Sunday, May 4, 2008

Sudah baca Berita Minggu?

Berita utama muka belakang Berita Minggu hari ini

Inilah akibatnya apabila seorang Menteri diberi lesen untuk meluluskan bajet tanpa memikirkan masa depan sebuah institusi seperti MSN.

Sekarang siapa susah? Yang jadi mangsa ialah atlit, jurulatih dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Malang sekali, masih ramai yang mempertahankan Yang Berhormat-Yang Berhormat, entah atas dasar apa!

Ini bukan soal mengapa perkara-perkara semacam ini baru didedahkan kepada umum. Ini juga bukan soal witch-hunting atau menuding jari. Ini juga bukan soal membalas dendam.

Ini soal peri laku mereka yang harus bertanggungjawab terhadap urus tadbir sukan negara tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka, sebaliknya menghancurkan institusi yang sudah dibina, dibelai dan dibentuk sekian lama.

Harapkan pagar, pagar makan padi!


224 pusat latihan ditutup
Oleh Ahmad Khawari Isa dan Hasnira Hassan

Program Sukan Teras terjejas kerana MSN tidak cukup dana

PETANDA parahnya situasi kewangan Majlis Sukan Negara (MSN) terus terjelma apabila 224 pusat latihan Program Sukan Teras di seluruh negara terpaksa ditutup sejak tahun lalu.

Penutupan hampir 50 peratus pusat latihan itu diputuskan dalam kajian semula program berkenaan oleh MSN ketika turut timbul pengesahan mengenai kepayahan melunaskan pembayaran gaji jurulatih-jurulatih yang terbabit dengannya.

Tindakan itu disahkan Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin dengan langkah penyelarasan untuk menutup pusat-pusat berkenaan hanya diselesaikan, minggu lalu.

Alternatif untuk menangani masalah itu ialah mengecilkan jumlah atlit, menerusi sesi pemilihan khas, ketika MSN mengakui tidak punya peruntukan mencukupi buat membayar kos sewa tempat latihan dan bayaran gaji jurulatih.

Diajukan persoalan tempat latihan untuk atlit berpotensi yang terpaksa digugurkan, Jefri mengakui: “Kami sudah tidak mampu lagi dan mereka terpaksa menjalani latihan dengan bajet sendiri.”

Isu itu terdedah ekoran rungutan ibu bapa beberapa atlit bowling yang ibarat ‘anak ayam kehilangan ibu’ apabila hanya dimaklumkan secara lisan penutupan pusat latihan di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Bapa kepada seorang atlit, Muhammad Ramli Bardin, mempertikaikan tindakan tanpa ‘hitam putih’ MSN dan Persatuan Tenpin Bowling Kuala Lumpur itu.

“Tahun lalu, kami dimaklumkan mengenai penutupan pusat latihan di Putrajaya sebelum sebahagian pemain diserapkan berlatih di Kuala Lumpur.

“Kali ini, dimaklumkan ketika taklimat bahawa pusat di Kuala Lumpur itu juga bakal menjejaki nasib sama. Mereka jadikan masalah kesempitan kewangan MSN sebagai alasan,” katanya.

Program Sukan Teras bermula pada 2005 dengan tujuan mencambahkan penyertaan atlit untuk lapan sukan utama - olahraga, akuatik, bowling, bola sepak, badminton, hoki, skuasy, gimnastik - yang dikenalpasti berpotensi menghasilkan pencapaian baik buat negara.

Namun penutupan pusat latihan angkara kantung kontang MSN itu mencetus bimbang ketika timbul pelbagai laporan mempertikaikan perbelanjaan besar terpaksa ditanggung badan induk itu buat membiayai pelbagai program yang tiada kaitan jelas dengannya.

Ia termasuk laporan sebelumnya yang mendedahkan arahan membiayai baki kos penajaan tahunan untuk sebuah stesen televisyen kabel berjumlah RM8 juta selain kos papan iklan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika Kejohanan Futsal Lima Sepasukan Sedunia.

MSN juga turut dikaitkan dengan kontroversi isu perbelanjaan untuk penganjuran Sukan Wanita oleh Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM) sebelumnya gara-gara peruntukan daripada badan induk itu berjumlah lebih RM9 juta.

8 comments:

Anonymous said...

Abang minta maaf terpaksa menegur pemberita yang membuat laporan ini . Mereka tidak membuat dengan penuh detail. Untuk makluman Pusat Sukan Teras ( untuk 8 sukan )pada akhir tahun 2007 ada seperti berikut:
1. Bola sepak- Lebih 60 pusat
2. Bulu Tangkis -Lebih 80 pusat
3. Squash - Lebih 45 pusat
4. Olahraga - Lebih 110 pusat
5. Hoki - Lebih 200 pusat
6. Renang - Lebih 25 pusat
7. Jimnastk - Lebih 45 pusat
8. Ten - pin Bowling - lebih 40 pusat.
Setiap Sukan ada Pengurus Besar, Pengurus Pembangunan dan Pengurus Kejurulatihan di MSN.
Di setiap negeri ada Ketua UNIT(1),Pegawai Pembanguan(8), Ketua Jurulatih(8) dan Kerani-kerani.
Program Sukan Teras ini telah membawa satu perubahan dalam arena pembangunan sukan dimaan munculnya banyak pemain beraktif dalam bidang-bidang 8 sukan tertentu.
Oleh kerana kecuaian beberapa pihak yang tertentu yang mementingkan diri(RM MIA),maka program-program ini pun telah tergendala. Kebanyakan pegawai-pegawai telah hilang pekerjaan.

Bekas Pegawai Sukan Teras yang Frust.

Anonymous said...

Dato Zul,
Due respect to you. Anyway first of all thanks to you for bringing back the 8 Core Sports to NSC. As you know that the Ministry of Education cannot handle this program professinally has what has been done by the head of 8 Cor Sports Jefri Ngadrin and the appointed Managers by the Steering Committee headed by Tan Sri Noordin. To some in NSC,Dato Wira would have done some good things personally, but what we think is that we cannot bring personal things for the development of sports in the country. As we know that under the 8 Core Sports development was taking place tremendously. For future development of sports in the country, I think the 8 core sports should make a comeback as per said by you. The ministry of sports,sports association ,Education ministry , NSC and ISN should play a major a role in the the success of the 8 Core Sports.Give another 5 years the result will be tremendous one. Please reinstate all the managers,sdo's , chief coaches and the staff of 8 core sports to continue working.
An advance thanks to you.

From,
One of the outgoing Managers of the 8 Core Sports.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

wah.... ini betul2 insider nee...
rizal you kena ambik diorang jadi your sub-writer. anyway waht to do

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Dear Rizal,
Look at the contradicting statements by two senior officers of MSN. According to Dato' Zul (NST 5 May)only ineffective centres were closed. It is very difficult to believe because if we take badminton for instance, there is only one centre per state. This means more than 60 centres have been under-performing. Rubbish. Unprofessional people have been put in charge of the programme and now they are talking about increasing the number of sports under this programme. They did not have enough funds to run 8 sports and now they are talking about including more sports. When you have clowns running a proggramme, you will get a circus in return. Welcome to the Big Top (MSN).

The Blueberry said...

Rizal, kenapa kat sini banyak sangat anonymous comment?...

Anonymous said...

Core Sports is dead and buried cos it is a program that was started during the Doc's tenure as NSC DG. Now new DG wants his mark so they cut,slash and downsize this program and focus on a new one called Pelapis.

Anyway, the program started too big too fast without any sound footing. All they were interested in was numbers to show the Minister. Malaysian sports is all about pleasing Ministers I guess.

A lot of things that were not productive and wasteful were done by people to put nice numbers for the Minister to see. No thought was put into how to make it a successful program to support the already running programs by NSC or other parties.

Not that the concept was bad, in fact, it was fantastic. To fully focus on 8 sports that can bring glory to Malaysia is noble but they got the implementation totally wrong. Just my 2 cents.