Ini pula lanjutan isu CYC.
Kenapa banyak isu yang timbul akhir-akhir ini?
Adakah ini kerana kita dapat Menteri Belia dan Sukan yang baru?
Ketika CYC ini disogokkan kepada kita, setiausaha agung FAM ketika itu ialah seorang politikus, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad. Kita kenali beliau sebagai seorang yang rapat dan digelar uncle oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.
Kini FAM diterajui seorang askar berpangkat jeneral, Lt Jen (B) Datuk Azzuddin Ahmad, yang dikenali sebagai seorang yang cukup meticulous, particular dan strict!
Apa isu sebalik isu ini?
Mudah. CYC bukan idea daripada pencinta bola sepak.
Ia dicadangkan kepada Azalina yang meluluskan bajet RM25 juta dengan alasan ia dipersetujui Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Lalu FAM dipaksa menjadi hos. FAM menyediakan bantuan teknikal, umpamanya koordinator perlawanan dan venue, pengadil, ball boy, bas dan tempat latihan.
Kemudiannya promoter kejohanan, Jonathan Price, memberi jaminan anak muda negara akan didedahkan kepada corak latihan luar negara, umpamanya Baddrol Bakhtiar dan Bunyamin Umar, yang berkampung di Chelsea selama dua minggu baru-baru ini.
Masalahnya, ia ditanggung oleh MSN.
So apahal? Apa yang bola sepak Malaysia dapat?
Hos venue kena tanggung kos
KUALA LUMPUR - Kemelut mengenai penganjuran Kejohanan Piala Juara-Juara Belia (CYC) bertambah kusut selepas sumber dalaman Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendedahkan penganjur kejohanan itu dikatakan memohon peruntukan tambahan daripada negeri yang menjadi hos venue.
Menurut sumber itu, antara negeri yang diminta menanggung kos penganjuran di venue masing-masing termasuklah Terengganu dan Pahang walaupun Penganjur CYC, Gifted Group Limited (GGL) mendapat peruntukan RM17 juta setahun bagi menganjurkan kejohanan tersebut.
"Malah, RM8 juta juga telah diserahkan kepada penganjur untuk tahun ini dan kami agak harian kenapa mereka memerlukan lagi peruntukan tambahan daripada hos venue pula," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia semalam.
Kemelut penganjuran CYC timbul selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob kelmarin berkata, pihaknya memandang serius sikap GGL yang membelakangkan peranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menganjurkan kejohanan tersebut.
Kata Ismail, tindakan Pengerusi GGL, Jonahthan Price tidak menjemput FAM semasa majlis pengundian CYC dilangsungkan baru-baru ini sebagai tidak menghormati tuan rumah.
Semalam, Setiausaha Agung FAM, Lt. Jen (B) Datuk Azzuddin Ahmad turut menyarankan KBS mengkaji semula penganjuran CYC yang dilihat gagal membantu pembangunan bola sepak negara.
Dalam pada itu, Ismail Sabri ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya berharap agar perbincangan antara FAM, GGL dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dapat diselesaikan dengan cara yang baik serta tidak melibatkan masalah perundangan.
"Kalau boleh tak perlulah dibawa ke peringkat mahkamah, sebaliknya ia dilakukan melalui perbincangan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bersama secara biasa. Perkara ini perlu ditenteramkan dahulu, jalan yang terbaik ialah duduk berbincang antara semua yang terlibat dan perbincangan yang akan dijalankan ini juga tidak perlu diadakan secara formal tetapi perlu secepat mungkin,'' katanya.
Jelasnya, segala pertikaian dan pandangan masing-masing perlu diketepikan dahulu bagi mengelakkan masalah ini menjadi bertambah rumit serta merugikan semua pihak.
''Mungkin saranan yang dikeluarkan oleh FAM melibatkan pandangan biasa dan masih belum muktamad sehingga mereka mengadakan Mesyuarat Exco pada 17 Mei ini barulah ia boleh dijadikan sebagai keputusan muktamad,'' katanya.
Ujarnya, KBS tetap dengan pendirian bahawa mana-mana penganjuran sukan perlu melibatkan badan induk sukan tersebut dan langkah mengenepikan FAM adalah satu perbuatan yang tidak wajar.
Dalam pada itu Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin ketika bercakap kepada Bernama menegaskan, penganjuran CYC sepatutnya melibatkan FAM dan perlu mendapat pengiktirafan daripada badan induk bola sepak negara ini.
"Tanpa mendapat pengiktirafan daripada FAM, kejohanan itu (CYC) adalah tidak sah," teagsnya.
6 comments:
kesimpulannya...batalkan terus cyc...
apa guna kalau buat sesuatu kejohanan org lain yg buat...tambah pulak di negara sendiri....
ia umpama membenarkan penjajah bermaharajalela....
ini negara kita...kita berhak tentukan..bukan org lain.....
lg pun...cyc ni tak memberi apa2 kebaikan...tarik pelancong konon...itu semua ayat normal...tp last2...habuk pun kita tak dpt...
have you read the NEW Malay Mail??
For a moment there I thought I was reading NST....the design sucks! Couldn't they come up with something nicer??
And what's Your Paper?? Shouldn't it be The Paper That Cares??
I guess people will still read my beloved Star - passive and feel good reporting, apple polishing the whole wide world.
I thought of saying "dapat Habukler" but epain had it first. Which was in fact better. Not even an iota of HABUK we Malaysia aka Rakyat aka Taxpayesr will get. Not last year and not again this year. No tourists. No improvement in our standard. Nada. Zilch. We paid the price (or was it to Price? hmmm) for our extreme kebodohan (or pura2 bodoh tapi pandai songlap duit?). Bodoh kerana menyerahkan amanat untuk membangunkan tahap bolasepak kepada orang yg tidak faham erti pembangunan. But then again, orang ini pun dipilih oleh orang yg kunun2nya lebih bijaksana. So now I am not sure which was the Dumber or is this a classic case of Dumb and Dumber?
But if the boo-boo cost us nothing then please, you are most welcome to expose you IQ-less skull again and again. But for millions that went down the drain with no benefit to the Rakyat, in whatsoever form, then the powers-that-be at KJ should show that they got balls and brain to do the necessary.
This is your chance KJ (err...I meant FAM at KJ) to redeem yourself. See if you got you-know-what. Dont just issue press statement for issuing sake.
eh wat is this lar
Can't the new management of MM start on a fresh note ar?
The 'launch' will be hardly a couple of hours from now..and guess what?!?! Office staff do not know if they are suppose to go or not!!!
If go, then dunno if got enough place or not. Then if not enough place..stand ar??
The office people are the ones producing the paper lar...not just the decision makers!! All they do is drink, drink and drink...thats all they do.
And just as we thought this jokers will do something right! Bah!!
p/s: Only one bimbo from the entertainment desk dying to go while the rest prefer finishing up the pages instead.
Kunta Kinte
"Without great apple and shoe gosokers like Satwant S Dhilawil, supreme travelers like TM dass, class one telephone and email reporters like Rizal Hashim, the Malay Mail sportsdesk is like a lame duck. they should rope in Christopher Raj from NST sports to beef up the desk. At least then they have some class people who can suck."
This was taken from an anon comentator from Rocky's Bru. Sad losers in the industry resort to such pathetic display of emotions.
i believe n always believe...
we should organize pestabola merdeka to a greater height...
pestabola merdeka is our true "made in maaysia" tournament....n organized by malaysian...the earliest invitational tournament in asia...
fam n kbs should focus on this tournament and make it extravaganza as ever....
Post a Comment