Tuesday, January 4, 2011

Teori konspirasi di sebalik kisah Misbun

Misbun Sidek - tidak lekang daripada kontroversi sejak muncul selaku antara pemain yang mewarnai arena badminton negara.

Kenapa dia letak jawatan selaku jurulatih di BAM?

Benarkah ada tangan-tangan ghaib di sebalik kisah ini?

Aku dimaklumkan ada individu tertentu yang rapat dengan Lee Chong Wei bermain catur, menyusun strategi.

Kalau Chong Wei pun keluar dari BAM, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dikhabarkan ikut jejak yang sama. Maknanya prospek pingat kita di temasya Olimpik di London akan berlatih di luar bumbung BAM.


Loose cannon tukang pegang piala...itu aje kerja dia...

Kalau begitu, adakah elaun Road To London akan disalurkan kepada Misbun, Chong Wei dan lain-lain? Atau MSN berkeras hanya menyalurkan dana jika individu terbabit kekal di bawah naungan BAM?

Cakap-cakap mengatakan Misbun tidak berpuas hati kerana anaknya Misbun Ramadan tidak di bawah jagaannya agak janggal. Sebabnya Ramadan berada di bawah bimbingan Hendrawan, seorang yang pandai membaca taktik, macam Morten Frost. Lagipun Misbun sebagai bapa boleh latih Ramadan bila-bila, khususnya di gelanggang di belakang rumah mereka di Taman UK Perdana...tengah malam, siang, pagi, tengah hari, bila-bila...

Aku harap isu ini tidak berpanjangan hingga membabitkan Datin Paduka Rosmah Mansor...aku tak gemar kalau orang besar masuk campur...

Aku juga tak gemar orang yang ada kena-mengena dengan orang besar dan VVVVIP menangguk di air yang keruh...kalau ada, akan aku dedahkan...

Konspirasi ini bertujuan check-mate BAM dan Nadzmi Salleh...

Kalau Misbun dan Chong Wei sah tidak lagi sebumbung dengan orang di BAM, MSN boleh jimat hampir RM1 juta untuk tampung gaji, bajet latihan dan bonus untuk mereka berdua..

32 comments:

Haresh Deol said...

"Aku juga tak gemar orang yang ada kena-mengena dengan orang besar dan VVVVIP menangguk di air yang keruh...kalau ada, akan aku dedahkan..."

Hehehehehehehehehehehehehehehehehehehhehe :)

Rain See Art said...

hrap2 benda ni xmrebak dlm kem badminton negara! yg pnting! kalendar badminton 2011 xkurang sibuknya dgn kejohanan2 besar.. hrap juga fokus pemain x terjejas..

Jeroe said...

Tak sudah-sudah wujud tangan-tangan ghaib dalam persatuan sukan di Malaysia ni. Tak kira lah masa atlit persatuan tu cemerlang atau tidak pasti ade yang ''numpang tui'' kata org kampung aku.... hehehehe. Sindrom yang bukan hanya berlaku di peringkat negara tapi juga berlaku diperingkat sekolah dan daerah.

Gali bro Rizal gali.... dedahkan semuanya.

Anonymous said...

Inilah masalah yg selalu timbul dalam sukan negara kita. Yang nombo satu bila sukan utk mula peroleh pingat. Coach dia mula buat hal. Kononnya kalau takde dia tak maju la sukan itu. Aku bukan cakap misbun macam tu tapi secara general inilah perangai mereka.

Bila atlet didikan seseorang coach cemerlang, hah mula la dia. "kita takkan dapat emas kalau takde aku!"

Tapi lain pulak dgn Nicol, siapa coach dia ah?

Yang nombo 2, AJK persatuan nak tunjuk pada coach sedemikian yg mereka lebih power.

Susan la macam ni. Kita tak selama-lamanya mahupun coach atau AJK. Esok takde dia Ada orang lain. Pikirkanlah...

Anonymous said...

Kalau kita kaji dengan lebih mendalam sedikit, mungkin juga Misbun dan Chong Wei juga rasa peluang nak dapat pingat emas 2012 dah hampir takde. Kita kena realistik sikit dengan keadaaan semasa jugak.

Yelah, usia dah meningkat, prestasi masih dok takat tu lagi, Lin Dan dan pemain muda yg lain2 tu nak campak kemana?

Lupakan ajelah dia orang ni, dia rasa dia hebat, biarlah dia buat apa dia suka, BAM banyak lagi kerja lain nak buat....

ZoOLhEaLmE said...

nk tanye sikit, ape dah jadi pd persatuan badminton Nusa Mahsuri ye ??? tq :)

Anonymous said...

ramai player² muda Melayu berbakat di Msia ni, ttp telah dinafikan bakat mereka oleh sbb permainan politik dlm BAM.
BAM se-akan² membunuh bakat2 muda Melayu ni. Apa salahnya Ramdhan berlatih di bwh Misbun ? berdosa besar sgt ke??

cuba tgk dlm FAM, kebykan pemain yg di-UTAMA-kan majoriti player CINA (saya bukan pro sgt ttg bangsa² ni) ... tpp nampak sgt tidak wujud semangat 1MSIA dlm BAM. Wujud jurang yg besar antara mereka.

Cuba LC check dgn kelab² melayu di Selangor, KL, Kelantan, Trganu, ada bakat muda yg lebih hebat drpd LCW ttp telah di-anaktirikan & menyebabkan budak2 ni kecewa & kecik hati dgn sikap BAM. akhirnya bakat mereka "MATI".

Anonymous said...

Berakhirnya 2010 penuh gemilang selepas pencapaian di Commonwealth Games, Asian Games, AFF Suzuki Cup tetapi permulaan 2011 kurang menarik selepas isu BAM dan Makaf timbul.

Sukar untuk menggambarkan perasaan atlit-atlit yang mahu jurulatih mereka kembali tetapi mereka juga perlu ingat akan tugas mereka kepada negara dan tidak perlu membuat keputusan drastik.

Unknown said...

Misbun Sidek terbukti dengan pengalaman luas dan sentuhan emasnya. kenape perlu di jadikan ianya isu? jaga lah sikit perasaan dia..

Anonymous said...

Bro,

aku harap pak menteri kita tak kena cucuk hidung dengan pihak tertentu yang rapat dengan VVIP yang akan gunakan connection supaya budget latihan Road To London diserah kepada Kelab Nusa Mahsuri.

Lagipun, ini duit rakyat, kelab takde hak kecuali persatuan sukan kebangsaan, kecualilah ada pihak yang terlalu dungu.

Apapun, sekarang harapan terbaik dapat pingat emas Sukan Olimpik bukan pada Chong Wei tapi Azizulhasni Awang dalam acara basikal.

Apa kejuaraan besar dimenangi Chong Wei? takat kalahkan Lin Dan dalam kejohanan biasa adalah.

Anonymous said...

I really pity Misbun as he always let people take advantage on him. Im sure this time, he become another victim by certain group who only see money as their main concern, not badminton although in this group have two former national athlete and a disgraced sports official.

Brother Rizal, please exposed this as i don't see any newspaper are highlighting the real issue except want to sensationalise it according to personal sentiment.

Anonymous said...

Rizal,

memang ada tangan nakal yang cuba takut-takutkan Misbun dengan James Selvaraj sehingga menyebabkan Misbun mula tak selesa dalam BAM.


Pihak ini mahu menangguk ikan di air keruh. Pihak inilah yang sibuk nak org depa jadi Pengurus Projek Badminton untuk Road To LOndon supaya senang nak akses untuk dapatkan budget.

Bila ini tak dapat, mulalah cari jalan lain. Now, nak pancing top players keluar supaya boleh tuntut budget sama. Percayalah ada dua kelab yang mereka cuba gunakan, satu kelab milik bapak angkat Chong Wei dan satu lagi kelab bermasalah, Nusa Mahsuri.

Siapa dalangnya? Tak susah nak teka, tiga watak penting yang cuma lihat wang sebagai keutamaan, dua daripadanya sebab nak cover lifestyle hebat dengan pendapatan tak seberapa. satu lagi memang tamak nak duit walaupun dapat dua projek PLKN di Sabah.

Anonymous said...

Rizal,

memang ada tangan nakal yang cuba takut-takutkan Misbun dengan James Selvaraj sehingga menyebabkan Misbun mula tak selesa dalam BAM.


Pihak ini mahu menangguk ikan di air keruh. Pihak inilah yang sibuk nak org depa jadi Pengurus Projek Badminton untuk Road To LOndon supaya senang nak akses untuk dapatkan budget.

Bila ini tak dapat, mulalah cari jalan lain. Now, nak pancing top players keluar supaya boleh tuntut budget sama. Percayalah ada dua kelab yang mereka cuba gunakan, satu kelab milik bapak angkat Chong Wei dan satu lagi kelab bermasalah, Nusa Mahsuri.

Siapa dalangnya? Tak susah nak teka, tiga watak penting yang cuma lihat wang sebagai keutamaan, dua daripadanya sebab nak cover lifestyle hebat dengan pendapatan tak seberapa. satu lagi memang tamak nak duit walaupun dapat dua projek PLKN di Sabah.

Anonymous said...

Alamak Anon 9am,

dalam sukan tak payahlah cakap pasal bangsa sebab yang baik harus dipilih. Misbun sendiri coach Chong Wei. Rasanya tak perlu juga dia tuntut nak latih anaknya kat BAM kerna dia boleh buat itu bila2 masa biarpun jika Ramadan kena berlatih bawah Hendrawan.


Memang ada ramai pemain Melayu yang bagus tapi jika dalam pertandingan besar tak berjaya, macam mana kita nak cakap mereka bagus. Dulu Misbun dah jadi juara U-18 kebangsaan ketika berusia 17 tahun apabila menewaskan Ravindran di final. Itulah bukti yang dia bagus, Kalau bagus setakat pertandingan sesama bangsa, itu bukannya bagus.

Apapun mentaliti bangsa kita sendiri yang lemah. Cuba lihat mana perginya Arif Latif selepas jadi pemain dalam skuad Piala Thomas 2008.

Apa jadi dengan pasangan Zakri Latif dan Fairuzizuan Tazari bila peluang dah diberi? nak berlatih pun dah malas. Takkan dalam sukan pun kita nak kuota bumiputera 30 peratus.

Anonymous said...

Halo geng, jangan rasis la!!! Dlm sukan x perlu ber rasis. Contoh dah ada depan mata apabila M'sia main bola kat Bkt Jalil that day. Ramasamy peluk Ah Chong, Ah Seng peluk Muhammad so kat sini tak perlu main isu perkauman la. Dato' Misbun mungkin dah penat dengan gelagat sesetengah pegawai kat BAM. So rasanya elok tunggu presiden la balik suruh dia tangani isu ni dengan bijaksana tanpa perlu campur tangan VVVVVVVVVVVVVVVVVVVIP. Sebab once VVVVVVVVVVVVVVVVVVVIP ni mula bersuara nanti Menteri, Timbalan-timbalan, Yakeb, MSN, ISN, OCM, dan yang sewaktu dengannya ATAU silap-silap SPRM juga akan bersuara. Bagi la Abang Misbun tu rilek tenangkan fikiran utk dia muhasabah diri nak patah balik atau nak terus hidup di luar BAM.

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

"Aku harap isu ini tidak berpanjangan hingga membabitkan Datin Paduka Rosmah Mansor...aku tak gemar kalau orang besar masuk campur..."

'orang besar' tu perkataan relatif kan..hehe..

Anonymous said...

dear anon 9am..
because ada orang macam u la sukan negara kita terbantut.. Fikir sebelum tulis..

dear anon 10.53 am
Misbun NEVER let people take advantage of him :)

akok_kedut710 said...

Saya tak rasa Lee CW yang lupa daratan, tapi ada beberapa pegawai BAM yang tidak berpijak di bumi nyata

Yonex 4eva said...

bakti? arasu?

Anonymous said...

BAM harus dirombak.
2 cent.

Anonymous said...

harus dilihat dari 2 aspek :

1. Misbun jurulatih:
- terbukti Misbun berjaya melahirkan pemain yg berjaya menerusi LCW, selain Rexy Mainaky. Coach² lain blom lg @ kurang berjaya.

2. BAM :
- ternyata gagal kerana hanya beberapa muka saja yg berjaya di-develop, iaitu LCW & KKK-TBH, player lain gagal dibentuk sepenuhnya. Player2 muda juga gagal menyerlah di kejohanan utama sedangkan ada beberapa player pelapis sudah berumur hampir 22-23 thn, ttp blom boleh mencapai tahap membanggakan di persada dunia. Compare dgn pelapis China/Indon/Korea, kemajuan mereka lebih ketara.

Anonymous said...

Dear Anon 1152.


Kalau macam tu, Misbun pun gagal samalah sebab tak dapat lahirkan pemain lain seiring dengan Chong Wei, takkan gaji besar cuma latih satu player saja?

Mamakthir said...

Anon 9am.

Aku setuju betul dgn engkau ni. Aku rasa dah sampai masa kita orang Melayu tubuh satu NGO macam Perkasa untuk sukan. Kita patut berkuasa dalam semuanya bidang baru betul.

Kita tunggulah apa kata OCM atau MSN mesti dia orang tak berani.

Tapi setakat IOC aku tak tahu la. Kita bagi la satu Dato Seri pada Jacque Rouge. Mesti dia pun diam. Amacam kita lantik bro Rizal jadi Presiden Protem.

Shawn99 said...

MASIH ADA SIFAT PERKAUMAN YANG AMAT KETARA DIDALAM PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN DIMALAYSIA.
PAKAT-PAKAT TENGOK DAN KAJILAH SENDIRI. MEMAMG TIDAK BOLEH DINAFIKAN OLEH SESIAPA, KECUALI YANG ADA KEPENTINGAN POLITIK.

Shafie Ahmad said...

MASIH ADA SIFAT PERKAUMAN YANG AMAT KETARA DIDALAM PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN DIMALAYSIA.
PAKAT-PAKAT TENGOK DAN KAJILAH SENDIRI. MEMAMG TIDAK BOLEH DINAFIKAN OLEH SESIAPA, KECUALI YANG ADA KEPENTINGAN POLITIK.

Anonymous said...

salam sume.

Saya anon 9am.

sy MINTA MAAF lah kalo ade yg tersilap baca komen sy tu. saya bukan rasis ye.

Yg sy maksudkan,
dlm p'tuan sukan ni, ada sesetengah pihak yg pro-kaum teretntu dlm persatuan.??

Cth BAM, majoriti players adalah cina.
Persoalan yg sy maksudkan, adakah BAM lebih meng-utamakan kaum tertentu dlm melatih bakat2 muda di Msia ini?
Kenapa bakat muda Melayu layu/mati di separuh jalan???

kite renung bersama.

Anonymous said...

Terambat sikit nak komen. saya memang tak puas hati pada BAM ni dari dulu. Peranan BAM membawa malaysia dia mata amatlah significant, dan ini adalah hasil kekuatan dari orang2x tertentu terutamanya misbun dan chong wei. Siapalah BAM selepas ketiadaan mereka ni nanti. Bagaikan tunggul mengharap gah pada namanya. Ingat tak dulu masa roslin diperkotak katikkan. selepas keluar dari BAM beliau dapat membuktikan pada satu ketika yang dia boleh mengharumkan nama malysia. dengan rasa tak malu BAM menyerapkan si roslin masuk semula ke BAM selepas dibuang secara paksa rela. begitulah BAM dari dulu.

Isu anak misbuun nak berlatih under misbun bukannya satu isu besar yang BAM sebutkan sebagai BIAS atau pun takut berat sebelah. wahai tuan2x yg cemerlang di BAM, senang jer ..kalau anak dia perform bagilah dia kedepan, itu kah benchmark dia ..

BAM sedarlah....

Amir

U-jye Anak Park A-Jye said...

Bro,tolong buang nickname Anonymous lah.. mereka ni bacul.. selindung dibelakang..

Unknown said...

Aku rasa Misbun adalah jurulatih yang ada keistimewaanya yang tersendiri...walau apapun keputusannya aku percaya..semangat untuk menaikkan badminton Msia tetap ada dalam hatinya...

Unknown said...

ٍsaya paling tak setuju BAM cakap LCW lupa daratan...Rizal saya pun tak tahu...adakah duit yang diperuntukkan kepada pemain negara..duit EXCO BAM atau duit rakyat?...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Anon 9 am & Mamakthir,
Saya pun berharap you bukan rasis :)
to answer your question, first you ask why Hafiz was given so much $$ and car when he won All England few years back?? What happened to him after that? Did LCW got the same treatment? What happened to Fairuz and Zakry after they won Ina Open? Where's Arif Latif aft he did well at jr level? You look at Chen Long ( Arif beaten him in 2 games)..