Al-Fatihah.
Bekas penyerang hoki kebangsaan, Razak Leman, 49, meninggal dunia petang tadi.
Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Mahkota, Melaka.
Allahyarham yang berasal dari Bandar Kaba, Melaka, menghidap penyakit buah pinggang sejak 1998. Bandar Kaba juga tempat asal bekas kapten kebangsaan, Mirnawan Nawawi.
Antara kejohanan yang pernah disertai Allahyarham ialah Piala Quid El Azam di Pakistan (1976), Piala Remaja Dunia di Paris (1979), World Ascenda di Perth, Australia (1979) dan Piala Dunia di India (1980).
3 comments:
YAYYYY!!!!!! Tahniah kepada Azhar Mahfof (The Star) dan Rosli Noordin (RTM) di atas kemenangan tersebut!!!
Rizal,
Ingin tahu ada pihak MHF hantar Takziah.Berapa pegawai MHF menziarahi ke Melaka? Jangan telah jadi macam mendiang En. Satgunam. "habis madu sepah di buang". Dula setiausaha sukarela sekarang ada dua gaji.Banyak Pegawai MHF kaya dengan 10/2 dan 10%.
Insan yang baik
I can bet that non hockey officials showed up there.
Post a Comment