Safee, bakal berusia 27 tahun tidak lama lagi, dikhabarkan akan menyertai Persib Bandung pertengahan tahun ini.
"Pakcik lebih suka kalau dia pergi Vietnam," kata bekas anggota polis itu yang dulunya berniaga nasi lemak di Tapah.
Tapi kita mendoakan Safee selamat mencuba nasib.
Safee (kanan) dengan puteri keduanya, Norsyasya Sofirna, Amirulhadi Zainal (bang, Cikgu mana bang, tak datang, aku jawab dia sibuk, dia kirim salam), Cikgu Faidza isteri Hafizal Hamad dan Khyril Muhymeen Zambri. Gambar diambil Hafizal Hamad, sebab itu tak sharp...
"Saya perlu uji kemampuan saya di luar negara," kata Safee.
Benar, Safee...jangan ulangi kesilapan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Zainal Abidin Hassan. Ketiga-tiganya menolak tawaran beraksi di luar negara, sama ada tidak dilepaskan oleh pasukan negeri atau mereka enggan keluar dari zon selesa.
Aku pernah menulis pasal isu ini...kerana pada 1970-an, Cha Bum Keun dari Korea Selatan dan Yasuhiko Okudera dari Jepun memberanikan diri berkelana ke Bundesliga...akhirnya bukan saja mereka menjadi duta kecil negara masing-masing, kedua-duanya dijadikan idola penanda aras buat generasi kemudian. Di mana Korea Selatan dan Jepun sekarang?
Aku tanya lagi Pakcik Sali, kenapa ejaan namanya Safee...
"Itulah Pakcik nak daftar nama dia Shafie tapi masa tu polis yang tulis Safee, masa tu belum daftar di Jabatan Pendaftaran lagi..."
"Safee ada adik, Norli, nama macam perempuan tapi main bola lagi skil, pandai gelecek tapi lepas injured lutut, dia terpaksa lupakan bola...
"Pakcik sentiasa mengikuti dan menyokong kerjaya Safee, kalau game di Shah Alam, Pakcik turun dari Tapah. Masa dia kecik, Pakcik ajar dan ajak dia berlari bukit, satu cara kuatkan kaki dan stamina...itu penting sebagai asas," katanya.
Gambar atas: Yang kiri tu, maskot pasukan kebangsaan, penyokong tegar...namanya...sila baca di sini. Tengah tu Pakcik Sali...
20 comments:
CADANGAN PENJENAMAAN PESTA BOLA MERDEKA™(MERDEKA TOURNERMENT™)
Assalamulaikum atau salam sejahtera. Loose canon ,cadangan ini khas ditujukan Kepada FAM,
Sebagai peminat bola sepak tanah air,
Email serba ringkas ini adalah, mengenai idea penjenamaan PERSTA BOLA MERDEKA ™@MERDEKA TOURNAMENT ™
Berikut adalah idea dan cara perlaksanaan penjenamaan PERSTA BOLA MERDEKA ™@MERDEKA TOURNAMENT ™kepada FAM untuk di kemgankan kan lagi cadaga nyang masih mentah ini.
1.Fam terlebih dahulu pelu menganjurkan Pertandingan mereka bentuk logo MERDEKA TOURNAMENT ™,website,blog,t‐shirt, tiket kejohanan,pas media ,pas pegawai,dan e‐majalah. Pertandingan ini terbuka kepada warga Negara Malaysia sahaja.
2. Fam pelu memakluman penganjuran Pertandingan mereka bentuk logo MERDEKA TOURNAMENT ™,website,blog,t‐shirt, tiket kejohanan,pas media ,pas pegawai,dan e‐majalah kepada semua fakulti grafik @seni reka IPTA dan IPTS yang terdiri daripada Universiti,Politeknik dan Kolej Komuniti & kolej swasta tempatan untuk mengambil bahagian.kerjasama kementerian pendidikan dan kementerian pengajian tinggi diperlukan.
Hadiah yang menarik,lumayan dan praktikal.(serta menarik minat rakyat Malaysia untuk terus menyokong bola sepak Malaysia )
Sebagai contoh.
a.Pemenang tempat pertama.Wang ringgit,RM minimum 3000‐maksimum 5000
hadian sampingan.
b‐2 set Jersi pasukan kebangsaan .
c‐Tiket Percuma seumur hidup untuk semua perlawan MERDEKA TOURNAMENT untuk 6 INDIVIDU.
d‐Hadiah penaja.seperti 1 juta mata ganjaran kad kelab Pasaraya texcoku® dengan percuma.
Pemenang tempat kedua
Wang ringgit,RM minimum 1000‐maksimum 3000 Berserta hadian sampingan.
b‐1 set Jersi pasukan kebangsaan .
c‐Tiket Percuma seumur hidup untuk semua perlawan MERDEKA TOURNAMENT ™ untuk 4 INDIVIDU.
d‐Hadiah penaja.seperti 500ribu mata ganjaran kad kelab Pasaraya texcoku® dengan percuma.
Dan lima hadiah saguhati
Wang ringgit,RM minimum 100‐maksimum 300
hadian sampingan.
b‐1 set Jersi pasukan kebangsaan .
c‐Tiket Percuma lima edisi untuk semua perlawan MERDEKA TOURNAMENT ™ untuk 4 INDIVIDU.
d‐Hadiah penaja.seperti 3 ribu mata ganjaran kad kelab Pasaraya texcoku® dengan percuma.
1 FAM perlu mencari penaja rasmi kejohanan MERDEKA TOURNAMENT ™dengan pakej yang menarik. Bermula pada tahun 2009 PENAJA UTAMA akan diberikan keistimewaan untuk memasarkan jenama mereka pada nama kejohanan.mengambil contoh asean cup pada tahun 2008 di berikan nama AFF Suzuki cup. Langkah yang sama perlu diambil oleh FAM untuk Penjenamaan Pesta Bola Merdeka™(Merdeka Tournerment™).dan mungkin pada tahun 2009 ini Pesta Bola Merdeka™akan dikenali sebagai di Pasaraya texcoku® Pesta Bola Merdeka™ 2008. Sekadar untuk memberikan contoh sahaja.
2 Untuk menarik pelabur .pakej yang menarik perlu diberikan perhatian.seperti hak pengiklanan dan sebagainya.pakej yang menarik kepada semua penaja adalah seperti berikut. a‐FAM akan memberikan ruang iklan percuma kepada semua penaja di website Merdeka Tournerment™. b‐FAM akan memberikan ruang iklan percuma kepada semua penaja di channel khas Merdeka Tournerment™ di you tube
dilihat selain daripada Pesta Bola Merdeka™.FAM turut menganjurkan kejohanan,seperti Intercontinental cup ,perlawanan persahabatan 4 penjuru bawah 21 tahun dan sebagainya.Bermula pada tahun 2009 dan seterusnya‐apa apa kejohanan yang anjurkan oleh FAM akan dinamakan MERDEKA TOURNAMENT ™ .
Sebagai contoh.
‐u20 Pasaraya texcoku® MERDEKA TOURNAMENT ™ (kejohanan bawah 20 tahun)
‐u17 Syarikat TayarX® MERDEKA TOURNAMENT ™(kejohanan bawah 17 tahun)
‐u12 Syarikat keretaY® MERDEKA TOURNAMENT ™(kejohanan bawah 12 tahun)
Tujuannya adalah untuk mengangkat jenama MERDEKA TOURNAMENT ™ agar dikenali diseluruh asia tenggara,asia, dan di mata dunia.Kesan populariti MERDEKA TOURNAMENT ™ akan menarik perhatian pelabagai pasukan handal untuk bertanding.
Pengiliran tuan rumah perlu diadakan.sebagai contoh buka peluang untuk setiap persatuan NEGERI, untuk berkerjasama dengan AJK TETAP pihak penganjur diadakan di setiap Bandar utama negeri –negeri di Malaysia.
‐u20 Pasaraya texcoku® 2009 MERDEKA TOURNAMENT ™ (tuan RUMAH Kuantan Pahang) ‐u17 Syarikat Tayar® 2010 MERDEKA TOURNAMENT ™(tuan RUMAH Kuala Lumpur )
‐u12 Syarikat kereta® MERDEKA TOURNAMENT ™(tuan RUMAH Sabah)
Untuk terus memastikan semua idea ini terus bergerak‐dan di update FAM amatlah perlu menyediakan sebuat unit grafik dan IT FAM,sediakan sesi temuduga terbuka,pastikan individu yang dipilih adalah tepat,menguasai kemahiran grafik dan IT dan kreatif.
Sekian untuk FAM,MAJUKANLAH BOLA SEPAK MALAYSIA.
Dan akhir kata untuk Memajukan bola sepak tempatan FAm perlu mengorak langkah maju kehadapan.sediakan sebuah forum internet RASMI FAM yang INTERAKTIF diantara peminat bola sepak tempatan DAN pihak FAM.FORUM ini PERLU di pantau oleh SEMUA pemimpin FAM.Yakin dengan IDEA ikhlas RAKYAT MALAYSIA untuk membantu memajukan BOLA SEPAK tempatan walaupun tidak diberikan sebarang ganjaran.
1.forum internet RASMI FAM yang INTERAKTIF.Perlu mempunyai ruangan MAKLUM BALAS rasmi khas jurulatih kebangsaan ,pengurus kebangsaan,setiausaha Agung FAM,
2.Setiap cadangan yang relevean akan diberikan MALUM BALAS dan FAM akan memberikan maklum balas serta laporan perlaksanaan.
3.turut dicadangkan agar semua kerusi presiden ,pengurus pasukan negeri dan kelab agar dikosongkan daripada wakil rakyat,AHLI PARLIMEN dan MENTERI BESAR.PEMEGANG jawatan ini perlu bebas daripada PARTI POLITIK.Berikan pendedahan MENGENAI BOLA SEPAK KEPADA semua EXCO FAM ,presiden ,pengurus pasukan negeri dan kelab agar mencuba permainan computer Championship Manager 09 dan FIFA Manager 09.saranan ini agak melucukan tetapi inilah realiti bola sepak moden ,jawatan di dialam FAM persatuan negeri dan kelab perlu FAHAM NEGENAI BOLA SEPAK sekian.
Untuk maklumat lanjut.
http://www.championshipmanager.co.uk/.
http://www.eagames.co.uk/game/fifa‐manager‐09/pccd/
SEKIAN TERIMA KASIH.
Peminat bola sepak MALAYSIA.
kalau dia pergi juga bagus la. setuju sangat!
pakcik sali..nasi lemak ngn teh tarik kat kedai dye mmg terkenal la kt tapah..best sgt...=)
Restu ibu bapa itu penting.
beruntung mempunyai ayah yang menyokong anak bergiata dalam sukan ni. Harap Safee fikir masak-masak dan buat pilihan yang terbaik.
I agree with the Safee's decision to play abroad. Yes, Indonesia league almost equally with ours but at least, Safee can take this opportunity to at least, show to outside world that Malaysia have the talent at international stage. Beside that, I hope Safee will open the eyes to expand their career outside. In other word, open our mind to accept any differences or not only great in our league. Also, really hope that it will be the turning point for others young lads to work more harder if they want to attract outside clubs. Good explosure.
Kita perlukan pemain yang berani dan punya ada minat nk majukan diri dalam bolasepak..
Ajal maut terletak pada kehendak Allah..kalau yakin dan punya matlamat diiringi dengan ingatan yang sentiasa pada keluarga, bangsa, negara dan juga Allah, Insya'Allah akn jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.
So berilah restu dan doa kpd Safee supaya dia dapat kembali menjadi pemain terbaik dan contoh kpd pemain yang lain..
Cuma jgn besar kepala, lupa daratan dan plg ptg, jgn lupa pada Allah.
Safee ni perlu diberikan sokongan dan galakan. Harap2 dia berani mencuba la pada usia 27 kebiasaannya adalah tahap memuncak seorang pemain bola kata M'sia ni. Lagi elok kalau dapat 2 orang yang dapat tawaran at least Safee ada kawan / teman macam Akmal dan Juzaili di France dulu. Eko tanya den, elok poie la Safee. Cukup la main kat M-League ni..
XABI ALONSO
LARKIN
bangga dengan ayahnya, dan Safee Allah berkati mereka. Safee mesti ke luar negara, mesti. Jangan siakan anugerah.
That the way untuk kita lahirkan pemain bola sepak yang bagus..Ibu bapa memainkan peranan paling penting semasa diaorang ni kecil lagi..masalah yang berlaku sekarang adalah ibu bapa takut untuk membenarkan anak2 mereka bermain bolasepak kerana berpandangan tiada masa depan..ada benarnya kerana bola sepak kita belum lagi menjadi satu industri..harap dengan peningkatan yang dipamerkan ini berterusan untuk kita menjadikan bola sepak adalah satu INDUSTRI yang benar2 INDUSTRI..Safee, apapun pilihan anda..saya disini akan kekal menyokong anda..thanks to Mr Rizal yg dapat artikel yg bagus macam ni..tak jumpa kat tempat lain..huu
cantikla budak baju purple tu...kim salam bley???
ajitpal
safee patut pergi tapi mestilah bersama seorang agent...Saya calonkan Rizal Hashim (TV blogger sensani Astro Arena)...:)
setuju pasal pemain yang nak beraksi di luar negara ni.. kalau boleh la, cuba merantau dan cuba nasib main kat di luar asia tenggara sebab level permainan kita dan jiran tetangga dan setaraf..
cuba lah mengembara di liga jepun, korea @ qatar. dan kalau berani, cuba nasib bermain di eropah dengan bermain kelab2 divisyen 2 german , portugal , sepanyol.
dan sebolehnya, pihak FAM boleh membantu mencari kelab sesuai di sana.
sangat setuju Safee atau mana-mana player kita kalau nak cuba nasib kat luar. sepatutnya FAM kena lah usaha sikit bantu player kita cari team kat luar. jangan halng mereka, nanti yang untung bolasepak Malaysia jugak.
FAM bilalah hang nak berubah kearah PRO ? negara kat Afrika yang mundur pun ada wawasan. FAM bila lagi?
tahniah....
Ketika safee di temubual oleh wartawan ketika upacara penyampaian insentif oleh pm, jelas kelihatan dalam raut wajahnya memang dia ingin berhijrah ke luar, tetapi menurutnya segalanya kini bergantung kepada majikannya iaitu FAS. Jadi, FAS perlu bertindak secara wajar sama ada mahu melepaskan safee atau mengekalkannya di Selangor. FAS perlu memandang jauh perkara ini demi kebaikan bolasepak negara. Jangan pentingkan kepentingan peribadi.
Encik Rizal, saya betul2 pelik dgn pembesar2 FAM ni.. Nak pegi ke Indonesia xbagi kononnya setaraf dgn Liga M'sia. Kalo nak pergi sila ke Europe, Korea or Japan. Mcm2 la komen dan nasihat yg kita dgr dari bibir mereka skrg ni. Tp kalo masa M'sia dibelasah vietnam dan laos dulu2 xde pun cdangan ni..?
Jgn hanya bercakap shaja, anda ada kuasa anda la usahakan agar Safee boleh main di korea @ japan maupun di Man U skalipun.. Asal bkn sekadar frenly mcm kat slovakia sudah..
Biarkan dia pergi. Dia kan pemain profesional dan sumber pendapatan dan pekerjaan utama dia adalah bermain bola. Ada dapat peluang cari gaji lebih yang halal, bagi lah. Kalau Selangor nak gandakan gaji dia sama seperti yang ditawarkan kelab luar takpa jugak? Masa dia untuk bermain bola hanya tinggal beberapa tahun lagi. Bagi dia peluang kumpul harta sementara terdaya dan berpeluang. Lepas bersara main bola bukan ada pencen pun. Bukan dia makan rasuah atau curi pun. Lagipun, kalau dia berhijrah ke luar negara untuk bermain bola tidak bermakna lepas ni dia tak main untuk negara lagi
Assalamualaikum saya sebenarnya antara jutaan peminat bola sepak negara malaysia yang kita sanjungi..Pertama sekali saya ingin menyokong pendapat ayah safee sali iaitu berhubung dengan tawaran dari kelab indonesia..sebenarnya liga super indonesia memang ramai mengimport pemain dari luar tetapi adakah ia berbaloi untuk safee bermain disana? Dari aspek keuntungan kewangan itu memanglah wajar akan tetapi tidak bolehkah kita mengeksport kita luar dari Asia?kenapa kita mencontohi jepun dan korea selatan?
Post a Comment