Sunday, July 31, 2011

Hadirnya Ramadan Kareem

Penulis blog ini mengucapkan syukur dengan kehadiran Ramadan Al Mubarak, semoga dipertingkatkan iman, diberkati ibadah kita. Kepada semua pembaca blog ini, kepada semua penggiat sukan dan sahabat-sahabat, ampun maaf dipinta.

Renungkanlah kandungan klip ini.

Saturday, July 30, 2011

Menjilat luka ciptaan Raja

Di waktu Singapura, Indonesia dan Thailand mara ke pusingan ketiga pra-Piala Dunia, Harimau Malaya menjilat luka ciptaan Datuk K. Rajagobal.

Jadi, ranking Singapura, Indonesia dan Thailand mencanak naik...bila ada undian sebarang kejohanan, diaorang dapat kelebihan.

Malaysia no hal, target 2015...Piala Asia...jadi sementara menunggu 2015, team main macam tahi no problem, itu semua proses mengutip pengalaman (COVER LINE, GUA DAH COVER BERAPA RAMAI COACH YANG PAKAI SKRIP SAMA)

Masa pra-Piala Dunia 2001 di Hong Kong, Allan Harris bubuh ramai pemain muda yang lahir tahun 1981 untuk diserapkan ke dalam team. Norhafiz Zamani Misbah di bek kanan, Akmal Rizal Rakhli di serangan, Juzaili Samion di tengah, Irwan Fadzli Idrus di bek kiri.

Malaysia dibelasah 5-1 pada perlawanan pembukaan menentang Qatar. Fuh itu jam Mohamed Salem Al-Enazi yang main di Turki buli pertahanan Malaysia. Dia sumbat hatrik. Akmal dikawal ketat, tak dapat score. Keesokannya New Straits Times belasah Akmal, apalah tak guna, main di Perancis tak score...defence Malaysia bek kanan Bahtiar Osman, bek kiri Rosdi Talib, bek tengah Khairil Zainal dan B. Rajanikandh. Empat anggota jentera tengah kapten Ahmad Shahrul Azhar Sofian, Shukor Adan, V. Saravanan di kanan dan Anuar Jusoh di kiri, Hairuddin Omar ditemani Akmal di depan. Rosdi score dari freekick cantik melencong ke gawang tapi lepas tu hancus...

Game kedua lawan Hong Kong...Harris bawak masuk Zamani di bek kanan ganti Bahtiar, Irwan Fadzli ganti Rosdi, Ghani Malik ganti Khairil, Bobby Pian ganti Shukor, Jaafar ganti Saravanan, itu macam la jurulatih yang pernah kerja di Nou Camp selaku assistant kepada Terry Venables...

Malaysia menang dua biji, hasil jaringan Akmal Rizal...itu jam Tengku Mahkota Pahang melompat dalam bilik VIP...lepas tu aku menghadap, Tengku Abdullah cakap: "Gol diperbuat di Perancis"...

Tapi lepas tu, Malaysia kalah pulak kepada Palestin 1-0...aduhhhhhhhhhhhhh

Namun aku sedar Harris berani menukar pemainnya, tidak macam Rajagobal yang mempertahankan defencenya sekalipun bocor dan bolos serta poros...

Kalau Ken Worden, dia suka cakap "anda kena jaga rumah anda betul-betul, jika tidak, macam mana anda mahu masuk ke rumah orang lain...

Claude Le Roy kata kalau asas rumah tidak kuat, bangunan runtuh...

Rajagobal beruntung sungguh kerana:

Generasi wartawan hari ini cukup mesra Raja...tidak mempersoal dan bertikam lidah, fuh kalau zaman sebelum aku, Fauzi Omar, Hishamuddin Aun, Dan Guen Chin, Lazarus Rokk, lepas tu Abu Bakar Atan, lepas tu Ahmad Khawari Isa, Jasni Shafie, alamat Raja akan keluar dari bilik sidang akhbar Khamis lalu dengan muka semerah jersi Man Yoo...aku bertegang urat dengan Le Roy di luar bilik persalinan di Singapura Jun 1995, dihalau Karl Weigang (masa tu dia coach Perak) pada 1997 di Kota Kinabalu, menyoal Hatem Souissi pada 1997, menyoal Norizan Bakar di Doha 2006...

Dulu kitaorang tak takut mempersoal keputusan coach dalam suratkhabar, kolum, berita atau apa saja...esok jumpa dia, mesti dia marah tapi akhirnya dia tahu kuasa di tangan penulis...

Sedangkan Le Roy yang kemudian coach Ghana ke Piala Dunia dan Harris yang pernah jadi coach Espanyol boleh aku grill, apa lagi B. Sathianathan dan rakan-rakan...

Raja kena faham, kejayaan di Sukan SEA 2009 dan Piala AFF bukanlah lesen untuk dia kekal dan degil dengan keputusannya...juga bukan untuk bagi dia lesen besar buat apa saja...

Kalau dulu, kesilapan macam Raja buat disusuli bedah siasat daripada FAM...

Tapi zaman dah berubah...

Zaman aku pun dah berlalu...aku sekadar diam dalam sidang akhbar, membiarkan generasi hari ini menanya soalan...

Sebaliknya 28 Julai 2011 akan kukenang sebagai:


Detik aku beli 10 tiket RM30, dibeli oleh member yang berniaga dalam stadium...beli eh, bukan complimentary...


Jumpa Hj Yusof, datuk Azlisham Ebrahim...dia fan club Selangor, selalu ke Jakarta, ada muffler Pelita Jaya tu, pernah ke Seoul pra-Piala Dunia 1985 game terakhir arwah SuperMokh...


Bertemu semula rakan dari darjah 1, kiri Vick (kalau di Batu Caves digelar Boy, main bola dengan Azlisham dan Rusdi Suparman...sekarang Assistant GM Hard Rock Singapura)...kanan Zaimi "Miere" Ridzwan...arkitek, dulu main untuk SJI sebagai midfielder...


Gegak gempita sorakan penyokong di saat Harimau Malaya keluar dari terowong bilik persalinan 


Kehadiran lebih 90,000 penonton...betul ke FAM cetak tiket lebih daripada tempat duduk?


Bakar Atan bersua semula Sani Ali, Berita Harian Singapura...veteran dari zaman Fauzi Omar...

Apapun, aku menulis ini dalam ruangan Gelecek Rembat Kosmo!

Usah bergayut kepada nostalgia silam

BAGI penulis yang menjadi antara 90,000 penyokong di Stadium Nasional, Khamis lalu, kegagalan Harimau Malaya mara ke pusingan ketiga pra-Piala Dunia zon Asia adalah satu kerugian besar.

Ini kerana 28 Julai adalah detik terbaik untuk pasukan kebangsaan mara sejauh pusingan ketiga lalu menempatkan diri dalam kelompok 20 pasukan terbaik benua ini.

Malangnya pasukan negara tewas lima hari sebelum itu dengan menghadiahkan lima gol kepada barisan Singapura yang dianggotai lima pemain “import”.

Sejak Malaysia gagal pada ujian sulung pada sesi kelayakan 1973, kita disogok kegagalan demi kegagalan.

Apabila menewaskan Taiwan pada pusingan pertama, undian pusingan kedua sebenarnya berpihak kepada kita bukan saja disebabkan reputasi selaku juara Sukan SEA dan pemenang Piala AFF, bahkan adanya penyerang terbaik rantau ini iaitu Safee Sali.

Malangnya kesempatan ini tidak direbut sepenuhnya. Bukannya Malaysia diundi bertemu juara Piala Asia, Jepun atau gergasi Asia Tengah, Uzbekistan atau dipaksa beradu kekuatan dengan jagoan Parsi, Iran.

Sebaliknya kita diundi bertemu negara jiran yang pernah dibelasah 4-0 di kandang sendiri pada 2002.

Datuk K Rajagobal pula masih berselindung di sebalik usaha membentuk skuad masa depan yang mahu layak ke Piala Asia pada 2015.

Habis, jika peluang sudah terhidang untuk mencipta gemilang dalam pra-Piala Dunia, adakah ia harus disia-siakan begitu saja? Bukankah jika kita layak ke pusingan ketiga kali ini membuka ruang pasukan negara mengukur kemampuan di kalangan 20 pasukan terbaik Asia?

Bukankah itu ujian terbaik menjelang usaha layak ke Piala Asia?

Kenapa penulis tegas menyatakan ini peluang terbaik? Kerana kita tidak tahu format empat tahun dari sekarang, tidak mustahil kita terpaksa berdepan dengan jagoan terbaik seawal pusingan kedua.

Nampaknya, mentaliti ini gagal diterap ke dalam minda pemain.

Rajagobal juga harus terbuka dengan idea memilih pemain berdasarkan prestasi semasa. Benar, kita hormat Rajagobal selaku pencipta sejarah dan arkitek kejayaan Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010 tetapi dalam bola sepak, kita tidak boleh bergayut kepada nostalgia.

Rajagobal, seperti anggota skuad Piala AFF, sudahpun menerima pelbagai ganjaran. Anugerah Datuk pun sudah diberi.

Namun falsafah Rajagobal agak sukar diselami. Tiada dalam dunia pasukan kebangsaan dibentuk berteraskan bek kanan yang berusia 22 tahun, seorang bek tengah 20 tahun, seorang lagi bek tengah 22 tahun dan bek kiri 23 tahun. Ini bukan pasukan Bawah 23 tahun!

Agak sukar juga memahami kenapa penjaring terbanyak Liga Super 2010, Ashaari Samsuddin, jarang-jarang diberi peluang menemani Safee memburu jaringan.

Di saat pasukan negara kehilangan dua tenaga paling kreatif, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim, Rajagobal memilih mengetepikan Ashaari yang menjaringkan satu gol pada final Piala AFF serta melorong bola tepat kepada Safee untuk jaringan di tempat lawan di Jakarta selain tidak menggunakan sepenuhnya tenaga Baddrol Bakhtiar.

Kembalilah ke alam realiti dan tidak salah kalau kita ketepikan ego dan kaji semula falsafah jika ada yang tidak kena.

Rajagobal juga harus berhenti menyebut “my boys” dalam kata-katanya kerana semua pemain, sama ada mereka melalui proses pembelajaran di bawah didikannya atau tidak, adalah anggota team Malaysia sebenarnya, hak milik Malaysia, hak milik masyarakat dan hak milik peminat.

Dia dibayar gaji lumayan untuk menang, bukan kalah dengan negara jiran. Usah taksub dengan kejayaan Sukan SEA dan Piala AFF.

Sempena kehadiran Ramadan Al Mubarak, penulis bagi pihak warga kerja Rembat Kosmo! menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada pembaca dan semua penggiat serta peminat bola sepak tempatan.

Salam hormat,

Rizal

Thursday, July 28, 2011

Surat terbuka kepada team Harimau Malaya

Assalamualaikum, salam sejahtera ke hadapan team Harimau Malaya,

Saya Rizal Hashim mewakili diri saya sendiri teringin menyampaikan isi hati buat tatapan saudara sekelian (surat ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa) menjelang pertemuan dengan Singapura pada pra-Piala Dunia malam ini.

Buat pengetahuan kalian, saya bekas wartawan Berita Harian dan The Malay Mail yang ada pengalaman 20 tahun membuat liputan bola sepak tempatan, termasuk mengikuti pasukan kebangsaan (ketika zaman belum diberi gelaran Harimau Malaya) dengan rapat. Sebelum menjadi wartawan, saya sudah ke Stadium Merdeka sejak umur 10 tahun pada 1980, jadi mengikuti perkembangan zaman Soh Chin Aun, Khalid Ali dan Supermokh serta Santokh Singh.

Antara jurulatih yang saya interviu Rahim Abdullah (coach Sukan SEA Manila), Richard Bate, Ken Worden, Claude Le Roy, Wan Jamak Wan Hassan, Abdul Rahman Ibrahim, Hatem Souissi sekejap, Allan Harris, mendiang Bertalan Bicskei, Norizan Bakar, B. Satiananthan dan kini Datuk K. Rajagobal, satu-satunya jurulatih aktif dianugerah gelaran Datuk.

Pemain pula dari zaman Zainal Abidin Hassan, Azizol Abu Haniffah dan Dollah Salleh, ke era Azman Adnan, Mubin Mokhtar dan Salahuddin Che Rose, ke era Azrul Amri Burhan, Azmin Azram Aziz, ke era Tengku Hazman Raja Hassan, Khalid Jamlus dan Rosle Derus hingga era Norshahrul Idlan Talaha.

Buat liputan bukan sekadar pasukan senior, bahkan daripada Piala Nike Bawah 14, pasukan Bawah 16, Bawah 19 dan 20 serta Bawah 23. Sebab itu saya ingat Akmal Rizal Rakhli anggota skuad Norizan pada 1995, serta Norshahrul, Nurul Azwan Roya dan playmaker Zulbadly Ismail budak Selangor yang dah hilang, mewakili skuad Bawah 16 kendalian Zainal Abidin Hassan pada 2001.

Juga saya dituduh pasang spy di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) kerana orang rumah pernah betugas di situ,   bahkan dia digelar cikgu yang garang oleh batch Amirulhadi Zainal dan Farizal Marlias serta Safiq Rahim dan kembar bersaudara Aidil Zafuan serta Zaquan Adha (kalian tidak tahu dia lagi garang di rumah...hehe).


Spy dengan Zamir, Azlan, Amirulhadi, Azrul, Farizal dan Khairul Fahmi

Kerjaya saya bermula dua tahun selepas skuad Trevor Hartley memenangi pingat emas Sukan SEA di malam hujan lebat pada 1989. Sepanjang tempoh hingga saya pencen awal pada 2008, bola sepak Malaysia dilanda pelbagai masalah - daripada skandal rasuah, isu pentadbiran dan paling penting, prestasi yang konsisten di peringkat antarabangsa - iaitu gagal secara konsisten.


Malang sekali kerjaya saya selaku wartawan sukan hadir pada tempoh suram, detik kejatuhan ke gaung apabila skandal rasuah didedahkan pada lewat 1994, sehingga seorang bek tengah dari Pulau Pinang dikirim pulang awal dari Sukan Asia Hiroshima untuk membantu siasatan...rasa rugi pula kerana tidak dilahirkan ketika zaman skuad negara mara ke Sukan Olimpik 1972 dan menang pingat gangsa Sukan Asia di Teheran 1974 - zaman Mansoor Rahman menulis untuk New Straits Times, atau ketika SuperMokh di kemuncaknya dan diberi liputan oleh Fauzi Omar (New Straits Times), Hishamuddin Aun (Berita Harian) dan Dan Guen Chin (penulis kolum SuperMokh bertajuk On Target) di saat pasukan negara mara ke pusingan akhir Piala Asia 1976 dan 1980 atau Abu Bakar Atan membuat liputan kejayaan Sukan SEA 1989...tapi kalau adapun, barangkali saya hanya penulis berwatak tempelan...

Namun saya tegar menulis apa saja bentuk cerita, kisah suka duka dan dasar-dasar FAM sambil bangga menyarung jersi negara ketika tiada replika dijual dan ketika ramai malu mengenakan jersi kuning atau biru yang terlekat logo FAM di dada...


Pada malam gemilang di Laos, apabila ada di kalangan saudara mengutip pingat emas Sukan SEA bagi menamatkan penantian 20 tahun, saya berada di IBC, Angkasapuri, menemani Hafizal Hamad selaku tetamu di studio. Program itu membolehkan Hafizal menerima anugerah Seri Angkasa selaku Pengulas Sukan Terbaik. Gembira tidak terkata kerana selama ini saya menyaksikan sendiri apabila Malaysia tewas dalam Sukan SEA di Chiangmai 1995, di Jakarta 1997 dan dikecewakan jaringan saat akhir final 2001 di Stadium Shah Alam serta kegagalan di Hanoi yang lebih dikenang kerana jaringan jarak jauh Syamsuri Mustafa pada 2003.

Apabila final pertama Piala AFF 2010 diadakan di Stadium Nasional, sekali lagi saya menemani Hafizal dan kami melonjak gembira melihat jurang besar 3-0 tercipta, lantas mendorong saya menyebut piala sudah dalam genggaman sekalipun ada misi harus dilengkapkan di Jakarta.

Malam ini saudara sekelian ada misi besar. Misi melayakkan diri ke pusingan ketiga pra-Piala Dunia. Misi yang tidak pernah disempurnakan mana-mana generasi terdahulu sejak Malaysia buat percubaan sulung pada 1973.

Pentingnya kemaraan ke pusingan ketiga untuk mengukur kemampuan dalam kelompok elit 20 pasukan terbaik Asia. Ini dalam rangka cuba layak ke Piala Asia 2015 yang juga sasaran jangka masa panjang Datuk K. Rajagobal.


Ini surat terbuka yang ditulis khas menjelang final Piala AFF tahun lalu


Rakan sebaya Aleksandar Duric dengan cucu, oops, anak masing-masing menyatakan sokongan tidak berbelah bagi...yang bapak tu dah biasa bosan dengan bola Malaysia, anak-anak pulak, entahlah


Semangat bawa kad Manila malam ini (gambar FB Wan Warga)

Disebabkan sudah betah menerima kekecewaan pelbagai generasi terdahulu kalian dan biasa membuat liputan di stadium yang dihadiri 100 peminat, saya sudah ada built-in mechanism untuk menangani kekalahan. Tapi persoalannya, apakah penyokong generasi X dan Y sedia memaafkan kalian jika kalah kepada pasukan Singapura yang dianggotai orang asing dan berusia sebaya saya atas alasan kelemahan dan kesilapan benteng pertahanan?

Tidak pernah dalam sejarah kerjaya saya tiket untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan terjual dalam tempoh 48 jam macam pisang goreng panas. Ketika final Piala AFF pun tidak secepat ini. Penyokong sudah kembali menyokong bola sepak Malaysia secara terang-terangan dan bukan underground. Kepercayaan ini tidak harus dikhianati. Apatah lagi ada di kalangan kalian bergaji lumayan, jauh melebihi gaji majoriti penyokong dan berpeluang membawa nama negara di persada antarabangsa.

Apabila mendengar gegak gempita penyokong, tidak kira Ultras, Harimau Malaya atau peminat yang memakai baju biru dan kuning serta nyanyian bersemangat Faizal Tahir, bekas pengulas sukan yang kini popstar, ingatlah tujuan kalian hanya satu - buat yang terbaik demi Tanah Tumpahnya Darahku dan jangan layan provokasi pemain Singapura sebagaimana Safiq terperangkap tempoh hari. Kalian juga harus ingat, jika berjaya, bukan Pak Menteri, Presiden FAM atau pengkritik yang disanjung...tetapi kalian yang akan menerima ganjaran Amanah Sahamlah, sebidang tanahlah, rumah banglolah...

Kalian juga harus ingat, Perdana Menteri akan buat panggilan kepada jurulatih ketika di puncak...dulu selama 20 tahun tidak pernah Tun Dr Mahathir Mohamad buat panggilan telefon pun...kalian harus ingat, di Malaysia, jasa-jasa kalian akan cepat dilupakan...jadi rebutlah setiap kesempatan yang ada...jadilah kelompok pemain yang mara jauh ke Piala Dunia, ciptalah sejarah tersendiri dan kirim nama-nama SuperMokh, Chin Aun dan R Arumugam ke dalam lipatan sejarah.


Yang pasti, kalau tidak dapat mara ke pusingan ketiga pra-Piala Dunia, Datuk K tidak akan diundang ke Kafe Sukan...


Sebaliknya Datuk K akan dipandu khas dari Wisma FAM ke Astro Arena untuk program Dengan Izin...


Untuk ditemu ramah dengan cara sopan sesopannya oleh rakan sebaya Aleksandar Duric dalam program terbitan seorang Generasi X, jadi takut penerbit ini akan push moderator untuk tanya soalan-soalan yang berat-berat...ya tak Slamet?

Akhir kalam, dilampirkan klip ini



Kepada kalian, selamat maju jaya, sekian,

Wassalam.

Rizal Hashim
28072011

Tuesday, July 26, 2011

Nostalgia lawan Singapura

Sejak kecil aku menonton perlawanan bola sepak di Stadium Merdeka...arwah bapak aku beratur beli tiket, biasanya grandstand...parking pun itu jam boleh selit-selit kat depan grandstand tu...tidak sangka aku jadi wartawan sukan, kemudian menulis bola sepak pulak tu...antara kenangan aku meliput pra-Olimpik di Singapura...Jun 1995...

Bujang, muda, kurus...enjoy la duduk di Hyatt Johor Bahru, duduk dengan team Claude Le Roy...pergi ke Singapura pun naik bas, ditemani PR Hyatt itu jam (member suratkhabar dulu) yang belanja makan Japanese food kat hotel dia...

Training kat Padang Sri Gelam, depan hotel aje...tapi kawalan keselamatan cukup ketat...ini kerana itu jam zaman rasuah...aku pun tak tahu budak-budak ambik ke tidak...cakap dengan kita tak ambik, tapi polis tanya ngaku ambik...aku pun sama antara yang tertipu...tapi diaorang cakap zaman 70-an lagi ramai pelakon pemenang anugerah Oscar...

Team pra-Olimpik 1995 cukup dekat di hatiku. Beza umur pun tak banyak...pulak tu aku jual nama pemain Perancis diaorang pun terlopong ternganga hahahaha...coach Claude pun segan dengan aku pasal aku selalu discuss dengan dia bukan saja team tactics team dia, bahkan tactics team Perancis yang tak layak ke Piala Dunia pun aku boleh sembang...

Bila dah baik dengan player, coach dan team, harapan kita besar sebenarnya...kita mengharapkan sesuatu untuk dibanggakan...awal bulan Jun itu, aku mengiringi team ke Perancis untuk bertanding dalam Kejohanan Remaja Toulon, melihat sendiri bagaimana Azrul Amri Burhan membuli team England yang ada Phil Neville dan David Beckham sebelum dia diterjah di lutut menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan, sejak itu Azrul Amri bukan Azrul Amri lagi...

Jadi Claude dan penolongnya Irfan Bakti Abu Salim pening menyeberangi Tambak Johor...playmaker yang lebih hebat daripada Safiq Rahim tak de...tiada juga Jawahir Saliman, yang enjin lebih besar daripada S. Kunanlan tapi skil macam Amar Rohidan...pulak tu kecoh kes rasuah...mana-mana team pergi, ada pegawai keselamatan...

Game tu Malaysia control tapi Singapura ada the Fat Man - Lee Man Hon. Kaki kirinya macam Angel di Maria, badan macam Marko Kraljevic...dua golnya meleburkan harapan Claude dan teamnya...ah pusingan timbal balik di Stadium Merdeka...

Itu jam penjaga gol Azmin Azram Aziz, defence Hasnizam Uzir bek kanan, Faizal Zainal bek kiri, Raizuwah Idris stopper, Nazaruddin Zain sweeper, Idris Karim defensive midfielder, Ahmad Shaharuddin Rosdi playmaker, right flanker M. Chandran lebih laju daripada Kunanlan, left flanker Ching Hong Aik dan arwah Shadan Zahari serta Rusdi Suparman twin strikers...


Berdiri dari belakang, Chandran, Shah, Naza, Am, Rusdi, Faizal. Depan dari kiri Raizuwah, Shadan (bukan Shahdan), Idris, Hasnizam dan Ching...gambar aku cilok daripada blog aku bekas player

Singgahlah blognya...kerana tidak ramai pemain bola sepak yang ada memori kuat...aku selalu tanya legenda-legenda kita apa jadi masa tu, itu jam apa u bikin, woi sudah lupa la mana mau ingat...habis macam mana nak ajar generasi akan datang...?

Apapun aku dah biasa kecewa dengan team bola kita...jadi Khamis ni kecewa lagi tak de hal...

Saturday, July 23, 2011

Siapa patut jaga defence?

Sejumlah 16 gol dalam lima perlawanan terakhir cukup memberi gambaran benteng pertahanan yang dianggota tiga pemain berusia 22 tahun dan seorang 23 tahun belum cukup bersedia bersaing di peringkat yang melangkaui rantau ini.

Apabila pemain seperti Aleksandar Duric yang sebaya dengan aku boleh buat turning lalu score gol mudah, apa petandanya?




Apabila aku bertanya Claude Le Roy, jurulatih dari Perancis yang membimbing Cameroon, Ghana dan Strasbourg antara lain, bagaimana membina sebuah pasukan mantap..."Kita bermula dengan penjaga gol, kemudian benteng pertahanan yang mantap, kemudian jentera tengah dan serangan...

Ingat apabila Arsene Wenger mula datang ke Highbury pada 1996? Dia bentuk pasukan berteraskan Lee Dixon, Nigel Winterburn, Tony Adams, Martin Keown dan Steve Bould, penjaga golnya David Seaman...

Perancis 1998 dan 2000? Ada Lilian Thuram, Bixente Lizarazu, Laurent Blanc dan Marcel Desailly...belakang mereka Fabien Barthez...

Sepanyol 2008 dan 2010? Sergio Ramos, Carles Puyol, Joan Capdevilla, Carlos Marchena, Gerard Pique...di belakang mereka, Iker Casillas














Tentu musuh-musuh Malaysia pun dah kaji kelemahan kita...lebih-lebih lagi fitness coach Singapura Aleksandar Bozenko, bekas fitness coach skuad Olimpik Malaysia...lebih dikenali dengan panggilan Sasha



jika Muslim Ahmad dan Fadhli Shas dianggap mentah sekalipun cemerlang sepanjang kempen Piala AFF lalu (kecuali game Indonesia yang kena 5-1), Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Rosid juga bukan jawapannya...sampai bila attacking force nak score apabila belakang asyik bolos!

Dulu masa Piala AFF 2004, aku tulis team Bertalan Bicskei kurang daya memenangi bola di tengah, jadi kena guna K. Nanthakumar apabila bertemu Thailand...Bicskei ikut...tapi aku tak jangka Datuk K akan ikut...

Apapun, datanglah beramai-ramai ke Stadium Nasional, Khamis ini...

Friday, July 22, 2011

Tontoni klip ini dan ayuh tawan Kota Singa

Esok ujian separuh masa pertama buat anak buah Datuk K. Rajagobal. Khamis ujian separuh masa kedua.

Selepas game dengan Liverpool, aku sempat tanya Datuk K dua soalan sambil menemani dia turun tangga...

"Coach, amacam u miss ke Ultras Malaya?

"Of course, we miss their vibrancy and energy...

"Coach, how do you plan to motivate the players ahead of the Singapore match?

Sambil tersenyum, Datuk K cakap "against Singapore the steep tradition of rivalry will be motivation enough for the players...

Daripada aku kepada semua pemain, tontonilah klip ini. Detik anak buah Allan Harris, itu jam belum digelar Harimau Malaya, membaham Singapura di kandang sendiri babe...4-0...jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, dua daripada Indra Putra Mahayuddin dan satu lagi Nizaruddin Yusof...jadi kita boleh menang lagi...itu jam Daniel Bennett bek kiri Singapura, masih main lagi



Apapun, aku agak kecewa kerana stesen televisyen tidak play into the psyche of the fans...buat tiap-tiap hari guarantee stadium penuh Khamis depan, lebih-lebih lagi kalau kita seri, menang atau kalah tipis esok. Baca
cara meniup semangat

Malaysia atau Chelsea yang haru-biru?


Shahrulnizam Mustapa, anggota skuad negara pada Piala Asia 2007, menafikan ruang buat Frank Lampard malam tadi.

Kasihan Pilihan Malaysia, tewas pun akibat gol yang bukan gol...

Apapun aku rasa Norhafiz Zamani Misbah, S. Subramaniam dan Farizal Marlias harus diberi peluang memperkasakan skuad Datuk K. Rajagobal. Benteng kita kurang daya kepemimpinan...tak salah bagi Zamani dan Subra serta Farizal push sikit budak-budak muda team Datuk K.

Chelsea pula aku ternanti-nanti Nicolas Anelka menjaringkan gol ketiganya di bumi Malaysia, selepas berbuat demikian untuk Arsenal pada 1999 dan Chelsea 2008...serta miss penalti untuk skuad Bawah 20 Perancis ketika menentang Uruguay pada suku akhir Piala Dunia Belia 1997...

Syabas kepada Wan Zack Haikal Wan Noor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Irfan Fazail, S. Thamil Arasu kerana berani menggelecek dan tidak takut berdepan jutawan dari Chelsea...

Monday, July 18, 2011

Rest in Peace, Mr Bicskei


The footballing world mourns the demise of Bertalan Bicskei, Malaysian national coach from July 2004 to September 2005...

Hakim Amir alerted me to the reports on the internet saying the Hungarian had passed away under mysterious circumstances...read here

Also read some of the stories I had written on Bicskei here and here and here


Bicskei was a graduate of the renowned Cologne sportschule and authored this book (pic).

When he reached our shores in July 2004, he did not waste any time to take a closer look at the grassroots...within hours he was at the Padang C of the NSC in Bukit Jalil accompanied by his wife Anna.

As the only journalist there, I took the opportunity to introduce myself, which marked the start of a very cordial relationship between us. He was tasked to take over from Allan Harris to prepare for the AFF Cup in late 2004 and the 2005 SEA Games.

Unlike Harris who was fond of fielding players loyal to him, Bicskei selected his players based on current form. He gave Liew Kit Kong the chance to prosper, also Khalid Jamlus and Amri Yahyah by giving them an extended run in the senior team...all three were instrumental in Malaysia's first ever victory over Indonesia at the Gelora Bung Karno in December 2004 after 25 years...

But his stint ended in September 2005 when FAM decided to reassign him to take charge of development after Malaysia lost 7-0 to Thailand in the pre-SEA Games, with newly-appointed technical adviser Mohammad Bakar lurking behind his shadows. Read here

My daughter was born on Sept 16, on Malaysian Day, a day ahead of Bicskei's birthday...he sent me an SMS congratulating me...asking me to come back to work quickly to discuss football...He liked to sign off his text messages as BB...

When Julie from the New Straits Times wanted to visit Budapest, I took her to see Bicskei and wife Anna for dinner at PJ Hilton so that they could make arrangements.

When I discovered he was on Facebook, I immediately added him as friend...we kept in touch occasionally. Time did not permit of regular correspondence, much to my regret...

BB, you will be missed.

Kosong dari Kobe

Zaman aku buat reporting olahraga dulu, banyak kali story aku pergi muka belakang...

antaranya kepala tajuk muka belakang Berita Harian - Khalid lembutkan hati Shanti - tak silap 1994 apabila bekas Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Datuk Khalid Yunus memujuk ratu pecut G. Shanti supaya jangan bersara. Pada 1998, muka belakang the Malay Mail - Junket Junkies (maksudnya kaki jalan/makan angin percuma), aku menulis mengenai sikap sesetengah pemimpin KOAM sekadar suka makan angin temankan atlet ke misi luar negara, membentangkan nama-nama dan destinasi mereka. Juga beberapa bulan sebelum Sukan SEA Jakarta, atlet ancam boikot jika elaun mereka tidak dinaikkan...back page macam biasa...story scoop...


aku dengan Roslin Mat Tahir bersama Watson Nyambek di Indonesia 2000

Aku juga meliput empat Sukan SEA (1995, 1997, 2001 dan 2003), dua Kejohanan Olahraga Asia, atau lebih dikenali sebagai Asian Track and Field championship (ATF) walaupun nama rasminya Asian Athletics Championship pada 2000 di Jakarta dan 2003 di Manila, satu kejohanan remaja Asia di Bangkok pada 2002, Sukan Olimpik di Athens pada 2004 dan Sukan Asia di Doha pada 2006, memberi aku sedikit sebanyak gambaran siapa ikhlas, siapa culas dalam keluarga olahraga tempatan. Contacts aku tidak terhad kepada olahraga tempatan, bahkan kenal rapat dengan kebanyakan pegawai Asia...


Aku dengan Anat Ratanapol, juara 100m pecut Sukan Asia 1970 dan 1974...di pejabatnya di Bangkok

Kegagalan kontinjen negara untuk membawa pulang sebarang pingat daripada edisi terbaru Kejohanan Olahraga Asia cukup mengecewakan, lebih-lebih lagi apabila rekod menunjukkan sejak Ishtiaq Mobarak Sher Ahmad (110m lari berpagar), Nashatar Singh (rejam lembing) dan Gladys Chai (lompat tinggi) memenangi pingat perak manakala Ismail Yon gangsa dalam acara masing-masing di edisi sulung di Manila pada 1973, kita tidak pernah gagal menuai pingat. Bahkan, Khoo Cong Beng (20km jalan kaki - 1975), team 4x400m pada 1981, B. Rajkumar (800m - 1985), Nur Herman Majid (110m lari berpagar - 1991) dan Lee Hup Wei (lompat tinggi) serta Roslinda Samsu (lompat bergalah) (2007) tergolong dalam kelompok elit atlet negara yang mengutip emas sepanjang sejarah kejohanan.

Dari Kobe, isu terbaru, baca laporan Kosmo di sini

Sunday, July 17, 2011

Malaysia 3 Liverpool 6

Aku rasa semua orang balik dengan rasa happy...maklumlah sembilan gol, termasuk tiga daripada Malaysia...rasa lelah dan rimas menunggu beratur panjang di stesen LRT Masjid Jamek, bersesak dalam LRT sebelum duduk di media tribune hilang sekelip mata melihat Akbar Sahari melompat-lompat meraikan gol Malaysia...



Selepas LRT Putra yang kosong dari Setiawangsa ke Masjid Jamek, siap jumpa sekumpulan penyokong dari Liverpool, ingatkan boleh terus ke Sri Petaling, rupa-rupanya kena beratur panjang...


Dalam 15 minit beratur, terserempak dengan old boy VI Khairul (kanan) dengan anak sedara dia, satu-satunya manusia yang pakai baju VIOBA dan topi Newcastle United...tak lama lepas tu, jumpa pulak rakan sekolah, Andre Reutens...beratur lepas tu aku dapat idea, apa kata kalau kita suruh Khairul beratur belikan tiket...tapi aku bayar la....hahahah masa yang sesuai buli budak VI, 2 lawan 1 mesti dia kalah...


akhirnya lepas satu jam lebih, baru bertolak ke Sri Petaling, jadi jumpa Azim yang ditugaskan jaga anak aku...


Khairul bukak topi takut fans Liverpool suruh bukak pulak...aku dan anak menyahut seruan Rajagobal agar penyokong Malaysia pakai biru...ingatkan nak pakai baju Perancis yang lama-lama hehehe


Ini pulak apa yang aku lihat dari tempat duduk aku...





Sebelah hos Kafe Sukan, penyokong tegar Liverpool tetapi tetap sokong pasukan baju biru


Kalau orang lain sibuk bergambar dengan pemain Liverpool, aku dengan pengadil dan penolong pengadil serta referee's assessor



Cantik gol Safee...gol pertama naluri dan positioning, gol kedua ketajaman kaki kanannya


Khairul Fahmi Che Mat didedahkan kepada corak serangan pantas hingga bocor lima gol, tapi ketika itu coach Raja dah buat banyak pertukaran 


Beraksi pada Kejohanan Asia Bawah 20 pada 2004, 2006, Sukan Asia 2006 dan 2010, Sukan SEA 2007 dan 2009, Piala AFF 2007, 2008 dan 2010, Safiq kini berada di puncak prestasi...sepakan percumanya bertaraf dunia


Malangnya David Ngog (pengacara di stadium sebut Ngok, heheh) sumbat dua gol, satu selepas clearance Fadhli terkena Muslim lalu disepak masuk Ngog


Dirk Kuyt harus jadi tenaga penting Liverpool 2011/12


Lagi dua musim nama Jamie Carragher akan dicalonkan jadi pengurus Liverpool


Datuk Raja kata corak pertahanan yang leka menghadiahkan Liverpool gol...tentu dia pun pening hakikat skuad Harimau Malaya memberi lima penalti dalam tiga perlawanan terakhir


Tiga personaliti tv yang kebetulan peminat setia Liverpool, dari kiri Zainal Abidin Rawop, Ismadi Abdul Manap dan Fadzrie Hazis

Aku terjumpa seorang anggota Ultras Malaya Jebat, dia kata UM boikot tiga game Jelajah Asia kerana tidak membawa faedah, sebaliknya hanya berteraskan keuntungan komersil semata-mata...

tapi dalam ruangan Gelecek aku dalam Rembat Kosmo! aku cakap

Jelajah Asia bukan pertunjukan sarkas


PENULIS tidak bersetuju dengan momokan sesetengah penyokong tempatan yang menyifatkan kehadiran Arsenal, Liverpool dan Chelsea sepanjang dua minggu ini sebagai pertunjukan sarkas.


Memang benar, dalam jelajah berunsur komersil, ia mengembungkan akaun simpanan kelab gergasi England serta penganjurnya. Pada masa yang sama, banyak keuntungan yang kita garap.


Pertama, sebagaimana manusia biasa yang sentiasa mahu mengukur kemampuan dengan individu lebih hebat dan pakar dalam bidang masing-masing, skuad bola sepak negara juga kepingin bertentang mata, mengejar bola, menggelecek dan menghadang bintang-bintang dari England yang sebelum ini ditontoni di kaca televisyen.


Jika seorang wartawan sukan atau penulis bola sepak tertanya-tanya bagaimana rakan sejawatan di World Soccer, L’Equipe atau Marca menjalankan tugas harian atau seorang jurutera mekanikal didedahkan kepada ilmu apabila dibawa melawat kilang di Jepun, seorang pemain bola sepak tidak mahu terlepas peluang bersaing dengan yang terbaik.


Harapan kita agar mereka dapat belajar sesuatu, khususnya dari sudut teknikal dan taktikal. Misalnya bagaimana benteng Arsenal bergerak seiringan menutup ruang atau tipu helah Jack Wilshere menembusi kubu Malaysia.


Kerana sebarang perlawanan antarabangsa memberi ruang kepada pemain kita mengutip pengalaman berharga walaupun “pertunjukan sarkas” ini tidak mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.


Kedua, apabila Malaysia dijadikan tempat perhentian dalam siri jelajah ini, penyokong-penyokong ketiga-tiga kelab itu dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Australia akan berkunjung ke Kuala Lumpur, sekali gus meningkatkan jumlah pelancong.


Mereka bukan sekadar menonton perlawanan, bahkan berbelanja besar. Bukankah ini menghidupkan kegiatan ekonomi tempatan?


Ketiga, Datuk K. Rajagobal mampu mengukur kemampuan anak buahnya. Sekalipun Arsenal dan Liverpool masih berada dalam mode pra-musim, pemainnya profesional dan bertaraf dunia serta sentiasa memberi komitmen tinggi. Dua perlawanan antarabangsa ini harus mempertajamkan fokus pemain negara menjelang saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia zon Asia menentang Singapura minggu depan.


Yang penting pendekatan yang diamalkan, sama ada pemain diarah memberi 100 peratus tanpa mengira risiko kecederaan atau tenang dan bermain dengan menyimpan tenaga.


Kalah besar tidak mengapa kerana kalau kita imbas sejarah, skuad negara yang tewas 4-0 kepada Brazil pada Jun 2002 akhirnya menumpaskan Singapura 4-0 dan Thailand 3-1 pada Piala AFF beberapa bulan kemudian.


Juga skuad negara yang dibelasah 6-0 oleh Manchester United mengutip pingat perak di Sukan SEA dua bulan kemudian.


Harus diingat Malaysia yang tewas kepada Manchester United 3-2 dan 2-0 pada 2009 akhirnya dijadikan bekalan mengutip pingat emas di Sukan SEA di Laos.


Hari ini, Stadium Nasional di Bukit Jalil akan dibanjiri penonton. Sekalipun pertemuan dua raja, King Kenny dan King Raja tidak menjadi kerana kepulangan awal Kenny Dalglish, nikmatilah majlis ini yang bukan sekadar satu kenduri bola sepak.


Salam hormat,


Rizal

Kalau Barcelona atau Real Madrid datang, nak tengok tak? Bukan senang nak tengok bintang-bintang terbaik di tanah air kita, jadi tak salah bagi peluang pemain kita bahu membahu dengan bintang kelab Eropah!

Saturday, July 16, 2011

Sports Business Conference, anyone?



The Asean Basketball League story...maximising the ROI from sports marketing...so the Sports Industry Year will be officially launched on July 28...

Reviu Malaysia lawan Arsenal

Dua jam menempuh kesesakan lalu-lintas untuk aku tiba ke Stadium Nasional, bertukar-tukar SMS dengan Haji Acis, peminat tegar Arsenal. Teringat aku jumpa bekas rakan sekelas itu masa game 1999 kat tempat duduk grandstand. Gembira dia bila bas yang bawa team Arsenal lalu menuju ke stadium...


Datuk K. Rajagobal tampilkan kesebelasan permulaan (depan dari kiri) Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar, S. Kunanlan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Safiq Rahim, (belakang dari kiri) Ahmad Fakri Saarani, Mahalli Jasuli, Norshahrul Idlan Talaha, Fadhli Shas, Amirulhadi Zainal dan Nasril Nourdin...


Arsenal pula bermula dengan (depan dari kiri) Thomas Vermaelen, Theo Walcott, Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Aaron Ramsey, (belakang dari kiri) Alex Song, Laurent Koscielny, Marouane Chamakh, Ryo Miyaichi, Wojciech Szczesny...


Seawal minit kelima Wilshere paksa Aidil buat terjahan...kena ke tak kena? Dah penalti...

Paling ketara,

1. Astro tiada siaran langsung kerana ProEvent tak bagi
2. Ultras Malaya boikot lagi game...

Baca selanjutnya dalam Rembat Kosmo! Semua gambar ehsan Dunia Sukan Online...

Tuesday, July 12, 2011

1999 revisited

Read here for a sneak peek of my article - The day we blasted the Gunners, as I wrote for the Malay Mail on May 6, 1999, recalling those exact moments when Malaysia beat Bertie Mee's lads 2-0 in May 1975...it was written as a reminder to Abdul Rahman Ibrahim's team then that Malaysia did not have to play gracious hosts all the time! Watch Supermokh's goals again here


The last time the two sides met, Emmanuel Petit sent a left-footed grounder for the Gunners' second goal past Azmin Azram Aziz who had earlier saw Nicolas Anelka's effort find the net. Malaysia's most impressive performer on that night was Zami Mohd Noor...so if you look at the souvenir programme, it was as if the organisers knew Manu and Zami were to be the stars of the night!

Arsenal supremo Arsene Wenger made his way to Kuala Lumpur today, for the third time since 1999. I remember vividly as he walked out of the dressing room at the National Stadium, I tried to elicit a hearty response from the man from Alsace with this question: "Arsene, having worked with some of the best players in Europe like Klinsmann, Djorkaeff, Bergkamp, Overmars and Vieira, who do you think is the best among them?"

Typical of the Frenchman, he did not give a direct answer and simply said he has had the good fortune of working with great professionals. Then I tailed Anelka, asking him a few questions which he did not bother to answer, while Marc Overmars was sporting enough to tell me that his best 100m timing was 11.0sec flat.

12 years on...


While Wenger is still running Arsenal, five different coaches has warmed the hottest seat in Malaysian sports  since 1999...succeeding Abdul Rahman was Allan Harris, followed by Bertalan Bicskei, Norizan Bakar, B. Sathianathan and now Datuk K


This is Wenger's third visit to Kuala Lumpur

PRESS RELEASE

English Premier League giants Arsenal flew into Kuala Lumpur this morning to kick-start their AsianTour 2011 with a match against Malaysia at the National Stadium in Bukit Jalil on Wednesday.

Hours after arrival, Arsenal manager Arsene Wenger was at a press conference and obviously the first question shot at the Frenchman was about his “wantaway” captain Cesc Fabregas.

“He is not here because he is injured. That is why he was left behind to recover,” said Wenger.
When pressed further on the Spaniard, who has been linked to European champions Barcelona, Wenger shot back: “There is always speculation...too many headlines. But we never speak about what is happening behind closed doors.”

Asked about Samir Nasri, who has been strongly linked to Manchester United, Chelsea and Manchester City but is with the team in Kuala Lumpur, Wenger said: “Samir is very happy and I hope yes...he will sign a new contract.”

Arsenal also left behind new signing, Ivorian striker Gervinho from French club Lille, as the signing was not completed before the travelling party left London, striker Nicklas Bendtner and defender Emmanuel Eboue.

“Some of the internationals have just come back. We want to be as fit as possible. We decided to come to Asia which is a bit more demanding physically. We left some of the new signings as there is no training here.

“We are coming back in Malaysia after 12 years and we are aware of our strong fan base in Asia. Our matches in Malaysia and China are to give fun, pleasure and enjoyment to our fans and to the people who come to watch us play.”

When asked about Arsenal’s dry run in the last six seasons, Wenger said: “It is frustrating to go without any silverware in the last six years but we came close several times only to lose in the final or semi-finals.

“But this team is getting matured and strong. Defensively we did well but we want to be better when on offensive. My plan is to continue to develop Arsenal into a force and we are reaching there, coming close on several occasions.

“This is seen in the quality of football...attacking and entertaining football.”

To another question the Frenchman said: “I am not an intellectual. I live to get results on the field. Unfortunately, sometimes my emotions get the better of me.”

“This is our first match together after the break. Some of the internationals have just come back from duty but this tour means a lot to us. To our fans we will give fun, pleasure and enjoyment to the people who come to watch us play.”

Meanwhile national football head coach Datuk K. Rajagobal said it will be a “learning experience” for Malaysia against the Gunners as they prepare for the second round World Cup qualifying matches against Singapore.

“We are not like Arsenal signing new players. But we...my players and me... are very excited playing Arsenal. This match and the one against Liverpool (July 16) will allow me to assess my players. Arsenal are an offensive and entertaining team. I hope my players will be able to dish out the same,” said Rajagobal.

“It will be a learning experience for us and where we can take advantage we will have to take them.”

First choice goalkeeper Khairul Fahmi Che Mat has recovered from his shoulder injury while striker Safee Sali is still out.

Meanwhile, tickets priced at RM58, RM68, RM108 and RM108 and RM388 (limited) can be bought through www.ticketpro.com.my or call 03-78807999.

Monday, July 11, 2011

20 tahun sudah berlalu

Al-Fatihah buat Allahyarham Mokhtar Dahari, sudah 20 tahun pemergian mu ditangisi. Baca di sini dan di sini.

Happy birthday Datuk K

Shortly after Malaysia lifted the AFF Suzuki Cup, I had little option but to call K. Rajagobal. I was thinking of writing a question and answer with him for Rembat Kosmo! in addition to inviting him for Astro Arena's Kafe Sukan.


Sentuhan emas maha Raja...loosely translated, King Midas' touch. With Raja, each telephone call or a meeting in the flesh would elicit a cynical remark from him. He would first lambast you, reminding you of the stuff you have commented or written before. He has this knack of remembering every single word uttered by yours truly on the national team. Read here. This before Raja was bestowed with a Federal Datukship.


Raja does not like to give interviews on TV besides the normal news interviews...he has done only three studio interviews after winning the AFF Cup, once with Siti Nurhaliza, twice on Kafe Sukan...thanks Datuk K!

In my conversation with Raja, among other things that I did not write was this:

Raja: Hey Rizal, you know when's my birthday?

LC: "Hmmm...cannot remember la coach...

Raja: July 10...

LC: Ah, ok...

Raja: Who else celebrate his birthday on that date?

LC: Wah trick question ah coach...ok you hold on...let me see...

Raja: Quick la...

LC: Must be someone prominent...wait ah...ah Tun Dr Mahathir Mohamad! He has two birthdays Dec 20 and July 10...

Raja: Aha, so those born that date are natural born leaders...

LC: Eh ya la coach...you are correct la I guess...


So Datuk K and Tun M share the same birthday...

Wednesday, July 6, 2011

Apa cerita Yakeb?

Benarkah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bergolak?

Tidak lama dulu aku dedahkan penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor, letak jawatan. Baca Rosmah quits Yakeb. Bila aku tanya dalam program Kafe Sukan secara langsung di sini, pengerusi eksekutif Yakeb, Mumtaz Jaffar, kata "saya suruh GM saya buat press statement..." tapi tak de pun press statement pun...Baru-baru ini pengurus besarnya, Md Razib Md Shah (gambar bawah), pula meletak jawatan.


Apa cerita sebenarnya? Walaupun ada yang mempertikaikan motif aku menulis pasal Yakeb ni, pada aku simple - sesiapa saja yang memimpin organisasi yang ada kaitan sukan dan atlet/bekas atlet haruslah telus, jujur, ikhlas dan berlapang dada. Terutama bagi organisasi yang dapat sumbangan orang ramai, tak kira syarikat besar atau bintang Bollywood. Tapi jumlah insan yang ada ciri-ciri ini adalah minoriti di zaman fitnah Dajjal berleluasa.

Antara kegiatan Yakeb hebat. Misalnya pelancarannya di sini dan penanaman tembikai emas di sini. Ada pulak Koperasi Atlet Malaysia Berhad yang bekerjasama dengan Iris Corporation untuk tanam tembikai di sini.

Benarkah Khalid Ali (gambar bawah, kiri, zaman dia baik dengan aku) bakal menggantikan Razib?


Tak lama lagi Yakeb buat mesyuarat agung...pengerusi eksekutif (khabarnya eksekutif tak wujud, tapi diwujudkan) baru akan dilantik khabarnya...bergantung kepada Pak Menteri...antara nama-nama disebut mengambil alih daripada Mumtaz ialah Datuk Malek Noor dan Khalid...atau Mumtaz dikekalkan untuk jadi pengerusi tetap macam Pengerusi Tetap Umno...

Sunday, July 3, 2011

Kita tak mau Ben Williams...

Alhamdulillah, lega rasanya...kita terikat 4-4 secara agregat dengan Taiwan selepas tewas 3-2 di Taipei tapi mengesahkan tiket ke pusingan kedua pra-Piala Dunia atas dasar dua gol di tempat lawan, bagi mengesah tiket menentang pasukan tanah air saudara-mara aku - Singapura, yang juga musuh ketat kita dalam bola sepak.

YANG MENARIK:

Dua gol bertaraf dunia beb...sepakan percuma jarak jauh Aidil Zafuan Abdul Radzak, disusuli sepakan lencong Safiq Rahim...kalau 10 tahun dulu, aku dah melompat-lompat...tapi dah umur macam ni, duduk senyum cukuplah...dok teringat buat liputan safiq dan aidil masa umur diaorang 17 tahun...

Beberapa hantaran kemas di penjuru...tengah dan build-up play yang menarik tetapi secara sporadic...

Prestasi Sharbinee Allawee Ramli...macam Sukan SEA 2009...

Aku rasa Abdul Hadi Yahaya boleh isi kekosongan Safee Sali...dia kurang experience aje.

YANG TAK MENARIK:

Kealpaan benteng, kesilapan kecil boleh bawa bencana. Mahalli Jasuli, Aidil kena lebih fokus. Dalam game genting, kalau boleh kena elak hadiahkan penalti kepada lawan.

Prestasi Vu Minh Tri, pengadil masa Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF, sedikit boleh dipertikaikan. Kekalahan 3-2 kepada Taiwan adalah kekalahan pertama pasukan negara sejak tewas di Jakarta...pengadil pun sama, secara kebetulan agaknya...Tiga penalti dalam satu game? aduh...

S. Kunanlan, alangkah sempurnanya anda jika anda boleh penetrate sayap kiri lalu buat umpanan lintang...coach Datuk K. Rajagobal nampaknya gemar Kunanlan, Baddrol Bakhtiar dan Ashaari Samsuddin di penjuru kiri...Fakri Saarani dan Amirulhadi Zainal pun boleh main sayap kiri...tapi tak salah kalau Raja pertimbang senaraikan seorang natural left-footer untuk bagi dimensi berbeza di sebelah kiri, macam Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar di bahagian benteng...betul Azmi Muslim cedera tapi tak salah kalau pertimbangkan Nurul Azwan Roya...bekas pemain Bawah 17 kebangsaan bawah Zainal Abidin Hassan dulu...coach Raja bersikap terbuka, sebab itu dia panggil Hadi dan Helmi Remeli yang diberi cap pertama pada usia 26 tahun...mungkin boleh bagi chance dekat Nurul Azwan...

Perlu atau tidak seorang pemain pertahanan membuat terpaan sekitar kawasan penalti sendiri hingga membuka ruang penyerang gelecek dan mendedahkan penjaga gol kepada situasi satu lawan satu?

Apapun kita harus ucap tahniah kepada Rajagobal, Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas dan semua pemain...yang penting kita layak. Tapi hujung bulan ni lawan Singapura...pada pra-Piala Dunia 1977, Malaysia tewas kepada Singapura apabila Mohammad Noh menyempurnakan penalti menewaskan R. Arumugam pada minit ke-32...apabila Quah Kim Song jatuh diterpa Yahya Jusoh (mengikut perencanaan jurulatih Singapura, Choo Seng Quee agar cari penalti)...Malaysia dibimbing M. Kuppan zaman tu...

Untuk rekod, kesebelasan Malaysia itu jam:

R. Arumugam, D. Devandran, Yahya Jusoh, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Wong Choon Wah, Yip Chee Keong, Abdullah Ali, Isa Bakar, James Wong...masa tu arwah Mokhtar Dahari injured, terlantar di hospital akibat pembedahan lutut, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melawat arwah di hospital

Singapura pulak: Eric Paine, Hasli Ibrahim, Syed Mutalib, Robert Sim, Samad Allapitchay, Zainal Abidin Manan, M. Kumar, Dollah "Gelek King" Kassim, S Rajagopal, Quah Kim Song, Mohammad Noh.

Mohammad Noh ni dulu stylo...ramai peminat...pendiam tapi di padang, elegant...digelar Allan Clarke Singapura..sampai Rahimah Rahim buat lagu untuk dia - Bintang Sukanku...syok dengar lagu tu



Singapore's poster boy, Mohammad Noh...before Fandi Ahmad took over the mantle


Jangan AFC lantik Ben Williams atau Minh Tri jadi pengadil sudah...

Yang lain kita serahkan kepada Rajagobal dan penolong-penolongnya...mereka lebih arif dan pakar...

p/s Coach Raja, happy birthday in advance!