Friday, July 22, 2011

Malaysia atau Chelsea yang haru-biru?


Shahrulnizam Mustapa, anggota skuad negara pada Piala Asia 2007, menafikan ruang buat Frank Lampard malam tadi.

Kasihan Pilihan Malaysia, tewas pun akibat gol yang bukan gol...

Apapun aku rasa Norhafiz Zamani Misbah, S. Subramaniam dan Farizal Marlias harus diberi peluang memperkasakan skuad Datuk K. Rajagobal. Benteng kita kurang daya kepemimpinan...tak salah bagi Zamani dan Subra serta Farizal push sikit budak-budak muda team Datuk K.

Chelsea pula aku ternanti-nanti Nicolas Anelka menjaringkan gol ketiganya di bumi Malaysia, selepas berbuat demikian untuk Arsenal pada 1999 dan Chelsea 2008...serta miss penalti untuk skuad Bawah 20 Perancis ketika menentang Uruguay pada suku akhir Piala Dunia Belia 1997...

Syabas kepada Wan Zack Haikal Wan Noor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Irfan Fazail, S. Thamil Arasu kerana berani menggelecek dan tidak takut berdepan jutawan dari Chelsea...

12 comments:

Mr Chot said...

mmg semua yg saudara ckp tue perlu di beri peluang..... farizal pun dh kembali ke pretasi lama beliau terutama masa tahun 2009. subra dan norhafiz pun patut di beri peluang untuk membimbing pemain2 muda2.... smlm andaikan hai-o dan amri x main rasanya game akan lebih rancak mcm penghujung separuh masa kedua.....

Sembang Bola Global said...

Syabas Harimau muda plus senior...korang membanggakan seluruh rakyat Malaysia... Semangat mcm ni perlu sentiasa diterapkan dalam kesemua perlawanan Malaysia.. Harap Skuad Olimpik bakal membuat kejutan pada peringkat kumpulan nanti. Tanah Tumpahnya Darahku.

Anonymous said...

Good game Malaysia..congrats Coach Ong..Happy hunting in Slovakia..

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Kalu ada perlawanan ulangan mesti result takkan sama...

ZLATANERA x said...

Maaf jika saya terlalu pedas membuat kritikan..Nasril Nourdin tidak layak bermain untuk Malaysia..beri pada Farizal..beliau adalah keeper pertama pilihan Datuk Rajagobal sejak mula membimbing Skuad Kebangsaan..

http://simple-mzs.blogspot.com/

Anonymous said...

cuba tengok siapa lineman 1 yang bagi gol kat chelsea, mesti anak buah kamarudin

Anonymous said...

AKU RASA SUBRAMANIAM DAN FARIZAL PATUT DIBERI PELUANG KE SKUAD UTAMA KEBANGSAAN....

Ashraf Norzaimi said...

tahniah skuad pilihan malaysia yang turun menentang chelsea pada malam khamis yang lalu. diharapkan permainan pada malam ini dapat memeri lebih pilihan kepada coach rajagobal untuk memperkuatkan skuad utama harimau malaya.

hafiz, subra, dan farizal patut diberi peluang untuk mewakili negara. manakala pemain-pemain skuad olimpik coach kim swee menunjukkan keberanian dalam pengawalan bola, tackling, speed, dsb.

wlupon, masih byk ruang untuk diperbaiki, tetapi gembira kerana malaysia mempunyai pemain-pemain pelapis yang berwibawa. dengan kesungguhan dan displin yang tinggi, kita mampu untuk melangkah lebih jauh lagi.

malaysia boleh!

Unknown said...

Defense memang solid. Tabik spring kepada Norhafiz Zamani Misbah & Subramaniam, cukup kental ketika menentang Chelsea tempoh hari.

Anonymous said...

harap subra di beri peluang,dan farizal marlias,subra bleh begandingan adil.manakala farizal ptut di beri peluang untuk mengawal gawang malaysia,dengan keadaan penjaga gol skrg dengan aksi yoyo meraka

Anonymous said...

semua pemain harimau muda bawah pimpinan ong kim swee memang mempunnyai keberanian seperti saffe sali...oleh tu...rajagopal jangan buat kacau untuk team ni....biar mereka capai prestasi paling terbaik untuk olimpik....

Anonymous said...

abg rizal,dalam game menentang chelsea,saya x berasa bangga walaupon hanya kalah tipis,..bg saya ball possesion malaysia sgt teruk ,shot on goal kurg,xda gerakan2 yg menarik dilakukan hanya sekali sekala sahaja..cuba lihat BARCELONA..1st,ball possesion yg tnggi ...bila mampu mngawal bola dgn baik dan xdak lose the ball.kita mampu mencipta banyak gerakan dan peluang...dalam game malaysia saya tidak nampak ball possesion..cuma GHAIRAH mahu menyerang kehadapan.