Monday, January 31, 2011

Dua rakan sejak kecil dapat anugerah Datuk

RALAT! Aku memohon maaf kepada pembaca blog ini dan juga K. Rajagobal atas posting terdahulu yang menyebut dia dianugerah gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan. Sumber aku hanya betul separuh - Santokh Singh saja dapat Datuk. Dengan ini penulis memohon maaf kepada Rajagobal dan isteri serta keluarga atas sebarang kekeliruan atau timbulnya situasi yang kurang menyenangkan akibat kesilapan laporan blog ini. Sekian, terima kasih.


K. Rajagobal bergelar Datuk secara rasmi esok sempena Hari Wilayah Persekutuan. Juga menerima pengiktirafan itu jirannya ketika kecil di Air Panas, Setapak, Santokh Singh.


Datuk Rajagobal dan isteri tercinta, Datin Chantra

Anugerah Datuk kepada Rajagobal bukan saja atas kejayaan membimbing anak buahnya mengutip pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam sejarah, bahkan mendorong masyarakat bersatu menyokong pasukan negara tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

"I never expected this kind of response, la Rizal," katanya ketika membawa Rajagobal dengan kereta Hondanya ke Wisma Ali Bawal awal bulan ini. Rajagobal terkejut kerana begitu ramai yang mengucapkan tahniah, mahu berjabat tangan dan bergambar dengannya susulan kejayaan Piala AFF.

Aku bertanya kepada Datin Chantra, bagaimana Rajagobal di rumah?

"Kalau dia pegang remote control TV nak tengok bola, jangan kacau. Dia ada rutin dia sendiri, cukup disiplin.

"Kalau dia balik rumah, mesti sentiasa kemas, kita tidak mahu dia stress. Kalau dia ada tugasan besar di luar negara, anak-anak pun tidak boleh ada perselisihan faham dan bergaduh kerana kita tidak mahu tumpuan dia terjejas.

"Saya juga tidak lupa bersembahyang dan berdoa kejayaan dia setiap kali ada tugasan," kata Datin Chantra yang berasal dari Pahang.

Rajagobal juga mendedahkan perkara yang sama ketika pasukan negara bertemu peminat dalam sesi yang dianjurkan Nike.

"I wish to thank my wife for her constant prayers and support, likewise to the wives and families of coach Faozi Mukhlas and Tan Cheng Hoe who also provided the support and the pillars of our strengths," said Rajagobal.

Tahniah kepada Datuk Raja...kalau berjaya di peringkat Asia, Maha Raja...

Wednesday, January 26, 2011

Borak kes Sathia, Tiga Abdul

Aku menerima panggilan telefon daripada seorang penggiat bola sepak.

"Eh apasal kau tak tulis pasal kes Sathia, ada beberapa persoalan yang kau tak timbulkan?"

Aku: Nantilah, banyak angle sebenarnya

"Kau tulis sikit, mungkin boleh tolong Sathia," katanya.

Aku: "Apa pointnya?"

Kenapa dulu kesnya dibincangkan Oktober, lepas tu ada stay of execution?

"Kan pasal dah dekat final Piala Malaysia..."

Kenapa jawatankuasa rayuan bersidang beberapa hari sebelum sepak mula Liga Super? Kenapa tak terus lepas final?

"Entah, katanya chairman tak de...overseas"

Lepas tu, kenapa tarikh penggantungan berkuatkuasa 24 Januari? Bukan patut berkuatkuasa dulu, Oktober, masa Jawatankuasa Disiplin jatuh hukum? Apa bidang kuasa jawatankuasa rayuan untuk jatuh hukum? Diaorang sekadar mengekal, mengurang atau menambah hukuman...

"Hmm...betul jugak,"

Satu lagi, kalau Sathia bawak kes, mungkin diaorang boleh buktikan ada mala fide...

"Eh ya ke...itu dakwaan berat tu."

Betul, satu dari segi timing, dulu dah dekat final Piala Malaysia, Sathia kena gantung...ini dah dekat sepak mula kena gantung lagi...

Lepas tu aku borak dengan seseorang yang rapat dengan koridor FAM...

Kenapa ya Sathia kena dengan teruk, macam dihukum dua kali?

Mana ada, dulu dia digantung pada Oktober, tapi Kafa buat rayuan, penggantungannya ditangguh...

Apasal pulak, kenapa berkuatkuasa 24 Januari, hari jawatankuasa rayuan bersidang?

Kita kena anggap Sathia tidak pernah digantung...dari Oktober sampai Disember dia bebas bertugas, sama ada melatih atau mewakili Kafa...

Tapi bukankah lebih wajar kalau hukuman backdated kepada Oktober...

Pasal dia tidak menjalani hukuman ketika itu...

Kenapa jawatankuasa rayuan tak bersidang lebih awal?

Agaknya sibuk dengan Piala Suzuki AFF kot, lagipun kau tahulah, di FAM ni, jawatankuasa kena cukup kuorum...

Kalaulah pengerusi ke overseas, timbalan tak boleh chair?

Aku dengar tak boleh, pasal kuorum empat orang...lepas tu kau tahulah, selagi semua ahli jawatankuasa tak boleh find satu date sesuai, selagi itu tak boleh convene...

Pada aku, sebelum kita jatuh hukum, kita kena ambik kira jasa Orang Kena Tuduh (OKT)....dia kan bekas jurulatih kebangsaan, bawak team juara Pestabola Merdeka...berapa peratus pemain yang menang Piala Suzuki AFF anak buah dia dulu, macam Amirulhadi, Safee, Norshahrul...Khairul Fahmi Che Mat pun menonjol selepas diberi tugas mengawal gawang Kelantan...juga jasa Sathia di Wisma FAM lebih 10 tahun...

Bro, kita kena ikut fakta kes, dia kritik badan induk, dah termaktub dalam peraturan tatatertib...

Tapi manusia yang buat peraturan tu kan, kenapa kita tak kurangkan hukuman, minimum satu bulan, maksimum tiga bulan...takkan langsung tak boleh bersuara...asalkan jangan serang peribadi cukuplah...

Banyak peraturan FAM dibuat secara bersama, iaitu dengan input daripada ahli jawatankuasa, ahli exco...jadi tidak patut timbul isu atau pertikaian membabitkan dasar yang dibuat bersama...

Susahlah...macam mana pulak kes Che Ku Marzuki?

Dia tak rayu, katanya...jadi hukuman dia terus berkuatkuasa dari Oktober...hingga April, T-Team pun tak lantik dia jadi coach..lantik Yunus Alif...

Kelantan marah kes tiga Abdul - Indra, Norfarhan dan Azizi - lepas dan bebas bermain untuk T-Team...

Betul la tu, bukan kau tulis supaya Takiyuddin tak chair meeting takut kepentingan dengan Kelantan?

Hahah, itu yang penyokong Kelantan marah aku tu...tapi akhirnya dia declare kepentingan dalam Kafa, jadi Jefferey yang chairkan?

Isunya, surat tawaran lanjutan kontrak daripada Kafa dikeluarkan lewat, melepasi tarikh tamat...kontrak mereka tamat 30 November, kalau ikut kontrak, persatuan/majikan/kelab dibenar beri notis lanjut perjanjian tiga bulan sebelum habis kontrak...itu perkara 10.1 la, 10.2 pulak sebut notis perlu menyatakan terma dan syarat-syarat yang persatuan/kelab/majikan bersedia menawarkan bagi melanjutkan terma-terma perjanjian...
perkara 10.3 pulak sebut pemain akan dalam masa tiga puluh (30) hari selepas menerima notis daripada majikan/persatuan/kelab, menerima atau menolak tawaran itu. Jika pemain tidak membalas kepada persatuan/majikan/kelab dalam tempoh tersebut, perjanjian ini akan terus berkuatkuasa dan digunakan semasa tempoh yang dilanjutkan selaras dengan perjanjian ini kecuali ada peruntukan bagi pilihan lain. Jika dalam tempoh tiga puluh (30) hari pemain memberi notis menolak tawaran ini atau persatuan serta pemain gagal mencapai kata sepakat dalam terma-terma dan syarat-syarat, maka pemain adalah terlepas daripada tanggungjawab mematuhi notis yang dikeluarkan oleh persatuan.

Jadi bila Kafa keluarkan surat?

Tarikhnya 1 September...kontrak habis 30 November, jadi ada tiga bulan penuh....1 Sept hingga 30 Sept, 1 Oktober sampai 31 Oktober, 1 November sampai 30 November...

Oh kalau surat itu bertarikh 20 Ogos, pemain kena jawab?

Tidak juga kerana Kafa tidak menyatakan terma-terma dan syarat baru...ikut surat Kafa, kata ikut terma dan syarat asal...jadi tidak adil kepada pemain...surat pulak ada disampaikan kat LCCT, satu di stadium...

Kes Azidan Saruddin KL ke Selangor pun sama?

Ya sama...aku dengar pemain tak suka cara Kafa kecohkan isu, sampai siarkan gaji pemain dalam Facebook...tak profesional la, kan benda tu sulit, kenapa dedahkan kepada orang ramai, macam nak provoke fans benci pemain aje...

Ya ke...nasib baik juga Takiyuddin tak chair ek?

Dia profesional, dia kan lawyer, aku dengar dia siapkan summary setiap kes, sekarang jangan main-main, jawatankuasa status ada afidavit dan responden...profesional bro...

Ya ke...tapi aku tak puas hati la kes Sathia ni, macam naya dia la bro

Nasihat akukan, kau tulis la, supaya pegawai dan jurulatih berwaspada buat kenyataan akhbar...kadang-kadang akhbar nak sensasi...reporter macam kau ni orang kata satu, kau tulis dua...pasal orang macam kaulah yang buat pegawai dan jurulatih dilanda masalah...

Eh tapi kau kena ingat, sekarang dah ada blog, laman web dan facebook, kadang-kadang kita ambik aje komen dari situ...

Betul tapi akhirnya yang dilanda masalah orang yang tulis tu, jangan nanti dijadikan peluru pulak oleh orang lain...

Nampak macam ada pihak yang ada agenda tertentu lawan Kelantan la...

Tak juga, aku rasa kebetulan aje...


Macam mana kes lain ek? Senyap aje...

Ada, banyak yang dah kena gantung dan denda...

Apasal senyap aje? Kenapa tak dipublicise?

Tak tahu

Monday, January 24, 2011

Nasib berbeza Abe Ya, Azraai - dua mangsa FAM

Dalam dua dekad meliput bola sepak tempatan, aku sudah lalui kes Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991, kes Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dikenakan hukuman yang sama beberapa kali dan Reduan Abdullah digantung setahun pada 2009. Penat menulis isu sebegini...

Oh Abe Ya, panggilan mesra penyokong Kelantan buat pengendali the Red Warriors, B. Sathianathan, aku tidak tahu apa nasib mu...digantung enam bulan berkuatkuasa serta-merta dan digantikan oleh Azraai Khor Abdullah, bekas pengendali Kedah yang memenangi treble sebanyak dua musim berturut-turut.

Kenapa aku tidak setuju dengan tindakan FAM, khususnya jawatankuasa disiplin seterusnya jawatankuasa rayuan?

1. Kerana ramai lagi di kalangan penggiat bola sepak, khususnya dari Negeri Sembilan yang mempertikai keputusan Piala Sumbangsih mempertemukan juara Piala Malaysia dan juara Liga Super, bukan juara Piala FA tapi tidak dipanggil menghadap? Tak silap aku Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan pun ada persoal isu ini, dalam media cetak dan elektronik...bukan Tok Mat ni presiden PBNS? Kenapa ahli exco FAM tak beri nasihat pada Tok Mat, sedangkan dia ada dalam jawatankuasa FAM?

2. Peraturan atau tatatertib FAM terlalu kejam. Harus dipinda. Denda yang tinggi cukup. Melainkan yang mengkritik menghalakan kecaman berunsur peribadi, misalnya tuduh ahli majlis korup, tak handsome, bodoh, dan bodoh sombong, gemuk gedempol macam aku serta ada bukti hitam putih! Takkan ini pun aku nak ajar...

3. Elemen pilih kasih...dulu aku tulis Reduan Abdullah kena gantung setahun, habis kena letak jawatan sebagai jurulatih Felda United. Tapi Kolonel Kamaruddin Sakhari, sebagai kakitangan bergaji FAM kutuk FAM dalam akhbar Berita Harian, tidak ada tindakan diambil...

4. Sebab itu aku selalu tulis, kejayaan Piala Suzuki AFF usah kaburkan mata kita cacat-cela dari segi pengurusan...

5. Usahlah tabur pasir periuk nasi orang...tak cool...

6. Ada orang kata FAM, FA Mengarut, betul ke?

7. Cepat betul orang kita lupa dulu Sultan Ahmad Shah lantik Sathianathan sebagai jurulatih kebangsaan dalam bilik persalinan sejurus team yang ada Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Zaquan Adha Abdul Radzak menang Pestabola Merdeka 2007. Juga jasa lebih 10 tahun Sathia di Wisma FAM langsung tidak diambil kira.

8. Apa jadi kes Khairul Anuar Baharum hantuk kepala Haris Safwan Kamal? Aku dengar dia kena tiga bulan aje? So cederakan orang kena tiga bulan, sekadar melontarkan persoalan kena enam bulan? SORRY, tiga perlawanan, bukan tiga bulan...

9. FAM kena uar-uarkan setiap keputusan dan hukuman yang dikenakan terhadap mana-mana pemain, pegawai atau pasukan supaya tidak timbul persepsi Kelantan saja jadi mangsa...

10. Nasihat kepada penyokong Kelantan dan Abe Ya, bersabar...kemukakan bantahan ikut saluran...kalau tak pun bawa kain rentang ke Wisma FAM atau bagi memo...

Pesanan aku kepada mereka yang aktif dalam bola sepak tempatan, berhati-hati kalau menegur atau memberi buah fikiran membabitkan polisi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kalau anda jurulatih atau pegawai pasukan, penggantungan enam bulan hingga dua tahun secara automatik dikenakan jika didapati bersalah melanggar peraturan tatatertib FAM. Peraturan 18 melarang pemain atau pegawai membuat kenyataan akhbar sama ada melalui media massa atau elektronik tanpa kebenaran Persatuan.

Kesalahan 18.1 - Pemain digantung automatik tiga (3) bulan manakala Pegawai digantung automatik enam (6) bulan manakala Pasukan, Pegawai dan pemain (liga Super) dikenakan denda di antara RM1,000 dan RM8,000.

18.2 - Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar tanpa kebenaran Persatuan dan kenyataan tersebut adalah tidak tepat atau salah.

18.3 Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar mengenai pengurusan Persatuan tanpa kebenaran Persatuan atau kenyataan tersebut pada pendapat Jawatankuasa adalah mengaibkan, menghina, mengancam, menggugut atau mencemar imej Persatuan atau Pertandingan.

18.4 Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar tanpa kebenaran Persatuan atau kenyataan tersebut pada pendapat Jawatankuasa adalah untuk bermusuhan, mencemar atau memperlekehkan mana-mana Pegawai Persatuan.

Mangsa pertama peraturan yang kejam ini Reduan, yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin FAM pada Februari 2009 atas tuduhan membuat kenyataan akhbar. Kata-katanya terungkap dalam laporan Harian Metro pada 20 Februari lalu.

Dia dipetik sebagai berkata: "Mana dia pegawai FAM kerana badan induk kebangsaan itu sepatutnya memantau pelaksanaan ujian berkenaan. Apabila tiada pemantauan FAM, maka pemain yang gagal di dalam ujian itu tetap juga mendapat lesen untuk bermain."

"Semuanya diserah bulat-bulat kepada FA negeri atau kelab. Itulah sebabnya ada pasukan yang tetap meluluskan pemain mereka walaupun pada hakikatnya pemain itu gagal di dalam ujian. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan imej bola sepak kita semakin lama semakin buruk."

"Saya tidak menafikan ada pasukan negeri atau kelab yang sengaja meluluskan pemain kerana tetap mahu menggunakan khidmat pemain itu," katanya yang mewakili negara dari 1973 hingga 1978 itu.

Ini teguran yang membina, yang meminta FAM memantau ujian kecergasan sebelum mengeluarkan lesen pemain. Tapi kalau aku cakap, no hal, pasal aku tak pegang jawatan atau bukan pegawai atau jurulatih. Masalahnya, kalau jurulatih tak bercakap dengan media, diaorang kena tuduh tak mesra media pulak.

Kadang-kadang aku rasa penat nak tulis bola ni...tapi pasal minat, aku tulis...penat ke minat?

Satu lagi, jangan lupa kes Azraai. Diakan "terpenjara" dalam Wisma FAM, dibiarkan makan gaji buta selepas peletakan jawatannya dengan meminta pampasan tidak dilayan.

Esok presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa akan umumkan pelantikan Azraai selaku pengganti Sathianathan. Azraai dinasihat menerima pampasan yang ditawarkan FAM dan terus kemas beg untuk ke Kota Bharu.

Kes Abe Ya ini belum selesai. Ia baru bermula...

Saturday, January 22, 2011

Penjana industri sukan negara?

Tugas memikir cara terbaik menjana industri sukan untuk tempoh dua tahun ini jatuh kepada seorang penggiat sukan, bekas konsultan media dan pengiklanan serta pemikir belakang tabir, Safirul Azli Abu Bakar (dua dari kiri). Anak Kedah/Perlis ini baru dilantik menjadi Pengarah Industri Sukan, Kementerian Belia dan Sukan 2011/2012. Maaf, jawatan sebenar Safirul Pengarah Tahun Industri Sukan...dia sedang mencari seorang pengurus media...sesiapa berminat, boleh hubungi dia...

The new MSL COO


Stuart Michael Ramalingam (left) is the new Chief Operating Officer (COO) of the Malaysian Super League (MSL) Sdn Bhd. On his left is of course German legend, Lothar Matthaeus (pic taken from Stuart's facebook, without permission, naturally).

A FIFA marketing consultant and instructor who in 2009 was tasked to help promote and market the Myanmar national league, Stuart, 33, who hails from Petaling Jaya, replaces Seremban chap Kuhan Foo, 41, who is now the Asean Basketball League (ABL) CEO.

Stuart's appointment was endorsed by the FAM exco last week. He will be working closely with MSL Chairman, Tan Sri Annuar Musa.


Kuhan Foo

Misbun kembali...

Dalam arena sukan kita, politikus banyak mempengaruhi keputusan dan dasar-dasar kita. Lazimnya politikus yang bergelar Pak atau Mak Menteri (merujuk kepada satu-satunya Menteri Belia dan Sukan dalam sejarah negara), memerlukan nasihat pelbagai pihak sebelum membuat keputusan. Di kalangan penasihat, ada juga yang punah-sihat. Ada yang berjawatan besar tapi lidah bercabang. Di akhir zaman, penasihat yang jujur, ikhlas dan tidak berkepentingan sukar dicari. Nak cari yang amanah macam mencari mutiara di dasar lautan yang amat dalam (meminjam kata-kata seorang ustaz). Bagi semua pegawai sukan - sama ada di pihak kerajaan atau bukan kerajaan seperti persatuan, Majlis Olimpik Malaysia dan sebagainya - nama anda jarang-jarang dikenang. Atlit dan jurulatih biasanya lebih dijulang dan tak luput dek zaman. Baca forum di Utusan Malaysia hari ini Misbun warga sukan tulen. Aku bersyukur Datuk Misbun Sidek bersetuju dengan nasihat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, agar kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Nak tengok populariti Misbun, apabila kehadirannya disambut tepukan gemuruh di Stadium Putra...tapi kalau pegawai masuk...orang tak endah.

Wednesday, January 19, 2011

Ke udara di Kerusi Panas

Apabila bekas wartawan Utusan Malaysia, Marcus King, menjemput aku untuk berbincang topik bola sepak dalam program Kerusi Panas rangkaian Bernama Radio 24 minggu lalu (11 Januari), aku tidak berfikir dua kali. Sampaikan tugas mengambil anak balik sekolah kuserahkan kepada orang rumah.

Program ini ke udara dari Isnin hingga Jumaat jam pada 6.30 petang.


Ini rupa-rupanya kerusi panas di Radio24


Bersama hos/peneraju Zulkifli Bujang (kanan), seorang selebriti tv yang selalu kutontoni sejak dia bertugas di Angkasapuri dan penerbit Radio24, Marcus King


Buah tangan untuk dibawa pulang

Berinteraksi dengan pendengar dan pemanggil secara langsung sebenarnya cukup menarik. Beberapa soalan yang direct dilontarkan kepadaku, sama ada daripada Kifli dan lebih 20 pemanggil.

Antaranya, "secara jujur, saudara Rizal, apakah pasukan negara menang Piala AFF kerana nasib?"

Aku jawab: "Setiap pasukan yang muncul juara perlu nasib untuk menang. Sepanyol memerlukan gol masa tambahan untuk menang Piala Dunia, jangan lupa jika Arjen Robben menewaskan Iker Casillas selepas mendapat lorongan Wesley Sneijder, barangkali kesudahan final itu berbeza. Kita harus beri kredit kepada pasukan, mereka berjuang dan bangkit selepas tewas pada perlawanan pertama dan akhirnya mencipta sejarah."

"Apa pendapat saudara mengenai pembabitan kerabat diraja dan ahli politik dalam pentadbiran bola sepak?"

Aku jawab: "Kita sebenarnya tidak dapat lari daripada naungan politik atau political patronage disebabkan sistem kita state-based. Tidak dinafikan sumbangan ahli politik misalnya Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris pengurus pasukan negara ke Sukan Olimpik di Munich pada 1972. Tan Sri Annuar Musa membawa transformasi di pasukan Kelantan. Kita lihat juga bola sepak turun naik di bawah teraju Sultan Ahmad Shah. Yang penting sebenarnya kalau di peringkat FAM, anggota sekretariat yang profesional, ketua jabatan yang profesional kerana dibayar gaji berbanding ahli politik atau kerabat diraja yang rata-rata sukarelawan."

"Apakah ganjaran kepada pasukan negara terlalu banyak?"

Aku jawab: "Ya agak melampau, biarlah berpada-pada kerana kita baru juara di peringkat Asia Tenggara. Pemain berhak diberi imbuhan tetapi biarlah ganjaran itu sesuai dengan standard."

"Kita lihat tanpa kehadiran pemain import, pemain tempatan menonjol dan akhirnya kita juara Sukan SEA dan juara Piala Suzuki AFF?"

Aku jawab: " Apabila FAM mengumumkan larangan pemain import pada 2 Ogos 2008, saya tidak setuju. Bagi saya harus ada pemain import bukan saja untuk menarik minat penonton selain menaikkan standard liga, tetapi juga untuk mendedahkan pemain kita kepada perangai seorang pemain profesional, datang latihan awal, pulang lewat, cara pemakanan dan sebagainya. Tetapi kena pastikan pemain itu ada jumlah caps antarabangsa tertentu, bermain dalam Piala Dunia, Piala Asia atau sekurang-kurangnya mewakili negara. Ini tugas jawatankuasa FAM untuk menyaring. Kalau kita lihat liga sekitar Asean ada pemain import, liga besar-besar semuanya ada pemain import. Kalau tidak dua, hadkan sekurang-kurangnya satu pemain import yang benar-benar berkualiti."

"Apa jadi pada MyTeam?"

Aku jawab: "Bagi saya ia gagal...ia sekadar satu platform politik. Tapi ada seorang pemain yang akhirnya mewakili negara - Azmi Muslim, bek kiri Kedah. Saya masih ingat apabila pertemuan diadakan pada 28 Mei 2006, pemain negara diejek dimaki hamun, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menganggotai pasukan negara menjuarai Piala Suzuki AFF. Saya faham ketika itu penyokong MyTeam berbuat demikian sebagai satu manifestasi kekecewaan terhadap senario bola sepak tempatan dan FAM tetapi di mana mereka sekarang?"

Tuesday, January 18, 2011

Khas buat segelintir penyokong Kelantan


Tengok...sebelum Piala Suzuki AFF dah lama Rembat tampilkan Apek dan Matyo...ini menjelang final Piala Malaysia...tapi takde pun peminat Kelantan ucap terima kasih pun...

Entry ini sebagai reaksi kepada beberapa penyokong Kelantan yang mencemuh dan memaki hamun aku dalam wall facebook aku. Mugo Nopak misalnya menghantar mesej dalam inbox xxxx to rizal hashim!!! think u r so good and better than every one else!!! self proclaimed sports journalist my foot!!! baso gong!!! gilo babi!!! anak haramm!!!!

DjBig E Trwfm pula mengirim posting ini dalam wall FB aku - saudara RIZAL HASHIM, blogers sukan yang KONONYA tersohor, sila minta maaf secara terbuka kpd semua penyokong bola sepak,pengurusan pasukan,YB Takiyudin dan semua rkyt KELANTAN ats artikel anda dlm sisipan REMBAT KOSMO yg berbaur hasutan kenegerian. ULTRAS KELANTAN - TRM - alamak, kat sekolah dulu tak belajar ke Bahasa Malaysia standard...jadi disambut pula dengan
Penyokong Kelantan Fa
kawe suko kelih (tengok) demo kecek ( bercakap ) dale tv tapi rupanya demo anti kelate Muhammad Rizal Hashim biarlah nok buat lagumano...dio silap cuit ore la nih.ore kelate kalu ore wat baik dio balas 10 kebaikan tapi kalu wat jahat so dio balas 10 kejahate


EyiEz Eusoff Mohd penulisan bersifat peribadi! Sekali lg salam jari tengah untuk rizal! Hahahak

Wawan Faiz Bagi kawe, saudara Rizal ni bukan anti-Kelate atau gapo. Dio ni bloger sukan yang bebas. dia juga ore kafe sukan. kawe lamo doh kenal dio nieh. dulu time dio duk puji kelate melambung dlm kafe sukan, naikkan nama kelate menerusi rembat kosmo, xdop sapo napok. time dio bidas Drama Misbun, pahtu kes ni ramai plop nak marah ko dio. tapi bab isu ni kawe xpasti bakpo dio oyak gitu. kalu nak kata dia anti kelate, xtepat sbb dulu dio sokmo backup kelate.

Memang betul orang kita ni mudah lupa!


Nampak tak kepala tajuk KEMUNCAK KEPERKASAAN HULUBALANG MERAH....eh silap, patutlah diaorang tak faham, aku tulis bahasa Perancis...I'm sorry...patutlah peminat Kelantan tak ucap terima kasih...I'm sorry...I'm sorry (intonasi ikut macam budak raja lawak tu, kebetulan dari Kelantan)



Previu Rembat menjelang final Piala Malaysia...kelebihan buat Kelantan...I'm sorry, aku tulis dalam bahasa Sepanyol...yang faham Xavi, Iniesta dan Sandro Rosell saja...I'm sorry...

Kenapa aku pilih Kelantan dalam bahasa Jerman

Kelantan ke final dalam bahasa Urdu

Kasihan Sathia dalam bahasa Tamil

entah amende tah dalam bahasa Mandarin

Kepada mereka yang bermama seperti Ultras Kopites, Mugo Nopak, DjBig E Trwfm, tidak pula tag gambar-gambar di atas iya? Setinggi-tinggi tahniah kerana berjaya mencerminkan mentaliti kalian!

Kepada rakan-rakan facebook yang add aku kerana disebabkan aku blogger ke, selalu keluar tv ke, terima kasih atas sokongan. Aku approve saja, tanpa mengira korang ni sengaja nak maki aku atau tidak. Yang tidak setuju dengan aku, sila delete diri masing-masing sebelum aku delete korang eh.

Aku sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Masalahnya, ramai yang tidak boleh dikritik, khususnya penyokong fanatik yang buta hati, buta sejarah buta segala-galanya. Bila sedikit silap, dibesar-besarkan, bila buat betul, langsung satu hun pun tak de pujian. Konon 10 kali buat baik, belahlah.

Aku cabar kauorang kalau nak berdiskusi, biar ada kelas sikit la...sikit pun takpe...tahulah u all bertaraf dunia...ketiga.

Khas buat Zarn Reyes dan Wawan Faiz, terima kasih kerana kalian peminat yang terdidik.

Bawah ni artikel yang buat diaorang mengamuk sakan.

Habis madu sepah dibuang


TIDAK lama selepas Muhammad Hafiz Hashim disambut sebagai wira lengkap dengan tengkolok sesudah menamatkan penantian 37 tahun untuk menjuarai kejohanan badminton Seluruh England pada 2003, penulis menasihatinya agar berpestalah selagi boleh.


Ini kerana budaya kita cepat lupa sumbangan dan jasa seseorang individu, sama ada dia seorang politikus, ahli sukan atau kakitangan kerajaan berpangkat besar.


Kepada setiap anggota skuad negara yang menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu hingga diraikan oleh Jemaah Menteri, nikmatilah pesta ini. Hari ini kita hero, esok barangkali kembali jadi zero.


Jadi dalam kita asyik mendongak ke langit, memandang bintang, merenung bulan, usah lupa bumi dipijak, rumput nan hijau.


Kepada pemimpin-pemimpin yang menumpang glamour anak buah K. Rajagobal, jangan sekali-kali ingat kejayaan itu dapat menyembunyikan hakikat kelemahan pengurusan bola sepak tempatan serta program pembangunan seluruh negara yang masih banyak cacat-celanya.


Misalnya, Perak mengambil khidmat bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar, sedangkan Raja Azlan Shah Raja Soib masih terikat dengan kontrak. Nasib jurulatih, semalam dipuji, hari ini dikeji.


Begitu juga dengan nasib Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose, tiga serangkai yang mengharumkan nama Kelantan tetapi tahun ini berhijrah ke T-Team.


Ada ugutan menggantung dan mengenakan denda terhadap mereka kerana kononnya perpindahan itu tidak mengikut prosedur. Yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan Datuk Takiyuddin Hassan, juga orang Kelantan.


Jadi hati-hati, jangan ada sentimen kenegerian. Sebab itu dulu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar nasihatkan semua pemegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar letak jawatan di peringkat negeri.


Siapakah yang akan melindungi kepentingan pemain jika pegawai ibarat durian, mereka umpama mentimun? Penulis cukup benci kalau pemain jadi mangsa keadaan.


Juga apa sudah jadi kepada Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim?


Selepas sibuk bermain futsal dengan belia-belia kita, elok juga YB Muar ini menjadikan jawatankuasa itu sebagai wadah merevolusi bola sepak peringkat akar umbi. Usahlah sekejap ke Slovakia, sekejap ke Everton, ditemani pegawai-pegawai yang hendak makan angin saja!


Dalam pada itu, penulis adalah antara tiga warga Malaysia yang terbabit dalam proses undian Anugerah FIFA Ballon d’Or. Selaku jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal memilih Andres Iniesta, Xavi dan Mesut Ozil, manakala kapten Norhafiz Zamani Misbah mengundi Xavi, Wesley Sneijder dan Carles Puyol.


Penulis pula memilih Sneijder, Xavi dan Diego Forlan. Sebagai perbandingan, jurulatih Oman, Claude Le Roy, memilih Iniesta, Sneijder dan Forlan. Bos Perancis, Laurent Blanc, mengundi Xavi, Sneijder dan Iniesta. Teraju England, Fabio Capello pula, memilih Iniesta, Xavi dan Maicon.


Jika bersandarkan undian media saja, Sneijder, arkitek di sebalik kejayaan treble Inter Milan selain menyumbat lima gol membantu kemaraan Belanda ke final Piala Dunia, mencatat 7.7 peratus, mengatasi Iniesta (7.53 peratus) dan Xavi (5.96 peratus).


Begitulah bola sepak, tiada formula yang tepat, tiada satu-satu dasar yang sempurna. Bola sepak Malaysia juga jauh daripada sempurna. Mungkin hanya Lionel Messi menghampiri kesempurnaan.


Rizal

Dalam analisis terakhir, puak-puak ni lebih kurang sama la dengan golongan penyokong Indonesia yang gelar Malaysia malingsia dan pelbagai kata nista. Puak ni jugak agaknya yang bergaduh dengan penyokong Selangor hari tu...

Monday, January 17, 2011

Cadangan buat stesen tv, free of charge

Kalau jururunding, pakar runding, perunding atau consultant dah lama letak invois ratus ribu ringgit untuk cadangan-cadangan berikuta dalam merancakkan senario bola sepak tempatan. Antara cadangan aku, buat program undang-undang permainan. Pengacaranya, pengadil tersohor, Subkhiddin Mohd Salleh!




Impak dan transformasi menerusi media

KESUDIAN Astro membeli hak komersil Liga M dengan membayar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) RM120 juta untuk jangka masa empat tahun harus menyuntik bukan saja dana bahkan mencetus idea-idea baru dalam memasarkan produk yang bergelar bola sepak domestik.

Jumlah itu dijangka diagih kepada ahli gabungan FAM sebagai geran tahunan, manakala tajaan promosi, air time dan kos penerbitan yang bernilai RM100 juta untuk tempoh empat tahun adalah kunci kepada kewujudan budaya bola sepak baru hasil promosi yang agresif.

Penting untuk semua saluran media - arus perdana dan baru - mengoptimum peluang ini dan bekerja secara sinergi demi membawa transformasi, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Tidak kira sama ada kerja-kerja pemasaran dilakukan secara bersama oleh Astro dan Malaysian Super League (MSL) Sdn Bhd di bawah teraju Tan Sri Annuar Musa atau tidak, cabaran utama ialah mengubah mentaliti pembuat dan pelaksana dasar, misalnya penggiat di peringkat negeri, agar bekerja secara ikhlas, memiliki kekuatan jati diri, berprinsip, tidak pilih kasih serta bebas rasuah.

Rembat Kosmo! memberi cadangan secara percuma berhubung cabang media yang harus diberi keutamaan.

Internet

# laman sesawang www.fam.org.my dan www.malaysiansuperleague.com harus digabungkan di bawah satu nama dan satu domain agar peminat tidak keliru untuk mendapatkan maklumat mutakhir. Setiap berita terkini dimuatkan dalam www.fam.org.my. Ia harus dijenamakan semula dan diberi reka bentuk baru bagi memudahkan pelayar melayari maklumat.

# Contohi www.the-afc.com dan pastikan setiap ahli gabungan yang menyertai liga tempatan ada laman sesawang sendiri dan dipautkan kepada www.fam.org.my. Dicadangkan FAM menyediakan geran RM3,000 sebulan setiap pasukan agar memudahkan ahli gabungan mencari penulis dan jurufoto bagi mengemas kini dan meyumbang artikel dan gambar rasmi pasukan masing-masing. Ini kerana kebanyakan ahli gabungan tidak pandai mencari iklan dan tidak mementingkan laman sesawang sebagai sumber maklumat dan pemasaran produk. Sebaliknya laman web persendirian atau kelab penyokong lebih aktif dan sarat dengan informasi.

# Laman sesawang rasmi FAM harus ada video perlawanan-perlawanan lama dan bahan arkib yang dimuat naik untuk tontonan peminat. Bayangkan jaringan Safee Sali dalam Pestabola Merdeka 2007, Piala Antara Benua 2008 dan Piala Suzuki AFF dipaparkan di laman web, bukan saja menarik minat penyokong, bahkan merangsang pemain sendiri bahawa mereka boleh dan pernah beraksi hebat. Hak siaran harus dibincang dengan penyiar rasmi.

# Galeri album dan gambar lama simpanan FAM harus dipaparkan dalam laman web FAM bagi mendidik generasi hari ini mengenai sejarah perkembangan bola sepak tempatan serta siapa Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tan Sri Hamzah Abu Samah, Datuk Kwok Kin Keng, Datuk Teoh Chye Hin, Datuk Paul Mony Samuel, Datuk Dell Akbar Khan, Datuk Seri Ibrahim Saad, Bola Singham dan Koe Ewe Teik D dalam mencorakkan pentadbiran dari 1950-an hingga hari ini.

# Paparan utama dalam mendidik generasi hari ini menghargai sumbangan pasukan terdahulu - skuad pingat gangsa Sukan Asia 1962, skuad Olimpik 1972, skuad pingat gangsa Sukan Asia 1974, skuad Piala Asia 1976 dan 1980, serta skuad pra-Olimpik 1980 dan akhir sekali, skuad Piala Suzuki AFF 2010.

# Artikel ringkas mengenai legenda-legenda negara dari zaman Edwin Dutton, Ghani Minhat, Syed Ahmad Abu Bakar, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan hingga hari ini.

# Pautan kepada semua saluran media Astro yang memiliki laman sesawang masing-masing.

# Jaringan media sosial dan media baru sebagai penyalur maklumat.

Telekomunikasi

# Astro bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi untuk menawarkan khidmat maklumat terkini menerusi sistem pesanan ringkas, MMS dan dicaj kepada akaun pengguna.

Siaran televisyen

# RTM harus bekerjasama dengan Astro, khususnya Astro Arena dalam mempromosi bola sepak kepada audiens lebih besar. Tidak dinafikan Astro Arena menyiarkan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana serta Piala Emas Raja-raja tetapi jumlah penonton RTM lebih besar dan menyeluruh.

# Banyakkan program berkaitan bola sepak, sama ada bual bicara, reviu dan previu atau satu program yang memaparkan gol saja sepanjang minggu. Program seperti Wisel Penamat dan Sebelum Wisel terbitan RTM wajar diubah agar lebih dekat kepada waktu puncak atau prime time.

# Selain menyiarkan perlawanan Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala FAM, Piala Emas Raja-raja dan Liga Kementerian Pengajian Tinggi, pertimbang siarkan secara langsung atau rakaman perlawanan Piala Menteri Pelajaran/Piala Super 100Plus Bawah 18 dan Bawah 15 anjuran Kementerian Pendidikan.

# Siarkan program bercorak majalah yang memaparkan temu bual, kisah pemain di sebalik tabir

# Program yang memaparkan jurulatih bertauliah dan bekas pemain kebangsaan menunjuk ajar cara menyepak, menanduk dan asas-asas kemahiran lain.

# Program yang mengikuti perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP).

# Menyiarkan program seperti Junior Community Football League.

# Memastikan promo montaj gol-gol pasukan kebangsaan disiarkan dengan kerap terutama menjelang perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan

# Memastikan Astro SuperSport turut menjalankan tugas mempromosi Liga M kepada segmen bahasa Inggeris.

# Program ringkas undang-undang permainan dikendalikan pengadil tersohor Subkhiddin Mohd Salleh.



Radio

# Semua stesen radio milik Astro menyediakan laporan bola sepak tempatan seminggu sekali, dengan memuatkan temu bual dengan jurulatih, pemain, penyokong dan pengkritik. Wujudkan sinergi di antara stesen radio dan semua rancangan televisyen mengenai bola sepak terbitan Astro untuk memastikan audiens lebih besar.

Wisma FAM

# Harus ada sudut media dengan latar belakang jenama Astro dan penaja lain, jadi temu bual untuk program televisyen atau media cetak boleh dilakukan di situ.

Media cetak

# Jalinan kerjasama di antara Astro dan akhbar untuk berganding bahu memasarkan Liga M.

Papan iklan dan acara sampingan

# Papan iklan gergasi di lokasi strategik, dengan wajah dan aksi pemain terpampang besar.

# Acara sampingan termasuk sepak penalti dan permainan konsol pada satu-satu acara dan perlawanan besar.

Saturday, January 15, 2011

Sedihnya aku...

Bukan kerana tidak dipelawa ke majlis Perdana Menteri meraikan skuad bola negara di Sri Perdana, Putrajaya...tetapi nampaknya isu Misbun Sidek belum selesai.

Jadi aku teringat ketika presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh, dipelawa ke studio untuk program Kafe Sukan. Baca di sini. Jangan lupa Misbun pun pernah muncul dalam Kafe Sukan.

Susulan kegagalan skuad Piala Thomas, BAM menyusun semula struktur kejurulatihan, melantik seorang pengarah prestasi tinggi dan setiausaha baru. Muncullah Datuk James Selvaraj serta peguam Ng Chin Chai. Seorang kem komandan, Lt Kol Jasmi Omar, ditugaskan memantau pergerakan keluar masuk hostel di Bukit Kiara.

Bedah siasat dilakukan, dirakam bagi mengenal pasti punca kegagalan pasukan negara. Kesimpulannya, perubahan harus dilaksanakan. Chin Chai berbincang dengan semua jurulatih yang sepakat setuju perubahan struktur. Semuanya setuju seorang pengarah prestasi tinggi kena dilantik untuk memantau kemajuan jurulatih.

Jurulatih harus kemukakan matlamat yang boleh diukur, sasaran jangka masa dekat dan pelan jangka masa panjang.

Rashid Sidek, abangnya Misbun dan Tey Seu Bok ada enam atau tujuh pemain antaranya Liew Daren, Tan Chun Seang, Hafiz Hashim, Chong Wei Feng, Chan Kwong Beng, tolak Lee Chong Wei.

Dalam mesyuarat, dipersetujui semua pihak pemain pelapis seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Mohd Syawal Ismail, Arif Latif, Zulfadli Zulkifli dan Misbun Ramdan diletakkan di bawah Hendrawan.

Selepas itu, timbul permintaan Misbun untuk Ramdan diletakkan di bawah bimbingannya atas sebab dia punya potensi dan ada satu stroke yang special yang harus digilap.

Jawatankuasa kejurulatihan dan latihan tidak setuju pasal benda ini tidak dibincang terlebih dahulu, sedangkan semuanya dipersetujui lebih awal. Kemudian ada pula pegawai yang mengeluarkan kata-kata yang boleh ditafsirkan tidak menghormati Misbun.

Jadi ia berkisar kepada isu di antara pakar teknikal dan pegawai yang tidak mempunyai latar belakang teknikal.

Bagi aku, BAM boleh terima Misbun dengan bersyarat. Akur dengan permintaan Misbun tetapi bentangkan perancangan periodicalnya untuk Ramdan, misalnya Jun 2011 apa dia, Disember 2011 apa dia, April 2012 dah menang apa, dan juara dunia 2015...mudah bukan?

Ancaman puak-puak bukan teknikal pula lebih sudu daripada kuah! Baca di sini. Macam Datuk Wira Mazlan Ahmad cakap dalam Kafe Sukan, pegawai kita boleh tukar hari ini tapi kita perlu 10 atau 15 tahun untuk dapat orang macam Misbun atau Chong Wei.

Prolifiknya seorang mantan

Zafarul Aswad, seorang penggiat badminton dan pembaca setia blog ini, bersependapat dengan mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad, yang akhir-akhir ini semakin prolifik dalam menyatakan pendiriannya menerusi kolumnya di Utusan Malaysia.


Dulu tidak lama lepas Mazlan pencen selepas 12 tahun lebih menerajui MSN, aku cadangkan agar kerajaan ambillah dia selaku penasihat. Tapi masa tu nama Philip Chan harum...bidan terjun dan pakar sukan zaman Azalina. Ada di kalangan bos-bos aku pun tuduh aku ada agenda...jin haprak betul lah. Ini masalahnya kalau manusia tidak objektif dan ada syak wasangka, orang yang ikhlas dituduh macam-macam!

Orang macam Mazlan ni rugi kalau pembuat dasar tak pick his brains. Dia seorang KP yang berfikir secara strategik dan rajin buat kertas kerja, bukan makan angin saja. Kalau makan angin, aku pun boleh jadi KP...KSU pun boleh!

Bacalah kolum dia di Utusan...dan debatlah dengan dia kerana Mazlan memang suka berbincang. Zaman dia KP MSN, pintu sentiasa terbuka.


Sebab itu Rajes Paul dan beberapa wartawan yang kenal dia sentiasa sudi beri ruang kepada Mazlan sehingga hari ini. Baca laporan the Star di sini

Lagipun Mazlan ni bukan mengejar publisiti murahan. Dia gemar cari jalan penyelesaian...bukan jenis telefon reporter mintak carry quotes dia...

Thursday, January 13, 2011

My vote in FIFA Ballon d'Or


There were only three Malaysians involved in the FIFA Ballon d'Or voting process. K. Rajagobal as the national coach, Norhafiz Zamani Misbah as the national skipper and yours truly. Read  the votes details

In picking the top three, these were my comments to France Football's redaction director, Denis Chaumier,

My vote goes to Dutch maestro, Wesley Sneijder. Over the course of the 2009/2010 season, the script centred on Internazionale Milan’s march to the treble of UEFA Champions’ League, the Scudetto and Coppa Italia, an unprecedented feat in Italian football. And helping Inter re-write history was Sneijder.


Sneijder’s fine passing range, mastery in set-piece situations and nose for goals became the core element behind Inter’s successful season.


The icing on the cake was Sneijder’s role in the Dutch team that came agonisingly close to lifting the FIFA World Cup for the first time. Sneijder’s five goals were testimony to the impact he had on the team.


In the final analysis, Sneijder demonstrated David Villa’s marksmanship, Xavi’s composure and passing range while providing the Dutch a talismanic influence similar to the impact Diego Forlan had on Uruguay in the World Cup. That is why Sneijder is my pick as the inaugural winner of FIFA Ballon d’Or.

Leo Messi, the eventual winner, was not in my top three because he did not deliver in the tournaments that mattered most. Neither was Andres Iniesta in my shortlist simply because he was injured for the early part of the season. Xavi was my No 2, followed by Diego Forlan. Unlike Messi, Forlan plays for a less heralded team, both at club and country levels.

To me, the Ballon d'Or is a reward for the greatest achiever of the year. On media votes alone, Sneijder would have walked away with the golden ball.

Monday, January 10, 2011

Apa kata ayah Safee...

"Kalau tanya pakcik, pakcik takmau dia pergi Indonesia...risau ada desas-desus kata penyokong Indonesia nak bunuh Safee...penyokong Indonesia ni kan fanatik..." begitulah pembuka bicara Mohd Sali Min, 64, bapa kepada penyerang negara, Safee Sali.



Safee, bakal berusia 27 tahun tidak lama lagi, dikhabarkan akan menyertai Persib Bandung pertengahan tahun ini.

"Pakcik lebih suka kalau dia pergi Vietnam," kata bekas anggota polis itu yang dulunya berniaga nasi lemak di Tapah.

Tapi kita mendoakan Safee selamat mencuba nasib.



Safee (kanan) dengan puteri keduanya, Norsyasya Sofirna, Amirulhadi Zainal (bang, Cikgu mana bang, tak datang, aku jawab dia sibuk, dia kirim salam), Cikgu Faidza isteri Hafizal Hamad dan Khyril Muhymeen Zambri. Gambar diambil Hafizal Hamad, sebab itu tak sharp...


"Saya perlu uji kemampuan saya di luar negara," kata Safee.

Benar, Safee...jangan ulangi kesilapan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Zainal Abidin Hassan. Ketiga-tiganya menolak tawaran beraksi di luar negara, sama ada tidak dilepaskan oleh pasukan negeri atau mereka enggan keluar dari zon selesa.

Aku pernah menulis pasal isu ini...kerana pada 1970-an, Cha Bum Keun dari Korea Selatan dan Yasuhiko Okudera dari Jepun memberanikan diri berkelana ke Bundesliga...akhirnya bukan saja mereka menjadi duta kecil negara masing-masing, kedua-duanya dijadikan idola penanda aras buat generasi kemudian. Di mana Korea Selatan dan Jepun sekarang?

Aku tanya lagi Pakcik Sali, kenapa ejaan namanya Safee...

"Itulah Pakcik nak daftar nama dia Shafie tapi masa tu polis yang tulis Safee, masa tu belum daftar di Jabatan Pendaftaran lagi..."

"Safee ada adik, Norli, nama macam perempuan tapi main bola lagi skil, pandai gelecek tapi lepas injured lutut, dia terpaksa lupakan bola...

"Pakcik sentiasa mengikuti dan menyokong kerjaya Safee, kalau game di Shah Alam, Pakcik turun dari Tapah. Masa dia kecik, Pakcik ajar dan ajak dia berlari bukit, satu cara kuatkan kaki dan stamina...itu penting sebagai asas," katanya.

Gambar atas: Yang kiri tu, maskot pasukan kebangsaan, penyokong tegar...namanya...sila baca di sini. Tengah tu Pakcik Sali...

Ada syarat penaja?

Kafe Sukan episod kedua 2011 tadi mendedahkan beberapa isu menarik. Benarkah atau tidak sebuah bank meletakkan syarat Datuk Lee Chong Wei harus berada di bawah bumbung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum menghulurkan tajaan? Ia didedahkan pemerhati sukan yang juga bekas Pengarang Sukan Berita Harian, Norbakti Alias.



Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Wira Mazlan Ahmad pula mencadangkan agar struktur kejurulatihan BAM lebih fleksibel dan kurangnya tenaga profesional untuk mengurus modal insan dan bintang-bintang seperti Chong Wei dan Misbun Sidek.

"Kenapa tidak BAM benarkan Misbun latih satu kelompok pemain terdiri daripada pemain elit, remaja dan wanita, manakala Hendrawan latih kelompok lain tanpa berpandukan ranking tempatan?" soal Mazlan.

Bakti pula percaya ada tangan-tangan ghaib cuba mencemar imej BAM dan kepemimpinan BAM.

"Saya mendapat tahu penaja letak syarat akan menaja jika Chong Wei di bawah bumbung BAM. Apa akan jadi jika Chong Wei keluar? BAM tidak akan mendapat tajaan!"

Jadi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek harus sedar anasir-anasir luar BAM yang mahu lihat badminton negara porak-peranda. Barangkali ada juga beberapa blogger terbabit secara terus dalam hal ini.

Yang aku pelik Mumtaz Begum Abdul Jaffar pun buat kenyataan. Eh apa hal?

Adakah YAKEB nak ambik alih peranan Majlis Sukan Negara (MSN)?

Hanya kerana Mumtaz baik dengan isteri Perdana Menteri?

Saturday, January 8, 2011

Quoted in The Star, dipetik Utusan Malaysia

Being mentioned in the same page as Tan Sri Dr M. Jegathesan and Datuk Sieh Kok Chi is of course an honour. Read The Star's report here.

Utusan Malaysia juga memetik aku selain bekas perancang tengah skuad negara 70-an, Shukor Salleh, bekas pemain Selangor, Azlan Johar dan pengulas sukan RTM, Hafizal Hamad. Aku kurang setuju dengan ganjaran melampau yang diberikan kepada skuad bola sepak negara yang menjulang Piala Suzuki AFF.

Macam sesetengah negeri bagi tanah dan rumah, itu pada aku keterlaluan. Lainlah kalau menang di peringkat Asia...bagi aku ganjaran wang memadai. Masa untuk berpesta sudah berlalu. Kini kembali fokus kepada tugas.
Baca di sini

Al-Fatihah buat Cikgu Abdul Rahman

Penggiat sukan hoki yang disegani, Abdul Rahman Karim, meninggal dunia malam Jumaat lalu. Allahyarham dilanggar sebuah kereta sejurus keluar masjid sesudah tahlil malam Jumaat di Pontian. Selain menjadi ahli majlis Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Allahyarham kerap dilantik menjadi pengurus pasukan, antaranya di Sukan Olimpik di Atlanta.


Moga rohnya dicucuri rahmat dan dilepaskan daripada siksa kubur. Gambar Sarkawi Zainal Abidin yang menghadiri pengebumian Cikgu Abdul Rahman.

Thursday, January 6, 2011

Wayang kulit baru, Tok Dalang sama

Aku tak rugi apapun apabila memutuskan malas nak liput badminton untuk Malay Mail pada 1998. Cukuplah kena marah dua-dua kem, satu Nusa Mahsuri, satu lagi BAM. Penat dan pening, last-last, bagi tugas membuat liputan badminton kepada Tony Yee.

Cerita Misbun Sidek letak jawatan adalah episod terbaru drama terbaru yang dilakonkan pelakon lama, dibantu pelakon tambahan baru. Skripnya berbeza sedikit.

Sentimen orang ramai pun berat ke arah Lee Chong Wei dan Misbun. Mereka banyak mengharumkan nama negara. Tapi adakah itu memberi mereka kelebihan dan kebebasan untuk berbuat sesuka hati?

Elok kita kaji latar belakang kes ini:

Misbun khabarnya pernah meminta agar anaknya Misbun Ramdan, 18, berguru dengannya sekalipun belum bertaraf elit, sekadar menduduki No 5 dalam skuad pelapis. Ini tidak dipersetujui jawatankuasa pasukan kebangsaan. Bagaimana pula nasib empat pelapis teratas itu? Mereka pun hendak berguru dengan mahaguru macam Misbun. Kalau sama potensi, sama mahir, sama pantas, sama sikap, siapa yang harus dipilih berguru dengan Misbun? Tentu ada kepentingan peribadi di sini...

Tapi ada yang mengatakan seorang mahaguru tidak akan melepaskan anak didiknya kepada mahaguru lain...benar, tetapi ini soal merit dalam organisasi dan tidak harus ada pilih kasih! Lagipun Misbun ada access kepada Ramdan, lainlah kalau Misbun duduk UK Perdana, Ramdan duduk London...

Misbun yang kukenali seorang yang kaya mutiara kata tetapi maha sensitif...jika ada tanda-tanda orang tak respect dia, dia akan berontak...aku dengar dia tulis surat kepada presiden BAM meluahkan perasaannya.

Atas kejayaannya membimbing Rashid Sidek, Hafiz Hashim dan Lee Chong Wei, Misbun diberi gaji lumayan, khabarnya lebih kurang RM30,000 sebulan. Itu tak termasuk kontrak RM200,000 dengan Yonex.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek harus berhati-hati dalam hal ini. Jika dia menyokong Nusa Mahsuri, Misbun dan Lee Chong Wei, barangkali disebabkan sentimen dan hakikat bahawa dia bekas setiausaha Nusa Mahsuri.

Jika Nusa Mahsuri menerima bantuan kewangan semata-mata kerana adanya Misbun dan Chong Wei, bagaimana pula kelab lain? Kelak timbul usaha kelab curi pemain yang established semata-mata untuk dapatkan dana kerajaan, sedangkan sepatutnya mereka harus jelas, peranan mereka membesarkan kelompok pemain di akar umbi!

Shabery harus berlaku adil kepada semua pihak. Dalam dunia sukan Malaysia yang penuh warna warni, penipuan, kerakusan dan tamak kuasa, itu bukan tugas yang mudah!

Ketika Nusa Mahsuri diwujudkan tidak lama selepas kecoh di antara Rashid dan BAM pada hujung 1994, aku sidekick Norbakti Alias menulis badminton untuk Berita Harian. Banyak yang tidak berubah kerana yang jadi tok dalang dalam wayang kulit ini lebih kurang sama jugak orangnya.

Nusa Mahsuri harus putuskan, sama ada mahu jadi pendorong atau divisive factor!

Ikuti perspektif berbeza seorang pegawai sukan veteran, dalam episod pertama ruangan bekas ketua pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad, dalam Utusan Malaysia Rupanya ranjau Misbun belum berakhir. Jangan ingat orang pencen tak de pengaruh!

Karate going the taekwondo way?

Karate gained prominence in Malaysia mainly thanks to the exploits of karate family of T. Ponniyah. His sons Arivalagan, Thennavan and Thiagu were at the peak of their powers when I began my career in journalism.

Supported by Clement Soo, the taikor of karate, the sport prospered. There were teething problems, but nothing Makaf could not solve, with the support of the National Sports Council (NSC) then. Ponniyah, a kumite specialist and Clement, a kata grandmaster, formed a powerful duo. Thanks to its medal-churning products, karate became a major contributor to Malaysia's medal tally in multi-sports events, especially the SEA Games and the Asian Games.

But typical of any Malaysian sports body, Makaf has internal issues as well.

Arivalagan's removal as the chief coach took everybody by surprise, including Clement himself. As the Makaf secretary general, Clement was kept out of the loop. Read here

Apparently the technical committee wants to hire Iran's Vahid Khajeh Hosseini, the 1994 Asian Games bronze medallist in the 80kg. Ponniyah is not agreeable to the idea. Read The Star.

However Arivalagan's detractors claim he had not been producing exponents of his own since taking over from Ali Reza Souleymani in late 2003.

Arivalagan's track record showed otherwise. R. Puvaneswaran originally came from Hayashi-ha though his winning mentality was fine-tuned by Ali Reza from 1998 to 2003.

Insiders say there are some elements within the kata group that were envious of the influence the Ponniyah family had on the karate scene, what with his son Thiagu also a respected referee.

The whole issue is said to have been triggered by the defeat of the son of a national coach in the 2008 Sukma in Terengganu...which then led to the controversial EGM in 2009 which saw the election of Datuk Seri Mohd Ali Rustam as Makaf president. Read The New Straits Times

I fear for karate. The sport could be going the taekwondo way if this matter is not resolved amicably.

Tuesday, January 4, 2011

Teori konspirasi di sebalik kisah Misbun

Misbun Sidek - tidak lekang daripada kontroversi sejak muncul selaku antara pemain yang mewarnai arena badminton negara.

Kenapa dia letak jawatan selaku jurulatih di BAM?

Benarkah ada tangan-tangan ghaib di sebalik kisah ini?

Aku dimaklumkan ada individu tertentu yang rapat dengan Lee Chong Wei bermain catur, menyusun strategi.

Kalau Chong Wei pun keluar dari BAM, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dikhabarkan ikut jejak yang sama. Maknanya prospek pingat kita di temasya Olimpik di London akan berlatih di luar bumbung BAM.


Loose cannon tukang pegang piala...itu aje kerja dia...

Kalau begitu, adakah elaun Road To London akan disalurkan kepada Misbun, Chong Wei dan lain-lain? Atau MSN berkeras hanya menyalurkan dana jika individu terbabit kekal di bawah naungan BAM?

Cakap-cakap mengatakan Misbun tidak berpuas hati kerana anaknya Misbun Ramadan tidak di bawah jagaannya agak janggal. Sebabnya Ramadan berada di bawah bimbingan Hendrawan, seorang yang pandai membaca taktik, macam Morten Frost. Lagipun Misbun sebagai bapa boleh latih Ramadan bila-bila, khususnya di gelanggang di belakang rumah mereka di Taman UK Perdana...tengah malam, siang, pagi, tengah hari, bila-bila...

Aku harap isu ini tidak berpanjangan hingga membabitkan Datin Paduka Rosmah Mansor...aku tak gemar kalau orang besar masuk campur...

Aku juga tak gemar orang yang ada kena-mengena dengan orang besar dan VVVVIP menangguk di air yang keruh...kalau ada, akan aku dedahkan...

Konspirasi ini bertujuan check-mate BAM dan Nadzmi Salleh...

Kalau Misbun dan Chong Wei sah tidak lagi sebumbung dengan orang di BAM, MSN boleh jimat hampir RM1 juta untuk tampung gaji, bajet latihan dan bonus untuk mereka berdua..

Nasib 2A

Simpatiku kepada Azraai Khor dan Azman Eusoff. Di saat bola sepak Malaysia memuncak dengan kemenangan Piala AFF, mereka makan gaji buta di Wisma FAM.


Sudahlah dilucut daripada jawatan mengendalikan Harimau Muda A, mereka tidak dilepaskan daripada jawatan selaku jurulatih di FAM. Beberapa anak buah mereka seperti Mahali Jasuli, Faizal Muhammad, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan dan K. Gurusamy, anggota skuad Piala AFF, berguru dengan 2A di Slovakia tetapi timbul kontroversi selepas perselisihan faham di antara Azraai dan jurulatih penjaga gol, Mohana Sundram.

Lepaskanlah mereka...jadi Azraai dan Azman boleh cari rezeki di tempat lain.

Membawa RG dan Piala AFF ke studio...

Tiga hari tidak tidur semata-mata nak pastikan K. Rajagobal muncul di studio menerusi program Kafe Sukan...episod pertama 2011.

Selesai urusan menghantar anak, renew insurans kereta orang rumah, mencari sekolah agama baru buat anak sulung sebelum mendapat kad touch and go aku tamat tempohnya, aku bergegas ke FAM, Noraini Taha PA Datuk Azzuddin Ahmad sudahpun menunggu. Piala disimpan kemas dalam kotak, dibungkus elok oleh bekas pengadil M. Saminathen.


Runner Astro Arena nak bukak business courier. Gambar Noraini ambik


Dibawa dalam kereta aku


Pengarah studio Farique Aldan nak pastikan aku bawak piala, bukan pinggan mangkuk nak makan free di Arena


Eh eh, lembu punya susu, sapi dapat julang piala...Hafizan Halim meniru gaya Safiq Rahim...


Terpaksa rakam segmen Chai Fong Yin dan Pandelela Rinong Pamg terlebih dulu


Habis beramah mesra dengan Fong Yin dan Lulu Dolphin (FB nick Pandelela), aku bergegas ke Filem Negara, guard kata mungkin rakaman habis 6 petang! Hah! Nak luruh jantung aku...aku diizin masuk, ke Pentas Bunyi...tanya krew, program apa ni, untuk Astro Ria, hosnya Datuk Siti Nurhaliza...coach Raja lama lagi ke...dah nak habis dah...aku tunggu di bilik VIP, Raja bersama isteri Puan Chantra, melayan permintaan mengambil gambar rupa-rupanya...Fahrin Ahmad pun nak ambik gambar...

Raja nampak aku, hah Rizal, I told them I had another recording, Rizal Hashim waiting for me...because the recording here was delayed...so I told myself, alah, no need la with Rizal Hashim...lega, lega...kalau tak kena cancel interviu dengan Raja...


So aku bagitau Raja, lepas ni, Astro dah sponsor FAM, coach kena datang every time kita panggil you hahahah


Last-last, runner Kafe Sukan diberi peluang pegang piala dengan Raja...lepas tu diaorang bungkus balik piala, akhirnya aku pulangkan ke FAM nak dekat pukul tujuh malam...

Sunday, January 2, 2011

Astro dapat hak komersil, road to nowhere, arak piala

Yang menarik!

1. Hak komersil Liga M kini milik Astro Media dengan nilai RM220 juta untuk tempoh empat tahun, satu perkembangan yang harus direbut betul-betul oleh penggiat bola sepak bagi menyuburkan semua aspek pembangunan liga, akar umbi dan skuad kebangsaan. Baca di sini.

2. Aku lupa sumbangan Datuk Azzuddin Ahmad dalam perjalanan kerjaya K. Rajagobal. Sebagai pengurus pasukan Bawah 20 pada 2004, Azzuddin pening tengok kerenah Jorvan Vieira yang tidak bentuk core team menjelang kejohanan Asia Bawah 20 di Kuala Lumpur. Dia buat report, bagitau pada Setiausaha Agung FAM, Datuk Dell Akbar Khan, dan Vieira dipecat! Penggantinya - K. Rajagobal. Dalam 10 hari, ganti coach???? Satu tindakan berisiko yang cukup berani. Rajagobal buat pertukaran dalam 80 peratus, bawak masuk Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Safiq Rahim, yang enam tahun kemudiannya menjulang Piala Suzuki AFF...siapa sangka?


Sekali lagi apabila B. Sathianathan ditunjuk jalan keluar gara-gara kenyataan pedas "M-League is not football", Azzuddin cadang nama Rajagobal biarpun ada yang mencadangkan nama Dollah Salleh, Azraai Khor Abdullah dan K. Devan untuk jadi teraju pasukan kebangsaan. Jadi, apa saja orang cakap pasal Azzuddin, dia dah lantik Rajagobal lama sebelum Subahan Kamal, Annuar Musa, Hamidin Mohd Amin atau sesiapa boleh tonjolkan muka dalam suratkhabar dan televisyen!

3. Encik Shaari, seorang pemandu teksi dari Bandar Tun Razak, Cheras, telefon aku.

Shaari: Encik Rizal, saya selalu ikuti rancangan Kafe Sukan dan baca Rembat Kosmo!

Aku: Terima kasih..

Shaari: Ni, saya ni asal Kelantan...nak cadangkanlah, Piala AFF tu dibawa ke satu tempat atau stadium, kenakan bayaran untuk orang ramai datang tengok, duit tu boleh sumbang bagi ganjaran kepada pemain...saya kecewa jugak Kelantan menang Piala Malaysia tapi tak diarakkan untuk warga Kelantan di Lembah Klang....



Yang tak menarik!

1. Road to London ke Road to Nowehere? Beginilah, lupakanlah usaha masukkan bola sepak ke Road to London. Team yang nak layak ke London berbeza dengan team yang menang Piala AFF. Coach pun lain. Lagipun takkan Kerajaan nak belanja besar-besar semata-mata untuk tampung belanja pasukan dalam empat perlawanan saja? Anak buah Ong Kim Swee lawan Pakistan secara timbal balik bulan depan. Kalau menang, ada kemungkinan jumpa Korea Selatan, Bahrain atau kuasa-kuasa besar Asia. Lagipun setahu aku, program Road to London untuk medal prospects, mereka yang ada peluang naik ke podium di Sukan Olimpik di London. Oh dulu Malaysia menang pingat gangsa ke di Munich 1972? Sebaliknya, MSN belanjalah ke jalan yang benar - misalnya, hantar team ke Eropah dengan tempoh lebih lama.

2. Apa jadi Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan yang dipengerusikan Datuk Razali Ibrahim? Betulkah Everton sudahpun dibayar lebih RM200,000 untuk buat pembentangan saja? Cardiff City pun dah bentang pelan, tapi pelan ni semua lebih kurang sama, percayalah. Yang penting perubahan mentaliti di kalangan pembuat dan pelaksana dasar!

3. Aku jangka ada perebutan atau tug of war berlaku di antara FAM dan ahli gabungan...berapa ramai pemain wakil Harimau Muda A dalam Liga Super? Sanggupkah Kedah lepaskan penyerang bertubuh besar, Shakir Ali, dan penyerang ligat, Faizal Abu Bakar?

Conversations with Raja

Loose cannon: Hello, coach!


K. Rajagobal: Yes,


LC: Coach congratulations...


Raja: Yes, yes congratulations for putting Muslim Ahmad in defence...


LC: Eh, urrr...


Raja: Yes, I have been keeping tabs on what you say on Kafe Sukan, while talking to Datuk Zol...on putting young players...


LC: Oh yes of course la coach, you know...

Raja: Yes, yes I know, but how many times I've told you...that it takes time to build a team...but critics like you don't understand...you must make people understand, that young players take time to mature...and that we must trust them...

LC: Ok, coach, yes I understand...so coach the producers of Kafe Sukan wish to have you appear on the show Monday la..

Raja: No lah...you know Rizal, it has been a long year...I wish to spend time with my family...

LC: But I remember watching you on TV, semua channel you ada...after winning the SEA Games last year...

Raja: No lah, I only appeared on Astro Awani's In Person...

LC: Come on lah coach, Astro Arena had been wanting to have you on their shows Kafe Sukan and Formasi for a long time...

Raja: Ya la, but you know I've been very busy throughout the year...

LC: Come on la coach...

Raja: No la Rizal...

LC: Come on la coach, you sudah menang pun susah mau keluar...bukan selalu coach...we pay tribute to you...you can refute what I say...

Raja: Ya ya, I always refute you...

LC: Ok coach, Monday

Raja: You call me Sunday la...

LC: Ok coach, don't switch off your handphone ahh

LC: So coach, how was it - being taken to the stadium in an armoured car?

Raja: Terrible...this is war, I said...nowhere in the world this can happen la...I blame the organisers, the Indonesian football federation for not providing adequate protection to our team...when we were taken to the stadium, it was so hot, there was no air-cond, I felt it was done on purpose to unsettle the team, tapi bila balik sejuk...

LC: How long after the game that you were brought safely back to the hotel?

Raja: I guess close to three hours...

LC: When was the turning point for the team, coach?

Raja: When we lost the first game, I told the players look here, we remain a good team, we lost because of individual errors...

LC: You put in Khairul Fahmi for the second game...

Raja: Yes Sharbinee was not made the scapegoat but I knew Fahmi had a good outing in the Asian Games, and their standard is almost the same...it was the same in Vientiane, when Sharbinee gave an excellent performance after taking over from first choice Farizal Marlias...so Fahmi took his chance well...

LC: Thailand...

Raja: Thailand is the best team in the region...but I realised Bryan Robson made a strange decision of not fielding his best line-up for the first game...every player needs to play in order to gain momentum...I knew we had a chance of a positive result...yes they kept coming onto us and we had our chances as well, in the end it was the turning point...

LC: How do you see the win?

Raja: You tell me, did our legends, if we continue talking about the past, win before a huge crowd of 100,000 inside the stadium, with 50,000 waiting outside? Can you understand the intense pressure the boys had to go through? I really thought it was a nightmare, so scary to be in such a situation...with the players being harassed everywhere we went...

LC: What went through your mind when Indonesia was awarded the penalty?

Raja: We were expecting it but it came too early...of course I was worried, in Bukit Jalil we scored three goals in 12 minutes, they could do the same in Jakarta...but on the two occasions I saw Firman Utina sending his penalty to the left of the keeper, so I told Fahmi to cover the angle...so what he told the papers, it was true...

LC: Coach you know about the Tabung Akujanji?

Raja: Ha ya, wah thank you, thank you, you are also contributing...but the coach also gets ah?

LC: Of course coach, 22 players plus 10 officials...

Raja: Wah fantastic bombastic...OK you tell Khawari (SAM) president, if tak cukup I also can contribute...

LC: haahahahahaha

LC: Coach, how are you going to manage this success?

Raja: It's not up to me alone, you know me Rizal, I pick players on merit...those who perform will always be given a chance...but in order to progress, we have to get everybody working on the same page..if the development programme by FAM and other government agencies is showing the desired results, it should be implemented at a smaller scale at the grassroots...of course at the national level, I'm happy to have a bigger pool of players to select from...around 30 or 40 players who are equally good and this can only be a positive sign for the national team. In Jakarta, Rizal, I saw how their media instigated and created a frenzy in rooting for their team, imagine despite having a 3-0 deficit, they were supportive of their team all the way, we do not have this kind of support in Malaysia...critics like you always question...


LC: Coach betul ka you kena ludah? I spoke to a few witnesses...

Raja: Ya ka, I thought it was only water...ya la, that's why I said we were not given adequate protection, you know la, what was important was the fact we won despite having to go through all these...

LC: Coach, wah the white shirt lucky charm for you la...

Raja: Yes you know, I like to dress well, I have a collection I bought from British India...I started wearing white after the two matches against Manchester United (July 2009)...but maybe starting 2011 I might wear different colours hahahaha

LC: Coach, what is your stand on players like Brendan Gan (Australian born of Malaysian descent) being given the chance to be selected?

Raja: I'm open to the idea, if you have relatives, sons, nephews who are studying in the UK, Australia, if they play and they think they have the capacity, come, study the national team calendar, because we don't train everyday, come for trials and as long as they prove they are better than the players I have now who have offered blood, sweat and tears, they have a chance...

LC: You have a four-year plan for the team...was winning the Suzuki Cup this year part of the plan?

Raja: Yes to qualify for the Asian Cup 2015 on merit...honestly speaking, my target for the Suzuki Cup was to advance to the last four. Looking at the draw, Thailand and Indonesia were the favourites but I knew we stood a chance of creating an upset...fortunately lady luck smiled on us.

LC: Plans for 2011?

Raja: We must play an A international match at least once every month, and we have the friendly with Hong Kong in February and the World Cup qualifiers in June, followed by the match against Chelsea. The World Cup I think is a station too far, we cannot harbour hopes of advancing beyond the first round realistically speaking...

LC: I heard Air Panas, Setapak will be having a party to celebrate?

Raja: Really ah, I don't know...but I'm visiting my mum, Danaletchumi, who is 75...I'm sure she's proud of her fifth child...

LC: What about your dad?

Raja: Oh he passed away when I was only two...ah that's why you don't know history...he suffered a heart attack...he was in his 40s...

LC: Sorry to hear that...what was his occupation?

Raja: He was a bus driver with Len Seng...

LC: Oh I selalu naik bas tu dulu coach, in the 70s, hijau merah..

Raja: According to my mum, my dad was quite a taikor, everybody knew him...hahahaha

LC: Ya and you have many friends from Air Panas who played for Hotspurs kan?

Raja: Ya la you know Subramaniam, Nallathamby, Updesh and Avtar Singh (hockey players) and Santokh Singh was my neighbour...that's why you don't know your history...