Thursday, April 28, 2011

Kafe Sukan "live" di Lagenda17

Apabila Slamet bagitahu Kafe Sukan live kali pertama di restoran Lagenda17 milik Zainal Abidin Hassan, perasaan aku bercampur baur. Boleh atau tidak live ini? Siapakah audiensnya?



Artikel Utusan Malaysia mengenai Mumtaz Begum Abdul Jaffar yang dipelawa khas ke Kafe Sukan oleh Zainal



Cikgu Rasu Maniam, nama sebenar R. Supramaniam...digelar Cobra di kalangan penggiat olahraga...hampir 10 tahun aku duduk berbincang mengenai olahraga dan hala tujunya di mejanya selaku pegawai olahraga...dia hafal rekod kebangsaan....



Live di Lagenda17 bersama Akbar, Zainal, Rajagobal dan Safee...


Akbar dapat makan free tajaan Zainal


Rajagobal berbincang mengenai prospek pasukan negara pada pra-Piala Dunia


Apabila Rajagobal menyindir aku dengan berkata Rizal lebih bagus daripada Alex Ferguson, Safee dan aku sekadar senyum manakala Khalid Ali dan Dollah Salleh bertepuk tangan


Body language Mumtaz tension sepanjang masa...masa dia nampak aku, dia cakap: "You don't simply ask questions ah, I will walk out...I came here invited by Zainal..."


Dia kata MSN tidak ada perlindungan insurans...dia juga jemput aku jadi pengarah Yakeb, eh aku cakap PRO Yakeb kan ada...Bila aku tanya benarkah penaung Yakeb Rosmah tarik diri, tak mau jawab pulak...


Bionic Girl jawab balik, ada insurans berkelompok...dan sekiranya berlaku kematian RM100,000 untuk keluarga atlit

Kumpulan panel pertama merangkumi Rajagobal, Zainal dan Safee.

Rajagobal - aku bincang dengan Datuk Azzuddin Ahmad, Datuk Dell Akbar Khan dan Datuk Yap Nyim Keong mengenai kemungkinan dia dilantik menerajui pasukan Bawah 20 tahun, kurang dua minggu daripada pusingan akhir Kejohanan Remaja Asia...Azzuddin buat laporan Jorvan Vieira tidak dapat kenal pasti teras kesebelasannya...aku terus terang kata Rajagobal kan ada...lantik dia lah...Oh di manakah PRO Yakeb ketika itu?

Zainal Abidin - aku tahu dia pulau TV3 dan Berita Harian Kuantan satu ketika dahulu...aku di kalangan penonton ketika dia mewakili Bawah 19 Malaysia di Stadium Merdeka pada 1979...juga aku buat liputan dia di Kuantan 1994, 1995...dia selaku jurulatih Bawah 17 tahun pada 2001...juga penolong Allan Harris satu ketika...di manakah PRO Yakeb ketika itu?

Safee - aku meliput penampilannya untuk pasukan Bawah 21 tahun Rajagobal pada 2003, juga mengingatkan dia hantaran tepatnya kepada Akmal Rizal Rakhli membolehkan penyerang itu menyamakan kedudukan dengan China pada saingan pra-Olimpik di Wuhan pada 2004, serta terkenang jaringan hebatnya sepanjang kempen Piala Antara Benua di Stadium KL, Cheras pada 2008, masa itu aku jaga media...di manakah PRO Yakeb ketika itu?

Kumpulan panel kedua - Mumtaz Jaffar, Rashid Sidek dan Zaiton Othman

Mumtaz - mintak aku tulis pasal anak Rosmah Mansor Ashman yang main bola di Sweden untuk Garden International School...kukenali sejak awal 90-an, husbandnya Dom Amy Hussain aktif dalam Majlis Sukan Bank-bank Malaysia serta orang kuat kejohanan olahraga antara bank...apabila Daniel St Hilaire dipecat selepas Sukan SEA di Jakarta 1997, anak didiknya Watson Nyambek diberikan kepada Mumtaz...Mumtaz catat 11.84 saat untuk mengutip pingat emas Sukan SEA di Manila pada 1981. Pernah offer aku sama-sama tubuhkan kelab olahraga...kemudian pada 2009 lantik aku jadi penulis biografi untuk Yakeb...di manakah PRO Yakeb ketika itu? Juga baca di sini

Rashid - sama-sama dengan aku terperangkap dalam bilik persalinan di Istora Senayan selepas Malaysia tewas kepada Indonesia pada final Piala Thomas 1994. Juga aku di stadium ketika Rashid memenangi mata pertama menewaskan Ardy Wiranata final Piala Thomas 1992. Juga ketika dia meninggalkan BAM untuk menyertai Nusa Mahsuri pada 1994, aku buat liputan bersama Norbakti Alias...

Zaiton - aku lihat Kak Ton, ketika itu pakar psikologi MSN, menangisi pemergian Rabia Abdul Salam, pelari 400m di Hospital Kajang Februari 1994...aku turut mengalirkan air mata...jika Mumtaz anak didik Nashatar Singh, Zaiton berguru dengan C. Ramanathan...

So bila aku tulis Rosmah Mansor tarik diri sebagai Penaung Yakeb, mesti ada problem babe...

Bezanya PRO Yakeb dengan aku, aku tulis fakta...dia tulis SMS daripada seseorang yang tidak dikenali membelasah aku...

Kononnya aku kena bahan oleh atlit dan kena buli, walhal semua orang tahu apabila Rizal Hashim tunjuk muka di trek, semua nak lari...tanyalah Nur Herman Majid, Zaki Sadri...ketika mereka mengadu elaun tak cukup, aku tulis dalam akhbar..selalu aku kena marah dengan Datuk Wira Mazlan Ahmad dan Datuk Khalid Yunus...tapi kena marah pun sampai sekarang aku berkawan kerana kita ambil positif teguran dan tidak ego...sebab itu blog aku pun aku bagi orang komen....tak de masa aku nak komen sendiri...

Pernah aku belasah Jorg Teichmann suruh dia balik Jerman masa dia coach Loo Kum Zee...pasal ada sedikit salah faham...

Apapun Kafe Sukan live buat julung kali satu sukses pada aku...tahniah krew penerbitan,,,

13 comments:

Tengku Firmino said...

Terbaik bro Rizal..keep it up!! YNWA..

Hakim Amir said...

good show! keep it up Rizal & also kudos to Kafe Arena's team ...

was just thinking, dah lama tak nampak both Zaiton, Mumtaz & Norsham Yon together in same screen ... still teringat their mastery on track & field for the country alongside the likes of Saik Oik Chum, V Angamah, Marina Chin etc...

Rise up again, Malaysia's Track & Field team!

Unknown said...

..salam lc..tend to agree with an anon who said, take no prisoners..:) heheh..and may God be with you always...

Anonymous said...

thanks rizal hashim...dari budak baju biru dalam gambar....hehe

Anonymous said...

awak tak boleh pakai

Nik Zulkhairi said...

salam en rizal.
saya nak komen sikit. tapi tak berkaitan dgn entri di atas. saya nak komen pasal pengulas bola astro arena game mlm tadi antara ter vs sel, iaitu hj zainal a. rawop dan azlan johar. kalau en rizal tengok dekat wall fb astro arena mlm td, rata2 komen berkisar tentang cara ulasan mereka berdua yang berat sebelah,lebih condong kepada pasukan selangor, terutamanya azlan. saya seolah2 malam tadi mendengar ulasan dari 2 orang penyokong selangor yang berada di stadium. selain dari itu, sepanjang masa ulasan itu mereka lebih berminat untuk mengkritik dan 'mengajar' pasukan yang bermain bagaimana cara sepatutnya mereka bermain. boleh dikatakan mutu ulasan mereka agak rendah dan kurang profesional.
harapan saya, jika en rizal berjumpa dengan mereka berdua, tolong sampaikan mesej ini dan minta mereka perbaiki lagi kekurangan ini supaya tidak berulang di masa depan. btw, hj zainal masih lagi pengulas sukan terbaik di malaysia.

Anonymous said...

Pergghhhh....yg tuan punya blog yang post sms bekas atlet tu,..cari nahas lah post kat blog dia..
kan dah malu,..patut belajar dari otai2 reporter sport yang lain,..apa salahnya duk jumpa Rizal if nak penjelasan..
anyway,..nice reply la bro..hehehehehe

Ahmad Khawari Isa said...

Bro Rizal,

Aku salute hang. Dari dulu aku kenal, sejak lebih 20 tahun, hang tetap sama.

Teruskan bro! Aku sentiasa jadi rakan menyokong!

Anonymous said...

bagus pnyer ayat...fakta suma..mana pncacai rizal yg xpueh ati...ckp la lg..sdp tunggu rizal balas dgn fakta..terbaik bro..

Anonymous said...

Salam,
en.rH....teruskn usaha anda utk membuka minda2 mereka yg sempit itu....yg si luncai tu pn satu, pg post kt blog wtpe sms tu....silap2 dia pn terlibat....dia wt mcm tu sb nk org ramai masuk blok dia....poyo la....aku xsuka kt budak tu....dia ckp bkan utk lagakn, tepi knape post kt blog....kan kantoi tu....org rtm jer yg ramai masuk blog dia.....minda yg trtutup....
all the best bro rizal....ramai support u....keep good work....

Lagenda Psp said...

Bro, apasal tak jemput Harish Deol. Pasti panas. Hehe

AIMAN said...

RIZAl HASHIM, TAK PUAS HATI CAKAP DEPAN2, APA KO INGAT KO SORANG BOLEH TULIS BERDASARKAN FAKTA?? AKU PUN BLAJA ILMU KEWARTAWANAN LA WEI, APA KO INGAT AKU SAJA MAIN PETIK? KO INGAT AKU TULIS NOT BASED ON FAKTA? AKU NGN KO TAKDE MASALAH, AKU NGN YAKEB KEJE MAKAN GAJI, HAL LAIN AKU TAKDE KENA MENGENA. AKU BUKANNYA TAK TAHU KO NGN DMJ DA LAMA TAK NGAM TAPI AKU TAK NAK AMBIK TAHU PASAL TU. BUKAN URUSAN AKU. RIZAL, KO JANGAN INGAT AKU TAK TAHU TUJUAN KO WAT ENTRY ROSMAH QUIT YAKEB, AND DARI MANA KO DAPAT INFO. AGAIN, AKU NGN KO TAKDA MASALAH. KEPADA PENGHANTAR KOMEN :

Pergghhhh....yg tuan punya blog yang post sms bekas atlet tu,..cari nahas lah post kat blog dia..
kan dah malu,..patut belajar dari otai2 reporter sport yang lain,..apa salahnya duk jumpa Rizal if nak penjelasan..
anyway,..nice reply la bro..hehehehehe

ERM, SAUDARA, BOLEH JELASKAN APA YG DAH MALU? APA YG CARI NAHAS? AWAK ADA MASALAH NGN SAYA KE? SAYA PUN NAK TANYA RIZAL SEBAGAI ORG PENGALAMAN 20 TAHUN, KENAPA WAT ENTRY LAIN, KOMEN YG MASUK LAIN. KALU BETUL PANDAI NAPE TAK PERGI YAKEB DAPATKAN PENJELASAN GM? KATA OTAI?

MANAKALA PENGHANTAR KOMEN :

Salam,
en.rH....teruskn usaha anda utk membuka minda2 mereka yg sempit itu....yg si luncai tu pn satu, pg post kt blog wtpe sms tu....silap2 dia pn terlibat....dia wt mcm tu sb nk org ramai masuk blok dia....poyo la....aku xsuka kt budak tu....dia ckp bkan utk lagakn, tepi knape post kt blog....kan kantoi tu....org rtm jer yg ramai masuk blog dia.....minda yg trtutup....
all the best bro rizal....ramai support u....keep good work....

AKU KAT TANAH SUCI MEKAH, AKU DOAKAN APA YG KO CAKAP KENA KAT KO BALIK. YES MINDA SEMPIT, POYO, KO TAK SUKA AKU, SO APA AKU HERAN? ADA AKU KESAH? KO KENAL AKU BERAPA LAMA? KO PERNAH BERCAKAP DENGAN AKU?KALAU BERANI TULISLAH NAMA, TAK PAYAHLA BRSELINDUNG DGN ANONYMOUS. KALAU RAMAI YG MASUK BLOG AKU ORG RTM, SO KENAPA?MAKSUDNYA KO NAK CAKAP ORG YG MASUK BLOG RIZAL NI ORG ARENA JER? CAKAP GUNA AKAL LA WEI, KO TAK PUAS HATI, JOM JUMPA AKU FACE TO FACE CAKAP APA KO TAK PUAS ATI, APA SUSAH? AKU MENULIS PASAL BEKAS ATLET, PASAL SUKAN, HANYA SATU JER ENTRY AKU PASAL RIZAL HASHIM. KENAPA KO ADA MASALAH KALAU RAMAI ORANG MASUK BLOG AKU? SEBELUM NASIHAT KAT ORANG CERMIN MUKA SENDIRI DULU.

wahid kasim said...

aiman merupakan seorang wartawan yang menulis berdasarkan fakta,beberapa kali saya jemput dia dalam program bual bicara terbitan saya walau pun saya di kutuk kerana menjemput seorang wartawan junior.bagi saya beliau boleh bercakap dengan fakta dan komen yang menarik.

charo me