Saturday, January 15, 2011

Sedihnya aku...

Bukan kerana tidak dipelawa ke majlis Perdana Menteri meraikan skuad bola negara di Sri Perdana, Putrajaya...tetapi nampaknya isu Misbun Sidek belum selesai.

Jadi aku teringat ketika presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh, dipelawa ke studio untuk program Kafe Sukan. Baca di sini. Jangan lupa Misbun pun pernah muncul dalam Kafe Sukan.

Susulan kegagalan skuad Piala Thomas, BAM menyusun semula struktur kejurulatihan, melantik seorang pengarah prestasi tinggi dan setiausaha baru. Muncullah Datuk James Selvaraj serta peguam Ng Chin Chai. Seorang kem komandan, Lt Kol Jasmi Omar, ditugaskan memantau pergerakan keluar masuk hostel di Bukit Kiara.

Bedah siasat dilakukan, dirakam bagi mengenal pasti punca kegagalan pasukan negara. Kesimpulannya, perubahan harus dilaksanakan. Chin Chai berbincang dengan semua jurulatih yang sepakat setuju perubahan struktur. Semuanya setuju seorang pengarah prestasi tinggi kena dilantik untuk memantau kemajuan jurulatih.

Jurulatih harus kemukakan matlamat yang boleh diukur, sasaran jangka masa dekat dan pelan jangka masa panjang.

Rashid Sidek, abangnya Misbun dan Tey Seu Bok ada enam atau tujuh pemain antaranya Liew Daren, Tan Chun Seang, Hafiz Hashim, Chong Wei Feng, Chan Kwong Beng, tolak Lee Chong Wei.

Dalam mesyuarat, dipersetujui semua pihak pemain pelapis seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Mohd Syawal Ismail, Arif Latif, Zulfadli Zulkifli dan Misbun Ramdan diletakkan di bawah Hendrawan.

Selepas itu, timbul permintaan Misbun untuk Ramdan diletakkan di bawah bimbingannya atas sebab dia punya potensi dan ada satu stroke yang special yang harus digilap.

Jawatankuasa kejurulatihan dan latihan tidak setuju pasal benda ini tidak dibincang terlebih dahulu, sedangkan semuanya dipersetujui lebih awal. Kemudian ada pula pegawai yang mengeluarkan kata-kata yang boleh ditafsirkan tidak menghormati Misbun.

Jadi ia berkisar kepada isu di antara pakar teknikal dan pegawai yang tidak mempunyai latar belakang teknikal.

Bagi aku, BAM boleh terima Misbun dengan bersyarat. Akur dengan permintaan Misbun tetapi bentangkan perancangan periodicalnya untuk Ramdan, misalnya Jun 2011 apa dia, Disember 2011 apa dia, April 2012 dah menang apa, dan juara dunia 2015...mudah bukan?

Ancaman puak-puak bukan teknikal pula lebih sudu daripada kuah! Baca di sini. Macam Datuk Wira Mazlan Ahmad cakap dalam Kafe Sukan, pegawai kita boleh tukar hari ini tapi kita perlu 10 atau 15 tahun untuk dapat orang macam Misbun atau Chong Wei.

14 comments:

Anonymous said...

Jurulatih lebih arif tentang potensi dan kemampuan pemain...pegawai jangan campur tangan tentang sistem kejurulatihan...inilah kelemahan pentadbiran sukan di negara kita...jurulatih takda "Full Power"....

Tengku Firmino said...

truly good info..Hopefully Misbun kembali dengan BAM..buah yang keruh ambil yang jernih..saudara Rizal..sabarlah kerana tidak dijemput..mungkin dilain kali...huhhuh

Muhammad Fahmi said...

bro, gua rasa Datuk Mazlan sepatutnya dilantik jadi org tengah dlm kes ni... tak paham kenapa terlalu ramai sgt yg tak tahu smash boleh berlagak pandai dlm isu ni. kalau berlarutan pasti akan ganggu perkembangan sukan badminton.

camne pulak dgn team bola, mcm2 habuan dapat walaupun hanya jadi juara dia ASEAN region. bayangkan kalau kejohanan lepas ni tak mencapai apa yg diinginkan. apakah mereka akan dicemuh?

Anonymous said...

pegawai hanya mengurus persatuan sahaja..bab latihan biarlah jurulatih sahaja yang menyusun sendiri

Anonymous said...

Salam Brother,
Kejurulatihan zaman sekarang merangkumi aspek sains dan bukan sekadar pandangan sesorang jurulatih..selidik sejauh mana sains kejurulatihan digunakan Tn Hj Misbun..beliau terkenal dengan stroke play..kini dengan 21 point system.. mana ada peluang buat fancy shot..go for the kill ertinya accurate smashing..mengapa LCW masih kaku berhadapan Lin Dan.contoh Beijing Olimpik. .Benar Lin Dan main di hadapan penonton negaranya.. mengapa di World Championships 2007 di hadapan home crowd LCW tumpas dengan teruk kepada Lin Dan.. tidakah analisa dibuat mengatasi badi "perang saraf" Lin Dan...mana dia perangsang dari negara kita..MSN / ISN memainkan peranan yang penting bagi membantu atlet, cuba perhatikan karakter atlet2 kita dan juga jurulatih-jurulatih kita? Mengapa jurulatih tidak boleh menerima kritikan mengenai cara mereka menjalankan tugas mereka.. sebilangan besar wartawan arif mengenai keadaan sukan/persatuan di negara ini tapi tidak mahu atau tidak dibenarkan menyatakan yang benar.. perhatikan EPL why a coach from any top 10 clubs in EPL has to walk the talk. Setiap kali perubahan dihalang kita hanya sekadar menukar tempat tiang gol sahaja.. kita perlu menitik berat kepada skuad remaja kita..LCW sudah mencapai tahap optimumnya alhamdullilah. Kita mesti berani..lupakan untuk setahun bagi wira Pesorangan lelaki..gilap talent muda, tunggu dan lihat bagaimana Li Mao akan memberikan seorang wira dari Indonesia..No brags just facts.

Anonymous said...

sangat tertarik dengan kenyataan Misbun yang sebut anaknya perlukan tiga tahun untuk jadi juara dunia. Memang satu-satunya gelaran dunia yang paling senang nak dapat ialah juara dunia sebab diadakan setiap tahun. Kalau emas Olimpik dan Sukan Asia cukup susah sebab empat tahun sekali.

Tapi nak tanya juga Tuan Haji Misbun ini, sepanjang tempoh tiga tahun ini apa sasaran awal untuk tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga.

Ranking dunia senang nak tembus top 100 tapi senang ke nak masuk top 20. Lin Dan tak pun duduk pemain nombor satu dunia, tapi semua gelaran dunia dia pegang.

Harapnya selepas ini, nak tgk Ramdan masuk semifinal kejohanan GP Emas dulu, dan setahun kemudian layak ke final Super Siri, then tahun ketiga dapatlah julang gelaran dunia.

Tapi kalau gagal capai sasaran tahun pertama, berani ke Misbun gugurkan anaknya atau biar berlapuk macam Kuan Beng Hong.

Jangan nanti kita dengar cerita, ohh anak aku tak berjaya sebab cedera.

Anonymous said...

sangat tertarik dengan kenyataan Misbun yang sebut anaknya perlukan tiga tahun untuk jadi juara dunia. Memang satu-satunya gelaran dunia yang paling senang nak dapat ialah juara dunia sebab diadakan setiap tahun. Kalau emas Olimpik dan Sukan Asia cukup susah sebab empat tahun sekali.

Tapi nak tanya juga Tuan Haji Misbun ini, sepanjang tempoh tiga tahun ini apa sasaran awal untuk tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga.

Ranking dunia senang nak tembus top 100 tapi senang ke nak masuk top 20. Lin Dan tak pun duduk pemain nombor satu dunia, tapi semua gelaran dunia dia pegang.

Harapnya selepas ini, nak tgk Ramdan masuk semifinal kejohanan GP Emas dulu, dan setahun kemudian layak ke final Super Siri, then tahun ketiga dapatlah julang gelaran dunia.

Tapi kalau gagal capai sasaran tahun pertama, berani ke Misbun gugurkan anaknya atau biar berlapuk macam Kuan Beng Hong.

Jangan nanti kita dengar cerita, ohh anak aku tak berjaya sebab cedera.

Rompers. said...

"Jurulatih lebih arif tentang potensi dan kemampuan pemain..." <--- tepat skali.

Pegawai persatuan harus fokus pd management persatuan shj. jika ada yg lebih sudu garpu, lain lah jadinya pengurusan.

Apa yg penting, kedua2 pihak perlu berlapang dada. Di pihak pengurusan perlu berlapang dada, & juga di pihak jurulatih pon perlu berlapang dada.
Siapa yg lemah pastu terima kelemahan diri, jika lemah baik undur.
Yg erbukti berjaya, harus dikekalkan.

Anonymous said...

Lebih baik Misbun jadikan dulu Chong Wei juara dunia dulu daripada cakap perkara yang belum tentu dapat dicapai tiga tahun lagi.


Persoalannya mampu ke Misbun lakukan sebab apa jadi dengan pemain-pemain yang pernah dilatihnya seperti Kuan Beng Hong. Tak payah cakap pasal juara dunia, standard Beng Hong masih terlalu jauh.

Sekarang anaknya nombor lima dalam senarai pelapis, kalau dah nombor satu takpelah. Kenapalah Misbun nak beri tekanan tambahan buat anaknya itu.

Anonymous said...

Lebih baik Misbun jadikan dulu Chong Wei juara dunia dulu daripada cakap perkara yang belum tentu dapat dicapai tiga tahun lagi.


Persoalannya mampu ke Misbun lakukan sebab apa jadi dengan pemain-pemain yang pernah dilatihnya seperti Kuan Beng Hong. Tak payah cakap pasal juara dunia, standard Beng Hong masih terlalu jauh.

Sekarang anaknya nombor lima dalam senarai pelapis, kalau dah nombor satu takpelah. Kenapalah Misbun nak beri tekanan tambahan buat anaknya itu.

Ikhwan Gold Trading said...

Aku tengok isu ni memang macam perkara biasa dalam mana2 organisasi. Ada pihak yang suka nak cucuk belakang dan mengeruhkan keadaan. Nak tunjuk pandai konon..Hebat sangat ker panel2 CTC ni? Adalah agenda diorang nak singkirkan Misbun tu. Biar padan muka diorang Misbun hantar resign letter kita boleh nampak dengan jelas sapa malaun2 ni sebenarnya.This is more to racial issue pulak aku rasa. Baca NST wartawan2 India dok hentam coach Misbun kow2 punya.Baca Utusan wartawan2 Melayu dok back up Misbun pulak.SO? Lu pikirlah sendiri beb.....harap Dato' Nadzmi tegas dalam isu ini, jangan sampai suatu hari nanti Presiden BAM pun puak2 ni nak pegang...hancur player2 muda Melayu disingkirkan secara terancang!

ASWAD said...

Salam, hampir semua back up player kalah samaada playoff mahupun 1st round. Rashid nak beri 2 tahun....pd player yg dh lama berlatih di bam-kurang bijak...contohnya begini bang..individu yg main burung merbuk tidak hnya akan simpan burung yg hnya tahu berbunyi tp x ade permainan...mungkin simpan satu utk penyeri rumah. Kita kena ade individu spt eddy hartono yg scout pemain bagus2. Haa...skrg Li mao dh mulakan peranan di Indon, kita? Memang akan ada budak remaja yg kalau lawan back up kita pasti kalah tapi mesti ada sinar di sebalik mereka..itu yg dato Bun dah nampak...buah puku takdel-bak kata otai2. Mata dia nampak...buang masa dan kos jika simpan back up sebegini...buat seperti di China..byk team pelapis bukan berharap satu jer...memang kok keong pun lama baru naik tapi adakah kita nak guna cara sebegini?

Anonymous said...

Bro Rizal

yang peliknya kp msn suruh misbun dan chong wei keluar dari BAM kalau diorang mahu. katanya kalau keluar BAM selamat rm 1 juta.

bila ahli-ahli sukan gimnastik komplen kerana tidak selamat berlatih dalam suratkhabar barulah kp kata alat gimnastik akan siap sebelum sukan sea di jakarta. padahal diorang tu berlatih depan mata dia. kalau berlatih oversea pastilah kp kita melawat tetapi depan mata dia kp kita sibuk tidak ada masa nak ambil tahu nasib ahli-ahli sukan gimnastik.

bertambah sedih lah brother Rizal.

ZMN said...

terkejut aku nengok ranking chen long sekarang dah no 3 dunia. dulu dia pernah jadi juara dunia remaja kalahkan player msia, iskandar (betulkan kalau salah ya). iskandar masih lagi tak masuk grup elit. nampaknya kita memang ada player berbakat tapi perkembangannya terbantut atau tersumbat. anak misbun pun sama batch dgn iskandar dan akan sama2 tersumbat perkembangannya.

lin dan tak perlu ranking tinggi2 sebab dgn berlatih dlm negeri china shj dia dah boleh dapat sparring partner yg world class. sebab tu bila dia keluar sekali sekala performancenya tetap sama atau hampir sama. tapi lcw perlukan tournament yg bnyk sebab takde saingan di kalangan player msia sendiri.

senario sukan diseluruh dunia skrg memang mempertaruhkan bakat muda diketengahkan dari usia 17-18 tahun. tapi kita masih dok fasa "mengasah". player aff suzuki yg muda2 dah membuktikan yg diorang boleh diberi tugas pemain senior.

stadium kita penuh sebab ada lcw. pemain elit yg lain walaupun dah byk pendedahan tapi selalunya masih tak lepas pun 1st round. apa bezanya kalau kita hantar player muda berbanding player yg dipanggil elit ni ? apa makna elit pd bam sebenarnya ?