Saturday, January 8, 2011

Quoted in The Star, dipetik Utusan Malaysia

Being mentioned in the same page as Tan Sri Dr M. Jegathesan and Datuk Sieh Kok Chi is of course an honour. Read The Star's report here.

Utusan Malaysia juga memetik aku selain bekas perancang tengah skuad negara 70-an, Shukor Salleh, bekas pemain Selangor, Azlan Johar dan pengulas sukan RTM, Hafizal Hamad. Aku kurang setuju dengan ganjaran melampau yang diberikan kepada skuad bola sepak negara yang menjulang Piala Suzuki AFF.

Macam sesetengah negeri bagi tanah dan rumah, itu pada aku keterlaluan. Lainlah kalau menang di peringkat Asia...bagi aku ganjaran wang memadai. Masa untuk berpesta sudah berlalu. Kini kembali fokus kepada tugas.
Baca di sini

18 comments:

Anonymous said...

SETUJU SANGAT-SANGAT.
Menang AFF CUP 2010 pun kerana taqdir saja. Kualiti permainan Malaysia adalah yang TERBURUK diantara 8 pasukan ASEAN yang lain.
Rajagopal bukanlah hebat sangat, strategi permainan yang amat memalukan, macam pasukan estet bukan state.

Shawn99 said...

SETUJU TERSANGAT-SANGAT SETJU. Tq.

Unknown said...

..salam, lc..allow an old man the liberty of a smile....whassamatter..? not use to flickering among the stars?..you r fast becoming an icon yourself, lc..and, why not?..you have the temperament..and the eye to see through the bull and hypocrisy..along with a rare ability to read through a game or a situation...so, carry on..did I not mentioned somewhere that sports lovers everywhere are depending upon you?...cheers..

p.s..and be cool, always..hehehe..

rizal hashim said...

PakMat, I'm touched!

akok_kedut710 said...

bg aku...kalu bg duit cepat hbis tapi kalau bagi tnah atu rumah nilainya akan bertambah2...so bia la duit atau tanah/rumah..jangan melampau2 sudah habuan..ini baru permulaan,,

ridzwan said...

biar la ngan ganjaran tu.bukan pemain yang minta.tapi yang dikhuatiri...takut2 pemain lupa diri,x fokus ngan saingan mendatang.tugas sekarang nak didik pemain jangan lupa daratan.walaupun aku rase kemenangan ni lebih kepada luck tapi aku tabik sebab ramai player muda2.dari segi permainan aku akui ada sikit terkebelakang(cth:skill individu)tapi strategi coach ok la.xkan lau terus kena serang kita pun nak serang

Anonymous said...

ada juga bagusnya bgi rumah&tanah tu...sebagai contoh mcm bagi rumah kat khairul fahmi tuu..dia bukan orang kaya..kalau tengok rumah dia pn agk sedih,rumah kayu je dia..jadi berbaloi laaa apa yang diberikan tu..tp mengikut keperluan bukan secara berlebihan.....

Anonymous said...

ada juga bagusnya bgi rumah&tanah tu...sebagai contoh mcm bagi rumah kat khairul fahmi tuu..dia bukan orang kaya..kalau tengok rumah dia pn agk sedih,rumah kayu je dia..jadi berbaloi laaa apa yang diberikan tu..tp mengikut keperluan bukan secara berlebihan.....

CHE BOB said...

Memberi ganjaran tu sememangnya bagus. Tanda menghargai jasa mereka. Tetapi kenalah sepadan dengan apa yang mereka ushakan.Ini baru piala AFF dah dapat tanah dll. Kalau menang Piala Dunia agak2 nak bagi apa ekkk....seorang satu negeri kuttt....ekekeke

nstman said...

Let's get is straight. there are no more sports critics left. Instead we have pen pushers and rent seekers for the government.

Blonde Arrow said...

ganjaran tu bagus sebenarnya sebagai menghargai pengorbanan dan kejayaan mereka menjadi raja di asia tenggara....

cuma yang amat dirisaukan skarang ini adalah peristiwa hafiz hashim menang All England Champion terjadi kat skuad negara ni... harap2 dielakkan la supaya ini bukanlah medal @ kejuaraan terakhir yang kita akan kecapi...

pasal menang AFF kerana takdir? aku amat tidak setuju... jangan persoalkan pasal " main buruk " sebab tak guna main cantik mcm belanda , masuk final wc 3 kali ( 1974 , 1978 , 2010 ) tapi x menang apa2... ingatlah kata - kata jose "“Look, we’re not entertaining? I don’t care; we win.”

Anonymous said...

Letih lah macam ni.
Masa main terok dan jarang menang, orang kutuk.
Masa main ok tapi kalah sikit-sikit pun, orang kutuk.
Bila dah menang semua orang sorak...tapi nama pemain pun kita tak tau...pengulas tersohor kita pun kadang-kadang tersasul nama pemain.
Dah menang Sukan SEA dan Suzuki Cup semua sibuk nak komen itu dan ini.
Dapat ganjaran pun kena kutuk.
Tak dapat ganjaran pun kena kutuk.

Memanglah harga AFF Cup tu tak sama dengan piala Asia dan Piala Dunia tapi harganya jadi tinggi sebab setelah gersang sekian lama.
Walau apa pun....TANGAN YANG MEMBERI ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA

Lain kali aku akan suruh gomen bagi ganjaran pada semua pengkritik-pengkritik sekali...
Baru semua happy.

Anonymous said...

Salam geng. Memberi biarlah yang memadai. Rumah & Tanah den setuju bonar. Tapi pemimpin - pemimpin yang suka meneguk di ayer keroh ni memang perlu dijentik agar tidak berlobih-lobihan. Eko pun tau kan PRU 13 nak dokat so skrg masa yang sesuai nak tunjuk ambik borat pasal rakyat..Pasal permainan den setuju dan tak setuju. Tim Malaya main bagus masa lawan Viet Cong dan Indo kat Bukit Jalil. Yang lain tu den raso mcm Tim Pilah jo beraksi. Jadi 'Maha Raja' kena ubah la taktik dan sistem kito nie. Den nak cadangkan Tim Malaya poei lawan tim yang jadi champion Piala Asia pas nie untuk ukur kekuatan sebonar. Mungkin ramai kato Tim Malaya dan players dah x do motivasi nak lawan sobab hanya persahabatan. Tapi maso nie la nak tunjuk samada eko monang nasib, takdir, hukum karma atau memang eko teror sobab dapat kalahkan Viet Cong dan Indo.

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

salam..

mm.,.best jugak ulas isu ni..menang peringkat asean dapat habuan?? baik ke tak.dari tulisan encik rizal tidak baik...sebab bukannya besar mana pun piala AFF itu...itu pendapat masing2..bagi aku.....itu adalah hak mereka mendapat habuan atas kejayaan mereka..cuba tengok indonesia cik rizal..kalau memang AFF saje dah ada habuan sejuta bagi timnas mereka..dan setiap pemain ada dapat 45 ribu seorang secara purata.ada ke sapa2 bising? malah org indonesia semua setuju..tiada yang membantah..itulah org indonesia..sangat menghargai timnas mereka..tapi berbalik pada org kita, malaysia..wa dapat rumah, tanah da bising..dapat duit 5000-10 000 pun dah mcm2 ckp...sedarkah kita semua, mereka pemain tidak meminta habuan..tetapi sesetengah rakyat malaysia yg perihatin sanggup memberi..tak salah, soal mereka nak lupa diri ke apa ke..itu soal jati diri mereka..kenapa kita yg nak bimbang?? mereka x cukup dewasa kah dalam meniti hidup mereka di kemudian hari...aku pelik kerajaan lagi la minta duit rakyat nak bagi sumbangan..buat tabung la apa lah..seharusnya kerajaan bagi inisiatif pada mereka berjaya...saudara rizal..kalau saudara dapat rumah saudara suka x?? sure kan...apalah sngt rumah/habuan jika dibangdingkan dengan sejarah selamanya yg malaysia pernah memenangi piala AFF yg akan di kenang sehingga kita semua tiada..anda ada lah pengkeritik sukan.. muka anda setiasa di TV, seharusnya anda lagi terbuka dan waspada dalam melontarkan pandangan jgn nanti pandangan anda sekadar budak darjah 6..

sekian//

tokman said...

Habuan yang dberi patut sederhana dan dari dan melalui FAM, kalau tidak ada dapat rumah dan ada ala kadar!Pencapaian bola sepak negara bukan tinggi sangat hanya diperingkat dalam negara2 Asean saja....kita kena masuk dan menang Asian Football Cup yang sekarang sedang bermain diQatar baru kita bolih bangga!

Ngauummm said...

nak quote berkaitan menangguk di air yg keruh tu sbb PRU13 dah dekat...sampai player yg lahir kat tempat lain pun nak ditarik dan diakui sbg anak negeri dia jugak...aku xdengki kat player tu,sbb dia mmg hebat n rejqi dia...tp ontahlah...Lu Pikirlah Sendirik!

Unknown said...

Saya ada dengar ulasan sdra di Bernama Radio dua hari lepas tentang hal ini, dan saya amat bersetuju. Ganjaran yang diberikan terlalu banyak. Kalau ditakdirkan Malaysia memenangi Piala Asia AFC, kita nak bagi apa? Takkan nak bagi sebuah pulau kot?

Anonymous said...

saya betul2 tak setuju MAS menang AFF 2010 kerana takdir kerana Malaysia bangkit dari kekalahan 5-1 kepada indonesia dan mara ke final.