Tuesday, July 26, 2011

Nostalgia lawan Singapura

Sejak kecil aku menonton perlawanan bola sepak di Stadium Merdeka...arwah bapak aku beratur beli tiket, biasanya grandstand...parking pun itu jam boleh selit-selit kat depan grandstand tu...tidak sangka aku jadi wartawan sukan, kemudian menulis bola sepak pulak tu...antara kenangan aku meliput pra-Olimpik di Singapura...Jun 1995...

Bujang, muda, kurus...enjoy la duduk di Hyatt Johor Bahru, duduk dengan team Claude Le Roy...pergi ke Singapura pun naik bas, ditemani PR Hyatt itu jam (member suratkhabar dulu) yang belanja makan Japanese food kat hotel dia...

Training kat Padang Sri Gelam, depan hotel aje...tapi kawalan keselamatan cukup ketat...ini kerana itu jam zaman rasuah...aku pun tak tahu budak-budak ambik ke tidak...cakap dengan kita tak ambik, tapi polis tanya ngaku ambik...aku pun sama antara yang tertipu...tapi diaorang cakap zaman 70-an lagi ramai pelakon pemenang anugerah Oscar...

Team pra-Olimpik 1995 cukup dekat di hatiku. Beza umur pun tak banyak...pulak tu aku jual nama pemain Perancis diaorang pun terlopong ternganga hahahaha...coach Claude pun segan dengan aku pasal aku selalu discuss dengan dia bukan saja team tactics team dia, bahkan tactics team Perancis yang tak layak ke Piala Dunia pun aku boleh sembang...

Bila dah baik dengan player, coach dan team, harapan kita besar sebenarnya...kita mengharapkan sesuatu untuk dibanggakan...awal bulan Jun itu, aku mengiringi team ke Perancis untuk bertanding dalam Kejohanan Remaja Toulon, melihat sendiri bagaimana Azrul Amri Burhan membuli team England yang ada Phil Neville dan David Beckham sebelum dia diterjah di lutut menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan, sejak itu Azrul Amri bukan Azrul Amri lagi...

Jadi Claude dan penolongnya Irfan Bakti Abu Salim pening menyeberangi Tambak Johor...playmaker yang lebih hebat daripada Safiq Rahim tak de...tiada juga Jawahir Saliman, yang enjin lebih besar daripada S. Kunanlan tapi skil macam Amar Rohidan...pulak tu kecoh kes rasuah...mana-mana team pergi, ada pegawai keselamatan...

Game tu Malaysia control tapi Singapura ada the Fat Man - Lee Man Hon. Kaki kirinya macam Angel di Maria, badan macam Marko Kraljevic...dua golnya meleburkan harapan Claude dan teamnya...ah pusingan timbal balik di Stadium Merdeka...

Itu jam penjaga gol Azmin Azram Aziz, defence Hasnizam Uzir bek kanan, Faizal Zainal bek kiri, Raizuwah Idris stopper, Nazaruddin Zain sweeper, Idris Karim defensive midfielder, Ahmad Shaharuddin Rosdi playmaker, right flanker M. Chandran lebih laju daripada Kunanlan, left flanker Ching Hong Aik dan arwah Shadan Zahari serta Rusdi Suparman twin strikers...


Berdiri dari belakang, Chandran, Shah, Naza, Am, Rusdi, Faizal. Depan dari kiri Raizuwah, Shadan (bukan Shahdan), Idris, Hasnizam dan Ching...gambar aku cilok daripada blog aku bekas player

Singgahlah blognya...kerana tidak ramai pemain bola sepak yang ada memori kuat...aku selalu tanya legenda-legenda kita apa jadi masa tu, itu jam apa u bikin, woi sudah lupa la mana mau ingat...habis macam mana nak ajar generasi akan datang...?

Apapun aku dah biasa kecewa dengan team bola kita...jadi Khamis ni kecewa lagi tak de hal...

35 comments:

yusaini_yn said...

last sentence entry u, why u are so negative?

win or lose is part and parcel of the game.

saw u on arena.

1st, FAM dengan izin ( thumbs up and please keep up more killer questions to organinasi gelap mcm FAM!)

saw u on " Kafe Sukan" too..

have faith in the boys,
ada turun naik nya, if they fail to deliver why must we bombard them..

have faith in the coach and the boys and stand by our colours,

diorang dah cukup demoralized dgn match2 "bodo" menentang team2 EPL.

we still have long way to go.

and bringing old memories/fail products like zamani e.g is not the answer..

ZLATANERA x said...

saya sekeras-kerasnya tidak mahu player seperti Fakri Saarani, Asrarudin Putra. Jangan buat kesilapan menurunkan pemain yang tiada pengalaman di perlawanan yang amat penting ini seperti Helmi Rameli (Vs Taiwan) & Ismail Faruqi (Vs Singapore)..

http://simple-mzs.blogspot.com/

daLyaanoon said...

kita kena ingat, ini adalah Malaysia.

ilham amal said...

dawai koko+ - i don't think Bro Rizal is so negative/ raise white flag .

What he meant actually dia dan mostly kita dibesarkan dalam era kekalahan demi kekalahan .

yes win or lose is part of the game . But when we lose with 2 goals margin in the away leg, we should blame diri kita sendiri .It's not easy to gain 2 goal margin when i believe Singapore will come to Bukit jalil as what Rajagobal's team did for the second leg in the semis's against Vietnam , and final against Indonesia -Find early goal to shut our hope then defensive gila2.
An uphill task , but with spirit of Malaysia Boleh . anything can happen.

Anonymous said...

bro rizal, bukan ke azrul amri burhan tu dulu selangor nak beli dari KL dengan harga satu juta? betulkan aku kalau ssilap. kecoh jugak masa tu.

khairul aime

Anonymous said...

yg penting fitness pemain...slalo kalo game smpai minit 70 player kite dah lmah kcuali beberape pemain...btol k tiket dah sold out???

ilham amal said...

slam.
mr Dawai koko+ - I don't think bro rizal is try to be negative / raise the white flag.
seperti dia ckp dia dah kecewa for almost 20 years , so mostly kita memang dibesarkan dengan kekalahan demi kekalahan oleh pasukan kebangsaan.
Tapi we should blame diri kita sebab membenarkan lawan membawa bekalan 2 goal walaupun in term of away goal rules kita memang ada bekalan 3 goal. Saya pasti Singapore akan datang ke malaysia sepertimana Malaysia vs Vietnam & Indonesia for second leg masa semi dan final AFF dulu- Find early goal then defence gila2 to shut our hope to get the 2 goals margin. But being a malaysian -Memang kemenangan yang diharapkan.An Uphill task tapi Malaysia Boleh.

rizalmanjohar said...

Rajagopal mesti kekalkan gandingan pertahanan mahali musli fadli dan asaruddin...biarpun mereka masih muda dan dibolosi lima kali semasa menentang singapura tapi mereka kaya dengan pengalaman...cuma kena tingkatkan moral mereka yang sedikit sebanyak turun...saya rasa mereka defend terbaik msia setakat ni...walaupun muda kaya dengan pengalaman...

Anonymous said...

Malaysia Tanah Tumpah Darahku....bro punya last sentence tak berapa sedapla mungkin sebab hang punya sedara ramai kat Singapura so mana team menang pun tadak hal...

Saiful said...

sakam,
saya baru jumpa laman ni, baru jumpa ilve tv astro di internet, dah 4 tahun merantau, hari tu tgk msia lwn sinpore, msia main bagus..tapi lions lagi bagus..bagus dari segi tak begitu gopah..control, passing, first touch tu yg berbeza, winger depa tak laju ..cuma bek kita tak fokus, tak ada direction nak marking mana2 betul2..midfield yg buat bek kita letiih..bola mcm main dgn dinding..bola naik saja..terus sampai bek..sebenarnya midfield yg kena challenge bola tu dulu baru bek boleh organise..
saya rasa coach kena tgk midfield tu sama..
lagi satu nampak player letih..pulun main sgt..dgn arsenal, liverpool, ..kena tahu priority..
saya tak sabar..tunggu game ke2 nanti..siap ambik cuti..
midfield ..midfield is the loophole..
jgn mengalah ..

Saiful said...

sekarang ni tgh tgk live piala presiden..dari perantauan..sama caca merba..passing ..merata2..stopping bola masih lagi ditakuk lama..first touch tu yg ptg dalam bolasepak..
stopping kena rapat rapat dgn kaki ..passing kena tepak dan grounder sellaunya..ni main dlm hujan pun suka main bola jauh..masih long way to go..malaysia ni..

Irwan Mokh said...

Salam bro..teringat balik juga masa tu masih sekolah menengah lagi...tapi langsung tak ingat Rusdi suparman dan idris karim dah main dalam pasukan kebangsaan masa tu...saya ingat mereka berdua ini main untuk pasukan kebangsaan dalam tahun 2000 ke atas jer...!

anyway..di harap bro teruskan usaha bro menjadi seorang lagi pengacara rangcangan sukan yang di segani...

Saya juga berharap kali ini bro tidak terkecewa lagi..dan percayalah setiap usaha pasti ada hasilnya...sesungguhnya selama 10 tahun ini Malaysia telah banyak berusaha dan inilah saat kita "menuai" hasilnya pulak!

hanifthinker said...

tak peduli apa yang akan terjadi aku akan sokong pasukan MALAYSIA

hanifthinker said...

tak kira apa yang akan jadi khamis ni aku tetap sokong PASUKAN MALAYSIA

hanifthinker said...

sapa2 pon nak menang jadi marilah kita ramai2 pergi kt stadium KHAMIS ni PASUKAN MALAYSIA PASUKAN KU

ariffin_bdr baru bangi said...

flank back kita memang slow......mahali dan asrar...tapi itulah yg terbaik yg kita ada. Helmi pun slow, daudsu pun tapi kita ada potential left-back yahya jusuh in-the-making iaitu zubir fahmi yg bersama team olimpik.

goalkeeper apek dgn sharbini lebih kurang je...klu on form kedua2 boleh save penalti cuma apek x de height.

midfielder mmng semenjak choon wah, shukur,abdah, azizul abu hanifah, ahmad sharul x de memang vacuum itu belum terisi lagi tpi beri saya masa sedikit saja lagi shafik, amar rohidah boleh menguasai bolasepak m'sia. shakir masih malu2 bila bermain dgn m'sia. kita belum tap 100% lagi dia punya potential, ismail faruqi ada potential.

striker.....selain safee, kita x ada back-up striker yg membantu saffee seperti isa bakar membantu arwah mokhtar. maybe manaf mamat boleh kot.

kunal atau chanturu kalau boleh gilap lagi dia punya cross, dia punya GPS towards goal...phewwww meletup malam jumaat ni...x caya tengoklah...rizal

sukasukan said...

Salam bro,

Kesian Rizal berpengalaman melihat byk kekecewaan dlm bola sepak negara sblm ini. Mmg betul, everytime kta makin bersemangat tgk team negara kian maju dan ada can nk menang, time tu la jugak dia org bungkam menghampakan kita.

But dlm kes Khamis mlm Jumaat ni, hrp2 dan sama-sama seluruh rakyat Msia berdoa di bulan Syaaban ni, kita menang utk pusingan seterusnya Piala Dunia.

Mmg la aku kerat 10 jari kalu Msia layak main final round World Cup, tp kita by right tak bole kalah dgn Spore...no way.

Kita kalah dgn team lain lps ni tak pe, tpi jgn dgn Spore. So hrp all the players paham, this is yr stage to deliver and this time around, pls do it in style.

p/s: Bro, hang pi std nek lrt lg ke nnt, bole pi sama.

ayamserama said...

bro rizal,

boleh cerita dgn lebih lanjut x pasal piala remaja toulon 95 tu?

mungkin banyak cerita yang lebih menarik boleh di kongsi? macam siapa barisan pemain-pemain malaysia, siapa yang di tentang di peranchis tu, result perlawanan juga...

tentang azrul amri tu memang dia di label pemain rm1 juta dulu, saya start tengok bola masa darjah 3 atau 4 pun azrul time tu dah x berapa tip top dah, injuries punya pasal...

Anonymous said...

SAUDARA RIZAL

SYA SEANGKATAN DGN SAUDRA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BOLASEPAK NEGARA DARI KEMERIAHAN PESTABOLA MERDEKA MELALUI CORONG2 RADIO PADA MASA ITU.MASIH SAYA TERIMGAT KE HARI INI DETIK2 KEJAYAAN SKUAD 1980 SELEPAS ITU TIADA LAGI KEJAYAAN YG BOLEH DIBANGGAKAN SEHINGGA LAH KEJAYAAN PIALA SUZUKI TEMPOH HARI DAN IANYA TELAH MENAIKAN SEMANGAT PEMINAT2 M'SIA SEHINGGAKAN DH RAMAI DRI MEREKA INI DAH BERMINAT MENYARUNG JRSI NEGARA YG SELAMA INI JRSI EPL JDI KEBANGAAN MEREKA. SAUDARA RIZAL KALAU NK IKUTKAN NOSTALGIA MENGENAI S'PURA KALAU DLU SETIAP PEMAIN MEREKA SENTIASA BERMAIN DIBIBIR PEMINAT KT M'SIA NI SEPERTI SAMAD ALLAPTCHAY,FANDI,ARWAH DOLLAH, KANAN (SEKADAR BEBERAPA NAMA).KETIKA ITU SUKAR JUGA KITA NK REWASKAN MEREKA TETAPI KALAU MEREKA BRTEMU S'NGOR MUDAH JE MEREKA DI TEWASKAN. SAUDARA ZAR TOLONG KOMEN LAH SIKIT TENTANG TAJUK NI SAYA MINAT DENGAN KOMEN SAUDARA DAN ULASAN NYA TERUTAMA KT FORMASI.

PEMINAT SUKAN

zeme said...

Salam saudara Rizal,

Saya agak bercanggah sedikit pendapat yang mengatakan kita kalah kepada Singapore disebabkan salah satu faktor kehadiran pemain import dalam pasukan Singapore. Itu adalah alasan yang daif yang jelas menafikan kelemahan kita sendiri sebenarnya.

Harus diingat, sekarang kita bermain dalam kelayakan Piala Dunia dan bukannya kejohanan Liga doemstik. Mentaliti harus ingat sekiranya kita melepasi kelayakan ini dan bakal beraksi dalam kejohanan Piala Dunia kita bakal berdepan lagi banyak pasukan yang dibarisi pemain import atau mudah kata pemain "Mat Salleh". Jadi dakwaan kita kalah kerana Singapore mempunyai pemain import adalah tidak boleh diterima. Kita akui taktikal pasukan negara lemah dan kita tidak mempunyai "key man" berpengalaman menjadi leader bagi setiap posisi untuk mengerakkan pasukan yang jelas lena membuat kesalahan mudah.

Ayuh Harimau Malaya, bangkitlah kerana negara.

Anonymous said...

apabila msia mula membuka jaringan perkara pertama yg player kena lakukan ialah jgn celebrate dulu...kutip bola dari belakang jaring bawa ketengah padang...stay focus tumpukan perhatian untuk cari lebih byk gol...kemudian da score kali kedua pun ulang turutan yg sama, lupakan celebration dulu...pastu gol yg ketiga dan keempat pun sama...bila da gol yg kelima korang nak celebrate sampai x ingat dunia pun korang punya pasal leh....kita mesti wat camni cos striker dapat score sedozen pun kita x tahu berape bijik plak defender kit akan bolos malam esok...anyway harimau akan triumph mlm esok

Anonymous said...

As salam Bro Rizal,

Perjuangan harus di teruskan... harap -harap team organize elok2..sabar n bermotivasi tinngi untuk menang..... InSyaAllah ...it can bring good result for us....Malaysia Boleh....1000x

Anonymous said...

dengan izin bro...

sape sape ade tiket lebih game khamis ni...tdi bratur 1 jam kol 10dah sold out...


lan

Cerita Sendiri said...

The big Q? are we prepare for the disappointment or not. Rizal dah tegar, keep his hope to the minimum and wishes for the highest summit.

Anonymous said...

saya sangat setuju dengan komen salah seorang pembahas di sini. Faktor pemain import pasukan lawan tidak sepatutnya dijadikan alasan.

Sekiranya Malaysia layak untuk ke peringkat seterusnya, pasukan mana yang akan ditemui? Jangan cerita pasukan orang kulit putih, cerita dahulu pasukan dari Asia. Kazhakstan, Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, China, Jepun, Korea Selatan. Adakah pasukan kita boleh menandingi pasukan2 dari Asia ini?

Bukan saya nak compare pasukan Malaysia dengan pasukan handalan dari Asia. Sebenarnya kita boleh! Kita boleh letakkan pasukan negara setaraf dengan pasukan2 tersebut tapi kerja kuat dan lebih sikit.

sepanjang perlawanan yang melibatkan pasukan harimau Malaya ni, secara kasarnya, permainan mereka tidak tersusun. Bermula dengan perlawanan friendly dgn pasukan jemputan EPL hingga ke perlawanan menentang singapura minggu lalu. Kawalan bola tidak kemas. Kadang2 dah macam tengok team Selangor yang main- lambat panas. ketenangan pun kurang serta confident level yang tak begitu baik.

pemain2 kita sebenarnya punya potensi. Kena gilap lebih sikit! Safee Sali rasanya kalau main kat liga Inggeris boleh menyerlah.

Unknown said...

aku juga membesar dgn kegagalan demi kegagalan skuad bolasepak,aku jugak melihat bagaimana bintang2x pujaan rupenye hanya "pelakon" dek kerana duit,suatu ketika aku boikot terus bola sepak malaysia....tiba2x hadir MYTEAM yg membuka mata aku luas2x bahawa sebenarmya kita ade bakat terpendam diluar sana yg gagal di korek oleh persatuan negeri atau kelab, dan ketika itu MYTEAM mencabar skuad RAJAGOBAL yg masih mentah...walau pun MYTEAM kalah dan berkubur dah pun tapi kalau kita lihat sekarang ramai bakat2x dari MYTEAM telah menyerap masuk dalam skuad negara...dan lihat lah sekarang...skuad negara mula bangkit dari lena...dan aku percaya jika cara pencarian bakat seperti MYTEAM di teruskan suatu hari nnt MALAYSIA akan pergi jauh....seperti saudara rizal aku juga selalu dah lihat kegagalan dan di kecewakan skuad negara...tapi aku percaya skuad ini ada masa depan...

Anonymous said...

Saya faham maksud last sentence saudara Rizal,sebagai anak jati Malaysia saya juga turut mahu menyaksikan kegemilanngan pasukan bolasepak negara di persada antarabangsa.Akan tetapi kita harus sedar dan berpijak di bumi yang nyata dimana masih banyak aspek yang perlu dipelajari lagi oleh skuad bolasepak negara kita.At least at this moment every player skuad negara must be perfect/master in basic football like passing and first touch disamping tahap disiplin/stamina harus lagi ditingkatkan bagi mencapai standard professional football player yang sebenar.Akhir kata saya harap saudara Rizal dapat meneruskan perjuangan saudara selaku pengulas sukan negara dengan misi untuk membantu meningkatkan kembali era kegemilangan bolasepak Malaysia.Come on HARIMAU MALAYA- Keep the fighting to the end.

Anonymous said...

semua peminat bolasepak malaysia mengharapkan kemenangan pada 28hb nie..yang ditagih dari pemain ialah pemainan yg berkualiti.jati diri dan kesungguhan ketika berada di padang..kalaulah apek bermain seperti sarbinee tempoh hari yg langsung tidak berusaha menyelamatkan bola itu akan menggundang kemarahan penonton jangan gadaikan maruah negara.di harap semua pemain menunjukkan kesungguhan ketika bermain kerana anda bermain untuk rakyat malaysia yg tak putus2 memberi sokongan.

Anonymous said...

pilih player ikut suka coach @ ikut perform ??? kalau dah bnyk game bolos, defend yang sama, masih ambik utk main lagi??? ya mereka kaya dengan pengalaman, pengalaman memboloskan gawang! harap coach tahu.. percaturannya mempertaruhkan maruaH PUTIH MERAH BIRU KUNING. jgn ikut suka sendiri, tlg dgr pandangan org lain!!!
dah biasa tgk malaysia kalah, aku xnak kali ni kalah lg, sbb sikap yg bodoh sombong!!

Syed Mohamad Naqiyudin said...

mengapa defender teruk sangat....sory to say.....ape yg harus pemain malaysia lakukan adelah jgn melepaskan peluang yg ade dan jgn biarkan pemain singapore menjaringkan gol dgn cara yg mudah......

Anonymous said...

aku xkesah apa jd ngan bolasepak msia lepas nie, yg penting jgn klh ngn singapore mlm ni... jgn..

Anonymous said...

ape pn majulah sukan untok negara masing2.

Anonymous said...

kutuk rabak4 seh,tk baik tau berniat menjatuhkan lwn,skarang sape jatuhkan sape?Allah menilai niat dan hati hamba2 DIA tau...terima kekalahan dgnikhlas bukan kerana itu ini lah beb...

Unknown said...

Nostalgik...Memang...Lagipon Perlawan 28.07.2011 Merupakan Perlawan Classic Bukan..Mesti Seronok Di Tonton..Tapi..Sayangnya Malaysia Tewas Di Tangan Negara Jiran Kita.....

MMS said...

mungkin ini adalah kesilapan datuk k rajagobal . kerana terlalu mencuba pemain2 muda......