Monday, May 19, 2008
Jakarta oh Jakarta
JANTUNGKU berdegup kencang. Bahang di bilik kecil di Istora Senayan sehangat api.
Aku bersama-sama pasukan negara beserta pegawai-pegawai tertinggi Persatuan Badminton Malaysia terperangkap di tengah-tengah bangunan itu.
Peristiwa yang berlaku lebih 14 tahun lalu masih segar-bugar dalam ingatan. Bagaimana harus kulupakan? Dalam penampilan sulungku di luar negara selaku wartawan sukan, aku berdepan dengan kekacauan penonton.
Hampir dua jam kami terperangkap dalam bilik rehat itu. "Tunggu keadaan reda" nasihat pakar motivasi Rahim Dahalan, lebih dikenali dengan jolokan Rahim King, melihatkan aku terpinga-pinga.
Sambil itu, penonton mengetuk pintu dan menghentam cermin serta melemparkan kata-
kata kesat ke arah pemain negara.
Datuk Abdullah Fadzil Che Wan, Datuk Punch Gunalan, Rashid Sidek, Yap Kim Hock-Tan Kim Her serta beberapa wartawan lain menampakkan riak kerisauan masing-masing.
Sebelum itu, penonton melemparkan botol plastik ke arah pemain dan pegawai Malaysia, mengakibatkan sisa dua perlawanan berikutnya tidak dapat dilanjutkan, seterusnya Indonesia diisytiharkan menang kerana sudah mendahului 3-0.
Insiden tercetus apabila sebelum pertandingan bermula, pemain dan pegawai Malaysia
yang keluar dari bilik persalinan menuju ke gelanggang dilempar dengan
botol plastik berisi air, kayu dan ludah. Ada juga yang terkena hingus yang diisi dalam tisu.
Kononnya ada pegawai pertahanan dari Kedutaan Malaysia yang mengiringi pemain dan pegawai negara pada perlawanan akhir menyebut pengadil kejohanan Roger Johansson (gambar) serta beberapa pegawai lain ada mencadangkan supaya Malaysia membatalkan permainan berdasarkan perlakuan tidak senonoh penonton itu.
Bagaimanapun, Punch Gunalan, yang terkenal dengan jambul rambutnya, mahukan pemain meneruskan perlawanan akhir.
Mujurlah keputusan perlawanan memihak kepada tuan rumah. Jikalah ditakdirkan Malaysia menang, aku tidak dapat membayangkannya.
Namun aku percaya aku tidak akan diapa-apakan kerana rupaku saling tak tumpah orang Indon. Ditakdirkan aku terlepas keluar, aku hanya perlu ngobrol dan menyebut mie bakso, es teler dan macet!
Itulah antara kenanganku sepanjang membuat liputan tiga kejohanan Piala Thomas, di Jakarta94, Hong Kong 1998 dan Kuala Lumpur 2000.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
padanla kall i, u tak jawab rupanya kat Jakarta.
Get your facts right. KL Thomas Cup 2002. Not 2000.
Sorry Mistake.. 2002 in Guangzhou. 2000 in KL....
Okay. Sorry...
sorry seems to be the hardest word.. :)
awat lambat sgt recall memori di Jakarta tu....
Tapi itu Senayan dulu...sekarang ni Senayan dah tak sehavoc dulu...agaknya sebab Indon pun tak bape kuat...
epainworld.blogspot.com..
Wak Rizal,
Waduh kamu di Istora Senayan ya dulu-dulu itu? Saya hanya membaca kisah itu di koran, takut banget dengan penonton yang fanatik!
Kontinjen Malaysia diserang dengan ludah? Yaaa, baru tadi pagi ketika memandu mobil saya terlihat seorang yang lagaknya orang asing ya (bukan makhluk asing dari planet lain ya) meludah di dalam bas ya. Saya bisa lihat kerna dia duduk di tepi jendela. Bas Cityliner yang berhawa dingin itu ya. Sungguh menjijikkan. Saya kira pemandu lain juga bisa melihat insiden ini kerna ada seorang very hemsem Chinese guy dalam mobil di belakang saya ternganga mulutnya sambil mata memandang ke arah bas tersebut...
Dear Rizal,
Sorry this is not the right forum for my question, but a little bird told me that you are working as a media man in the inter-continental tournament, is that true. if it is true, how can you be objective if you have to criticise the tournament if you need to. Shouldn't journalists and bloggers alike know that they cant get those wires crossed. You are either a writer or a businessman, you cant be both. Of course kali doesn't believe in that, how can he when he has no scruples. But I was expecting a little more from you my friend. A journo/blogger must always stay independent to be able to be objective, dont lose your credibility my friend.
Betul ke ini , Saudara Rizal di lantik sebagai pegawai media.
Macam mana pula ini, saudara selalu kritik FAM dan agensi lain ... perlukan duit untuk bayar bil kut. Tak apa , sedangkan pengarang sukan and boss boss besar di akhbar cari makan tak kan la, bloggers tak boleh.
Siapa nak bayar bil blogger ... Cakap senang la, mungkin individu individu yang banyak cakap patut buka akaun untuk saudara rizal, monthly contribution.
Manusia nak hidup senang pun susah... kalau setakat duduk di press club minum and habiskan masa bersama gundik gundik tak payah la nak komen. Simpan saja komen 2 sen. Pariah Pariah tertinggi dalam sukan tanah air adalah manusia yang kritik saja . Saudara Rizal teruskan perjuangan saudara.
S.W.T
Post a Comment