Friday, July 1, 2011

Al-Fatihah buat Tan Sri referee

Takziah kutitipkan buat keluarga Allahyarham Tan Sri Zain Mahmud Hashim, bekas Panglima Tentera Darat yang meninggal dunia petang tadi, sehari selepas kita menyambut Isra' Mikraj. Moga rohnya ditempatkan di kalangan solehin, dikebumi pada Khamis malam Jumaat di tanah perkuburan Kota Damansara.

Masih segar dalam ingatan kehadiran Allahyarham di KLIA menyambut kepulangan jenazah Mohd Nazri Abdullah pada Februari 2009. Baca di sini.



Allahyarham (kiri) bersama wakil FIFA, Walter Gagg. "Rizal, u printkan story dari blog you, I nak baca," kata Allahyarham pada aku. Allahyarham dan aku share bintang horoskop yang sama.


Krew Manjafilms diketuai Anwardi Jamil, anaknya Aidyl Abadi dan Pekin Ibrahim (pelakon). Allahyarham datang ke pejabat di Kota Damansara dengan keretanya.

Apabila Manjafilms diberi tugas menerbit dokumentari Merdeka buat Astro Awani, aku cadangkan Tan Sri Zain atas kedudukannya selaku bekas panglima Tentera Darat. Lahir dalam keluarga masyhur yang menempuh zaman perang dunia kedua dan antara yang terbabit secara langsung dalam persiapan menjelang kemerdekaan pada 1957, Tan Sri juga mencipta nama dalam bidang kepengadilan. Allahyarham lazimnya dilantik antara pengadil untuk Pestabola Merdeka awal 1970-an. Pada 1980-an dan 1990-an, Allahyarham menyumbang tenaga dan daya fikir selaku pengerusi jawatankuasa pengadil FAM. Zaman dia tiada yang berani mempertikaikan kata-katanya. Standard pengadil juga tinggi, melahirkan antaranya Nik Ahmad Yakub,  Wan Rashid Wan Jaafar, Amir Sharifuddin Wong dan Kamaruddin Sakhari.

Allahyarham bukan saja pernah menjadi anggota Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN), bahkan dilantik mengetuai pasukan petugas khas menyusun semula perlembagaan, struktur pembangunan dan keseluruhan keberkesanan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) pada 2001.

Sumbangannya terhadap sukan negara, khususnya pembangunan pengadil bola sepak, tidak terkira. Al-Fatihah buat Tan Sri referee.


6 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah.
Semoga Rohnya Bersama ORANG2 YANG BERIMAN

Ardley said...

patut la aku tgk mlm td bukan main ramai lg n byk lg orang dan kenderaan VVIP and van2 logo ATM kt are umah aku.. punya la tertanya2 sape la yg meninggal...

al-fatihah...

saiful said...

Al-Fatihah...
Suatu kehilangan yang amat besar...

Anonymous said...

AL Fatihah. Sempat memberi penghormatan terakhir selain bersama - sama bersolat jenazah malam tadi di Kota Damansara yang dihadiri hampir 2 ribu sahabat handai dan saudara mara Allahyarham. Akan terasa kehilangan beliau yang sentiasa mahu saya bersoalat bersebelahan beliau di Surau Al Falah atau di Masjid Kuning KD. Selepas solat dia kalau boleh tidak mahu ada orang membantu beliau bangun dek keuzurannya tetapi mata mana yang sanggup melihat beliau bersusah payah untuk bangkit dari tempat duduknya. Saya masih teringat asignment yang agak besar membabitkan Tan Sri ketika diawal penglibatan di Jalan Liku dulu. Kes bermula di Std. Merdeka membabitkan team KL termasuk bintangnya Fandi Ahmad. Ketika itu peraturan dan undang-undang penggunaan 'shin-guard' baru berkuat kuasa dan ramai pemain yang tidak menyedarinya. Allahyarham yang bertugas selaku Penilai Pengadil telah mengarahkan pengadil bertugas melayangkan kad kuning. Fandi berang dan melemparkan kata-kata kesat. Tak habis di situ Allahyarham mengarahkan Fandi dikenakan kad merah selepas game dan pengadil (tak ingat la pulak) terpingga2 dan hormat kerana 1 - Ketua Pengadil yang suruh dan 2 - arahan seorang Jeneral. Esok kami buat followup story dengan saya ditugaskan cari Allahyarham sampai dapat. 'You don't have to come to my office, I'll be there at 5' itu kata-kata Allahyarham yang masih saya ingat dan beliau memang menepati janji sebab terpacak pukul 5 beliau sudah sampai di Lobi Studio Jalan Liku. Hanya 20 minit (1 tape) penerangan dari Allahyarham mengenai penguatkuasaan penggunaan 'shin guard'. Esok saya cari Fandi Ahmad dan berjaya menemubual bekas pemain FC Gronigen itu di Padang Hospital KL. So Fandi memberi 'his side of story'. Pendek cerita bukan tujuan nak melaga-lagakan mereka berdua malah Fandi juga akur dengan kesilapannya. Itulah antara kenangan awal dengan Allahyarham Tan Sri selain ketika beliau aktif bersama dengan J/Kuasa Pengadil maupun bersama Persatuan Pengadil Kebangsaan. Apa pun kita seringlah sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham selain mengingatkan diri kita yang kita akan menyertai Allahyarham bila - bila masa. Wassalam

ZAR

exref said...

Al fatihah

salam takziah buat Keluarga Tan Sri
semoga Rohnya bersama sama orang yang beriman

Terkejut mendengar berita semasa dalam penerbangan dari Yangon ke KLIA hari ini.

Kanika said...

Al-Fatihah...
Suatu kehilangan yang amat besar...