Thursday, October 21, 2010

Kelantan ke final?


Dalam program Wisel Penamat di TV1 malam tadi, aku memilih Kelantan mara ke final Piala Malaysia, menyarankan agar promosi menerusi pelbagai media dan ground event digiatkan untuk meningkatkan profil saingan tempatan, selain tidak bersetuju Liga Super diadakan pada waktu petang hari bekerja. Mengapit hos Azlan Mubin dan Izwan Mohd Nor ialah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, bekas naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dia sentiasa sporting biarpun selalu dikritik.

6 comments:

ariffin, bdr baru bangi said...

kelantan bermain seperti juara ketika membenam selangor 3-0 di suku akhir.

pabila kelantan fokus pada game (sorry ye... bukan pada kaki) maka terserlah keupayaan sebenarnya.

tapi jangan pulak terlalu lembut seperti game lawan kedah 1st leg semi-final baru2 ini.

kelantan sepatutnya bermain normal game.....robust tapi fair.

saya tertarik dgn goalkeeper dan back four. Kalaulah kelantan ada midfield seklass azizul abu hanifah atau pun beli hardi jaafar, watch out kelantan next season.

ringkasnya saya pilih kelantan jumpa negeri sembilan dlm final di bkt jalil.

sejarah tertempa, kelantan jadi juara

Sugeharto said...

Apa la FAM nie..masih x phm2 lagi ke..masih nk mencuba sesuatu yang baru jer..jangan nk wat benda bodo game ptg ari org keje..mlm pun org xda nk wat siang..tlg la FAM..jgn nak hancurkan liga bolasepak kita..ikut jer la mcm liga2 seluruh dunia yang berjaya menarik penonton hadir..bkn wat keje bodo mcm nie..

Anonymous said...

U sapa pandai-pandai tak setuju?

Amin said...

Salam saudara,

nak tau jugak apakah langkah-langkah dan tindakan yang telah dilakukan FAM dalam dua tahun lepas untuk meningkatkan tahap Profesional Liga Malaysia bagi melayakkan Malaysia mempunyai wakil di dalam AFC Champions League.

sedia maklum hujung tahun ni AFC akan mengeluarkan senarai baru negara yang layak mempunyai wakil didalam AFC CL bagi dua edisi seterusnya.

pada penilaian dahulu Liga Malaysia berada di kelompok tercorot kerana gagal memenuhi 6 kriteria yang ditekankan. Bagaimana kali ini, apabila semua kriteria dah diberi garis panduan, takkan tak boleh nak ikut.

Harap saudara boleh keutarakan perkara ini.

Anonymous said...

FAM kena fikir kalau diubah jadual liga malaysia ke petang berapa kerat penonton yang akan datang, office hour org balik keja 5-530pm..belum lagi yg keja private,factory sector diorang ni ada yang keja shift..kadang2 pkl gelap baru smp rumah..memang la alasan kos dapat dikurangkan memandangkan tidak menggunakan lampu limpah,tetapi perlu diingat kutipan tiket adalah dana utama utk sesebuah kelab..so kalau fans pun tak datang mcm mn?FAM kena fikir menyeluruh pro dan kontra bukan hanya melihat dari 1 sudut sahaja..alasan jadual liga kita bertembung dengan liga eropah juga kurang tepat, adakah FAM boleh jamin penonton akan ke stadium jika jadual br diteruskan? saya juga melihat kelemahan FAM sendiri dalam mempromosi liga tempatan..patut perlu diwujudkan highlight setiap game spt astro buat untuk EPL n etc..liputan liga malaysia di paper hari ini pun sekadar melepas batuk ditangga..banyak untuk diperkatakan cukupla setakat ini luahan seorang peminat setia liga malaysia..maaf dipinta sekiranya statement ini tak disenangi individu tertentu..sekian dari peminat setia M league...

mad redo1 said...

Sewaktu mad redo1 bersama dengan sebuah persatuan bolasepak, dia pernah menghantar 'proposal' melalui persatuan tersebut apabila FAM meminta pandangan dari semua pihak bagaimana hendak meningkatkan profail Liga Malaysia di mata umum.

Apabila ditanya seorang pegawai FAM memberitahu bahawa pihaknya telah menerima dokumen tersebut dan akan dikumpulkan bersama yang lain.

Antara kandungannya ialah perlawanan diadakan pada waktu petang TETAPI untuk perlawanan di hujung minggu sahaja di mana kawasan stadium boleh dijadikan tapak mini-karnival.

Hari perlawanan fleksibel tetapi hendaklah ditetapkan minimum sebulan lebih awal untuk tujuan logistik.

Dari perspektif mad redo1 perlawanan waktu petang di hujung minggu boleh dijadikan 'outing' keluarga bagi mereka yang tinggal di luar daerah di mana perlawanan tersebut diadakan.

Mereka masih mempunyai banyak masa untuk makan malam selepas perlawanan dan tiba di rumah sebelum tengahmalam, malah pengangkutan awam masih boleh dijadikan pilihan ketika itu.

Perlawanan waktu petang boleh diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu di Terengganu, Kelantan dan Kedah sementara hari Sabtu dan Ahad boleh menjadi pilihan untuk negeri-negeri lain.

Perlawanan pertengahan minggu hanya sesuai pada waktu MALAM sahaja untuk memberi peluang kepada peminat pulang dari tempat kerja masing-masing sebelum ke stadium.