YANG MENARIK:
Dua gol bertaraf dunia beb...sepakan percuma jarak jauh Aidil Zafuan Abdul Radzak, disusuli sepakan lencong Safiq Rahim...kalau 10 tahun dulu, aku dah melompat-lompat...tapi dah umur macam ni, duduk senyum cukuplah...dok teringat buat liputan safiq dan aidil masa umur diaorang 17 tahun...
Beberapa hantaran kemas di penjuru...tengah dan build-up play yang menarik tetapi secara sporadic...
Prestasi Sharbinee Allawee Ramli...macam Sukan SEA 2009...
Aku rasa Abdul Hadi Yahaya boleh isi kekosongan Safee Sali...dia kurang experience aje.
YANG TAK MENARIK:
Kealpaan benteng, kesilapan kecil boleh bawa bencana. Mahalli Jasuli, Aidil kena lebih fokus. Dalam game genting, kalau boleh kena elak hadiahkan penalti kepada lawan.
Prestasi Vu Minh Tri, pengadil masa Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF, sedikit boleh dipertikaikan. Kekalahan 3-2 kepada Taiwan adalah kekalahan pertama pasukan negara sejak tewas di Jakarta...pengadil pun sama, secara kebetulan agaknya...Tiga penalti dalam satu game? aduh...
S. Kunanlan, alangkah sempurnanya anda jika anda boleh penetrate sayap kiri lalu buat umpanan lintang...coach Datuk K. Rajagobal nampaknya gemar Kunanlan, Baddrol Bakhtiar dan Ashaari Samsuddin di penjuru kiri...Fakri Saarani dan Amirulhadi Zainal pun boleh main sayap kiri...tapi tak salah kalau Raja pertimbang senaraikan seorang natural left-footer untuk bagi dimensi berbeza di sebelah kiri, macam Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar di bahagian benteng...betul Azmi Muslim cedera tapi tak salah kalau pertimbangkan Nurul Azwan Roya...bekas pemain Bawah 17 kebangsaan bawah Zainal Abidin Hassan dulu...coach Raja bersikap terbuka, sebab itu dia panggil Hadi dan Helmi Remeli yang diberi cap pertama pada usia 26 tahun...mungkin boleh bagi chance dekat Nurul Azwan...
Perlu atau tidak seorang pemain pertahanan membuat terpaan sekitar kawasan penalti sendiri hingga membuka ruang penyerang gelecek dan mendedahkan penjaga gol kepada situasi satu lawan satu?
Apapun kita harus ucap tahniah kepada Rajagobal, Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas dan semua pemain...yang penting kita layak. Tapi hujung bulan ni lawan Singapura...pada pra-Piala Dunia 1977, Malaysia tewas kepada Singapura apabila Mohammad Noh menyempurnakan penalti menewaskan R. Arumugam pada minit ke-32...apabila Quah Kim Song jatuh diterpa Yahya Jusoh (mengikut perencanaan jurulatih Singapura, Choo Seng Quee agar cari penalti)...Malaysia dibimbing M. Kuppan zaman tu...
Untuk rekod, kesebelasan Malaysia itu jam:
R. Arumugam, D. Devandran, Yahya Jusoh, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Wong Choon Wah, Yip Chee Keong, Abdullah Ali, Isa Bakar, James Wong...masa tu arwah Mokhtar Dahari injured, terlantar di hospital akibat pembedahan lutut, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melawat arwah di hospital
Singapura pulak: Eric Paine, Hasli Ibrahim, Syed Mutalib, Robert Sim, Samad Allapitchay, Zainal Abidin Manan, M. Kumar, Dollah "Gelek King" Kassim, S Rajagopal, Quah Kim Song, Mohammad Noh.
Mohammad Noh ni dulu stylo...ramai peminat...pendiam tapi di padang, elegant...digelar Allan Clarke Singapura..sampai Rahimah Rahim buat lagu untuk dia - Bintang Sukanku...syok dengar lagu tu
Singapore's poster boy, Mohammad Noh...before Fandi Ahmad took over the mantle
Jangan AFC lantik Ben Williams atau Minh Tri jadi pengadil sudah...
Yang lain kita serahkan kepada Rajagobal dan penolong-penolongnya...mereka lebih arif dan pakar...
p/s Coach Raja, happy birthday in advance!
28 comments:
kenapa zainal abidin terus memfokuskan kelemahan pemain selesai sahaja permianan? seingat saya tidak ada satu patah perkataan TAHNIAH pun keluar daripada mulut dia..tiba2 sahaja membincangkan tentang kelemahan sedangkan Malaysia sudah layak ke pusingan ke 2! apakah pusingan ke 2 tu tak cukup bagus untuk diraikan? nak tunggu julang piala dunia tu baru nak raikan? berpijakla di bumi yang nyata..raikan setiap kejayaan..memangla taiwan yang menang tapi malaysia yang layak..(saja tulis panjang2..nak soh baca kat kafe sukan..dengan izin)
Yang penting, AFC dan FIFA harus menilai kembali pengadil dari Vietnam ini yang nampak berat sebelah dari awal minit pertama...macam ada unsur rasuah atau menjual permainan...penalti tu mmg le patut penalti, keputusan yg dibuat sepanjang perlawanan memang amat menghairankan..
Offside dan faul yg diberikan lebih kepada pasukan tuan rumah...dah ketandusan pengadil ke AFC sampai nak amik pengadil gemuk pendek ni..ke pasal bayaran die paling murah dalam asia...
wajarkah AFC trus menggunakan pengadil yg lemah, gemuk serta pendek ini dalam kancah bolasepak..takde pengadil lain ke selain dari pengadil vietnam ni..
Keputusan berat sebelah dari awal sampai la abis permainan...
Pengulas tu dah buat keje dia, so taknak komen le lebih, tp pengadil tak buat keje, AFC ni macam nak sabotaj Malaysia pun ada..
Cari la pengadil yg educated sikit, fitter, ni tidak..dah le pendek katik..gemuk...bangang lak tu
Sebelum saya di kutuk...(hehe..jangan marah TUAN SPEAKER) saya nak ucapkan TAHNIAH buat Pasukan Bolasepak Kebangsaaan MALAYSIA kerana telah layak ke pusingan ke dua ...kalau saya silap atau terlupa tolong betulkan kerana rasanya selama nie tak pernah tengok Malaysia main di pusingan kedua dan pusingan ketiga(liga/kumpulan)kelayakan piala dunia sebelum nie...apa-apa pun kalau boleh betulkan segala kelemahan yang ada dan teruskan rentak cemerlang ini dengan kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang!
Tak puas hati dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti ketiga kepada Taiwan disebabkan terpaan Sharbinee....memang tiada contact langsung dan tidak sepatutnya ada penalti berlaku. Pengadil tu nampak sangat bias.
Piya juga kena bgi peluang..akmal rizal pon blh bg peluang..penyerang Norshahrul x menjadi minit terakhir jea nmpak cm ok sikit..Rajagopal kena beri perhatian bek kiri dan kanan pasnie..
saya setuju dengan pendapat Tuan speaker... sewajarnya pengulas yang berkenaan memberikan ucapan tahniah terlebih dahulu kepada pasukan malaysia di atas kejayaan layak kepusingan ke2..... walaupun terpaksa menerima kekalahan dengan pelbagai faktor antaranya mutu pengadilan yang boleh dipersoalkan... tapi kredit juga ke atas pasukan taiwan yang begitu mantap pada perlawanan kali ini... bagi saya pengajaran yang amat berguna adalah kita perlu membuat homework ke atas lwn kita walaupun rangkingnya lebih rendah.... apapun tahniah ke atas aidil, shafiq kerana jaringan anda membantu msia layak ke pusingan ke2.. kepada coach Datuk K. Raja and the team... tahniah dan teruskan kegemilangan bolasepak malaysia
comentator tadi tak tau aspek teknikal (away goal rules) shame on him...juta tgk wo
comentator tadi tak tau aspek teknikal (away goal rules) shame on him...juta tgk wo
Sayap kanan harimau malaya tak cukup berfungsi dengan baik. Datuk Rajagopal nampaknya gemarkan Amirulhadi. Apa kata pertimbangkan Joseph Kalang Tie?
Tahniah kerana layak walau pun kalah.....masih banyak yang perlu dilakukan oleh coach.Kerja keras sikit coach.....
Saudara,
Kita tidak perlu menyalahkan pengadil kerana memberi 3 penalti dalam game semalam, tetapi kita perlu melihat kenapa Taiwan memperoleh penalti-penalti itu. Penalti pertama ada kerana kelalaian Mahali pada awal lagi ekoran dari itu dia terpaksa mengait kaki pemain Taiwan. Penalti kedua kerana terang-terang Fadhli menarik baju di dalam kotak penalti. Manakala penalti ketiga, akibat tindakan terburu-buru Sharbini menerpa pemain Taiwan walaupun ada dua pertahanan Malaysia mengekori pemain Taiwan itu.
Setuju sangat Nurul Azwan Roya dipanggil... aku rasa dia lebih creative dalam membuat percubaan ke pintu gol berbanding Kunanlan..
Tahniah! Di atas kemenangan (teknikal)atas kekalahan 2-3 semalam. Kita boleh menyalahkan pengadil atas 'hadiah' penalti tetapi kita juga perlu akui kelemahan pertahanan kita atas gol pertama (lambat 'clerance') dan 3 penalti yg dihadiahkan (tgk slow motion. Bahagian serangan pula 'miss' 2 atau 3 'sure goal' yang pasti mematikan semangat melawan Taiwan. Jika kita 'score' peluang yg dpt, sebanyak mana penalti dihadiahpun kita pasti menang.
Dari segi tektikal, Amirul Hadi jelas 'lifewire' sayap kanan, tetapi apabila beliau digantikan sayap kanan terus tak berfungsi. 1st half, kita main begitu cantik dgn hantaran pendek dan 'thru pass', 2nd half, kita goyah dan benarkan Taiwan bukak 'game'. Kenapa? Kita yang benarkan Taiwan kawal permainan dan meletakkan skuad 'under pressure'.Pemain juga gagal bertahan secara berdisplin spt yg diarahkan oleh Datuk Rajabogal (jarang nampak Coach Raja marah dalam tv. Malam tadi nampak)
Syabas! Kepada Taiwan yg menunjukkan semangat juang yang tinggi dan mendedahkan byk kelemahan skuad kita semalam. Di masa hadapan, jika FAM perlukan pasukan yang agak kental bagi perlawanan persahabatan, Taiwan adalah pasukannya.
Secara keseluruhan Tahniah pada seluruh skuad HM yg telah bermain dgn baik walaupun diserang habis-habisan oleh Taiwan. T/kasih kpd Aidil dan Shafiq dgn 2 jaringan 'world class'yg amat berguna. Gunakanlah peluang yang terbaik ini untuk mengalahkan S'pura dan muncul sbgai 20 pasukan t'baik Asia. Silap2 kita ke Brazil 2014. I believe in you Raja Boys!
Salam sejahtera,
F.A
haha ... kelayakan untuk ke WC 78, 6 Mac 1977 - Malaysia kecundang dengan Singapore 0-1 untuk merebut tempat kedua di belakang hongkong. Lepas tu Malaysia hanya seri 1-1 Hongkong. Jadi Malaysia duk tempat ketiga. Perlawanan penentuan pulak, HongKong menang 1-0 Singapore, HongKong yang layak ke peringkat kelayakan akhir ...
kalau kita nak pegi jauh lagi, banyak kelemahan harus diperbaiki. sayang kita tak ada seorang pemain yang boleh control permainan keseluruhanya.
game dgn Singapore penting - mesti menang utk menapak ke round ke-3, Malaysia Boleh
Tahniah buat harimau Malaya kerana berjaya bertahan sampai minit akhir...selain defend, striker pun xmenonjol dan mengancam, mungkin our strikers not fully fit after recovered from injury...4 gol dr player yg sama dan bukan strikers, menceritakan masalah tue...meeting spore we must improve our finishing masa counter attack sebab itu je kelebihan kita...spore terkenal dgn hantaran jauh Dan set piece yg baik...kembalinya saiful esah, qiu li Dan Shia jia yi menambahkan kekuatan mereka...nurul azwan kurang bernasib baik sebb dia flanker Dan sekarang kita Ada flanker yg baik apt kunanlan, amirulhadi, ashari Dan badrul...tapi xsalah Mencuba masa friendly dgn bpl team nnt
Tahniah Harimau Malaya..Pastikan menang dengan Singapura! Kami Sentiasa Dibelakang Anda..
-Untuk Rajagobal..ini cadangan saya..Pilihlah player yg betul2 cergas..Norshahrul bagaikan tidak bermaya..Pilihla winger yg boleh membantu bahagian Pertahanan..S.Kunalan tidak kenal erti penat..Awas kawasan Kotak Penalti..
Saya suka tengok Joseph Kalang Tie.......
SAUDARA RIZAL
MASA 1977 TU SAYA MASIH INGAT LAGI PENGADIL JEPUN TOSHIO ASAMI YG BAGI PENALTI YG KONTROVERSI.PADA MUKA DEPAN MAJALAH DUNIA SUKAN TERBITAN UTUSAN TERTERA DENGAN TAJUK INSIDEN YG MENIMBULKAN BANTAHAN.
PEMINAT SUKAN.
Pemaian perlu memberi tumpuan lebih ketika bermain di tempat lawan. kemenangan di Singapura nanti lebih meyakinkan kita untuk layak keperingkat seterusnya
SALAM...
PADA PENDAPAT SAYA,
SHARBINEE/APEK
MAHALI AIDIL FADLI ASRARUDIN
SHAKIR
SAFIQ
AMIRULHADI NURUL AZWAN ROYA
NORSHAHRUL IDLAN
SAFEE SALEE
salam,tuan rizal..amacam lu tgk dgn keputusan lwn dgn Taiwan..ada seronok dgn permainan yg ditunjukkan anak2 buah Datuk rajagobal..agak2 lu la rizal dgn tahap permainan mcm tu lah,boleh smpai ke tahap mana? jgn lah dibazirkan duit rakyat yg sedang menderita dibumi sendiri nie..melabur lah di sangkar yg boleh menguntungkan dan memertabatkan nama MALAYSIA..bolasepak nie tak kemana...percayalah..akal diberi untuk berfikir...lu fikir lah sendiri....
Tak puas hati dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti ketiga kepada Taiwan disebabkan terpaan Sharbinee....memang tiada contact langsung dan tidak sepatutnya ada penalti berlaku. Pengadil tu nampak sangat bias.
selamat mlm tuan rizal.dengar sekarang team olimpik & team senior HM banyak yang injured.balik-balik dengar coach kata akan ambil players yang dalam senarai.kenapa isu brendan gan senyap pulak?bukan apa,kita tak nak isu lama ulang kembali(shaun maloney).lagipun umur dia baru 22 tahun,kalau tiba2 dia kena ambil australia main,cuba tengok players australia,level diaorang tinggi bila main sama.apa salahnya kita tengok mcm mana dia main contoh masa chelsea,arsenal&liverpool lawan malaysia nanti.jawatankuasa teknikal buat apa sbnr?kalau nak maju seiring mcm negara lain,cuba buat tindakan..sampai sekarang berita apa pun x da dgr..apa2 pn,tahniah kepada skuad bola sepak kita.selepas ini cabaran bukan sama lagi,bawa isu ini dalan astro arena nanti ye...
tahniah malaysia,saya rasa corak pertahanan pasukan ong kim swee lebih hebat drp dato rajagopal...anak buah ong kim swee x bagi peluang langsung pada pemain lawan untuk bergerak di hadapan pintu gol.lagi satu saya harap malaysia jangan terapkan tackle2 yang merugikan,ini bola sepak bukan ragbi.
Bro RH...
Dah berkurun x dengaq nama Allan Clarke, dulunya No 8 Leeds United & England...
Famous name at Elland Road at one time with the great Billy Bremner and Joe Jordan and many more who graced the equally famous Shoot Goal mag when I was a school boy following English football..
Leeds U was my fav team alto many of my cousins were supporting Liverpool and Man U as well as Arsenal...
Today Leeds is a history...sad and double sad...
Praying dat 1 day LUFC will be back in BPL with other real English clubs...
The Don (now following Real Madrid bcos of The Special One) ...
seuju sekiranya di panggil ...
NURUL AZWAN ROYA (antara wing kiri terbaik Msia).
Post a Comment