Tuesday, December 14, 2010

Cara meniup semangat dan menarik penonton ke stadium

Aku dah banyak kali menulis mengenai cara meniup semangat kepada pasukan kebangsaan selain menarik minat penyokong ke stadium sejak pulang dari membuat liputan pra-Piala Asia di Manama, Bahrain pada 2003. Jawapannya - siarkan kompilasi gol pasukan kebangsaan beberapa tahun kebelakangan pada waktu puncak...aku faham, stesen televisyen terikat dengan hak siaran...tapi apa salahnya korek dekat arkib dan  siarkan semula gol-gol yang budak K. Rajagobal, B. Sathianathan dan Norizan Bakar sempurnakan...ini dilakukan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) yang menganjurkan makan malam dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Sabtu lalu. Pemain tengok pun tentu semangat...kalau ambil dari youtube mudah saja...selamat berjuang kepada Rajagobal dan anak buahnya menjelang separuh akhir pertama Piala AFF esok.








8 comments:

Anonymous said...

Pemain - pemain kita ni suka meletakkan 'pressure' pada diri sendiri. Nak monang,...nak sangat monang sampai lupa diri lupa strategi. Lawan Vietnam ni bukan game terakhir, sobab Sabtu 18hb nanti nak kena lawan laie kek sana...Vietnam ni kaki temberang & kita musti bijak. Contohi Filipina yang monang 2 - 0 kek Hanoi..main cukup mudah, peduli apa dengan 'beutiful game' yang ponting Filipina skor 2 gol & tak dibolosi. So masa lawan Vietnam ni poie cari gol dan bekalan yang selesa dan jangan bagi Vietnam skor. Den tengok 'back-line' Malaysia ni goyah. Tak tau la apa yang si Muslim, Fadhli, Faizal, Mahali & the geng buek kek Slovakia tu. Langsung tak de ketenangan, macam baru main bola peringkat a/bangsa. Laie kalau budak S'gor, Asarudin main bek kiri, bolos memanjang..Elok laie budak Kodah, anak Si Abu tu, koras ckit. Bahagian tongah kreatif la ckit jangan kaku semacam. Sama juga la diharapkan kek strikas kita tu Mat Yo, Amri & Safee kalau main. Power la ckit..Apa pun Den doakan M'sia boleh kalahkan VietCong ni w'pun den x sompek nak poie tengok kek Stadiummm. Jgn lupa pakai jersi biru..ada tuah

XABI ALONSO
LARKIN

Tengku Firmino said...

Dat the best line-up we had these term.without so many first team player who was injured just before tournament, kita sebenarnya boleh memberikan sedikit kredit kepada pemain dan jurulatih kerana layak kepusingan separuh akhir dengan menyingkirkan pesukan pilihan Thailand dan pasukan yg sedang meningkat naik LAOS.Berkekalkan jurulatih tempatan, kita berupaya menyaingi pasukan2 bimbingan jurulatih luar.Tahniah pada semua pemain dan jurulatih..Sebenarnya sudah lama saya impikan supporters2 diluar sana yg sebelum ini dingin terhadap perkembangan skuad negara lebih2 lagi selepas kejohanan Piala Asia 2007..kepada pemain2, berjuanglah habis2an kerana biar kita kalah dengan bermaruah..adat pertandingan.namun jauh disudut hati saya, tersimpan satu ruang kepercayaan bahawa skuad yang kita ada berada dilandasan yang betul..

malaysia Boleh!!!

http://tengkusidek.blogspot.com

Berita Sukan terkini said...

semangat yang inilah yang kita mahukan... yehaa

Anonymous said...

Salam Sdr Rizal..saya amat menyokong cadangan awak agar klip2 gol2 penting pasukan kebangsaan disiarkan dalam tv..tak kisahlah tahun bila. Terutama sekali game M'sia vs Korea, Pre-Olympic 1980 di mana kita menang 3-0 (preliminary) dan 2-1 (final). Di harap FAM, RTM dan Astro Arena dapat menyiarkannya dalam slot 'break' berita Nasional atau dalam slot iklan. For the good of our national team..apa salahnya belanja lebih sikit untuk promosi pasukan Harimau Malaya kita. Betul cakap awak tu, setelah menonton clip 'you tube' yang awak upload terutama selepas tgk gol2 menarik M'sia v Myanmar, naik bulu roma dan ianya benar2 sebagai peniup semangat apatah lagi di kala kita akan mengharungi perlawanan malam ni. selepas nonton klip awaklah, saya terus beli tiket pagi ni utk nonton 'live' di Std Bukit Jalil. Harap sdr Rizal dpt panjangkan cdgn sdr yang bernas ini kpd pihak2 yang bertanggungjawab. Confirm malam ni kita pakai jersi biru.....

Die Hard fan of HARIMAU MALAYA

Anonymous said...

bahkan semasa blaja dimesir suatu ketika dahulu..stesen tv disana akan mengulang kejayaan dlm sukan dicapai trutamanya bolasepak brulang2 kali..kadang2 kita sbg org luar naik muak..tp utk rakyat mereka ini adalah kebanggaan..
walaubgaimn pn syabas buat pihak astro arena yg akhir2 ini kerap menayangkn aksi2 kejayaan sukan malaysia..harap tuan rizal sndiri cuba pnjngkan cdgn ni pd stesen2 lain..apa pn syukur malaysia menang...

ayie4630 said...

betul 2...sbnarnya bnda mcm ni yg ptt dktgahkan utk pastikan pnyokong kita trus mnyerbu stadium...bila tgk bnd cam ni diorang akn brsmangt utk ke stadium...mslhnyer tv kita ni xmnt kuarkan bnd2 cam ni..lau ade pon time2 trdsak jer..

Anonymous said...

keeper : v arumugam, rashid hassan

back : chin aun, santokh,
jamal nasir,

midfield : abdah alif, khalid shahadan, nasir yusof,

striker : james wong, hassan sani, mokhtar dahari

Anonymous said...

Salam sdr Rizal..akhirnya selepas 14 tahun kita berjaya ke final. Dari sambutan yg diberikan mlm tdi dan dalam berita2 surat khabar pgi tdi..sahlah penyokong bolasepak kita dah mula kembali. Malah pujian juga pada YAB PM yg sama2 duduk bersila di Bukit Bintang mlm tdi bersama ratusan peminat. Inilah semangat 1Malaysia. Tak silap sya..final di bkt jalil ialah pd hari Ahad depan (26 Dis). Bagi meramaikan lagi peminat ke stadium sya ingin mencadangkan yg berikut: 1) FAM 'out source' jualan tiket tersebut di tempat2 yg berdekatan dan mudah dikunjungi seperti, Pavilion, KLCC atau Std Merdeka sendiri. Ini akan
menarik lebih ramai org membelinya kerana lokasinya yg dekat dgn penonton. ini telah dilakukan dgn jayanya menarik pembelian tiket yg tinggi apabila tiket2 Msia v Chelsea dan vs Man Utd dijual ditmpt2 yg sedemikian. 2) FAM bekerjasama dgn sponsor, atau DBKL siarkan 'live' perlawanan 'away' dan 'home' di tempat public spti Dataran Merdeka atau Jalan Bkt Bintang. Jika dulu perkara yg sama boleh dibuat utk world cup final, apa salahnya bila ianya melibatkan negara kita sendiri apatah lagi kita jarang bertanding dlm final yg besar spti ini. Harap sdr Rizal dpt memanjangkan cadangan (jika dikira baik)ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Ayuh kita penuhkan Std Bkt Jalil dgn lautan warna biru, merah, putih, kuning & hitam. HARIMAU MALAYA kembali mengaum!!!