Sunday, July 3, 2011

Nasib pengulas sukan

Kalau kita boleh senaraikan Tan Sri Dr M, Jegathesan, Datuk Soh Chin Aun, Datuk M. Chandran dan Razif-Jalani Sidek sebagai legenda sukan negara, aku percaya Datuk Rahim Razali, Datuk Hasbullah Awang, Amran Hamid, Dzulkarnain Hassan, Aziz Ibrahim, Husin Ibrahim, Abdullah Hasim, Karim Mohammad, Jamaluddin Alias dan Baharin Tahir tersenarai selaku pengulas sukan bertaraf legenda. Ulasan sama ada di televisyen atau radio jadi halwa telinga aku yang membesar pada era sebelum TV3 muncul pada 1984, apa lagi dasar langit terbuka.yang mencetus kewujudan Astro pada 1996..aku selalu tengok Rahim dan Aziz mengacarakan rancangan sukan sambil merujuk kepada majalah Shoot yang sama ada kat tangan aku pada 1970-an dan 1980-an hehehe...


Bersama legenda...dengar cerita Datuk Rahim dibayar lebih RM100,000 sepanjang Piala Dunia 1982...

Generasi susulan melahirkan nama-nama pengulas seperti Sherkawi Jirim, Zainal Abidin Rawop dan Shaukei Kahar...ah, hebat belaka...

Isnin ini Kafe Sukan akan membincangkan cabaran pengulas sukan...

Walaupun mereka idola, mereka juga tidak terlepas daripada kritikan. Apatah lagi zaman moden serba canggih ini yang mengizinkan penonton berinteraksi secara terus menerusi pelbagai media sosial...kalau dulu aku ada perasan beberapa kesilapan sama ada fakta atau cara sebutan, bolehlah tulis kepada pengarang suratkhabar, itupun belum pasti disiarkan sebagai surat pembaca...sekarang anak-anak muda seronok melampiaskan kritikan mereka tanpa batasan...sebagaimana kalau kita tuduh orang besar-besar menyalah guna kuasa, begitu juga kita kadang-kadang menyalah guna kebebasan yang ada dalam dunia siber untuk menulis sesuka hati...

Apapun, aku bersyukur diberi peluang bergaul dengan individu-individu yang dikenang selaku pelukis dan pencorak dunia penyiaran sukan negara. Hendak tahu serba sedikit kisah seorang wartawan penyiaran, baca Rolling Stone


Bersama Datuk Hj Hasbullah...Baca nukilan Tuan Haji Amran Hamid dalam blognya di sini


Sejurus Shaukei dipilih selaku presiden SAM, aku pulak setiausaha agung...tapi Shaukei pasti ingat bagaimana aku kadang-kadang tak setuju dengan Mr Presiden...hah itu bezanya kalau setiausaha dipilih banding dengan dilantik presiden...maaf ya Ji...

Kafe Sukan Isnin ini mempelawa Tuan Haji Shaukei dan Tuan Haji Zainal Abidin untuk membincangkan kerjaya pengulas sukan...dua tokoh ini aku respect (bukan saja sebab bagi aku job) bukan saja kerana kecemerlangan mereka menyinari dunia penyiaran sukan tapi ramai tidak tahu karakter mereka di balik tabir...jika Zainal akan pastikan waktu solat sentiasa berjemaah, Shaukei ada buka kelas Al-Quran...


Hafizal Hamad (kiri) bagi aku peluang masuk RTM pada 2006. Zainal selalu tinggalkan komen dalam blog ini dengan nama ZAR...

28 comments:

1-fa™ said...

Tanpa pengulas sukan, kuranglah kemeriahan sesuatu acara sukan itu.

Thearah11 said...

nama-nama pengulas sukan tersebut tidaklah tlalu asing buat pminat sukan di Malaysia. Dan kemunculan mereka juga memberi nilai tambah buat sesuatu pertandingan dan acara. EPL lebih mudah dimesrai (di Malaysia) berbanding La Liga, antara faktornya mungkin krn pengulas sukan mereka. Apabila 2 saluran memberikan liputan pertandingan yang sama dan penonton boleh memilih. Antara faktor pemilihan ialah PENGULAS SUKAN.

Nor Azan Bin Hj Mat Sarip said...

salam semua,
Bagi sy pengulas sukan adalah individu terpenting dalam sesebuah program sukan terutama yg disiarkan secara langsung. Bagi pengulas, ilmu tentang sesuatu sukan amat penting bagi menyampaikn sesuatu info kepada penonton. Penonton mahukan sebanyak mungkin info yg tepat tentang sesuatu sukan. Sy ambil contoh Dato Hasbullah Awang yg selalu menyebut biodata pemain bila mengulas perlawanan sukan seolah Dato sangat rapat dengan pemain. Langkah Astro juga amat bertepatan bila setiap program sukannya, ada saja bekas2 atlit diundang utk memberi info yg lebih tepat..

Abdullah Yusoff said...

Ada kelab-kelab besar ternama dunia singgah bermain dengan pasukan Malaysia,pastinya pesta sukan bertaraf dunia,padang bertaraf dunia, siaran bertaraf dunia, tapi pengulas malam itu -pada pendapat saya- tidak bertaraf dunia, karismanya biasa biasa sahaja. Ini hampir melumpuhkan nafsu saya untuk menonton. Saya generasi Hasbullah Awang. Pengulas terbaik generasi saya.

Anonymous said...

Menyusun nama dari Rahim Razali ke Hasbullah Awang ke ZAR perkara senang. Cabaran untuk pengulas sukan selepas mereka (di zaman ZAR dan seterusnya) ialah bagaimana memuaskan hati pengguna yang semakin bijak dan berpengetahun di era maklumat dihujung jari ini. Lumrah apabila penonton semakin bijak, mereka juga semakin lapar (hunger for more detailed info.)

Teringat ketika Cikgu Rahman menjadi tetamu satu siaran langsung bola sepak dan membuat komen lebih kurang begini "penjaga gol memainkan peranan menentukan hala (corak)permainan..." Apa maksudnya sampai sekarang saya yang cetek ilmu bola ini tidak tahu. Apa yang mahu saya utarakan ialah pengulas sukan yang bersama Cikgu Rahman ketika itu amat mengecewakan kerana tidak peka mencungkil apa yang dimaksudkan oleh jurulatih hebat ini.

Hari ini, selari dengan munculnya penonton yang semakin bijak, kerja pengulas sukan seharusnya dibantu oleh graphical analysis di kaca TV tetapi nampaknya di sini belum lagi dibuat bersungguh-sungguh. Pihak produksi kenalah melabur dari segi ini dan jangan harapkan pengulas sukan membuat segalanya bermodalkan air liur sahaja.

Azman Ahmad Termizi

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man minat semua....tak kira lama atau baru.
Salah sikit-sikit tu boleh dimaafkan.

Anonymous said...

Salam saudaraku,

Dari mata hati aku, Pengulas Sukan adalah nakhoda kepada audion yang mana ia mambawa mereka (audion) kepada dunia reality dunia sukan. Dengan itu setiap bual bicara Pengulas Sukan amat penting kerana ia dapat memberikan input/pelajaran kepada audion yang menonton sesuatu sukan.

Contoh dalam sukan bolasepak, kalau kita amati bolasepak
adalah merupakan sukan nombor 1 di Malaysia. Mengikut
fakta dan angka penduduk Malaysia seramai 28 juta. Dari
jumlah ini hanya 10% (mungkin) yang meminati sukan
bolasepak. Dalam 10% ini kemungkinan hanya 4% yang
mendapat bimbingan daripada jurulatih yang bertauliah dan
yang selebihnya hanya melalui menonton di television.

Disinilah Peranan Pengulas Sukan untuk memberi Ilmu kepada audion. Maka itu Pengulas Sukan perlu menyampaikan setiap ilmu bola sepak itu dengan jelas dan
tepat dari segi tactical dan technical kepada audion baik
dari pasukan atau individu. Memandangkan penonton kita
begitu dahagakan ilmu. Dengan ini secara tidak langsung
Pengulas Sukan dapat mebantu pembangunan bola speak Negara.

Sekian
Hasnizam b. Uzir

Anonymous said...

Salam saudaraku,

Dari mata hati aku, Pengulas Sukan adalah nakhoda kepada audion yang mana ia mambawa mereka (audion) kepada dunia reality dunia sukan. Dengan itu setiap bual bicara Pengulas Sukan amat penting kerana ia dapat memberikan input/pelajaran kepada audion yang menonton sesuatu sukan.

Contoh dalam sukan bolasepak, kalau kita amati bolasepak
adalah merupakan sukan nombor 1 di Malaysia. Mengikut
fakta dan angka penduduk Malaysia seramai 28 juta. Dari
jumlah ini hanya 10% (mungkin) yang meminati sukan
bolasepak. Dalam 10% ini kemungkinan hanya 4% yang
mendapat bimbingan daripada jurulatih yang bertauliah dan
yang selebihnya hanya melalui menonton di television.

Disinilah Peranan Pengulas Sukan untuk memberi Ilmu kepada audion. Maka itu Pengulas Sukan perlu menyampaikan setiap ilmu bola sepak itu dengan jelas dan
tepat dari segi tactical dan technical kepada audion baik
dari pasukan atau individu. Memandangkan penonton kita
begitu dahagakan ilmu. Dengan ini secara tidak langsung
Pengulas Sukan dapat mebantu pembangunan bola speak Negara.

Sekian
Hasnizam b. Uzir

Fad Zandra said...

Salam
Tanpa pengulas yang bagus pasti sesuatu acara sukan itu akan bersiaran dalam keadaan bosan. Pengulas sukan juga perlulah seseorang yang menjalankan kajian terleih dahulu sebelum mengulas. Ini bagi memberikan maklumat yang tepat dan berguna kepada penonton ataupun pendengar.
Janganlah ambil pengulas yang sekadar penjadi pelengkap dan gagal mengulas dengan baik

Anonymous said...

tanpa pengulas,siapalah pemain....

bunga2hati said...

A'kum. wahhhhh...mesti menarik perbualan Kafe Sukan Isnin nanti. Saya sendiri pernah bercita-cita (dan masih lagi jika berkelayakanlah...hahaha) melibatkan diri dengan dunia penyiaran, terutama menjadi pengulas sukan. Kalau di rumah, sesiapa saja yang bersama saya (terutama ketika perlawanan bola sepak) penat jugalah mendengar ulasan dan komen saya tentang apa yang ditonton di kaca tv! Saya ingin menarik perhatian saudara Rizal dan panel nanti dengan dua soalan. pertama- apakah kelayakan akademik penting untuk menjadi pengulas sukan ini? kedua- pengulas sukan di kalangan wanita, apa pendapat kalian? saya sebenarnya teringin melihat pengulas sukan wanita yang benar-benar berkaliber, dan jika pengulas sukan wanita itu juga mampu mengulas ketika siaran langsung bola sepak lagilah menarik!!! terima kasih.

Anonymous said...

Datuk Rahim Razali, Hasbullah Awang dan Zainal Abidin Rawop adalah pengulas pada kelas tersendiri. Paling saya kenang ialah Hasbullah Awang mengulas dalam perlawanan Akhir Badminton Piala Thomas 1992.Seperti pengulas fanatik Bolasepak England, pengulas juga perlu beremosi ketika mengulas agar dapat di kongsi bersama sama penonton.

Nik Zulkhairi said...

haji zainal jadi pengulas yg baik sebab ulasan beliau bukan ulasan kosong. setiap ulasan didatangkan dengan fakta dan detail tambahan. he's a cut above the rest.

Anonymous said...

tolong sampaikan kepada FAM,boleh jual awal tak tiket Malaysia vs Singapore..awal bukan 2 jam sebelum perlawan,tapi sebulan Awal, tiket lawan arsenal boleh buat,,takkanlah lawan singapore takboleh kot..

TUAN SPEAKER ZAHIR said...

kenapa zainal abidin terus memfokuskan kelemahan pemain selesai sahaja permainan? seingat saya tidak ada satu patah perkataan TAHNIAH pun keluar daripada mulut dia..tiba2 sahaja membincangkan tentang kelemahan sedangkan Malaysia sudah layak ke pusingan ke 2! apakah pusingan ke 2 tu tak cukup bagus untuk diraikan? nak tunggu julang piala dunia tu baru nak raikan? berpijakla di bumi yang nyata..raikan setiap kejayaan..memangla taiwan yang menang tapi malaysia yang layak..(saja tulis panjang2..nak soh baca kat kafe sukan..dengan izin)

CHE BOB said...

Pengulas sukan perlu buat "homework" dulu sebelum mengulas acara sukan yang hendak diulas.

Anonymous said...

Amat setuju dengan pendapat yang diutarakan "Tuan Speaker Zahir".
Bukan sekadar meng'ia'kan TSZ, tetapi luahan beliau memang mengandungi "elemen susun fikir" yang sangat relevan bagi peminat dan pemerhati bolasepak tempatan.
Yang dulu (kita layak ke pusingan kedua - jarang berlaku sebelum ini), kita dulukan, yang kemudian, dikemudiankan. Malaysia yang layak, bukan Taiwan.
Maksudnya, peminat dan wartawan bolasepak tempatan perlu berpijak di bumi yang nyata supaya tidak sentiasa kritik melulu.

ABA.

Anonymous said...

Peranan pengulas sangat penting, keran meseg yang disampaikan akan diterima terus oleh semua peminat samada fakta itu betul atau salah. Homework sebelum sesuatu perlawanan sangat penting untuk mendapatkan maklumat tentang pasukan dan pemain tersebut.

Mengulas perlawanan biarlah tidak memihak kepada satu pasukan sahaja walaupun pasukan itu memang hebat.

Tidak perlu mengulas mengunakan "nick name" pemain untuk setiap perlawanan. Gunakan nama penuh pemain itu untuk diketahui oleh seluruh peminat bolasepak dan secara tidak langsung akan membanggakan keluarga mereka (bila "bin" atau pun nama bapa digunakan)

YOB THE BEST !

Anonymous said...

Saya respek habis dengan gaya bersahaja Zainal Abidin Rawop. Sejak 1990 ketika Piala Thomas lagi sy masih ingat Zainal yg masih kurus dan sedikit gugup di awalnya. Namun lihatlah beliau sekrg ckup hebat dan bersahaja.

Khairul Amilin

Anonymous said...

Bro,
Zainal Abidin Rawop is real freak out.This guy cannot speak proper English. I recall a situation where he did a post match interview with then Perak football coach Steve Darby.Steve's smiles told it all that Zainal is a dud.
If you observe....now he is trying to throw in English words during his presentations.Most times he is biased unlike the legendary Rahim Razali or Hasbullah who scatter lots of praise and encouragement towards footballers irrespective of race or color or creed.
Zainal needs to rehabilitate himself and admit his shortcomings...especially his English knowledge.

Peminat Dato' Rahim said...

Sorry Sdr Rizal; I will take Dato' Rahim Razali as the only legend in sports commentary. If I recall correctly, Dato' Rahim did a commentary for a golf tournament on a very short notice. As for rest, they miles of track and the latest joke was doing the Taiwan - Malaysia game; where they suggested that the game was going into extra time.......
Was it Dato' Rahim whp came up with the phrase
Majulah Sukan Untuk Negara ?

Anonymous said...

Salam... Sekiranya ada 2 orang pengulas, Pengulas itu perlu banyak mengulas apa yang berlaku di atas padang... bukannya bersembang sehingga terlepas aksi-aksi menarik...

Anonymous said...

sy ada 1 kemusykilan..sudah lama memerhati n sudah lama memendam rase..kenapa ZAR selalu memberi ulasan berat sebelah..sptnye pengulas profesional memberi ulasan atas pagar..cuba anda semua tgk blk game2 yg melibatkan Selangor...komen2 ZAR semuanya mgharapkan kemenangan Selangor..n selalu memberi komen2 negatif terhadap 1 pasukan(xperlu sy sebutkan nama pasukan tersebut, nti ckp sy bias pulak)..

Kanika said...

Pak Man minat semua....tak kira lama atau baru.
Salah sikit-sikit tu boleh dimaafkan.

Anonymous said...

saya suka ZAR, kalau nk kata dia mmg bias sy rasa dia bukan orgnya..kalau Rizal ckp dia sorg yg jaga solat berjemaah mmg sy setuju, sbb sy pernah jumpa dia solat maghrib bersama di surau semasa kejohanan skuash kt Bukit Jalil. apapun bukan senang nk puaskan hati smua org.apapun ZAR teruskan dan kalau boleh bimbing pengulas lain supaya boleh jadi seperti anda atau lebih baik dari anda.

amazing grace said...

pengulas sukan, contohnya ZAR amat sesuai untuk mengulas sukan spt bolasepak dan badminton. kerana dia dapat memberikan ulasan yang up to date dan out of box. dia dapat berfikir dengan cepat ayat-ayat kesinambungan yang begitu mengujakan penonton mendengar ulasannya yang dilakukan secara spontan. begitu manaikkan semangat untuk menantikan ayat seterusnya sambil perlawanan dilangsungkan. bro RIZAL pun apa kurangnya, DENGAN IZIN sungguh memberi info tentang dunia sukan dan setiap permasalahan di dalam persatuan. terima kasih bro. harap bro dapat beri yang terbaik lagi. jadilah pengulas yang dedikasi, penuh adil dan telus dalam dunia sukan. SELAMAT MAJU JAYA.

Anonymous said...

Pengulas sukan Malaysia amat membosankan dan meluat didengari. Lebih selesa jika pembesar suara(volume)dimatikan(mute), jika tidak minda kita akan hilang tumpuan ke atas permainan sukan tersebut. Pengulas Malaysia masih lagi menjadi expert keatas semua jenis sukan termasuk ulasan Hari Merdeka dan masih memberi ulasan saperti kita mendengar radio. Mentality mereka semua nya feudal dan taraf pak cik kat kampung. Ulasan semua nya bias dan menyakitkan hati dan menonjolkan IQ dan EQ yang lemah. Umpama nya bila mengulas bola/hockey/badminton atau lumba kereta,Zainal Abidin Raop, beliau lah pemain,coach, referee, penonton dan penkritik yg tidak diundang, syiok sendiri dan terlalu bersifat peribadi(personel dan emotional). Dia tidak sedikit pun memberi pengajaran atau motivasi kapada pelapis sukan atau adik adik kita yang masih mengasah bakat diperingkat bawahan, malah sifat negatif pengulas2 sukan ini jadi ikutan dan di idolakan oleh adik dan orang orang yang kureng dalam tahap pemikiran mereka. Mereka terima bulat bulat ulasan ulasan yang berat sebelah dan tidak bernas.(tidak objectif). Ini lah Pengulas tahap kampung. Pengulas mesti mempunyai pemikiran yg terbuka dan berupaya melihat dan mengulas dari semua sudut dan bukan dari sudut peribadi dan syiok sendiri. Pengulas sepatut nya atau cuba sedaya upaya neutral bukan berat sabelah. Semangat feudal, syiok sendiri dan patriotik simpan dirumah bila anda memakai topi pengulas sukan. Jemu mendengar, DEBARAN, NAMUN,ITU DIA, WIRA, KURANG KEMAS, KITA BERNASIB BAIK etc.

Anonymous said...

Dato rahim razali..abdullah hashim..aziz ibrahim..hasbullah awang jamaludin alias yg terbaik tidak membosankan itu pendapat aku laaa...aku dilahirkan zaman diaorng..