Thursday, January 6, 2011

Wayang kulit baru, Tok Dalang sama

Aku tak rugi apapun apabila memutuskan malas nak liput badminton untuk Malay Mail pada 1998. Cukuplah kena marah dua-dua kem, satu Nusa Mahsuri, satu lagi BAM. Penat dan pening, last-last, bagi tugas membuat liputan badminton kepada Tony Yee.

Cerita Misbun Sidek letak jawatan adalah episod terbaru drama terbaru yang dilakonkan pelakon lama, dibantu pelakon tambahan baru. Skripnya berbeza sedikit.

Sentimen orang ramai pun berat ke arah Lee Chong Wei dan Misbun. Mereka banyak mengharumkan nama negara. Tapi adakah itu memberi mereka kelebihan dan kebebasan untuk berbuat sesuka hati?

Elok kita kaji latar belakang kes ini:

Misbun khabarnya pernah meminta agar anaknya Misbun Ramdan, 18, berguru dengannya sekalipun belum bertaraf elit, sekadar menduduki No 5 dalam skuad pelapis. Ini tidak dipersetujui jawatankuasa pasukan kebangsaan. Bagaimana pula nasib empat pelapis teratas itu? Mereka pun hendak berguru dengan mahaguru macam Misbun. Kalau sama potensi, sama mahir, sama pantas, sama sikap, siapa yang harus dipilih berguru dengan Misbun? Tentu ada kepentingan peribadi di sini...

Tapi ada yang mengatakan seorang mahaguru tidak akan melepaskan anak didiknya kepada mahaguru lain...benar, tetapi ini soal merit dalam organisasi dan tidak harus ada pilih kasih! Lagipun Misbun ada access kepada Ramdan, lainlah kalau Misbun duduk UK Perdana, Ramdan duduk London...

Misbun yang kukenali seorang yang kaya mutiara kata tetapi maha sensitif...jika ada tanda-tanda orang tak respect dia, dia akan berontak...aku dengar dia tulis surat kepada presiden BAM meluahkan perasaannya.

Atas kejayaannya membimbing Rashid Sidek, Hafiz Hashim dan Lee Chong Wei, Misbun diberi gaji lumayan, khabarnya lebih kurang RM30,000 sebulan. Itu tak termasuk kontrak RM200,000 dengan Yonex.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek harus berhati-hati dalam hal ini. Jika dia menyokong Nusa Mahsuri, Misbun dan Lee Chong Wei, barangkali disebabkan sentimen dan hakikat bahawa dia bekas setiausaha Nusa Mahsuri.

Jika Nusa Mahsuri menerima bantuan kewangan semata-mata kerana adanya Misbun dan Chong Wei, bagaimana pula kelab lain? Kelak timbul usaha kelab curi pemain yang established semata-mata untuk dapatkan dana kerajaan, sedangkan sepatutnya mereka harus jelas, peranan mereka membesarkan kelompok pemain di akar umbi!

Shabery harus berlaku adil kepada semua pihak. Dalam dunia sukan Malaysia yang penuh warna warni, penipuan, kerakusan dan tamak kuasa, itu bukan tugas yang mudah!

Ketika Nusa Mahsuri diwujudkan tidak lama selepas kecoh di antara Rashid dan BAM pada hujung 1994, aku sidekick Norbakti Alias menulis badminton untuk Berita Harian. Banyak yang tidak berubah kerana yang jadi tok dalang dalam wayang kulit ini lebih kurang sama jugak orangnya.

Nusa Mahsuri harus putuskan, sama ada mahu jadi pendorong atau divisive factor!

Ikuti perspektif berbeza seorang pegawai sukan veteran, dalam episod pertama ruangan bekas ketua pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad, dalam Utusan Malaysia Rupanya ranjau Misbun belum berakhir. Jangan ingat orang pencen tak de pengaruh!

20 comments:

CHE BOB said...

Terimakasih saudara...kerana beri penjelasan. Sememangnyer saya tak tahu apa yang berlaku disebalik pengunduran Misbun....sekali lagi TQ

Anonymous said...

Sayangnya ramai yang buta mata dan buta hati semata-mata dengan kejayaan yang tak seberapa lagi. Mungkin inilah hakikatnya bila negara takada wira sukan. Jadi yang pencapaian sederhana tanpa gelaran utama dunia sudah dianggap jagoan.

Dan dengan status tak seberapa itu, ramailah yang beriya-iya mahu menghalalkan apa yang mereka buat biarpun bertentangan dengan sistem persatuan sukan kebangsaan. Lebih memburukkan keadaan, menteri yang sepatutnya berpegang pada sistem pun boleh cair semata-mata nak menumpang nama, maklumlah bila ada kejayaan dapatlah dia mengalung bunga kat airport.

Saya tak kisah kalau Misbun dan Chong Wei nak keluar dari BAM dan masuk Nusa Mahsuri ke atau kelab bapa angkat Chong Wei. Tapi, tolongkah pastikan mereka itu akan keluar sebagai benar-benar profesional yang boleh berdikari.

Tapi saya tak pasti sebab Nusa Mahsuri pun dah macam hidup segan mati tak mahu, setakat dapat projek dari KBS jalankan klinik badminton untuk survival. Siapa nak bagi makan kat Misbun dan Chong Wei nanti kalau masuk kelab macam ini.

Ada otak fikirlah tapi jangan terperanjat jika pak menteri akan hulur sumbangan, duit kerajaan bukan duit dia, untuk Nusa Mahsuri nanti. Maklumlah dia kan bekas setiausaha Nusa Mahsuri, Sure ada sentimen kat sini.

Hazwan said...

tunggu dan lihat..aku pun blur -__-

akok_kedut710 said...

yang penting martabat sukan badminton kita terus diperkasakan
MOHD HAFIZ BIN HASHIM

Anonymous said...

katakanlah Misbun ini guru tingkatan 5, dan anaknya Ramdhan baru tingkatan 3. Kemudian Misbun mahu anaknya diajar olehnya, tak mahu diajar oleh gurunya di tingkatan 3 itu. Bolehkan anaknya terus naik ke tingkatan 5?

Mustahil kan!!! tapi tidak salah untuk Misbun mengajar anaknya juga tapi selepas kelas Tingkatan 3 nya lah. Jadi, anaknya ada dapat ilmu tambahan.


Susah sangat kesemua orang nak pikir begitu? Ini nak tanya pak menteri ni. sudah Misbun melatih anak buahnya muncul sebagai juara dunia atau juara Olimpik?


Kalau sudah, tentu ilmu di dada Misbun dah cukup untuk melatih anak buahnya menjinakkan LIn Dan dengan mudah. Tapi, sekarang ini setiap kali pertandingan utama, Chong Wei kena titik dengan LIn Dan. Jadi tentu ada tak kena lagi. Susah sangat ke benarkan anak untuk belajar dengan orang lain.

Tempoh pemain dalam sukan badminton cukup penting tapi jka Misbun setakat nak buat eksperimen dengan anak, rasanya ak kenalah. Patutnya dah masa anaknya jadi juara kebangsaan at least untuk pertandingan peringkat umur seperti dia jugak.

Jelas selama ini, dia sendiri tak beri tumpuan kepada anaknya kepada sekarang baru nak sibuk?

Bagi pak menteri kita, ak payahlah layan sangat karenah Misbun ini. Atau memang ini kesempatan terbaik untuk pak menteri dapat mileage?

Berto said...

selagi ada sentimen pilih kasih/kabel, sampai bila pon x maju sukan kita

Anonymous said...

I smell something fishy here. Misbun's action really make a bang in New Year. I remembered one disgraced BAM official who always said, "make a bang'

Maybe after being rejected few times, he advised Misbun to quit on Dec 31, so the news will make a bang on the first day of 2011.


I think this Mount Waverley guy the the mastermind behind this. Those who watched closely BAM will sense the trade mark here. Well, short people always like to think big, but this one with a big nose.

Yusri said...

Sebagai masyarakat sukan, saya tidak mengetahui apa yang ada di sebalik segalanya, sekadar mengetahui melalui akhbar, pendedahan saudara amat memeranjatkan. Tulisan saudara Rizal jelas tidak menyebelahi Misbun.
Agak sukar mempercayainya walaupun mungkin ia benar. Secara umum Misbun di kaca mata saya. Misbun merupakan 'ketua' anak2 Sidek yang merupakan penyumbang besar kepada sukan badminton negara, agak kekok jika tidak membicarakan kejayaan anak2 Sidek dalam kejayaan di tempa selama ini. 3 orang anak Sidek berada dalam skuad ketika Piala Thomas 1992 amat menakjubkan. Mungkin itu sejarah. Di lapangan jurulatih juga Misbun juga adalah jurulatih yang berjaya. Membawa Lee Chong Wei kekal sebagai pemain No.1 Dunia sehingga kini...cukup membuktikan Misbun bukan calang2 orangnya. Mungkin negara2 lain juga merebutkan khidmatnya. Tidak tergamak rasanya melihat Misbun melahirkan jagooan dari negara luar.
Bila saudara Rizal menyatakan seolah2 Misbun mementingkan diri sendiri, saya rasa agak kejam. Apalah sangat RM30 ribu sebulan jika dibandingkan dengan sumbangannya kepada negara. Jika kita menggunakan jurulatih luar mungkin lebih mahal dari itu. Pengeluaran wang negara juga melimpah. Misbun selayaknya mendapat RM50 ribupun jika kantung BAM berisi. Setelah banyak insiden dan pengorbanan Mibun seperti yang dinyatakan oleh Datuk Wira Mazlan Ahmad. Saya agak terkejut bila keikhlasan Datuk Misbun agak dipertikaikan.
Saya tidak menyalahkan saudara Rizal kerana saudara lebih mengetahui 'sebaliknya' berbanding kami masyarakat umum. Saya secara peribadi menyatakan mungkin ada 'sebaliknya' di hati Misbun sehingga ia merajuk besar. Saya berharap rajukan Datuk Misbun biarlah sementara. Harapan saya mungkin agak berupa mimipi...biarlah BAM dan Datuk Misbun bertaut kembali. Carilah barisan pelapis yang boleh menyaingi Datuk Lee Chong Wei. Kita sebenarnya tidak mahu menggunakan Hafiz tetapi hakikatnya tiada pemain pelapis yang setandingnya. Bukankah isu itu menjadi sewajarnya menjadi agenda BAM. Jangan ganggu mengecilkan hati wira badminton negara bernama MISBUN.

ariffin, Bdr. Baru Bangi said...

salam,

itu munkin yg zahir yg umum nampak.
keadaan yg sebenarnya.....hanya misbun dan BAM sendiri yg tahu.

Relevan said...

Harap cepat cepat leraikan segala permasalahan yang timbul..

Anonymous said...

sebenarnya sya senada dgn saudara rizal.situasi yg hampir sama berlaku diskolah bile guru ingin berpindah mengajar diskolah lain kerana tidak sebulu atau ader percanggahan pendpt dgn gb atau pengetua.bg saya pindahlah.tidak perlu merayu "tolonglah jgn pindah nnti ckgu brpindah ke sek lain abis jahanam skolah ini".mmg kite hilang seorg yg brjasa n pengalaman diskolah tp itu menunujukan dia seorg yg mementingkn dri sendiri tidak profesional n luper aper tgjawab sbnar seorg gru.ingt patah tumbuh hilang brganti.dan ingt juga gaji mereka adalah duit sluruh rakyat mlsia yg diperolehi dr pelbagai cukai.mungkin kiter akan kehilangan seseorg yg amat brjasa n pengalaman tp apa gune kiter trus menyimpan sedangkn hatinya tlah jauh entah kemana.biarkan misbun pergi biarkan chong wei pergi.bg sy mereka lupe tgjawab mereka kpd negara.mungkin kiter kehilangan satu perak disukan olimpik tp apakah pasti chong wei boleh memperolehi perak tu pd 2012.tak gune kiter menyimpan org yg mkn duit rakyat hanya utk kepentingan dri mereka sendri.INGAT smua rakyat mlysia - kiter msti BERTANGGUNGJAWAB kpd negara kiter sendri terutama penjawat awam teramsuklah jurulatih n pemain badminton negara!

Anonymous said...

penulis hanya highlight kan perkara sampingan bukan pokok...perkara pokok sehingga ke hari ini tiada siapa yang tahu..jangan bias dalam buat sesuatu hujah jika benar sayangkan sukan negara...

isu chong wei nak ikut misbun tu isu yg tak penting sebab paling lama pun chong wei boleh bertahan 2 tahun berdasarkan umur beliau sekarang 29 thn....

kisah anak misbun yg dikatakan ingin dilatih oleh misbun itu hanya sampingan...yg disebalik tu pun kena tengok..pemain yg diranking no 5 dlm pasukan kebangsaan tidak layak dilatih oleh misbun, ok tapi mana pergi pemain di ranking 2 -4 adakah mereka berlatih dengan misbun?

projek pembangunan bam sendiri kucar kacir, disaat pasukan lain melahirkan ramai pelapis yg boleh dibawa ketengah dimana kedudukan bam?

jikalau satu atau dua kes seperti ini berlaku kita boleh accept itu salah pemain tapi kes yang melibatkan pemain/jurulatih lari dari bam ini sudah seringkali berlaku dan hanya satu watak sahaja yg kekal iaitu bam.....fikir-fikirkan...

Anonymous said...

ak respek ko rizal sebagai ex wartawan yg buat comeback gempak...tapi ak x setuju tulisan ko yang nampak berat sebelah..entry awal aritu nampak mcam sebelah misbun.skrang da laen da..x perlu persoalkan gaji ke sumbangan ke..itu adalah hak mereka sebagai 'pekerja'..bam pon kembung poket..kesetian dan tanggungjawab mereka x pyah la nk persoalkan..kalau diorang x setia..dah lame xde dalam bam..cube tye rutin harian mereka..ak jamin xramai sggup.satu lagi kite x perlulah nak berpolimik lebey2 mnampakkan kesalahan orang...diorang pon bukan kesah....tq..ak suke kafe sukan....hehe

Anonymous said...

Salam,

Aku setuju dengan pendapat Rizal hashim.Misbun memang jenis kuat merajuk bila apa yang dihajati tak dapat.

Teringat masa zaman Misbun pemain, tak moh berlatih dalam kem BAM, nak berlatih sendiri.

Sorry Datuk Misbun, personally u jurulatih hebat tapi attitude mcm tu tak ke mana.

BAM jgn takut, ada ramai lagi juru latih yang bagus.

Satu lagi buang jerlah Hafiz Hashim tubuat menyemak court jer wakakaka

Anonymous said...

Ate mengkome cariklah cara lain nk jadi popular..nak jadi blogger no. 1 negara?nampak gayanya mcm tak sesuai miker buat cenggini..komen mengkomer idaklah sebagus mana..langsung x membantu dalam menaikkan martabat sukan negara..udah ler tu..

Anonymous said...

Menuduh seorang Menteri untuk tidak berlaku adil adalah satu kenyataan yg diangggap cuma mahu meraih populariti murahan..adakah saudara rizal mahu meletakkan seorang Menteri di bawah kaki saudara rizal yg boleh dimain-main?..tidakkah saudara rizal tahu Menteri dilantik oleh PM dan PM dilantik oleh rakyat Malaysia?mungkin benar saudara kelihatan begitu pandai, tapi telahan perlu dibuat secara hemah dan berhati-hati..beliau juga manusia seperti yg lain, ita cuma perlu mendoakan yg terbaik..PM melantik jemaah Menteri di bawahnya bukannya menggunakan otak yg diletakkan di kepala lutut!!bodo!!

rizal hashim said...

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek harus berhati-hati dalam hal ini. Jika dia menyokong Nusa Mahsuri, Misbun dan Lee Chong Wei, barangkali disebabkan sentimen dan hakikat bahawa dia bekas setiausaha Nusa Mahsuri.

Jika Nusa Mahsuri menerima bantuan kewangan semata-mata kerana adanya Misbun dan Chong Wei, bagaimana pula kelab lain? Kelak timbul usaha kelab curi pemain yang established semata-mata untuk dapatkan dana kerajaan, sedangkan sepatutnya mereka harus jelas, peranan mereka membesarkan kelompok pemain di akar umbi!

Shabery harus berlaku adil kepada semua pihak. Dalam dunia sukan Malaysia yang penuh warna warni, penipuan, kerakusan dan tamak kuasa, itu bukan tugas yang mudah!

Saya melontarkan persoalan dan menggesa Menteri berlaku adil!!! Ada juga rupa-rupanya pelayar blog ini yang tidak faham Bahasa Melayu yang mudah. Saya tidak akan layan dan akan delete komen-komen macam 1.10am...dahlah pengecut, baling batu dekat rumah orang lepas tu cabut...bro bubuh nama dan hujah pakai otak la...SPM dulu ambik tak Bahasa Melayu?

rizal hashim said...

OH saya lupa, Menteri manusia, Perdana Menteri pun manusia...tiada yang maksum...jadi tegur-menegur dengan ikhlas adalah digalakkan..saya guna nama saya sendiri...ok anonymous 1.10m, gunalah nama sendiri, letak mykad sekali, baru ada standard bro ke sis...kalau tidak roti kosong la, saya suka roti telur...bubuh bawang lagi...

Unknown said...

kalau LCW keluar dari BAM pun dia tetap mewakili negara...ANonymous..

Anonymous said...

RIZAL-gua rasa apa yang lu cakap...lu pun x confirm....setakat dengar gitu2 je.....lu pon gua rasa kalau jumpa menteri pon cakap lain....gua tau lu pon nak hidup tapi janganlaaa main tulis syok sendiri je......