi
Apa2 pun, abang Khawari kena berdiet..imej gemok tak baik untuk sukan beb.
Setuju dgn LC. Bakar seorang yang boleh dikatakan hebat juga. Walaupun tiada jawatan, beliau mungkin boleh memberi sumbangan dari luar. Untuk berbakti, tidak semestinya perlu ada jawatan.
Langkah menarik diri juga patut dipuji kerana ini membuktikan Bakar tidak gila kuasa. Jika sudah dapat merasakan ada yang tidak suka kepada kita, eloklah bagi peluang kepada orang lain.
Orang-orang tingkat 3 FAM harus mencontohi Bakar kerana kalian sudah banyak merosakkan imej FAM bukan saja di Malaysia tapi di peringkat AFC dan FIFA sekaligus.
Wak seman,
Wak jangan sentuh pasal FAM. Dia org akan berkuasa di FAM seumur hidup walaupun otak dah berkarat, jalan pun bertongkat......
congratulations khawari...the new president of SAM...may your stewardship lead Malaysia Super Tigers towards the Football Gold at SEA Games Laos 2009...for starters. Cheers.
for the game. for the world.
idea untuk meletakkan wakil dari media akhbar cina dan tamil adalah idea Chris Raj. Harap maklum. 1Malaysia!
Post a Comment